17.5.17

Ramadhan Buffet @ Eastin Hotel, Penang "Absolute Authentic & Exclusive ‘Masakan Kampung’ (28 Mei hingga 24 Jun 2017)

Terima kasih kepada Eastin Hotel, Penang yang telah menjemput saya untuk review ini. 



Absolute Authentic & Exclusive ‘Masakan Kampung’ adalah tema pilihan Hotel Eastin, Penang. Memang best pilihan kali ini, tapi highlight paling akak suka adalah “Kambing Golek Beratur Panjang”, “Gearbox soup” dan satu dessert bertajuk ‘UM ALI” yang kalau u olls makan, u akan duk kata “Urmm...Ali….”


Balik rumah, akak pun Google pasai Um Ali dan punya duk gelak baca sejarah makanan ni. Dikisahkan pada zaman dahulu di negeri Mesir, seorang raja bernama Sultan Ezz El Din Aybek. Dia ada dua bini. So dua dua bini ni duk bergaduh sebab nak kuasa sapa mak ayam lagi besar kan? So isteri pertama nama Um Ali ni pi rasuah kat dayang dan inang isteri kedua, so inang dan dayang tu semua pukul bini nombor dua ni dengan kasut sampai mati masa dia nak pi mandi. Gilaaaaaa punya ganas pompuan pompuan Arab ni semua, upah bunuh orang pakai kasut sahaja.


Lepas bini nombor dua ni mati, so isteri first ni buatlah sejenis dessert berupa sejenis pudding roti dan bagi semua rakyat jelata makan. Sebab tu la bread pudding ini diberi nama Um Ali, sempena isteri pertama yang menang!


Tapi Um Ali bukan satu-satu makanan kat Ramadhan Buffet Eastin Hotel yang sedap, hangpa kena try dia punya masakan panas dia macam-macam duk ada. Ayam, daging, seafood. Pastu side dish lagilah banyak ada rojak buah yang hangpa boleh bancuh sendiri, popia basah, ubi bakar dan macam-macam lagi!

click read more



Um Ali


Menu

PEMBUKA SELERA / APPETIZER
Ulaman dan Herba Kampung,  Ulam Raja, Petai, Kacang Botol, Daun Selom, Tomato Kerdil, Pucuk Paku, Kobis Bulat



Aneka Kerabu
Kerabu Sotong, Kerabu Ikan Masin, Kerabu Udang , Kerabu Mempelam Muda, Urap Sayuran, Kerabu Manga, Kerabu Bayam, Acar Rampai, Kerabu Telur Masin, Tauhu Sumbat




Rojak Mambo
6 Jenis Buah dan Cakoi Goreng,  With Asam Boi, Cili Kicap, Rojak Sauce, Cili Kicap Gula




Jeruk Jerukkan
Semenanjung Kampung Pickles:  Sengkuang, Betik, Anggur, Kedongdong, Cermai, Pala, Salak


Mini Stall
Sushi and Sashimi dan Sampingan Jelup Jelup



Charcutaries Counter Assorted Cold Cut
Japanese Corner,  Pelbagai Aneka Masakan Indian (Pinang Tandoori Tempayan, Lamb Massala Tosei, With Selection of Naan Bread),  Ipoh Nasi Ayam,  Nasi Ayam Hainan dan Sampingan,  Ubi Bakar Stall (All Selection Sweet Potato),  Semenanjung Noodles Stall,  Laksa Penang, White Curry Mee,  Jemput Jemput Corner,  Goreng Pisang, Cucur Manis, Cekodok Pisang, Papadam, Keropok Ikan,  Selangor Popiah Basah with Condiment (Taugeh, Tauhu, Telor Rincik, Lobak Merah, Salad Segar, Kacang Tumbuk, Sos Merah, Sos Pedas),  Warung Buah Buahan Dusun,  Assorted Fresh Fruits,  Pulut dan Lemang,  Lemang Pulut Putih, Lemang Pulut Hitam, Pulut Kuning, Ketupat Palas, Ketupat Nasi,  Gulai Daging Kawah Gopi,  Gulai Daging Tongkat Ali,  Satay Campuran dan Sampingan (Ayam dan Daging Nasi Impit, Bawang Segar dan Timun Muda), “Kampung Malayu Lambuk” dan Sampingan (Spring Onion, Fried Shallot, Prawn, Chicken, Minced Beef, Salted Radish, Anchovies, Chili Pady Kicap, Ginger, Daun),  Sup, Garlic Oil, Chili Flakes Serunding Kelapa, Serunding Ayam, Serunding Daging,




Kerlas dressing raspberry!

