Jom Try Diameida Fabulous Mascara

3.5.17

Kenapa Saya Tak Suka Travel Dengan Laki Saya



Hello u olls,


Jeles kadang-kadang bila tengok kawan-kawan aku dengan laki depa travel pi merata tempat.  Pi berjalan laki bini, aku tengok rasa macam jeles tengok macam pasangan kekasih akan bekerjasama untuk merancang agar perjalanan dan percutian itu jadi lebih bermakna.  Jeles! Jeles! Jeles!  Sebab aku dengan laki aku susah nak buat macam tu!


Sepanjang 6 tahun kami kawen dah aku rasa,  yang kami duk bercuti dua orang sahaja ada la boleh aku kira dengan jari.  Pertama sekali pi bercuti di Cameron Highlands dengan dia,  and secondly pergi Pulau Perhentian dengan dia dan terbaru sekali baru-baru ini kami ke Kelantan.  Dan perjalanan kedua ini,  membuatkan aku rasa macam,  AKU KENA MAI KELANTAN LAGI SEKALI sebab aku rasa banyak lagi benda aku boleh buat,  tapi tak sempat nak buat sebab aku mai dengan laki aku.


Banyak-banyak tempat lain yang aku duk pi selama ini,  kalau hangpa perasan,  aku pi dengan family aku,  tapi most of the time aku dengan anak-anak ayam dan kawan-kawan aku. Sebenarnya laki aku tak suka bercuti,  berjalan-jalan dan out door activity dan kawasan yang sama waktu dengannya.  Bukan tak suka sampai anti terus,  tapi kalau dia keluar berjalan-jalan,  cara dia tak se-adventurous macam aku.  Daripada berpanas terik,  berpeluh di tempat yang sesak dan penuh dengan orang ramai,  dia lebih suka duduk kat rumah,  lepak relaks makan-makan dan tengok TV.  Itu adalah ekspektasi percutian dan rehat yang ultimate untuk dia.

click read more



Macam aku,  aku memang suka berjalan.  Aku suka mengembara.  Cuma aku tak banyak duit lagi dan tak reti lagi nak simpan duit nak pi berjalan jauh-jauh tapi impian tu ada.  Insya Allah.  Aku suka tengok benda pelik-pelik,  tengok pemandangan cantik,  try sesuatu yang aku tak pernah try,  rasa dan makan apa yang aku tak pernah rasa dan tengok sebelum ini.  Aku akan jadi excited gila babi punya.  Walaupun badan aku besaq dan agam, kadang-kadang kalau berjalan lebih sikit aku akan jadi sakit kaki.  Of courselah!  Tapi aku bukan jenis gemok pemalaih okay. Selagi aku mampu,  aku boleh berjalan,  panjat,  hiking dan berenang,  kalau setakat berpeluh-peluh tengah panas ni takdak masalah untuk aku.  Aku suka!  Bagi aku,  macam mana susah pun,  ini semua adalah pengalaman dan  perjalanan.


So nak cakap sat pasai baru baru ni aku pi Kelantan dengan laki aku.  Nanti aku akan cerita secara details tentang semua tempat yang aku dah pi dalam artikel lain,  tapi ini aku nak cerita perjalanan percutian kami pada hari kedua sahaja.  Saja nak cerita kat hangpa pasaipa aku rasa frust bercuti dengan suami aku.


Aku dari awai dah habaq,  aku mai Kelantan,  one of my main reason adalah aku nak mai rasa makanan sedap-sedap kat negeri Che Siti Wan Kembang ni.  Dari awal,  aku dah prepare macam-macam.  Buat booking,  buat savings, but itinerary untuk perjalanan kami.  Aku emel kat dia,  send kat Whatsapp dan juga Facebook message.  Supaya dia tau,  apa aku nak buat,  mana kita nak pi,  senarai semua tempat-tempat makan best di Kelantan.  Semua dah bagi.


So hari pertama iaitu Sabtu,  kami bergerak dari Penang lewat dari masa yang dirancang.  Jadi kami pun tiba agak lewat di Kelantan.  Keadaan lalu lintas di Kota Bharu amatlah teruk,  banyak lubang-lubang dan tiada lukisan garisan yang jelas.  Para pemandu pulak macam musibat style cool dan relaks suka berhenti kat mana-mana depa suka tanpa bagi signal yang depa nak berhenti.  Ada yang suka bawak perlahan di lane kanan dan apa pula yang suka mencelah dan memotong di lane kiri.


