3.5.17

Wat Phothivihan, Patung Buddha Berbaring Terpanjang di Asia Tenggara


Hello u olls,


On our way back,  kami pakai Google Maps untuk navigate pemanduan kami balik ke Pulau Pinang.  Kami tak pakai Waze sebab aku ada banyak masalah dan kenangan buruk dengan Waze.  So sejak Google Maps pun boleh ada suara cakap-cakap dan habaq kita suruh korner-korner,  so aku pakai Google Maps sahaja.


Jadi on the way back,  dia navigate kami dari Kota Bharu lalu Tumpat dan terus simpang lalu tepian Sungai Golok dan tembus di Rantau Panjang dan kami terus tiba di Bukit Bunga!!  Kami jimat 30 minit worth of drive dan minyak.  Memang kami dorang syiokk wehs.  Sebab lalu jalan Machang tu memang macam sial.  Like I said,  banyak kereta pastu drivers kat Kelantan kan macam sucks sikit.


Laluan Tumpat ni lebih relaks,  pemandangan cantik dan entah macam mana kami passed by satu Wat Siam.  Aku pun kata kat laki aku "Weh,  kalau tak salah,  Wat Siam ni adalah yang terbesaq kat Malaysia ka macam mana ka?"


Laki aku tanya "Nak pi tengok dak?"


"Nakkkkkk...kalau hang tak kisah nak stop,"  pastu laki aku pun perlahankan kereta dan dia membuat pusingan U.  Aku syiok wehs.  Laki aku supporting!!!  So kami pun masuk ke perkarangan kawasan Wat Phothivihan.  Kawasan hadapan wat ini sangat luas dan kosong.  Ada sebuah gerai menjual makanan dan air kelapa.


Kami pun berjalan melihat kawasan sekeliling.  Patung Buddha yang sedang berbaring terbentang luas dan nampak jelas dari kejauhan.  Kita boleh masuk tanpa sebarang bayaran dikenakan,  kecuali kalau hang nak buat derma ikhlas.  Aku pusing keliling Patung Buddha tu,  di keliling Patung Buddha itu juga terdapat banyak patung Buddha lain dalam posisi duduk.  Pada setiap bahagian terdapat banyak lukisan dan ukiran yang melambangkan kepercayaan dalam ajaran agama Buddha.  Dari lukisan dapat lihat lukisan ini dipengaruhi oleh Siam.


Di luar bangunan utama yang menempatkan Buddha berbaring tu,  ada banyak lagi rumah-rumah berhala yang menempatkan patung-patung Buddha daripada pelbagai latar belakang lain.  Ada yang Chinese style dan Tibetan style.  Ada juga rumah-rumah berhala yang kelihatan lebih usang dan tidak begitu dijaga.


Patung Buddha berbaring yang terdapat di Wat Phothivihan adalah sepanjang 40 meter dan merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara.  Mengalahkan Patung Buddha berbaring yang terdapat di Wat Chayamangkalaram,  Jalan Burma Pulau Pinang yang hanya sepanjang 33 meter.


Okay click read more untuk tengok gambar.




Perkarangan Yang Luas
Kawasan hadapan wat yang luas dan free parking. Sebab sekarang ni bukan hari perayaan apa-apa,  so macam tak dak orang sangat lah.








Patung Buddha Berbaring















Berhala-Berhala dan Lambang Keagamaan
Berhala-berhala dan lambang keagamaan Buddha lain yang terdapat di sekeliling wat.





















Bodhi Tree
Pokok Bodhi adalah pokok suci yang menjadi tempat pertapaan Siddhartha Gautama dan akhirnya dia mendapat enlightmen dan akhirnya dia menjadi Buddha.  Pokok suci asal yang menjadi pertapaan Buddha terletak di India.  Tetapi dikatakan,  benih dari pokok asal itu dibawa oleh para sami-sami ketika menyebarkan agama Buddha ke rantau Asia.  Adakah pokok Bodhi di belakang Wat ini adalah dari benih di India?


Deni bila masa pun nak mencapap.




Chinese Pavilion



Wat Phothivihan
Kampung Jambu, 16200, Tumpat, Kelantan, Kampung Ana, 16210 Tumpat, Kelantan, Malaysia

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...