Jom Try Diameida Fabulous Mascara

19.5.17

Busy Busy May

Jauh berjalan luas pemandangan,  dalam duk pi review bukak posa hotel jumpalah makcik-makcik ni semua depa pun Penang Malay Blogger juga.


Hello u olls,


Apa habaq semua?  Tak lama lagi,  less than 10 days from now kita semua akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al Mubarak.  Ya Allah sat ja,  rasa macam baru semalam kita duk happy happy new year,  tiba tiba lani dah masuk bulan Mei.  Nasib baik aku dah selamat qada semua puasa puasa aku.  Since early this year,  aku puasa ganti siap siap Isnin dan Khamis,  kira kira kalendar rupanya dah cukup semua qada.  So by now aku tak kelang kabut la nak puasa ganti.


Tapi tak sangka bulan Mei ni aku busy gila babi.  Busy sebab nak sambut puasa.  Last year,  aku rasa masa duk pi review bukak posa kat hotel,  aku ada habaq la kat pihak hotel semua, hangpa kalau nak suruh review,  buat la event review ni awal-awal sikit,  so time bulan puasa kami takla kelang kabut nak mai bukak posa kat hotel ja selalu.  Kami pun (blogger and media) nak berbuka puasa bersama kawan dan family juga kan?


So depa took my idea,  nenjia tahun ni seawal hujung bulan April aku dah mula pi review bukak posa kat hotel.  Seminggu boleh kata satu atau dua hotel sometime 3 and 4 hotel kami duk kena pi.  Usually aku akan pi dengan kawan baik aku nama dia Ervinna a.k.a Revina di mana dia akan tolong aku ambil gambar menggunakan telefon,  aku amik gambar guna camera digital.  Nanti hangpa jangan lupa click pada page kat atas,  aku baru buat --- Ramadhan Buffet 2017.  Dalam tu,  aku bubuh semua link-link untuk buka posa kat hotel-hotel dan cafe around Penang.

click read more




Bersedia untuk posing sebelum pi snorkeling.

Next,  dalam duk sibuk-sibuk ni juga baru baru ini aku dan anak-anak aku semua 13 orang telah pergi melancong ke Trang Thailand sekali lagi.  Hari tu kan aku dah pi masa Chinese New Year.  Terkejut tergampar pi sana 4 orang kami,  tapi this time 13 orang!  Semua zornen kepala gila dan semua jenis open minded dan supporting macam aku.  Sepanjang jalan dari Penang ke Hatyai ke Trang,  pergi balik,  penuh dengan gelak ketawa,  carut mencarut dan nyanyian nyanyian koir tanpa henti.  Ya Allah memang best sangat kalau travel dengan kawan-kawan baik yang sama kepala otak.


So far,  dalam banyak-banyak vacation aku pi dengan kawan-kawan semua,  trip ini paling aku suka sekali.  Banyak kenangan lawak nak mampuih yang kami kongsi bersama,  daripada pengalaman 'masas boy' yang takut pada Jumizah,  nyanyian-nyanyian lagu ciptaan Kak Maya dalam pertandingan 'song roulette',  kejadian Yuss Zulk terjadi sengap sebab dia nampak jin syaitan di pintu masuk Morakot Cave,  kejadian semua orang food coma pada malam pertama di Trang sampai tak jadi nak keluar lepak semua dan paling best,  aktiviti debat carut dan persembahan koir oleh Zornen Zornen Pulau Pinang.


Semua tu adalah kenangan yang kalau cerita kat orang,  mungkin orang tak boleh nak faham.  Kami ja faham.  Sebab tu,  siries habaq mai lepas seminggu kami pi travel,  sampai lani Whatsapp Group kami tak habis habis duk cakap pasai kenangan-kenangan tu sahaja.  Kecuali aku la yang duk busy dengan kerja dan tulis blog.


Barisan PA PA USM.  Kerlas semua meriah!

Baru-baru ini juga,  kalau hangpa follow Facebook akak, hangpa tau kan?  Akak baru sahaja dilantik sebagai Presiden Kelab Setiausaha USM.  Kelab ini mengumpulkan semua setiausaha-setiausaha dalam USM yang dibangunkan untuk merapatkan silaturahim sesama rakan sejawatan,  menguatkan jaringan kerja dan paling penting sekali berkongsi ilmu dan maklumat.  Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2011,  masa tu akak tak berapa aktif.  Duk join bayar yuran macam tu sahaja.  Tetapi since 2015 akak cakap kat kawan-kawan,  akak nak aktif la balik dengan kelab ni.  Saja la tunjuk-tunjuk muka bila ada event.


Sekali nenjia,  pada bulan April yang lalu,  akak pi AGM setelah sekian lama dan depa pun angkatlah akak jadi presiden.  Masa tu,  siries akak terjadi pucat lesu dan malu sebab akak tak yakin,  tanggungjawab ni besar kot.  Tapi kawan-kawan AJK lain nampaknya sangatlah bersemangat dan support style best punya.  Insya Allah,  kami akan buat yang terbaik untuk kelab.


Baru-baru ini kami buat event kami yang pertama iaitu USM Secretaries Week bersempena dengan Pre Ramadhan Dinner yang ditaja sepenuhnya oleh Hotel Olive Tree,  Penang.  Gilaaaaaaaaaaa kerlasssss hotel ni sebab sudi sponsor kami.  Nanti akak akan cerita lebih lanjut dalam blog akak mengenai event kami ni.


Next!  Apa lagi?  Haaaaa....nak habaq benda ni.  Sapa baca blog akak dia tau la.  I wont share this on my Facebook sebab nanti dah habis settle barulah akak akan announce.  Tapi sapa rajin baca blog akak,  dia akan dapat jumpa easter egg ini.  Akak dan En Khafi dalam proses berpindah rumah.  Rezeki u olls,  tiba-tiba kawan akak habaq jiran dia nak sewakan rumah dengan harga yang amat berpatutan.  So kami pun pi tengok,  harga memang sangat okay,  lokasi pun memang sangat dekat dengan USM,  kejiranan pun best sebab ramai kat situ akak memang dah kenal dan paling penting tempat makan kat situ semua best best dari pagi sampailah malam.


Lani kami dalam proses pi kemas-kemas rumah tu,  seminggu sekali pi basuh, susun barang.  Lani nak pi cari orang untuk pasang itu ini.  Nanti dah selamat semua barang dah siap,  barulah kami fully pi duduk sana.  Insya Allah,  by hari raya akak dah masuk duduk rumah baru kot!  Tapi tula punya duk busy,  barang-barang Tefal yang aku menang from Pure by Safiyyah Osman pun aku tak pi amik lagi wehs!


Okay itu sahaja yang akak nak update kat u olls.  Teruskan membaca blog akak.  Doakan semuanya berjalan lancar.  Amin ya rabbal alamin.

Love,
Jumie Samsudin
Wanita Agam dan Lambang Kecantikan

1 comment:

  1. Haiiiiiiii babe...kita baru jer kenai tapi rasa macam dah lama kenai kan..hehehe..btw i pun nak tq jugak kat u sebab u pun dok rekemen and invite i jugak pi review..kita kena saling membantu la sesama blogger..tak gitu..heee.. okay next jumpa lagi minggu depan tau.jangan lupa..mark your calendar! hehehe take care...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...