Perjalanan kami jadi sukar dan melambatkan masa tiba.  Aku jadi migrain dari Machang menuju ke Kota Bharu.  Sampai di USM Kelantan,  jumpa kawan-kawan staf dan terus aku dibawa ke hotel tempat kami menginap.  Malam itu,  aku bertugas dengan kawan-kawan staf USM yang lain.  Habis dah satu hari.


Aku nak cerita pasai hari kedua,  iaitu hari di mana kami akan start berjalan-jalan dan bersuka ria.  Expectation aku tinggi,  Kelantan adalah sebuah negeri yang amat menarik.  Banyak lagi kawasan yang masih bebas daripada arus kemajuan,  suasana kampung yang pastinya boleh bagi kita banyak cerita.


Tapi seharusnya pukul 8 pagi,  kita dah boleh keluar makan pagi,  tapi aku kena tunggu laki aku.  Dia dah bangun,  awal.  Tapi bila aku ajak dia keluar makan pagi,  dia kata "Awat nak kena keluar awal-awal?"  Sedangkan,  aku duk eksaited nak try Kopitiam yang sedap kat sebelah hotel kami duduk ni.  Bukan tak boleh pi sendiri,  tapi apa guna pi bercuti dengan dia kalau pi breakfast sorang-sorang?

Duduk menanti di tangga Istana Batu.

Pukul 10:30 pagi baru dia bersiap dan lebih kurang pukul 11 pagi,  baru kami check out dari hotel.  Dia tanya nak pi mana?  Aku macam bara juga,  all the effort aku buat untuk siapkan aturcara program,  dia langsung tak amik kisah untuk baca dan study,  aku jugak nak kena habaq bagitau apa kita nak buat apa semua?


Aku kata,  "Jom kita pi pekena Teh Tarik Madu kat Warung Pak Mat.  Kat situ memang ada makan juga".  Dia menurut kata,  perjalanan ke sana menjadi mudah sebab menggunakan aplikasi Google Maps,  aku dah simpan semua tempat-tempat best aku nak pi kat Kelantan ni. Sampai di Warung Pak Mat di Pulau Pisang, laki aku jadi kaget sebab suasana meriah di gerai ini.  Orang ramai tak tau nak habaq,  boleh kata semua meja penuh dengan manusia.


"Wooo ramainya orang!"  aku tau laki aku memang cuak bila tengok orang.  Hati aku dah jadi marah sedikit dah.  Seriously, what do you expect?


"Tempat ni sedap,  sebab tu ramai orang.  Tolong supporting sikit,"  bidas aku tanpa tengok muka dia.  Serious aku jadi bara wehs.  Puki mak betui,  hang nak makan takdak orang,  hang nak makan kat mana?  Kalau setakat nak makan warung biasa-biasa,  yang makanan dia boleh cari kat Penang pun,  baik aku balik rumah,  aku masak nasi putih dengan telur goreng kat hang.


Kami dapat satu meja kosong setelah dipelawa oleh satu abang yang nampak kami macam sedang mencari tempat,  abang tu duduk seorang dan dia pun dah habis makan dan nak beredar balik.  Nasib baik abang tu peramah gila,  dia sembang-sembang dengan laki aku,  dan aku rasa sebab abang tu lah,  laki aku jadi selesa sikit.  Macam orang mai jemput dan layan kita baik-baik kat rumah depa.  So while laki aku bersembang dengan abang tu,  aku lah yang pi order makanan,  beratur apa semua. JARI TENGAH!!


Lepas makan tengahari di Warung Pak Mat yang sumpah sedap gila tu!! OMG teringat pulak sup ikan dan nasi putih tu.  Ya Allah ...Ya Allah...okay teruskan mencatat.  Lepas makan tengahari,  aku habaq kat laki aku,  ini adalah masa nak jalan-jalan kat Istana.  Seumur hidup aku,  walaupun dah berkali-kali mai Kelantan,  aku tak pernah jalan-jalan kat kawasan Istana yang dan Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra yang popular di Kota Bharu tu.


