3.5.17

Shop Till You Drop at Wakaf Che Yeh

Jangan gelak,  tapi salah satu dress leopard print tu akak dah beli.  HAHAHAHAH

Hello u olls,


Aku bukan jenis kaki shopping sangat dan sebenarnya disebabkan aku kedekut so aku memang sekali-sekala sahaja akan shopping dan mengikut keperluan.  Jadi kalau diikutkan,  dah lama sangat aku tak bershopping secara meriah untuk meng-top-up pakaian basic yang sedia ada.  Last time aku shopping aku rasa adalah di Bandung,  beberapa tahun yang lalu.  So selepas tu,  memang aku takdak pun pi satu-satu tempat semata-mata untuk shopping u olls.


Aku bukan macam hangpa-hangpa semua yang sanggup berhabis ratusan ringgit hanya semata-mata sehelai tudung.  Yes,  sekali sekala like hari raya ka apa ka,  aku ada la beli tudung jenama kelas sikit tapi harga tudung tak pernah more than RM100 sehelai ya.  Oleh itu,  kalau hang nak cakap pasai baju Jovian Mandagie la,  Rizman Ruzaimi la,  DUCK la apa kepala butoh semua,  hangpa boleh sembang dengan orang lain,  sometimes orang mai depan muka aku dan habaq kata depa tak sabar nak beli baju RR limited edition yang akan diannounce dalam website tak lama lagi.  Sorry mak bukan macam tu,  hangpa mai story macam tu depan muka aku,  reaksi teruja dan kegembiraan yang aku berikan adalah fake dan pelasu belaka.  Sorry.  Buat apa aku nak susah payahkan diri aku beli benda yang aku tak mampu?  Hangpa mampu,  teruskanlah.


Masa kat Wakaf Che Yeh ni dengan hanya bajet RM300 aku dah boleh beli macam-macam wehs.  Blouse aku boleh dapat RM30 untuk design polos terkini,  untuk blouse yang terbelakang sikit design dia only RM10 sehelai.  Cardigan size pendek RM15 sehelai,  size labuh RM20 sehelai.  Seluar palazo lebih kurang RM20 ke atas,  kena pandai tawar.  Baju kelawar (wajib beli...ahahaha) RM10 sahaja sehelai.  T shirt untuk pakai basahan RM8 sahaja.



click read more



Ini bukan musim hari raya,  ataupun musim cuti sekolah.  Maka orang tak ramai sangat.  Kita boleh shopping sambil catwalk.

Gerai makanan depan hotel.  Best duk order teh ais depa dengan pulut durian.
Pemandangan dari dalam lobi hotel!  Dah boleh nampak gerai-gerai perniagaan di Wakaf Che Yeh.

Shopping kat pasar malam macam ni adalah aku punya style.  So kebetulan nak mai Kelantan,  haruslah akak membuat sesi shopping di Wakaf Che Yeh,  lokasi shopping ala-ala uptown/night market yang amat terkenal di Kota Bharu ni.  Akak pernah mai sini sekali beberapa tahun yang lalu dan dapatlah rembat sehelai dua blouse.  Tetapi kali ini,  akak bersedia dengan lebih jitu.  AHAHAHAH


Pertama,  akak sengaja booking hotel yang terletak betul-betul di tengah-tengah Wakah Che Yeh.  Nama hotel ini adalah Dynasty Inn Wakaf Che Yeh.  Aku check melalui Trivago dan melalui offer-offer yang lain,  Expedia bagi harga booking paling murah iaitu RM69 ringgit.  Tapi dah sampai kat sana,  kena bayar itu,  bayar itu,  caj itu,  caj ini,  mak kenalah RM80 sahaja semalam.


Hotel ni adalah hotel baru,  bersih!  Takdak lift so sapa-sapa yang mai dengan kerusi roda ataupun baby stroller mungkin akan susah sikit.  Takdak mini bar (peti ais),  takdak wardrobe,  tapi dalam bilik ada simple meja solek,  TV,  dua bijik katil dan toilet dengan hot shower.  Okaylah noks!  Takdak breakfast dan sorry kalau u olls pi jalan malam-malam baru nak sampai hotel,  jangan mimpi untuk dapat parking kat depan hotel.  Hangpa nanti kena parking jauh sikit,  pastu pukul 4 pagi ka macam tu,  hangpa pi la ubah kereta parking mai dekat dengan hotel.


Punya seronok bershopping pada malam itu,  aku ronda sorang-sorang,  dah habis jalan kutip-kutip blouse dan cargidan dan tudung,  penuh tangan aku pun naik atas.  Letak barang dan sejukkan badan,  lepas tu turun bawah dan sambung balik.


So sapa-sapa yang nak mai Wakaf Che Yeh semata-mata nak mai shopping ampa boleh stay kat sini.  

Ini tangga nak naik.




Bangunan depan hotel.



Gambar dalam bilik.  Simple jers.


Dynasty Inn Wakaf Che Yeh
2618, Jalan Kuala Krai
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu,
Kelantan, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
+60 9-746 1616

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...