Ramadhan Buffet 2017


Ramadhan Buffet 2017 (susunan ikut abjab)
Alhamdulillah!  Sebelum bermulanya Ramadhan lagi saya dan kawan-kawan blogger lain dijemput untuk mengambil gambar,  menikmati dan seterusnya menulis review dalam blog kami mengenai juadah ramadhan buffet untuk hotel-hotel terkemuka di Pulau Pinang.

Sebenarnya,  ada beberapa hotel lagi yang masih menjemput akak,  tetapi masa tidak mengizinkan.  So far berikut adalah hampir 10 buah hotel dan cafe yang menjemput akak untuk memperkenalkan pakej berbuka puasa di hotel mereka.

Setiap gambar di bawah mengandungi 3 juadah yang paling membuatkan akak teringat masa makan kat situ,  dan untuk tahu lebih lanjut,  kalian boleh klik pada link di bawah setiap gambar.  

Harap garapan yang akak persembahkan ini boleh dijadikan rujukan kepada kalian semua,  untuk rancang bersama keluarga dan kawan-kawan.  

Ramadhan buffet dinner adalah sebuah celebration yang seharusnya diraikan dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Selamat menjalankan ibadah di bulan Ramadhan.


Click Read More

Gaun Perkahwinan Pewaris Kristal Swarovski



Hello u olls,  

Hari ini akak nak tunjuk gambar-gambar gaun perkahwinan yang dipakai oleh waris syarikat kristal mewah Swarovski  iaitu Victoria Swarovski  yang bernikah dengan seorang lelaki bernama Werner Mürz yang berusia 42 tahun.  Seperti yang kalian tau,  Swarovski adalah syarikat yang bertempat di Austria tetapi untuk majlis perkahwinan gilang gemilang ni depa buat kat Trieste, Italy.  

Victoria Swarovski mengenakan sebuah gaun ciptaan Michael Cinco berharga 700 ribu pound sterling (lebih kurang 3.8 juta ringgit).  Dress ini dikatakan seberat 46 kilo (lebih kurang berat badan akak le tu...) yang dipercantikkan dengan paillete (mami Penang panggil jigna),  laser-cut flowers dan  kristal Swarovski.  Kerlasss depa pakai Michael Cinco memang baju yang dibuat oleh fashion designer yang berasal daripada Philippines ni memang mahal nak mampus sebab tu dia based in Dubai dan baju dia kalau tak royals,  billionaire ataupun artist meletops ala-ala Beyonce dan JLO dan ke  atas sahaja yang mampu pakai.


Victoria Swarovski juga memakai sebuah veil panjang berjela yang bertatahkan setengah juta butir batu kristal jenama Swarovski.  GILA!!!!  Pengantin perempuan juga memakai sepasang kasut jenama Jimmy Choo yang turut bertatahkan kristal Swarovski.


Majlis perkahwinan tiga hari ni juga diadakan dengan penuh gilang gemilang tapi yang paling akak suka adalah depa guna bunga baby's breath untuk buat hiasan kat majlis dan juga dalam gereja.  Siriesly,  hiasan ni macam sangat simple dan kerlas tetapi at the same time bagi kita focus tengok pada pengantin dan bajunya yang grandis!



Jom tengok gambar dresses.  Click read more

Jom Try Diameida Fabulous Mascara


Hello u olls!

Hari ini I olls nak share pasai satu product make up yang best!!! Yaitu Diameida Fabulous Mascara. Kita selalu duk focus kat lip colour a.k.a liptid ja,  tapi sebenarnya u olls semua,  tak lengkap lah make up kita kalau tak pakai mascara.  Mascara adalah amat penting dalam proses make up wajah,  simple atau nak glam-glam.

Oleh itu,  hari ini akak nak rekemen u olls semua invest Diameida Fabulous Mascara sebab akak dah try memang best,  dia punya cream dalam mascara tu memang jenis hitam dan pekat membuatkan bulu mata yang hidup segan mati tak mahu macam akak ni tiba-tiba boleh nampak tebal macam Rozita Che Wan.

Jom kita baca about this product!


click read more

Lunch at Paper Lobster

Ready sedia mula!

Hello u olls,

Sorry time-time posa nak share jugak pengalaman I olls dan teman-teman office pergi makan tengahari di sebuah restoran yang diberi nama Paper Lobster.  Dia berkonsepkan shell-out iaitu makan atas meja.  Tetapi yang bestnya kat sini depa serve lobster.

