5.5.17

Penghuni Tetap di Asrama Rumah Kelamin



Semasa aku belajar di semester I, oleh kerana bilik yang aku duduk bersama roomate aku mempuyai banyak masalah kerosakan, ketua aras mencadangkan agar aku dan roomate dipindahkan ke sebuah rumah kelamin yang terletak di belakang bangunan asrama kami buat sementara waktu. Puan Raja yang merupakan Penyelia Asrama memberikan izin dengan syarat, penginapan ini hanya bersifat sementara. Kerana kami adalah pelajar tahun satu dalam bidang sarjana muda. Kebiasaan, rumah kelamin diutamakan kepada pelajar di peringat Ph.D. Setelah berbincang dengan penyelenggara asrama yang akan baiki kerosakan di bilik kami, Puan Raja kata, kami kena duduk di rumah kelamin ini lebih kurang seminggu barulah kami dapat duduk di rumah asrama kami balik.


Sepanjang duduk di rumah kelamin, banyak benda-benda pelik terjadi. Jejak je kaki masuk ke dalam bangunan rumah ini, badan aku telah rasa macam kena himpit dengan something. Like badan aku ni berlaga berlaga dengan orang. Sejak itu, aku dah mula rasa tak sedap hati.

click read more

JANGAN TAKUT NAK CLICK READ MORE.  PENULIS BLOG NI PUN PENAKUT MAHA BESAR SO DIA PUN TAK AKAN LETAK GAMBAR-GAMBAR HANTU MAHUPUN GAMBAR HANTU YANG LAWAK TENGAH MAKAN NASI.


Hari pertama kami. Aku dan roomate sudah mulai rasakan gangguan. Malam pertama kami nak melelapkan mata, kami rasakan pintu bilik air macam ada orang duk main buka dan tutup. Tapi semasa kejadian itu, aku dan roomate tidur di bilik berasingan kerana rumah kelamin ini ada 3 buah bilik. Tapi dari dalam bilik kami, kami boleh dengar dengan jelas pintu bilik air dibuka dan ditutup sendirinya sepanjang malam. Kami berdua terlalu takut sampai tidak berani untuk keluar dan lihat apa sebenarnya yang sedang berlaku di bilik air.


Keesokannya, aku dan roomate hanya berkongsi pengalaman melalui Whatsapp message. Aku jadi takut. Lebih menakutkan, hari ini, roomate aku perlu keluar asrama untuk menjalankan kajian lapangan di luar kampus. Takkan aku nak tidur sendirian di rumah kelamin ini? Tak boleh jadi! Aku pun message kakak-kakak senior dari asrama yang aku huni dan mereka bersetuju untuk datang teman aku tidur di rumah itu pada malam itu. Tapi aku tak ceritakan apa-apa kepada mereka tentang apa yang aku dan roomate aku alami semalam.


Selepas kami semua selesai makan malam bersama (kami beli bungkus dan makan di ruang tamu), tiba-tiba aku rasa macam macam panas like nak demam. Tiba-tiba pulak! Tapi aku kuatkan hati dan perasaan aku, lagipun aku ada beberapa assignment yang perlu disiapkan. Aku tak bolehlah nak berlembik-lembik demam kan? Setelah aku siapkan assignment aku lebih kurang pukul 2 pagi, aku kuatkan lagi semangat badan untuk mengemas dapur dan baju. Kakak-kakak senior yang teman aku, diorang ada 3 orang semua tidur tersadai di ruang tamu.


Perlahan-lahan aku membasuh pinggan mangkuk di sinki dan juga membasuh baju kotor menggunakan mesin basuh yang tersedia dalam rumah kelamin ini. Ketika aku sedang mesin kain, guess what? Tiba-tiba aku dengar dengan jelas seperti seseorang sedang mengelilingi rumah kelamin ni. 'Orang' itu berjalan-jalan di kawasan luar, bunyi deseran kakinya menapak pada rumput-rumput di tepian dinding luar rumah dan ruang simen di keliling rumah kedengaran jelas kerana waktu sudah menjelang pagi dan tiada bunyi-bunyi lain ketika itu. Lebih meyakinkan aku bahawa bunyi 'orang' itu sedang mengelilingi rumah apabila 'orang' itu mula bersiul-siul perlahan sambil berjalan.


