4.5.17

Apa itu Tabir Suria / Sunscreen?

I olls tengok, ramai yang nak kulit cantik, kurang kedut, kurang pigmentasi, tapi ramai yang tak nak pakai sunscreen sebabnya sunscreen ni tidak memberi impak dari segi kemulusan dan pencerahan kulit dan juga teksturnya yang melekit membuatkan ramai yang tak nak pakai (memang takder lagi formulasi sunscreen yang betol-betol non greasy kecuali brand tu letak alcohol, which is I olls tak rekomen).


Akan tetapi jika you olls tak protect kulit you olls dari sinar UV, segala hasil titik peluh you olls letak treatment adalah sia-sia especially untuk pigmentasi sebabnya ia akan jadi reverse effect, you olls takkan nampak sekarang tapi after beberapa tahun kemudian sebabnya sinar UV adalah penyebab utama tanda-tanda penuaan.


I olls sendiri dulu tak suka pakai sunscreen sebab takder formulasi yang ringan dari segi tekstur then one day, I olls tengok kulit I olls berbelak especially dekat tempat yang I olls pakai spec, dari situlah I olls start pakai sunscreen dan I olls tengok pigmentasi dan bekas jerawat yang merah-merah tu sembuh dengan lebih cepat dan kedutan kurang. Dari situlah I olls perasan memang sunscreen ni penting giler, I won’t go out without it anymore. Dan contoh lain ialah mama I olls sendiri, dia pakai sunscreen lewat pd umur 40an tapi now kulit dia macam orang umur 50an walaupun dia dah 60an.



Ada dua jenis sinar UV yang you olls kena tau:


  1. UVA – penyumbang kepada kerosakan dalaman kulit yang boleh menyebabkan kedutan, kanser kulit dan pigmentasi.
  2. UVB – penyumbang kepada sunburn.


click read more




Adakah semua sunscreen kat pasaran diformulasi dengan betol ?

Tidak. Ada brand yang formulate sunscreen tidak meletakkan ramuan yang protect dari UVA dan concentrate pd UVB sahaja. Bila you olls nak beli sunscreen make sure gabungan ramuan-ramuan yang protect dari UVA dan UVB so that you olls dapat full protection sepanjang tahun. Berikut adalah beberapa ramuan terbaik yang biasa digunakan dalam sunscreen.

UVA dan UVB protector


  • Titanium Dioxide – elok kulit sensitif
  • Zinc Oxide – elok untuk kulit sensitif
  • Ethoxyethyl p-methocinnamate
  • Benzophone
  • Oxybenzone


UVA protector


  • Avobenzone aka Butyl methoxy dibenzoylmethane
  • Mexoryl SX aka Terephthalylidene Dicamphor Sulfonic Acid –patented under brand loreal.


UVB


  • Parsol HS aka phenylbenzimidazole sulfonic acid
  • Cinoxate aka 2-ethoxyethyl p-methoxycinnamate / octylmethoxy cinnamate
  • Homosalate aka homomethyl salicylate


Yes, I olls bagi skali nama scientific sebab dekat ingredient list depa tulis mcm tu selalunya. Elakkan dari ramuan PABA sebab boleh menyebabkan allergic pada kulit (tapi rasanya takder dah org formulate dengan PABA).



Ape itu SPF ?
SPF ialah sun protection factor atau ukuran masa lindungan sinar bila kulit terdedah kepada sinar UV sebelum mendapat sunburn. Contohnya, bila you olls berada di luar tanpa sunscreen, kulit you olls boleh tahan 30 minit sebelum sunburn develop, so if you olls pakai sunscreen SPF 30 maka sunscreen akan protect 30 kali dari masa tersebut. 30 min x SPF 30 = 900 minit. Kajian menunjukkan SPF 30 (95% protection) – SPF 50 (98% protection) adalah yang terbaik untuk keadaan sekarang ni, if you olls beli sunscreen above SPF 50 no point sebab boleh menyebabkan alergi dan takder sunscreen yang boleh protect 100%.



Sistem PA ?
PA ialah gred lindungan dr sinar UVA. Lebih banyak symbol + maka lebih banyak protection dari UVA. Usually you olls akan tengok sesetengah brand akan letak SPF 50 PA+++.



Sistem bintang ?
Sistem bintang juga salah satu gred lindungan UVA, lebih banyak bintang lebih banyak lindungan. Sistem ni di develop dan banyak digunakan oleh UK brand.