Cara Order
Bila kita pi duduk dah semua,  depa akan bagi menu.  Menu dia bentuk macam papan macam mana ka.  Dia nanti ada macam-macam set,  ikutlah bajet macammana.  Kalau bajet besar,  amiklah set yang ada lobster terus.  Kalau bajet biasa-biasa boleh amik set yang basic udang,  scallops dan sebagainya.  Pastu kita boleh pilih nak cara masak macam mana.  Ada cara masak Louisiana Boil,  Garlic Butter,  Paper Cheese,  Malaysian Style Curry dan Korean Spice.  Pastu kita kena pilih pulak nak pedas macam mana?  Mild,  medium ataupun OMG!



click read more

Tempah Kasut Saiz Besar dengan Tageoronnie Shoe Maker

Ini signature design depa.  Memang kerlas.  Nampak pun selesa.  Aku nak tempah ni tak lama lagi!


Hello u olls,

Haaaa...sapa sini kaki besar macam model-model macam mana ka sampai susah nak cari size kasut?  Haa...sila angkat tangan you olls semua tergolong dalam kategori kaki model macam akak.  My shoe size is 10 1/2.  Kerlassss....memang susah nak beli kasut kat kedai-kedai convensional ni.


Baru-baru ni akak ternampak posting seorang kawan Facebook akak ni,  dia merupakan bekas graduan USM yang kini sudah memulakan perniagaan membuat kasut customized bersama suaminya diberi nama Tageoronnie Shoe Maker.  Tapi simply depa dikenali dengan nama TAG's.


Based di Kulai,  Johor...so sapa yang duduk area sana untunglah u olls boleh terus ke fizikal shope mereka.  Manakala kita-kita yang duduk jauh-jauh ni semua,  u olls boleh terus contact mereka dan membuat tempahan secara dalam talian ataupun Whatsapp.


Harga kasut antara RM60 dan ke atas, ikut design dan saiz. Sais antara 4 - 13 (Wedges Art) dan size : 4 - 12 (Selain Dari Wedges Art). Design jangan risau, akak dah stalk habis memang depa punya design adalah design asas yang menarik. Loafer ada, kasut lelaki ada, tumit tinggi, wedges dan kasut kanak-kanak pun ada. Selain ready stock punya kasut, u olls boleh PM mereka dan minta depa sediakan kasut ikut citarasa u olls.

click read more

Pengalaman Menyaksikan Final Maharajalawak Mega 2017 di Dewan Wawasan Jitra Kedah


Hello u olls,

Beberapa bulan yang lalu akak berkesempatan untuk menonton rancangan Final Maharajalawak Mega 2017 secara live di Dewan Wawasan Jitra, Kedah.  Akak dan kawan-kawan Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang telah mendapat pas masuk istimewa daripada Mamak Puteh yang juga salah seorang ahli persatuan kami.


Memang teruja sebab ini adalah kali pertama akak dapat pi tengok rancangan ini secara live.  Kalau ampa nak tau,  antara rancangan Astro yang akak suka tengok adalah Raja Lawak sebab boleh gelak kau-kau lepas tension.  So peluang ini haruslah akak seronok sangat nak join.


Jadi pada hari Jumaat itu,  akak dan kawan-kawan bertolak dari Penang ke Jitra.  Kami semua lebih kurang 3 buah kereta,  tapi akak seorang frampuan,  yang lain semua lelaki-lelaki.  Sampai ja kat sana,  hujan turun punyalah lebat pastu depa pun bengong,  tapak letak kereta depa buat tapak jual-jualan manakala orang ramai yang mai naik kereta terpaksa parking di tepi highway.  Keadaan menjadi amat bahaya sekali terutama sekali apabila hari hujan lebat macam tu,  dah la gelap,  parking jauh tepi highway,  ya Allah.


Last sekali kami dapat jugak parking dekat dengan entrance dengan mengubah beberapa kon VLC Player milik abang-abang Sukarela.  Takpalah,  janji terlepas masuk dalam dewan.




Berikut adalah beberapa benda yang akak amati sepanjang event:

click read more

Ulasan Gossip Artis Terkini


Hello u olls,

Blog gossip artis paling popular apa dia?  Mestilah Beautifulnara.  Aku paling suka ni sebab dalam banyak-banyak blog gossip dia punya lay out paling tersusun,  kemaih dan senang nak scroll.  Walaupun tak bukak selalu-selalu tapi sekali-sekali tu kena bukak juga barulah kita tau apa duk jadi dengan industri seni tanah air kan?  HAHAH jari tengah la Kak Yuss hang tok sah duk buat macam hang bagus sangat nak kata hang paling support industri seni tanah air kalau contribution hang semata-mata tak pernah miss tengok rancangan Mentor.  HAHAHAH

Baiklah,  hari ini akak dengan rajinnya nak buat ulasan ringkas mengenai gossip terkini yang akak baca dalam website Beautifulnara untuk 30 page terkini yang baru sahaja akak khatamka.

