19.5.17

Doktor Terpotong Jantung



Pada awal bulan Mei,  seorang kawan baik akak telah menjalani pembedahan mastektomi iaitu pembedahan membuang tetek sebab atas nasihat doktor,  dia buat pembedahan ini untuk mengurangkan risiko mengidap kanser payu dara.  Dulu tengok berita Angelina Jolie buat mastektomi aku duk rasa hebat gila pompuan tu sanggup buang dua dua tetek,  rupa-rupanya baru aku tau dalam dunia wanita,  buang buah dada dan buang rahim adalah perkara yang boleh dikatakan prosedur normal yang akan dicadangkan oleh pihak doktor untuk mengurangkan risiko mengidap penyakit kanser.


Setelah beberapa kali mendapat rawatan awal,  akhirnya kawan aku dimasukkan dalam dewan pembedahan untuk prosedur yang mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam.  Keesokkan harinya,  akak minta cuti dari boss dan seawal pukul 9 pagi akak telah datang berjumpa kawan akak di katil bilik wadnya.  Akak dah janji nak mai teman dia separuh hari.


So pagi-pagi sewaktu kawan akak masih berehat di atas katil,  akak dah duduk lepak di dalam bilik wad dengan breakfast yang akak beli dan juga laptop dan handphone.  Sambil-sambil teman dia,  akak ingat boleh la nak edit-edit gambar,  update Facebook dan blog.  Kawan akak mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta yang terkemuka di Pulau Pinang so bilik yang dia duduk ni memang bilik private yang amat selesa.

click read more



Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Cina berusia lebih kurang 70an.  Orangnya tinggi lampai tetapi sudah membongkok.  Dia memakai seluar slack warna cokelat tua dan kemaja tangan panjang warna kuning pudar.  Rambutnya sudah nipis dan dia memakai spek mata siap dengan tali yang dipasang dihujung kedua-dua batang pemegang cermin mata itu.


"Hello,  good morning,"  sapa lelaki tua itu sambil berjalan ke arah tingkap.  Langkahnya sedikit terseret tetapi pantas.  Dia membuka sedikit langsir dan membiarkan cahaya masuk ke dalam bilik dengan tangannya yang terketar-ketar.


"Wah....nice view from here,"  kata lelaki tua itu.  Dia melihat pemandangan di luar tingkap dan selepas itu,  dia mula melihat dan memeriksa struktur tingkap di bilik itu.


"Oh...this window needs to be fix.  I will make a report of this,"  katanya sendirian.  Aku meletakkan laptop aku ke atas meja dan memerhati orang tua ini mengelilingi bilik membuat kerjanya.  Dalam hati aku terdetik,  bagus kompeni hospital ni.  Orang tua ni mesti old staff yang depa sayang sebab dia baguih,  dia dah pencen tetapi depa create satu job kat dia,  iaitu check setiap bilik punya condition mana-mana nak kena repair, so dia buat report nanti orang mai repair.  Bagus hospital ni,  hargai staff tua macam dia.  Itu bisik hati aku.


Tiba-tiba,  lelaki tua ni mula menghampiri kawan aku yang masih berehat di katil.  Tetapi disebabkan kehadiran lelaki ini,  dia pun membuka mata dari tidur-tidur ayamnya tadi.


"How are you feeling today?  Good?"  tanya lelaki tua itu.


"Good.  It's just that I feel a little bit headache.  And last night I vomited a bit,"  terang sahabat ku.


"Oh that's normal.  Its the effect of anaesthetic that we gave for the surgery. How about the stitches?  do you feel any pain?" tanya lelaki lagi.  Tetapi kali ini dia terus membuka selimut yang menutup tubuh badan kawan aku dan kawan aku pun membiarkan lelaki itu membuat pemeriksaan.


Aku macam terkejut!  Awat kawan aku duk bagi laki tua ni touch badan dia semua?  Pastu depa terus bincang macam mana nanti nak buka balut-balut di dada,  bekas-bekas jahitan,  prosedur rawatan susulan dan sebagainya.  Aku terus dibiar begitu dengan penuh tanda tanya.  Awat pakcik ni style terror semua tau macam-macam pasai penyakit dan prosedur pembedahan ni semua?


Bila pakcik itu keluar,  aku cepat-cepat bertanya kepada kawan aku.


"Wehs!  Sapa pakcik tu?"


"Detu la yang operate aku,"  jawab kawan aku perlahan.


"What!!!  Dia style tangan pun terketaq-ketaq duk bukak langsir,  macam mana hang boleh bagi dia operate badan hang.  Hang tak takut ka?"


"Tak takut la.  Dia one of the best in Penang.  Aku dah survey banyak tempat tetapi Dr.  Ow ni antara yang terbaik,"


"Gilaaaa...aku ingat dia pakcik-pakcik tukang check bangunan.  Sekali....nenjia doktor pakar teruih.  Aku takut juga tengok tangan dia terketaq-ketaq.  Nasib baik hang selamat.  Kalau tidak,  dia nanti mai kat aku,  dia nanti kata....I HAVE TWO NEWS.  One good,  one bad.  The good one is,  we have safely remove all the tissue on your friends tetek,  but the bad news is that,  I accidentally terpotong your friend jantung instead!"


Pastu kami gelak-gelak-gelak.  Kawan aku punya sakit lagi la sakit sebab dada dia punya luka masih belum sembuh tapi aku duk buat lawak celaka.


Sekian sahaja cerita santai akak yang bertajuk Doktor Terpotong Jantung.  Moral of the story,  don't judge book by its cover.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...