Aku kaget, tetapi aku maintain relaks sahaja. Mungkin ini adalah pak guard yang mengawal kawasan.  Aku masih kekal di posisi aku di tengah dapur. Tapi,  jantung aku menjadi laju sebab aku cuba lihat sekeliling rumah, dari ruang tingkap dan sliding door, tak nampak pun bayang-bayang orang berjalan. Tetapi jejak kaki itu jelas kedengaran. Aku membaca selawat ke atas Nabi SAW kerana jantung aku berdebar semakin kencang. Habis lafaz pertama ucapan selawat ku, tiba-tiba siulan 'orang' itu terhenti.


BANG! Tiba-tiba sesuatu jatuh dari atas langit tepat di atas bumbung rumah. Bunyi macam buah durian jauh ke atas atap esbastos rumah ini. OMG! Time tu aku rasa macam jantung aku nak luruh. Sebab for the first time in my life, aku dengar sesuatu yang jatuh dengan kuat macam tu dan 'benda' yang jatuh tu seakan-akan bergolek pulak di atas bumbung.


Aku terus berlari ke ruang tamu. Aku gerak salah seorang kakak senior yang sedang tidur terkangkang di atas sofa. Dia bangun tetapi dia masih lalok, jadi bila kakak senior tu dah bangun, aku jadi lebih berani untuk buka semua lampu di dapur, ruang tamu dan setiap bilik. Aku pasang bacaan surah Syifa melalui aplikasi Youtube dalam handphone aku. Aku mendekatkan diri aku dengan kakak senior tadi  dan cuba berbaring disebelahnya. Aku cuba mengikut bait-bait bacaan surah Syifa dari rakaman Youtube ini dan terus aku terlena.


Keesokannya harinya, roomate aku balik dari kerja lapangan. Kami berbual-bual sekejab tentang kerja-kerja yang dia lakukan bersama pensyarahnya. Sebagai pelajar tahun 1, pengalaman menjalankan aktiviti kerja lapangan ada sesuatu yang amat excited sekali. Setelah penat berbual panjang, aku pun kembali ke bilik aku untuk tidur. Aku bersiram, ambil wuduk dan solat Isya. Selepas solat, aku kemas sejadah dan mengadap cermin solek. Sambil aku menyapu-nyapu krim malam ke wajah ku, tiba-tiba bunyi siulan semalam terdengar lagi. Bunyinya sayup-sayup di kejauhan. Tidak sejelas semalam.


Aku lantas terus membaringkan diri ke atas katil, dibiarkan lampu terpasang dan juga membiarkan rakaman surah Syifa dimainkan sepanjang malam. Malam itu, lebih kurang pukul 3 pagi, aku rasa badan aku keras dan kaku. Tidak boleh bergerak dan tidak boleh bernafas. Peluh jatuh menitis-nitis, aku cuba menjerit namun mulut dan gerak badan aku langsung terkunci. Tetapi aku boleh lihat sekeliling. Aku nampak lampu di ruang tamu juga terang terpasang lampunya, aku ingin jerit nama roomate aku namun tiada apa yang terkeluar dari mulut aku. Beberapa minit aku dalam keadaan itu! Akhirnya aku tertidur semula. Itulah pengalaman pertama aku rasa kena 'tindih'.


Esok pagi, aku dan roomate pergi kuliah seperti biasa. Kesibukan di kelas dengan assignment yang bertambah-tambah daripada pensyarah membuatkan aku sedikit lupa tentang kejadian aku ditindih semalam.  


