Jom Try Diameida Fabulous Mascara

2.5.17

Teh Tarik Madu dan Sup Kepala Ikan Warung Pak Mat Pulau Pisang

Teh Tarik Madu dan Sup Kepala Ikan Warung Pak Mat Pulau Pisang

Hello u olls,


The first makanan sedap yang aku makan masa kat Kota Bharu adalah set nasi putih dengan sup ikan + daging dan teh tarik madu ais di Warung Pak Mat Pulau Pisang.  From Kota Bharu ke lokasi gerai ini,  lebih kurang 15 minit.


Warung ini terletak di sebuah astaka yang terletak di hilir Sungai Kelantan.  Ada banyak kedai-kedai lain kat sini,  tapi Warung Pak Mat ni paling meriah.


Selain terkenal dengan sup kepala ikan dan teh tarik madu,  Warung Pak Mat juga menyajikan pelbagai jenis nasi dan lauk pauk seperti ayam,  ikan dan daging yang dimasak menggunakan resepi kesukaan rakyat Kelantan.  Tapi hangpa kalau mai sini memang confirm kena try set nasi putih dengan sup ikan atau sup daging ni.



Aku teringat zaman belajar kat POLISAS dulu kalau cuti semester pernah sekali aku ikut kawan aku Maznida Mahadi balik rumah dia di Ajil,  Terengganu.  Family dia memang buat business depan rumah dengan membuka gerai makanan.  Dan makanan yang popular kat rumah depa adalah set nasi putih dengan sup daging.  Sup yang terdapat di Warung Pak Mat ni memang mengingatkan aku pada sup daging di rumah Maznida Mahadi.


Untuk set sup kepala ikan adalah RM60 dan ke atas mengikut saiz kepala ikan tu,  tetapi aku dah la mai berdua dengan laki aku sahaja dan kami dua orang mana boleh nak makan kepala ikan besar-besar,  so aku amik sup isi ikan siakap sahaja.  Isi ikan itu dipotong besar dan tebal.  Memang puas hatilah!


Satu sup ikan adalah RM25 kalau tambah daging jadi RM30,  so aku amik sup ikan + daging.  Dua nasi putih,  teh tarik madu ais dua dan ais krim teh tarik dua,  kami kena RM45.


Sup ikan ni memang special sebab,  bila hang sebut kata hang nak sup ikan+daging,  kakak kat kaunter tu akan cedok ikan +daging pastu dia akan mixed depan hang,  sup,  lada,  gula,  air asam limau....macam customized sup hang bagi special.  Bukan semata-mata amik sup dari periuk dan ceduk bubuh dalam mangkuk hang sahaja.  Aku habaq kat dia,  nak sup tu kurang pedas.  So depa kurangkanlah bubuh lada dan cili.  Tapi rasa sup tu jadi lebih pekat dan pekena dengan nasi putih memang suur wehhh.  Sambal belacan dia kau punya pedas,  so amik sikit-sikit please.


Aku juga dapat rasa ais krim Teh Tarik Madu yang dibuat khas oleh Pak Mat.  Rasa dia memang sedap.  Rasa teh pekat,  after taste dia ala-ala masin macam caramel gitu.  Pak Mat yang kebetulan duk ada kat kaunter masa aku beli ais krim ni,  dia kata aku memang pandai rasa.  Dia bagi aku satu scoop air krim free.  HAHAHA YES!! Oh yes,  Pak Mat kata dia tak pakai gula langsung.  Just madu dan susu yang dimasak.  Something like that.


Ampa mai tengok gambar-gambar yang aku share ni!

click read more





Teh Tarik Madu Ais





Sup Ikan dan Nasi Putih



I can eat like this everyday!


Ice Cream Teh Tarik Madu

I have the honor of meeting Pak Mat himself!  The inventor of ice cream teh tarik madu.




Makan Seflie




The Location of Warung Pak Mat










The Process
Inilah kaunter untuk order di mana sup kita akan dibancuh mengikut kesukaan kita.  Selain sup,  ada macam-macam lagi juadah yang ada.










Pemandangan Sungai
Warung ini terletak di sebuah astaka yang terletak di hilir Sungai Kelantan.  Aku baru tau....betapa besarnya Sungai Kelantan.  Patutlah depa selalu banjir.









Warung Pak Mat
Waktu Urus Niaga:  7:30 pagi hingga 4:30 petang (Tutup hari Selasa)
Lokasi:  Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Contact number:  013-919 8131

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...