Sampai di kawasan parkir depan Istana,  laki aku habaq lagu ni "Apa kata hang pi Istana sorang-sorang,  nanti hang dah habis,  aku mai amik hang,"  siries masa tu,  aku sedih gila wehs.  Sedih gila macam laki aku tak sudi langsung nak tempoh hari panas yang terik dengan aku.  Dia tau aku suka amik gambar,  dan posing-posing,  so kalau aku sorang,  sapa nak amik gambar aku?


Aku pun malas nak layan perasaan kecewa aku ni,  aku dah sampai kat sini,  aku pilih untuk tidak endahkan perasaan sedih aku.  Aku kata okay takpa,  give me one hour untuk pusing Istana.  Nanti kalau dah habis,  kita call,  kalau tak jumpa,  kita jumpa balik kat hotel sekian-sekian.


So bersendirianlah aku pi tengok Istana Jahar dan Istana Batu.  Aku nak amik gambar sorang-sorang tapi takdak sapa nak amik gambar aku,  so masa tengah-tengah panas tu,  aku amik lah gambar aku sendiri macam selfie macam tu.  Kalau aku tau aku nak mai sorang-sorang aku bawak dah selfie stick.


Tepat 1:20 pm,  aku dah habis melawat Istana Batu,  aku pun duduk di kaki tangga batu,  aku called laki aku.  And guest what?  Masuk voice mail.  Aku call punya call punya called.  Aku rasa 7 kali macam tu aku called masuk voice mail.  Aku tengok jam menunjukkan 1:30pm,  kelibat kereta biru kami tak lalu pun depan Istana. Aku tak tau laki aku pi mana. Aku takut satu ja,  dia pi cari mana-mana spot sejuk,  dia pasang aircond,  pastu terus dia tidur sampai lupa aku terus.  Aku takut nanti dah petang baru dia sedaq dan nak cari aku.  Pasaipa aku pikiaq macam tu?  SEBAB DIA PERNAH BUAT MACAM TU KAT AKU!!  Apa yang jadi adalah,  masa tu aku balik dari Singapore.  Tunggu kat airport sampai keraih.  Dah la zaman tu takdak Uber.  Walaupun sejam before aku naik flight aku memang duk communicate dengan laki aku kata aku akan sampai kat Penang International Airport sekian-sekian time.  Rupa-rupanya,  laki aku tertidur kat rumah sampai petang,  handphone termasuk bawah badan sebab terlena di atas sofa.  JARI TENGAH!!!


Itu kat Penang takpa wehs,  aku ada ramai orang nak mai amik aku.  Tapi ini aku kat tempat orang. Aku pun berjalan perlahan balik ke Hotel Khalifa (yang kami stay semalam dan dah check out),  aku duduk di lobby.  Azan zuhur pun berkumandang,  aku pun relaks dan lepak lagi di lobby.  Tiba-tiba lebih kurang 2 petang,  aku nampak kelibat laki aku mai jalan masuk lobby.  Hati aku lega.  At least dia masih hidup.


Aku tak mau marah-marah,  aku tanya relaks jat kat dia,  "Awat called tak dapat?"  Dia kata,  "Phone mati".  Aku tanya balik "Awat phone mati?  Awat tak pakai power bank?" Dia kata,  "Main game,  power bank dah habis,  semalam lupa charge."  Kalau nak ikutkan hati syaitan aku nak kata,  dua jam ni hang hilang...hang boleh pi mana-mana cari pompuan dan buat macam kerja.  JARI TENGAH!


So lepas Zohor semua,  aku kata,  "Jom kita blah la nak pi cari makan lain pulak."  Dia kata "Eh tunggu la,  nak charge phone dulu,"  JARI TENGAH!!!!!! Nak kena tunggu dia caj phone pulak.  Aku pun ikut ja la apa dia kata.  So tunggu dia caj bateri,  hangpa tau pukul berapa kami teruskan perjalanan?  3:00 petang!!  JARI TENGAH!!!


Kami kembali teruskan perjalanan,  aku nak ajak dia pi cari Yati Ayam Percik.  Tapi laki aku ada something else dalam otak dia.  "Jom kita pi check in hotel dulu,"  kami memang dah booking hotel lain di Wakaf Che Yeh.  Aku pilih untuk stay kat situ sebab senang malam ni aku nak shopping.  Tapi aku plan,  petang-petang sikit lepas berjalan baru nak pi check in sana,  tapi laki aku nak pi lani jugak.  Kalau tak pi lani,  badan dia berpeluh,  dia tak mandi,  dia akan tak selesa,  bila dia tak selesa,  dia akan buat muka kat aku dan dia akan mengamok-ngamok.  So aku tak mau la berjalan dengan muka laki aku macam pundek kan?


