2.5.17

Maggi Tiram Pok Weil, Bachok Kelantan


Hello u olls,


I olls mai makan sini sebab direkemen oleh Dr.  Hafizal a.k.a Dr.  Pitt.  Dari hotel kami menginap di Wakaf Che Yeh lebih kurang 30 minit drive ke sini.  Warung Maggi Tiram Pok Weil ni terletak di sebuah kampung di Bachok,  jauh dari jalan sesak-sesak.  Kita akan lalu perkampungan dengan pokok kelapa yang tinggi melangit.  Ya Allah aku suka pemandangan di sini.


Aku baca-baca di blog lain mengenai warung ini,  Pok Weil adalah seorang guru tarian dikir barat dan memelihara tiram-tiram ini sendiri.  Kerlasss!!  So hasil peliharaaan ini,  dia pun buatlah warung yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang berasaskan tiram.


Ada nasi goreng,  mee,  kotiau dan maggi goreng juga.  Tetapi yang popular adalah maggi tomyam tiramnya.  Akak juga telah mengorder telur dadar tiram sebab depa kata memang sedap.  Pastu akak juga order tiram segar yang di makan bersama sos cili,  YANG NI MEMANG AKAK PALING SUKA SEKALI.  Selalunya orang makan tiram segar dengan sedikit jus lemon dan tobasco kan?  So yang ni depa buat macam sos cili macam mana ka,  tuang atas tiram tu,  pastu hang makan la fresh.  Satu tiram RM2 sahaja.  Akak order sikit sahaja sebab takut tak habis.


Warung Pok Weil adalah comel dan bersih,  sekitar kawasan warung ini dibersihkan dan dihias dengan pokok-pokok.  Ada ruang parking khas di belakang warung,  di bawah pokok-pokok kelapa....takut juga nak parking bawah ni,  kalau buah nyok jatuh timpa atas kereta macam mana?


Tapi overall,  makan kat sini takdak la sedap mana sangat.  Untuk 5 bintang,  akak bagi 3 sahaja.  Maggi tomyam tiram adalah mengecewakan.  Kuah dia ceroi (tak pekat) dan memang tak umph.


Telur dadar tiram pulak bagi akak adalah dry dan tidak menyerlahkan rasa tiram segar itu.  Akak rasa tiram masak ommellete yang sedap adalah New World Park Penang punya fried oyster.  Nasi goreng tiram macam biasa ja.  Takdak special apa.  Cuma yang paling aku suka adalah tiram segar makan dengan cili sos tu.


Entahlah ikutlah citarasa masing-masing,  tapi bagi akak,  mungkin akak tak sepatutnya order Maggi Tiram.  Mungkin kalau order maggi goreng tiram lagi sedap kot rasa dia.  Dan sayangnya burger tiram dah takdak,  kalau ada...mungkin burger tiram tu lebih tepat dengan citarasa akak.

Okay dah,  jom tengok gambar. Click read more,



The Warung
Warung Pok Weil adalah comel dan bersih,  sekitar kawasan warung ini dibersihkan dan dihias dengan pokok-pokok.  Ada ruang parking khas di belakang warung,  di bawah pokok-pokok kelapa....takut juga nak parking bawah ni,  kalau buah nyok jatuh timpa atas kereta macam mana?













The Food
Berikut adalah gambar makanan yang kami makan.

 Nasi goreng tiram RM8


 Tiram segar dengan sos cili.  RM2 sekeping.



 Maggi tomyam tiram special.  RM10




 Telur Dadar Tiram RM10



Maggi Tiram Pok Weil,  Bachok Kelantan
Pembekal Tiram Mentah
No tel:  013-9442711
Lokasi:  Jalan Gong Batu, Kemeyang,  16320 Bachok,  Kelantan
Waktu Operasi:  
1 tengahari hingga 12 malam
3 petang hingga 12 malam (Jumaat)
CUTI ISNIN

2 comments:

  1. Salam kak jumie.. yg oyster omelette dekat new world park stall mana?
    Thank youuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia kalau ampa pi New World Park...time siang food court dia ada satu ja yang jual Oyster Fried. Kat situ ja yang kami tau di Penang yang pork free...

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...