11.5.17

Rei Kawakubo/Comme des Garcons: Art Of The In-Between - MET Gala 2017

Teka sapa pakai baju pengantin kaler merah ni?  Kena baca artikel lain.


Saban tahun,  peminat fashion pastinya akan menantikan MET Gala atau Costume Institute Gala adalah sebuah malam gilang gemilang yang dianjurkan oleh majalah Vogue bagi menjana dana dalam tabung pembangunan fesyen untuk Metropolitan Museum of Art,  New York.  Kerlas muzium depa siap ada bahagian khas untuk pembangunan fesyen siap boleh raised money every year berjuta juta USD.


Nak cerita mai secara ringkas,  event besar-besaran ini satu tiket sahaja dijual pada harga USD 30,000 untuk satu ticket dan satu meja lebih kurang USD275,000.  Ini adalah harga tahun ini.  Nahariam punyalah mahal!  Tak kata la satu tahun depa boleh untung berjuta-juta masuk dalam tabung.  Selalunya yang akan beli meja-meja ini adalah designer-designer dan mogul fashion yang kaya raya la.  Dan kat meja depa tu,  depa nanti invite lah models dan selebriti mai duduk satu meja dengan depa dan pakai baju-baju rekaan depa juga.


Ada juga beberapa tempat yang akan diberikan oleh mak ayam besar Anna Wintour (editor majalah Vogue) kepada designer-designer yang baru nak up dan selebriti yang dia suka.  Tapi pokok pangkalnya,  600 tempat yang disediakan untuk MET GALA ni semuanya kena melalui mak ayam besar Anna Wintour ni dulu.  Kalau dia bagi permission,  barulah hangpa boleh join,  kalau tak...jangan haram ampa boleh masuk walaupun hangpa mampu beli tiket.

Click Read More



And kalau hangpa nak tau,  Kardashian family dulu semua di BANNED kot tak boleh mai MET GALA ni,  sampailah Kanye West kawen dengan Kim K,  Kanye West pujuk-pujuk Anna Wintour barulah mak ayam tu bagi green light bagi Kim K mai.


Apa yang berlaku dalam MET GALA ni sapa pun tak tau,  kita duk tengok ni hanyalah depa punya red carpet sahaja.  Tapi kalau hangpa baca kat NY Times punya laporan,  depa habaq kata mula-mula semua tetamu akan jumpa dengan model-model dan juga pameran khas mengikut tema dinner tu,  pastu depa akan pi sesi cocktail,  lepas dah minum air mabuk semua baru hang akan dijemput untuk makan malam.  So masa makan malam ni lah akan ada persembahan oleh artis ternama.  "Or so they tell me."  quoted by Vanessa Friedman,  NYtimes.com



Anna Wintour ni memang such a big name dia control apa sahaja yang dia mau.  Sejak dia jadi editor majalah Vogue,  dia masih mampu menjaga takhta kuasanya sampai sekarang.  Dia juga menjadi inspirasi untuk filem Devil Wears Prada.  Hangpa tau kan watak yang Meryl Streep berlakon dalam tu celaka macam mana? Tapi kalau nak tau lebih details,  boleh baca novel atas nama yang sama ataupun baca jat Wiki page ni mampuih ampa nanti terkejut tengok macam mana dia set rules agar dia nampak semua orang tunduk kat dia.  Paling tak boleh blah,  dia tetapkan rules kat semua staff majalah Vogue yang lebih rendah pangkatnya dilarang untuk memulakan percakapan dengan dia! FUCK.



Ingat tak dulu masa anak dara Najib dan Kak Rosmah kawen,  walaupun dalam kad jemputan dan juga kad pada meja tetamu dinyatakan TETAMU TIDAK DIBENARKAN AMIK GAMBAR DALAM DEWAN DAN BUBUH DALAM SOSIAL MEDIA.  Itu adalah peringatan tuan rumah kepada semua,  tetapi ramai ja yang dah pecah lobangs dan gambar dari malam berinai sampailah baju pengantin,  meja makan tetamu dan dekorasi pelamin bunga kepok kepok semua dah diviralkan.  Nampaknya kuasa Kak Ros tak begitu kuatlah u olls.


Sebab!  Dalam MET GALA,  same case,  semua tetamu tidak dibenarkan untuk amik gambar dan post dalam sosial media.  Daripada mogul fesyen yang besar-besar sampailah kepada selebriti dan model,  sapa pun tak berani sebab kalau depa buat...mampuih lepaih ni mak ayam Anna Wintour akan buang depa daripada list dan tak bagi depa mai dah MET gala lepas-lepas ni.  Haaaa betui tak?  And para selebs semua memanglah meminta-minta untuk nak mai event ni sebab barulah depa nampak macam A lister,  dapat pendedahan kepada media semua.


Inilah Rei Kawakubo.


Rei Kawakubo keluar dari hotel menuju ke MET GALA.  Dia relaks ja pakai macam ni.  Tapi aku cari gambar lain masa kat red carpet MET GALA memang takdak.  Deni memang tak suka amik gambar kot.  Okay cup...nak habaq juga,  umur dia 74 tahun!


Hangpa boleh tengok dalam ulasan fesyen yang akak buat dulu-dulu memang saban tahun akak duk buat review pasai MET Gala ni.  Tahun ini tema depa adalah “Rei Kawakubo/Comme des Garcons: Art Of The In-Between”.  Rei Kawakubo ni adalah seorang fesyen designer yang mengasaskan brand bertajuk Comme des Garcons.   Dia ni lah pencetus fesyen avant garde.  Fesyen yang dia reka bukan semata-mata baju untuk dipakai,  tetapi more kepada ekspresi seni yang membuatkan orang tertanya-tanya.  Dia berasal dari Jepun,  kawen dengan Mat Salleh dan dia tak pernah cakap orang puteh pun,  ampa nak cakap,  cakap dengan laki dia...laki dia tukang translate.  Dia kata,  dia takdak masa nak translate kat orang pasai hasil kerja dia.  Kerlas!!


Tapi sayang tahun ni,  sepupu akak Beyonce tak dapat attend sebab dia duk sarat mengandung dan nama-nama besar lain like Sarah Jessica Parker,  Taylor Swift,  Nicole Kidman dan Lady Gaga juga no where to be seen.


So jangan lupa baca pasai semua ulasan-ulasan fesyen MET GALA 2017 ada 4 part semuanya.  Jom kita mula!


Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 1
Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 2
Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 3
Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 4

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...