Okay jom baca ulasan ringkas akak.

Julia Perez Meninggal Dunia
Terkejut noks mak tengok ratu seksi ni dah meninggal dunia.  Innalillah hi wainnailai hirojiun.  Semoga dia tenang di sana.


Marka baru Hans Isaac 
Haa elok marka baru Dato' Hans Isaac nama Gabriella.  Nama macam akaun Tagged aku dulu-dulu,  ehhh!  By the way happy la Dato' Hans ni akhirnya dapat kawen juga.  Dah berapa kali duk kena dump dengan pompuan-pompuan impian Malaya.  Erra Pazira,  Neelofa.....


click read more

AR Rahman vs Will I Am

Saja la nak share lagu Will I Am yang diinspirasikan daripada lagu runut bunyi untuk filem Tamil hasil karya AR Rahman.  Meletops!


Versi WIll I Am

Versi Asal

Perasmian Butik Lynn Andres Scarf Penang

Akak dan founder Lynn Andres Scarf,  Noor Azlin Razali.  Akak pun pakai tudung jenama Lynn Andres Scarf.

Hello u olls,

Baru-baru ini akak telah dijemput oleh Lynn Andres Scarf untuk majlis perasmian fizikal butik di Penang.  Memang kagum sekali dengan founder jenama tudung Lynn Andres Scarf ni,  Noor Azlin Razali adalah anak kelahiran Pulau Pinang yang memang sangatlah berbangga dengan asal usulnya siap dekat website rasmi dan beberapa diskripsi produk Lynn Andres Scarf  diterapkan elemen-elemen Pulau Mutiara ni.  Respek!


What I like?
What I like about collection Lynn Andres Scarf adalah setiap satu koleksi adalah daripada hasil pilihan kain,  corak dan gaya yang teliti.  Bukan semata-mata beli kain banyak-banyak dan letak label.  You olls yang memiliki tudung Lynn Andres Scarf memang boleh nampak dan rasai ke-ekslusifan setiap koleksi.

Antara koleksi yang sudah dihasilkan adalah Ammara Semi-Instant,  Ana Maria,  Andrea Lace,  Beatriz,  Denim,  J'adore,  Dolce Vita,  Senorita & Thalia.  Tak lama lagi depa akan keluarkan beberapa koleksi lagi.

Kat bawah ni akak ada amik gambar koleksi tudung depa atas display,  tapi ampa nak tengok lebih dekat,  pi tengok kat website depa teruih:  https://lynnandres.com/





Click read more

Review Film Baahubali: The Beginning & The Conclusion


Hello u olls,


Okay hari ini akak nak cerita pasai filem Tamil.  Dah lama akak tak buat review filem Tamil.  Filem ini bertajuk Baahubali,  the one with strong arms.  Actually cerita yang dikisahkan dalam filem ini bukanlah epic agama Hindu ataupun tertulis dalam mana-mana catatan sastera lama,  tetapi merupakan kisah rakyat yang diceritakan oleh orang-orang tua.  Cerita ini ditulis dalam bentuk skrip hasil daripada cerita yang dipeturunkan oleh datuk pengarah filem ini sendiri iaitu sutradara S. S. Rajamouli.


S. S. Rajamouli adalah seorang pengarah yang disegani dengan keberaniaanya mengadaptasi hikayat dan kisah rakyat ke layar perak.  Antaranya Eega,  sebuah filem tentang seorang lelaki hensem yang meninggal dunia di usia muda tapi nyawa dia dimasukkan ke dalam jasad seekor lalat.  Interesting right?  Akak tak pernah tengok lagi filem tu,  nanti nak kena cari.


Filem Baahubali ni akak boleh kata lebih kurang macam Lord of The Rings versi Tamil la sebab dia ada dua siri dalam cerita ni.  Mula-mula dia keluar yang The Beginning,  lepas dua tahun baru dia keluarkan filem kedua.  Susunan cerita yang menarik (sebab dia letak suprise di belakang),  lakonan yang baik,  costume yang cantik,  sinematografi dan efek yang meletops menyebabkan filem ini diperkatakan dengan hebat dan mendapat sambutan hebat di seluruh dunia.  Cuma lagu jaa akak rasa kalau bagi kat AR Rahman,  mesti lagi hit.


Macam mana akak tau filem ni?  Ini adalah lawak,  akak perasan,  kawan akak Nizal Ashriff penah komen kat Facebook akak pakai sticker komen.  Selalu sticker komen kat Facebook kan ada macam-macam kita boleh download,  yang popular adalah seperti kucing warna grey tu,  pastu gambar-gambar pompuan bagi semangat macammana ka,  pastu tiba-tiba kawan aku bubuh sticker komen gambar kartun wanita India klasik.  Macam comel!  Pastu aku pun pi carila stiker tu apa,  dan aku pun baru tau sticker tu sebenarnya inspirasi filem Baahubali ni.