So kami pun pi check in kat hotel Dynasti Inn kat Wakaf Che Yeh tu,  hotel tu memang nais.  Baru direnovate,  bersih dan murah.  Nanti aku cerita dalam artikel lain.  Tapi bila dah check in,  biasalah,  laki aku nak mandi la, nak bagi sejuk penuh la, nak lena sat la.....YA ALLAH AKU KERAIH TUNGGU KAT SITU SEBELAH DIA.  Perut lapaq dah wehs sebab tak beli makanan apa pun tadi.  Last makan tadi pukul 12:00 pm masa kat Warung Pak Mat tu.


Last sekali,  pukul 6:30pm barulah kami keluar.  Aku ada dua tempat makan nak try lagi,  Yati Ayam Percik dan Maggi Tiram Pak Weil.  Tapi aku pilih untuk pergi try Maggi Tiram Pak Weil yang terletak di luar sikit dari Kota Bharu.  Perjalanan ke sana lebih kurang setengah jam.  Masa ni la aku dapat tengok dan rasa jugak drive ke kawasan perkampungan di Kelantan.  Best weh......


Kalau lah kami keluar awal sikit,  boleh lah pi makan Yati Ayam Percik dulu yang ada kat tengah town.  Pastu pi jalan-jalan kat Pantai Cahaya Bulan ka,  tengok orang buat wau bulan,  pastu dah Maghrib semua baru mai makan Maggi Tiram kan?


Tapi nak buat macam mana,  lepas makan kat Maggi Tiram,  kami bertolak balik.  Aku masih tak mengamok sebab bagi aku,  seronok jugak dapat jalan-jalan ni. Sampai di hotel,  laki aku sambung rehat-rehat lagi.  Aku mandi dan bersiap,  tepat pukul 9 lebih,  aku turun sendiri untuk shopping di Wakaf Che Yeh. YES!!  Memang satu pilihan yang amat tepat lah untuk mai stay kat hotel ni,  turun-turun lobby,  bukak pintu jer terus kawasan night market.  Aku pun berjalan-jalan sendirian dan shopping untuk pusingan pertama seorang diri.  Kerlass shopping ada pusingan-pusingan!  Bila tangan dah penuh,  aku naik bilik,  letak barang dan keringkan peluh.  Laki aku masih duk rehat lagi,  lepak-lepak dia.  JARI TENGAH DALAM HATI!!!


Pukul 11:00 malam,  aku kata aku nak turun lagi shopping untuk second round,  pastu masa tu baru laki aku hegeh nak ikut aku.  Dia bersiap cepat-cepat,  pastu dia jalan ikut aku turun.  Ronda punya ronda,  sampai sakit kaki,  last sekali around 1:00 am kami pun naik atas bilik.


Esok pagi,  kami keluar check out awal dan pergi minum pagi di Kopitiam Kita.  Again tempat orang ramai,  laki aku tak selesa.  Dia langsung tak mau makan,  just nak minum.  Aku order macam-macam,  sebab aku memang nak makan!  Tapi bila dia tengok aku makan sedap,  dia tumpang sekaki juga.  Makanan lain yang tak sempat makan,  aku bungkus untuk makan dalam kereta.  Kalau dengan kawan-kawan aku,  mesti depa pun akan gila order macam-macam pastu share sorang sikit makan.  Banyaklah gambar dan bahan yang boleh aku ceritakan dalam blog aku kan? Itu motif paling penting sebenarnya.


Kalau ikutkan hati aku nak jugak makan Ayam Percik Yati tapi masa tu masih awal,  kedai dia tak bukak lagi.  So takpalah,  kami teruskan perjalanan.  Melalui Tumpat dan simpang ke jalan pulang melalui Rantau Panjang.  Kat situ kami stopped di Wat Phothivihan sebuah kawasan sembahyang untuk penganut agama Buddha.  Masa tu laki aku macam supporting sikit!!!! Dia mau jalan-jalan dan amik gambar dengan aku sebab KAT SINI TAKDAK ORANG!  Maderfarker betul.  Kami teruskan perjalanan,  tiba di Bukit Bunga,  stopped untuk beli buah tangan lagi dan keropok lekor.  Pastu kami bergerak balik Penang. Sepanjang perjalanan balik aku tidur lena kat sebelah.




