Jom Try Diameida Fabulous Mascara

11.5.17

Ulasan Fesyen MET GALA 2017 Part 4

Hello u olls,

Ini bahagian paling akhiar sekali.  Yeaaaah!  Dalam category ini ditampilkan para artis dan model yang memakai busana dari jenama Comme des Garçons dan juga those selebriti yang bagi I olls telah berani menampilkan gaya mutu keunggulan dan layak dimasukkan dalam kategori kerlas dan epik!

Jom baca.

Comme des Garçons
Rihanna in a Comme des Garçons
Mak ayam ini memang sangat sesuai untuk memperagakan fesyen yang gila seperti ini.

Anna Cleveland in Comme des Garçons Stella Tennant


Nahariaaam macam sebuku roti! 


click read more





Helen Lasichanh & Pharrell Williams 
Helen nampak macam satu bean bag.



Sofía Sanchez de Betak



Tracee Ellis Ross
Walaupun baju ini pelik dan gila takdak sapa paham tangan dia masuk kut mana semua,  tapi rasa macam cantik dan nice deni gayakan dress ini dengan cara dia sendiri.  Aku suka.






Kerlas!
Lupita Nyong'o in Prada
Dah lama Kak Lupita tak turun red carpet, dan akak rasa walaupun dah lama tak turun tapi beliau masih pandai mencuri pandangan peminat fesyen dengan gaya peribadinya yang berani.  Sangat suka keringkasan ini.



Blake Lively in Atelier Versace
Gila smart dress salutan emas dan bulu-bulu burung ni.  Aku rasa Blake sorang yang berani buat dress bubuh bulu-bulu untuk red carpet kali ini.  Sangat suka juga padanan subang gantung yang mewah itu.  Make up dan hair do yang ringkas pun meletops.  Sebab tu aku letak dia dalam kategori kerlass...





Halle Berry in Versace
Kerlasss Versace buat baju yang ala ala bran bran sikit.  Kelopak tu nampak macam cendawan macam mana ka duk tumbuh penuh kat badan Kak Halle.  I love it you olls!


Nicki Minaj in custom H&M
Ramai yang kata baju ni macam buruk dan tak cantik.  Tapi tak tau pasaipa mak suka baju ni.  HAHAHA.  Biasalah,  taste kan adalah subjektif.  Apa pun,  Kak Nicki tau apa dia pakai dan dia tau nak bersajak macam mana dengan gaya yang dia bawa.  Kerlas....




Jourdan Dunn in custom H&M
Ini adalah design baju yang dipakai oleh Claire Daine,  bentuk semua lebih kurang sama,  tetapi Jourdan Dunn kena dengan gaya ni so bagi mak dia nampak meletops.



Lena Dunham in Elizabeth Kennedy
Mak rasa dia comel dalam dress ini.




Gigi Hadid in Tommy Hilfiger
Dress trench coat macam yang Priyanka pakai tapi hat ni lebih elok.  Sangat suka bentuk bahagian atas yang penuh butiran dan nampak sikit sikit maca kimono dan kain lace yang meleret di belakang melembutkan seluruh dress ini.




Laura Osnes in Christian Siriano
Rasanya ini bukan kali pertama baju Christian Siriano masuk dalam MET gala kan?  Or is this the first time.  Sangat suka dress ini especially bahagian gaun dia. Walaupun nampak macam selimut toto macam mana ka,  tapi mak suka sebab pompuan yang pakai dress ni dia tau nak stail diri dia macam mana. 



Epic
Katy Perry in Maison Margiela
Gaya epik haruslah diberikan kepada Katy Perry yang mai dengan baju ala ala baju pengantin yang kena rendam dengan ayaq darah.  Misteri,  choatic,  gothic dan fabolously cantik at the same time.  Membuatkan rasa berdebar bila tengok dress ni.






Lily Collins in Giambattista Valli
Memang kerlas!!!! Lily Collins membuktikan dia adalah red carpet darlings yang terkini.  I think ini adalah penampilan pertama beliau di MET Gala pastinya lepas ni oranga kan tunggu nak tengok dia.









Zendaya in Dolce & Gabbana Alta Moda
Sangat kerlasss pompuan ni!!! Makin lama makin menjadi jadi baju yang dia pakai. Memang kerlas!  Aku sangat suka dress baju kembang dengan corak banyak banyak macam ni and rambut yang dia buat tu sangatlah fashion statement yang melambangkan dia pompuan pompuan black.  Zendaya black kan?  Tapi lani rambut aku pendek,  baru potong,  dulu aku rambut panjang,  kalau bangun tidur dengan kain batik aku nanti berkemban...aku nanti nampak macam ni juga la.






Kendall Jenner in La Perla
Kutuk lah aku macam mana pun tapi aku sangat suka this look.  Naked dress ini nampak hidup halaa tengok la sapa yang pakai kan?  Tema untuk gaya dress nampak pungkok ini adalah,  kalau hang ada?  Tunjukkanlah.  Kau ada?



Lily Aldridge in Ralph Lauren
Satu lagi model yang berjaya memakai kasut boot campur stoking ini dengan jayanya.  Sorry Kak Salma Hayek ja pakai kasut ni nampak tak elok.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...