Jom Try Diameida Fabulous Mascara

11.5.17

Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 1

Hello u olls,

Untuk part I,  akak akan letak gambar-gambar yang masuk under kategori warna biru,  hijau,  merah,  pink,  putih dan nude colour.  Disebabkan sebab banyak sangat selebs dan model dan baju yang macam-macam,  yang mana pakai baju boring semua aku dah buang dari list.  Yang masuk dalam kategori ini adalah yang OKAY NOT BAD,  tak boring dan tak salah kalau nak kata memang cantik.

Jom tengok.

Biru/Hijau
Jennifer Lopez in Valentino with a Judith Leiber Couture bag
Make up mak ayam ni always meletops.  Takdak sapa pun boleh pakai lipstick nude secantik macam JLo pakai.  Kalau aku buat make up nude lipstick macam ni nampak macam sakit.  Anyway,  walaupun dress ini warna nya cantik ala-ala biru prom dress tetapi actually design ni macam zaman dulu-dulu 70s.  Tak cantik.



Felicity Jones in Erdem
Bahagian atas dress ni macam baju kebaya pompuan Melayu suka duk pakai masa akhir tahun 90 an.  Kain jarang buat kebaya kot atas,  kot dalam pakai tube dress macam mana ka.  Kerlas....



Katie Holmes in Zac Posen
Kerlas mak ayam ni membuat-buat dengan dress ZacPo.


click read more





Elle Fanning in Miu Miu
Sesuai dengan personality dia pompuan pari pari.  Akak suka.  Tapi play safe sebenarnya ni.



Serena Williams in Versace and Alexis Ohanian
Kerlas pompuan tennis ni dah mengandung.  And dia lah satu-satunya yang pakai warna hijau pada hari ini.  Versace telah membuat satu dress yang cantik untuk beliau.  Tahniah.



Sarah Paulson in Prada and Irene Neuwirth jewelry
Baju bentuk macam ni aku panggil baju kereta berhias.  Sebab kot belah atas semua keras,  dan bahagian bawah ada bulu-bulu tu,  macam duk sembunyi roda macam mana ka,  nanti ada meshin kot bawah dia nanti bawak orang yang pakai ni bergerak pi depan.



Reese Witherspoon in Mugler and Tiffany jewelry
Elegen...simple jer.



Laura Dern in Gabriela Hearst
Deni fesyen dia macam-macam ni jerla...



Aymeline Valade in Marni
Inilah yang dikatakan sebagai orang elok pakai apa pun elok.  Hang bayangkan dress ini dipakai oleh artis biasa biasa yang bentuk badan pun macam biasa-biasa.  Sudah tentu baju ini nampak macam dibeli daripada kedai baju bundle.  Tapi jenama Marni ni memang suka pakai kain yang bercorak warna terang-terang tapi bentuknya,  tak semua dress Marni cantik.  Nanti ampa tengok selebs lain yang pakai baju Marni tapi ya Allah aku pun tak tau la pasaipa orang nak pakai dress jenama mahal macam ni.



Emily Ratajkowski in Marc Jacobs
Kerlas pompuan ni pakai baju nampak macam ikan duyung baru naik jadi manusia.



Mindy Kaling in Prabal Gurung and Monique Péan jewelry
Nice Kak Mindy,  walaupun lani muka dah pecah lobs.




Merah/Pink

Gwyneth Paltrow in Calvin Klein by Appointment
Nampak macam simple kan?  Sat ampa tengok gambar di bawah!

.
.
.
.
.

Nenjia kerlas!  Depa badan elok macam mana ka.  Baju simple macam ni pun nampak stunning sebab bentuk badan depa nampak sangat bersih dan kemas.  Aku suka gaya ini.




Zoë Kravitz in Oscar de la Renta and Tacori jewelry
Walaupun dress ini cantik,  tak dinafikan tapi aku rasa macam Zoe tenggelam dalam dress ini.  Pompuan ni kecik Ya Allah.



Lily-Rose Depp in Chanel
Anak dara Johny Depp ni u olls.  Akak suka dress warna pink ini sangat cute dan remaja.



Emma Roberts in Diane von Furstenberg
Buang bulu pink tu...terus baju ni nampak mahal.  Akak rasa rambut dan make up juga sangat sloppy.




Joan Smalls in Topshop
Simple tetapi seksi.  Sebab si pemakai tau macam mana nak bawa body dia.




Rose Byrne in Ralph Lauren and with Dauphin jewelry
Kerlas pompuan ni makin berani membuat gaya gaya baru di red carpet.  Baju ini adalah sangat unik especially bahagian atas,  di mana reben tu macam tutup seconet kat tetek.  Ala-ala sangkut macam mana ka.  Rambut dia juga cantik.  Very dramatic.




Miranda Kerr in Oscar de la Renta
Simple dress u olls.  Kalau aku pakai dress ni,  esok aku nanti migraine.  Tau pasaipa?  Sebab hari aku pakai baju ni,  aku nanti syiok nak pusing-pusing badan aku macam princess.