Artikel ini bukan untuk mengutuk suami sendiri,  tetapi artikel ini adalah untuk menceritakan bahawa macam mana kita berusaha untuk mencari persefahaman dan keserasian dengan orang yang kita paling sayang,  tapi dah kalau dia tak suka,  dia tak gemar,  janganlah hang duk susah payah nak cuba ubah ikut apa yang hang suka,  dan apa yang hang minat.  Untuk jadikan perjalanan hidup lebih damai,  terimalah dia seadanya dan try untuk adjust apa sahaja yang ampa berdua suka dengan cara yang paling mudah.


Dalam hal ini,  aku buat sekian kalinya,  dah nekad dan buat keputusan bahawa aku tak mau lagi cuba untuk yakinkan laki aku untuk jadi adventourous dan suka berjalan-jalan macam aku lagi.  Lepas ni,  kembali kepada cara tradisi iaitu kalau aku nak jalan-jalan,  aku akan pi jalan-jalan sorang diri atau dengan kawan-kawan aku.  KALAU NAK BERCUTI HAPPY HAPPY DAN DI MANA LAKI AKU AKAN SYIOK DAN SETUJU NAK PI SEMUA TEMPAT ADALAH PI ANTARTIKA ATAUPUN KAWASAN-KAWASAN SEJUK SEBAB NAK BUAT MACAM MANA AKU KAWEN DENGAN KETURUNAN BERUANG KUTUB.


Bukan niat nak mencari salah laki aku semata-mata,  aku still kena berterima kasih kepada dia yang drive aku pergi balik dengan selamat, aku pun boleh rehat elok kat sebelah sambil berdengkur,  tak payah susah-susah pikiaq nak pack barang,  angkat bag,  kemas kereta dan sebagainya.  Itu semua dia tolong bagi settle. Dan aku amat berterima kasih kepada dia,  sebab dia faham dan terima aku seadanya dan dia tak pernah nak kongkong aku nak pi mana-mana pun kat dunia ini.  Dia percaya pada aku,  dia tau aku boleh jaga diri dan itu adalah benda yang paling seorang lelaki kena bagi dan hormati kepada seorang wanita lain!


Sekian,  wabillah hitaufik wal hidayah.

5 comments:

  1. heheheee....entry yang banyakkk sgt jari tengah. kelakarrrr la bacaaaaa, suke sangat dengan kejujuran jumieee. kdg2 memang hazabbbb sgt bile partner kita tak sekepala lagi2 bila time cuti, mood tak baik. memang mendatangkan kemarahan la kannn.

    penutup tu punn sokong sangat, kene belajar terima kekurangan masing2 dan bersyukur la at least laki bagi kepercayaan utk pegi berjalan sendiri. ade sesetengah laki tu, dahla tanak bawak berjalan, pastu bini nk berjalan dgn kawan pon tak bagi.

    jari tengahhhh!!! hahahhaha

    ReplyDelete
  2. i sanggup jadi yg kedua.. sbb i jenis suka rileks2 jugak dan x sukan panaih2 ni.

    ReplyDelete
  3. ekekeke.. i feel you jumiE!! mak pasghahhh hahaha

    ReplyDelete
  4. Boleh relate sangattttt..hahaha.. I adore you kak jumie, sincere habes. Sapa kata marriage life ni easy? Married senang, nak jaga marriage yang susah. Setengah orang bless dengan husband sporting la apa, so depa tak boleh nak relate. For them, dah tau tak sekepala, kawen buat apa? Sedangkan kita kawen dengan orang yang complement kita. Lengkap melengkapi.

    Betoi dak?

    ReplyDelete
  5. Kami kalau pi cuti mana-mana dengan husband pun selalu rasa geram, sebab dia kerja nak tidoq saja. Dahlah tidoq bukan sat-sat. Orang punya lapaq sampai perut dah masuk angin, dia dok sedap lena. Kalau boleh pi jalan sorang-sorang macam kak jumie takpela. Ni anak ramai, mampuih satgi dia mengamuk.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...