You olls tak bleh bergantung pada system PA dan bintang ni, sebab ada jugak brand yang menipu, letak PA dan bintang bagai tapi haram ada UVA protection, so ingredient list tu lebih penting dari dua system ni.


Satu video experiment yang menunjukkan perbezaan permukaan kulit yang terlindung dan yang tidak terlindung dengan pengggunaan satu lensa khas yang boleh mengesan perlindungan UV.



Cara pemakaian

I olls tengok ramai lagi yang tak tau mcm mana nak apply sunscreen, kita tak bleh kedekut yer dengan sunscreen sebab bukan pakai nipis-nipis tapi kena pakai 1/3 dari sudu kecil baru betol-betul protect dari sinar UV. Untuk kulit berminyak sunscreen adalah pelembab, so takyah nak pakai pelembab lain untuk elak dari muka lebih berminyak.


Sunscreen ni bukan untuk muka sahaja, tapi untuk semua kulit yang expose terhadap sinar UV, bagi yang bertudung untung sebab most body part covered dengan kain dan bagi yang bertudung, apply la sunscreen di tempat yang covered, lengan, kaki dan dada. Usually I olls beli sunscreen asing untuk badan sebab its ok untuk pakai sunscreen yang lebih creamy dan lebih murah harganya. Yes, sunscreen untuk muka lebih mahal sebab formulasinya lebih ringan dan lebih banyak antioxidant. And jangan kedekut jugak bila letak kat badan, the more u letak the better.


Dengan kombinasi antioxidant dari toner, pelembab dan serum, perlindungan akan lebih berkesan sebab kajian menunjukkan antioxidant terutama vit C dapat boost sunscreen punya effectiveness. That is why I olls rekomen skin care yang banyak antioxidant.


Ramai orang tertanya-tanya, perlu ke reapply sunscreen selepas beberapa jam. Tidak jika you olls pakai untuk keluar rumah, pergi ofis, pergi jalan-jalan dan tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dengan pesat dan make sure that you olls tak pegang muka bila dah pakai sunscreens. Ya kena reapply jika berenang, ambik wuduk dan melakukan aktiviti sukan.



I olls tau sunscreen memang tekstur dia melekit, so if uolls tak pakai foundation, pakai la loose powder on top so kulit nampak matte dan lebih segar. If you olls pakai foundation dan nak pakai primer, you olls bleh apply primer tapi dengan tapping motion bukan rubbing motion so sunscreen tu tak hilang tapi kena apply after 5 minute pemakaian sunscreen. Tapi I olls memang pakai loose powder je, tak suka foundation tebal-tebal bagai for everyday.


Recommended Sunscreens
Berikut adalah jenama sunscrens yang ingin I olls rekemen (silicone base):



Naruko AM/PM 10 Peptide Total Defense Sunscreen SPF 50


Loreal UV Perfect SPF 50 (Anti Dullness)



Paula’s Choice Resist Youth Extending Daily hydrating Fluid SPF 30



Paula’s Choice Hydralight Shine Free Daily Mineral Complex SPF 30




Sun Sense Anti Aging Face SPF 50 by Ego Pharma


NOTA PENTING:
  • Tidak semua sunscreen di pasaran mempunyai formulasi yang betul. Kena baca ingredient dengan betul baru tau dia punya formulasi buat perlindungan apa?
  • UVA – penyumbang kepada kerosakan dalaman kulit yang boleh menyebabkan kedutan, kanser kulit dan pigmentasi.
  • UVB – penyumbang kepada sunburn.
  • Tak semestinya kena beli SPF yang lebih besar nombornya untuk perlindungan yang lebih baik. 
  • Sistem PA dan Sistem bintang.
  • Jangan kedekut pakai sunscreen. At least 1/3 sudu kecil untuk keseluruhan wajah.
  • Kalau nak pakai primer before foundation, pakai sunscreen 5 minit awal.


Jika anda ada persoalan atau cadangan mengenai tajuk/topik kecantikan dan kesihatan kulit, jangan lupa komen pada artikel ini atau emel ke jumiess@gmail.com.

1 comment:

  1. sgt2 berguna artikel nie.terima kasih jumie.
    nak tnya, jika kulit kita ada pimple, boleh ke kita apply minyak algan/minyak zaitun pd wajah?slalu pkai mlm2, sbb nk pkai yg nature je ke muka

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...