Ashley Graham in custom H&M
Sayangnya,  dress ini tak cantik.  Tapi tak lah buruk sangat sampai masuk kat kategori buruk.  Masih okay sebab kat bahagian bawah dress ini sangat rumit karyanya.



Doutzen Kroes in Brock Collection
Comelnya dress ni.  Deni pun mai bergaya santai sahaja.



Haley Bennett in Dolce & Gabbana Alta Moda
Pompuan ni memang suka pakai gaya gaya feeling macam ni tapi for the first time personal style dia sesuai dengan tema yang diberikan.  Aku suka head gear yang dia pakai very the class dengan pilihan warna emas lembut dan pink pastel.



Natasha Poly in Michael Kors Collection
Simple dan seksi.  Tapi bentuk bentuk cut out macam ni bukan dah habis lama dah ka?





Katie Lee in CD Greene
Kot depan dress ni nampak macam dress merah baldu yang bohsan,  tengok bila dia melangkah dari sisi.  MELETOPS. Butiran yang sangat menarik.





Taylor Hill in Carolina Herrera
Aku suka make up,  style dan dress ini!  Stunning.




Putih/Nude

Kim Kardashian West in Vivienne Westwood
Kerlas mak ayam kena rompak ni lani style pakai semua tutup-tutup,  tak berani pakai baju telanjang dah dan katanya dah insof tak mau pakai jewellery banyak-banyak macam Mami Jarum dah.  Good for you.  By the way,  Kim K dah ikut trend Anna Wintour di mana dia tak ubah gaya rambut dia untuk apa upacara sekali pun.  Duk straight macam ni belah tengah.

Tapi macam mana pun akak rasa dia terlalu play safe untuk gala ini.  Akak harap dia pakai sesuatu yang lebih kuat untuk menunjukkan gaya peribadinya sebagai mak ayam sosmed.


Kate Hudson in Stella McCartney
Kate Hudson memakai putih.....




Zoey Deutch in Tory Burch
Walaupun simple tapi dress bentuk macam ini akan menjadi sangat in pada masa akan datang.  Subang itu juga sangat menarik.  Bentuk baju macam Neelofa suka la nak pakai.




Sophie Turner in Louis Vuitton
Sayang sekali pilihan beliau untuk LV ini tidak begitu menyerlah.  Tapi LV punya design memang macam pelik pelik macam ni.



Janelle Monáe in Ralph & Russo
Disebabkan kita dah terbiasa tengok Janelle Monae duk pakai dress bran-bran macam ni,  dengan ropol, manik-manik,  buku dan detailing pada setiap inci dress.  Jadi bila dia tampil over-over macam ni di MET GALA dia terus tenggelam sebab ini adalah kebiasaan untuk dirinya.  Kalau akak jadi dia,  akak akan pilih untuk tiba-tiba pakai dress yang simple macam amik selimut buat dress kosong macam tu.  Barulah stands out!  Sebab hari hari dah pakai fesyen yang avant-garde.



Selena Gomez in Coach and Tiffany jewelry
Deni duk feeling lovey dovey.  Dress yang dia pakai pun sangatlah simple sebab aku tau dia tak mau orang bercakap pasai baju dia,  dia nak orang focus kepada dengan siapa dia mai masa majlis ini.  Yes,  for the first time dia dan kekasih barunya The Weeknd dilihat berpimpin tangan.



Allison Williams in Diane von Furstenberg
Potongan yang simple,  tapi kalau ampa perati betul betul dress ni nampak macam kimono.



Hailey Baldwin in Carolina Herrera
Dress mangkuk tingkat!!!!


Leslie Mann in Chanel
Pilihan yang klasik dan selamat.


Ruby Rose in Burberry
OMG aku suka pompuan lesbos ni.  Dia dulu ANTM dan lani dia duk berjinak-jinak jadi pelakon.  Muka memang gorjes.  Aku suka.  By the way dress ini mempunyai detailing kain jahit tepi yang sangat rumit untuk disatukan.  Walaupun dress ini macam lady like,  tapi macam kena dengan penggayaan peribadi Ruby Rose sebagai pompuan bertattoo yang ala-ala ganas gitu.





Bee Shaffer in Alexander McQueen
Pompuan ni anak Anna Wintour.  Pilihan selamat oleh beliau.


Cynthia Erivo in Thom Browne and Mikimoto jewelry
Same case with Janelle Monae.  Dah biasa tengok gaya dia macam ni,  so nothing suprising.



Emmy Rossum in Carolina Herrera
Nothing to carut tapi orang dah selalu tengok fesyen ni.


Natalia Vodianova in Diane von Furstenberg
Haram deni pakai dress macam bathrob kain sutera.



Rujukan:
JUMIESAMSUDIN.COM

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...