Menjelang malam, kami kembali ke rumah kelamin yang kami tumpangi itu. Malam itu, beberapa kawan dari asrama kami bersetuju untuk datang teman kami. Selepas selesai makan malam, roomate aku ajak untuk berbual-bual di ruang tamu. Tambahan pula, kawan-kawan lain juga ramai malam ini. Pasti seronok dapat berbual-bual.  Dapatlah aku lupakan pengalaman aku beberapa malam yang lalu. Orang cakap,  benda-benda ni tak boleh diingat dan ditakut-takutkan sangat,  it feeds on our fear right?


Tiba-tiba sedang aku rancak bercerita, roomate aku melihat tepat ke arah belakang aku. Anak matanya terbeliak besar ke arah pintu bilik aku yang sedang terbuka. Dia terdiam. Tidak berkata-kata apa. Entah mengapa rasa seram sejuk. Aku pun berhenti bercerita.


"Ko kenapa tengok aku macam tu," tanya aku perlahan. Kawan-kawan pun berhenti dan memandang ke arah roomate aku.


Kawan aku menggigil. Perlahan-lahan dia mengangkat jari telunjuk tangan kanannya dan menunjukkan ke arah pintu bilik aku, jarinya bergetar.


"Po....po....pocong," kata roomate aku dengan suara menggeletar.


Nasib baik ketika itu kami semua tidak panic. Entah mengapa, kalau ikutkan sekumpulan budak-budak perempuan? Kalau dah kena macam tu, kami pasti menjerit dan bertempiaran lari. Tapi kaki kami semua bagai diikat dan badan kami kaku. Kami merapat-rapatkan tubuh badan kami. Menggerak-gerakkan kedudukan punggung agar bulatan kami menjadi lebih kecil. Ketika itu, suasana rumah dan sekitar asrama menjadi senyap dan sunyi. Sedangkan pada ketika jam 9 malam begitu, akan kedengaran lagi motorsikal lalu lalang dan suara pelajar bercakap-cakap sambil berjalan ke asrama. Tiba-tiba masa seakan-akan terhenti.


Tanpa disuruh kami berempat terus membacakan surah-surah Al Quran yang kami hafal. Aku membaca dari surah Al Fatihah sampai Al-Ikhlas berulang-ulang kali. Semakin lama, aku rasakan perasaan takut aku semakin hilang. Lebih kurang lepas 15 minit kami membaca. Aku berhenti dan melihat ke arah kawan-kawan aku, kami saling berpandangan.


Aku lihat ketika itu, salah seorang kawan kami mukanya merah dan ada bekas titisan air mata. Itulah kesan takut yang tak dapat kami nak bayangkan, kesian kawan aku punya takut sampai menangis.


"Betul ke apa ko nampak tadi?"aku beranikan diri untuk tanya pada roomate aku.

"Tak mungkin aku salah sebab almari bilik ko warna hitam. Aku nampak clear. Mula-mula aku ingat aku tersalah nampak sebab mungkin aku penat....tapi makin lamaa......."


Kami telefon Penyelia Asrama dan tak lebih dari 30 minit selepas itu Puan Raja dan beberapa kakak senior lain datang ke rumah kelamin yang kami inapi. Puan Raja tidak bertanya banyak, dia arahkan kami kemas beberapa keperluan dan barangan untuk kuliah esok dan minta kami tumpang tidur di bilik-bilik kawan lain. Esok pagi, Puan minta kami datang ambil semua barangan kami dan keluar terus dari rumah kelamin itu.

Dan sejak itu, setahu aku, Penyelia Asrama tak pernah bagi sesiapa pun duduk di rumah itu lagi.


Cerita ini dikongsikan oleh seorang pembaca kepada penulis blog.
U got scary story during your campus life to share? Or any kind of cerita seram dan misteri? Email to jumiess@gmail.com

1 comment:

  1. Mak engkau la seram diaaaa... memang dok terbayang...huhu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...