“Kampung Malayu Lambuk”


Satay Campuran

Pulut dan Lemang,  Lemang Pulut Putih, Lemang Pulut Hitam, Pulut Kuning, Ketupat Palas, Ketupat Nasi,

Pinang Tandoori Tempayan, Lamb Massala Tosei, With Selection of Naan Bread

Gulai Daging Kawah Gopi

White Curry Mee

Laksa Penang

Selangor Popiah Basah with Condiment

Ubi Bakar Stall



Soup Corner
Harian Sup Istimewa (Harian Istimewa Dari Dapur Chef Melayu – Gearbox)




“Kambing Golek Beratur Panjang”
Dengan adunan herba dari Timur Tengah Bersama Buryani Pak Raj,  With 4 type of dressing and gravy







Hidang-Hidangan Campuran Semenanjung
Memang Pedas Oatmeal Prawn,  Ketam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Kuzi Daun Pudina,
Kam Heong Buluh Lala, Udang Berembah, Ikan Tenggiri Gulai Kampung, Hong Kong Kailan Berbawang Putih dan Ikan Masin, Kong Po Sotong, Sayur Lodeh, Nasi Putih/ Nasi Pilau/ Nasi Briyani

Nasi Pilau

Udang Berembah

Kam Heong Buluh Lala

Memang Pedas Oatmeal Prawn

Ayam Masak Merah

Ikan Tenggiri Gulai Kampung

Ketam Manis

Kong Po Sotong

Daging Kuzi Daun Pudina

Hong Kong Kailan Berbawang Putih dan Ikan Masin


Hidangan Pencuci mulut Antarabangsa
Chocolate Fountain,  Ais Kacang Campur Campuran Tapai), 15 Types of Ais Kacang Condiments,
Biscuit Raya (10 Types of Malay Cookies), Anika Kuih- Muih Melayu (6 Types of Malay Kuih),  Cita Rasa Mat Saleh (8 types of Cakes), Ais Krim Pilihan,  Cita Rasa Pak Arab (Baklava Pistachio, Baklava Almond, Baklava Mixed Nut, Bahsima, Bahbusha, Honey Ball, Katafe’e, Mulahabiah, Um Ali, Katafi Cheese with Nuts, Kamal Jelly, Finger Zainab, Gantung Gantung, Twisties, Mamie, Keropok Tora


Anika Kuih- Muih Melayu



Cita Rasa Mat Saleh (8 types of Cakes)


Harga
✅ Kalau beli voucher awal-awal lani (selagi stok masih ada) hanya RM95nett per ticket. Boleh contact Nornazia (Whatsapp +60 16-526 5523​) depa punya sales person.


✅ Kalau hangpa check it out Facebook page @Eastin Hotel Penang hangpa boleh beli voucher pada harga hanya RM100nett.


✅ Kalau lambat, walk in price RM120nett


Trio Venus Combo,  one of most popular dan talented Batak band from Indonesia yang hiburkan kami masa makan preview bukak posa hari tu.  Memang sedap depa nyanyi,  daripada duk bagi pompuan-pompuan Filipin nyanyi keriau tak tentu hala.  Dengar kata lani,  lounge di Eastin Hotel pun makin ramai orang duk mai sebab mai relaks dengar bapak-bapak ni duk menyanyi.


Kesimpulan
Tahun lepas akak dan anak-anak ayam akak semua mai makan kat sini! Memang semua puas hati makanan banyak sampai tersandar tak tau nak makan apa.  Kepada u olls semua,  cepat-cepat mai beli voucher awal bagi murah sikit!  Makanan semua memang sedap, banyak pilihan dan sangat sesuai kalau u olls nak mai ramai-ramai dengan kawan-kawan, family ataupun work group.

Akhir kata,  terimalah gambar akak dan anak Cina iaitu Veena Ariffin,  my PA gitu.  HAHAHAH

Posing ini bertajuk Astaghfirullah Hal Azim.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...