2.5.17

Istana Jahar, Istana Batu dan Istana Balai Besar

Istana Jahar.  Nama Istana Jahar kerana bunga-bunga jahar yang tumbuh di sekitar istana.


Hello u olls,

Sapa pernah mai Istana Jahar dan Istana Batu yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.  Ini adalah kali pertama aku masuk ke dua Istana yang merupakan peninggalan sejarah beharga untuk institusi keluarga diraja Kelantan.

Pas masuk ke kedua-dua istana ini agak murah hanya RM2 sahaja. Tidak dibenaran untuk mengambil gambar di dalam Istana (kecuali di bahagian anjung). 


Istana Jahar
Istana Jahar dibina sekitar kurun ke 19 oleh Sultan Muhammad II.  Menurut Wikipedia,  Istana yang dibuat daripada kayu ini diberi nama Istana Jahar kerana bunga-bunga jahar yang tumbuh di sekitar istana.  Aku sangat suka struktur seni bina ukiran yang terdapat di Istana Jahar,  memang lain daripada ukiran kayu yang terdapat pada motif ukiran kayu di negeri-negeri lain. Dia ada influence Siam of courselah sebab negeri Che Siti Wan Kembang ini bersempadan dengan negeri Siam dan leluhur kesultanan ini mempunyai perkaitan dengan kerajaan Siam.

Bahagian dalam Istana Jahar disempurnakan dengan lantai marmar.  Dari luar nampak Istana Jahar ni kecik ja,  tapi bila kita masuk,  memang luas juga.  Bahagian bawah bersambung dengan bahagian atas melalui dua tangga pusing yang diperbuat daripada besi.  Tangga pusing ni sangatlah lama dan aku rasa macam takut sikit masa nak naik tangga ni.  Aku rasa tangga ini diimport dari luar negara sebab motifnya nampak macam barat sikit.

Walaupun aku sangat suka dengan penjagaan rapi yang diberikan pada alat-alat kebesaran diraja,  alatan senjata,  perhiasan diraja,  gambar-gambar.  Semuanya disusun cantik dan kemas tapi bagi aku,  pihak Muzium tak buat labelling dengan baik.  Patutnya diceritakan dengan lebih terperinci tentang tangga tu,  ukiran-ukiran pada istana,  tingkap dan pintu,  apa sejarahnya?  Dibuat di mana?  

Kalau takdak label pun,  at least buatlah pamphlet agar kami boleh baca.



Istana Batu
Walaupun Istana Batu terletak hanya di belakang Istana Jahar namun rumah agam yang dibina pada tahun 1939 dibina keseluruhannya dengan batu mengikut arus kemodenan seni bina barat. Dibina oleh Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad kepada anak saudaranya Yahya Petra sebagai hadiah perkahwinan. Yahya Petra adalah datuk kepada Yang di-Pertuan Agong XV Al-Sultan of Kelantan atau juga nama sebenarnya Tengku Muhammad Faris Petra. Istana ini telah diubah suai menjadi galeri dan diberikan kepada Kerajaan Kelantan pada 1991 untuk pameran kepada orang awam.


Istana ini pun nampak kecik dari luar, tapi bila dah masuk baru boleh alami kebesaran istana ini. Kalau tak salah ada lebih kurang 6 bilik dalam Istana Batu ni,  dan setiap bilik telah disusun barang-barangan peribadi milik keluarga di raja Kelantan,  gambar-gambar dan hadiah yang diberikan oleh badan-badan kerajaan dan juga badan korporat kepada Raja untuk upacara perasmian dan sebagainya.

Sekali pandang,  nampak macam masuk rumah orang-orang kaya tahun 1980 an yang tidak terusik.  Perabut lama,  penuh dengan barangan pengumpul habuk.  Sayang sekali peralatan dan hadiah-hadiah itu tidak disusun dan dilabel dengan baik sebagai mana yang dibuat di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.  Setiap bilik dan ruang disusun dengan baik,  ada penceritaaan dan tema tertentu yang menunjukkan minat,  hobi dan juga aktiviti yang dilakukan oleh keluarga di Raja.

Sayang sekali aku adalah jenis pelancong yang baik,  so dia tak bagi kita ambil gambar kan?  Kita pun tak amik lah gambar curi-curi.  Ada satu ciri pada sebuah pintu di dalam istana ini iaitu sebuah pintu yang pusing-pusing macam dalam cerita orang putih,  tapi pintu tu diperbuat daripada kayu.  Memang sempoi betui.  Sorry aku takdak gambar.


Istana Balai Besar
Istana Balai Besar adalah pejabat urusan pentadbiran Raja Kelantan yang sedia ada.  Kita boleh tengok pintu pagar kayu besar untuk istana ini yang terletak di sebelah Istana Jahar.  Aku bodo betui tak tau pun yang Istana Balai Besar bukanlah tempat untuk pelancong masuk dan berjalan-jalan.  Aku baru masuk sikit saja pastu ada sign tulis DILARANG MASUK.  Hahahahaha aku pun patah balik dan keluar teruih.  Nasib baik.  Kalau tak aku dah kena tembak dah.  HAHAHAHA


Okay dah habis cerita,  jom tengok gambar.

Click Read More


Istana Jahar
Istana Jahar dibina sekitar kurun ke 19 oleh Sultan Muhammad II.  Menurut Wikipedia,  Istana yang dibuat daripada kayu ini diberi nama Istana Jahar kerana bunga-bunga jahar yang tumbuh di sekitar istana.  Aku sangat suka struktur seni bina ukiran yang terdapat di Istana Jahar,  memang lain daripada ukiran kayu yang terdapat pada motif ukiran kayu di negeri-negeri lain. Dia ada influence Siam of courselah sebab negeri Che Siti Wan Kembang ini bersempadan dengan negeri Siam dan leluhur kesultanan ini mempunyai perkaitan dengan kerajaan Siam.

Bahagian Depan Istana Jahar







Ukiran pada Istana Jahar










Pemandangan dari Anjung Istana Jahar







Bahagian Tengah Istana Jahar
Bahagian tengah Istana Jahar ada lubang yang menunjukkan dari atas ke bawah.  Kita boleh lihat pemandangan ruang bawah dari bahagian ini.




Tangga Pusing






Kereta Kuda



Panca Persada








Balai Senjata









Istana Balai Besar
Istana Balai Besar adalah pejabat urusan pentadbiran Raja Kelantan yang sedia ada.  Bertentang dengan pintu masuk utama Istana Balai Besar terletaknya Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra.


Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra





Pintu Masuk Utama Istana Balai Besar 










Istana Batu
Istana Jahar dibina oleh Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad pada tahun 1939 dan diubahsuai menjadi sebuah galeri pada tahun 1991.




No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...