Bila akak tau pasai filem ni,  kedua-dua siri filem ini telah dikeluarkan di layar perak.  So review yang akak bagi adalah berdasarkan kedua-dua filem sekali gus.
So jom baca pasai movie ni!

click read more

Ulasan Fesyen Raya 2017 #fesyenraya2017


Hello u olls,


Masa awal Ramadhan time orang duk busy ada la sorang anak ayam ni nama Haneem duk sibuk whatsapp I olls, dia duk PM bagi gambar baju-baju raya pelik yang dia jumpa dalam Instagram semasa dia duk browsing cari inspirasi nak beli fesyen baju raya macam mana. Bila aku tengok masya allah, ni baju raya ka costume Halloween?


Untuk orang yang gila nak ikut trend fesyen dan make sure dia pakai baju raya yang paling meletops sekali,  tapi sayang depa punya taste fesyen tercipta melalui trend-trend fesyen yang disajikan oleh pengusaha fesyen di Malaysia,  Singapura dan Indonesia ni,  akan ikut sahaja secara memkhinzir buta dan secara tak langsung,  dia terperangkap dalam lokap fashion police.


Tapi itu adalah hak masing-masing.  Artikel ni bukan semata-mata nak fire mana-mana rumah fesyen yang menjual mahupun si pemakai itu sendiri.  Akak tulis ini adalah berdasarkan pemerhatian dan semoga perkongsian ini akan memberikan pandangan yang berbeza kepada pengikut dan penggemar fesyen sekalian.  Tak salah nak ikut trend,  tapi sejauh mana?


Setiap tahun akan ada trend-trend tertentu yang menjadi ikutan. Seperti biasa, orang Malaysia dia akan ikut artis. Dari zaman dulu lagi, apa yang artis pakai, semua ibu ibu dan kakak-kakak berebut nak pakai. Yang nenek-nenek sekarang pun, jangan duk nak mengata sangat wanita zaman kini, you olls pun dulu-dulu apa Saadiah atau Sarimah pakai, kebaya lipat depan, lipat tepi, semua ampa ikut jugak kan?


Baiklah jom tengok apakah trend-trend yang menjadi ikutan 2017!

click read more

Trang Thailand 🔆 Seize The Day Part II


Hello u olls,

Hangpa mesti ingat kan?  Awai tahun lalu akak dah pi Trang,  Thailand sebuah daerah di Selatan Thailand yang terletak lebih kurang 1 jam sahaja dari Hatyai.  Ampa boleh baca artikel yang lepas-lepas pada link yang akak akan share kat bawah sekali.


Tapi masa tu,  hanya akak dan 3 orang kawan baik akak sahaja yang pergi ke trip itu.  Yaitu,  Yan India,  Kak Maya & Nizal Ghaffoor.  Selainnya adalah budak-budak koko'ot yang kami kenal along the way,  kalau ampa baca dalam catatan akak yang lalu,  akak ada complain pasai budak budak koko-ot ni yang jugak akak panggil gang New Boyz sebab duk feeling dressing macam nak pi Queensbay masa jalan-jalan kat tengok town.


So kali ini,  akak dan 11 ekor anak ayam akak semuanya terlepas ke Trang!  Taufiq Noor,  Danny Armizie,  Yuss Zulk,  Kak Maya,  Tengku Zaren,  Kak Pah,  Mijan,  Nizal & Shada and Abang Polis.  Memang meriah sangat-sangatlah apabila semua kepala zornen gila bergabung.


Kami plan untuk mai Trang sejurus selepas trip pertama berjaya.  Bajet untuk sewa hotel,  sewa van,  pemandu dan insurance hanya RM480 seorang.  Kami boleh bayar ansuran.  Semuanya untuk tiga hari dua malam.


Perjalanan dari Penang ke Trang bukanlah jauh sangat,  tapi kami stop banyak kali juga sebab ada sekor dalam team kami ni mempunyai masalah besiaq orang Penang kata,  setiap 2 jam dia kena kosongkan pundi kencing dia.


Actually gang kami ramai lagi,  tapi bukan semua boleh bagi komitmen.  Paham-pahamlah,  ada yang kena kerja,  ada yang plan dengan keluarga.  Tapi yang penting,  kami semua understanding,  tagline group kami "Semua dah dewasa kan....?"

click read more

Ramadhan Nostalgia at Lagenda Cafe


Kami order dua set.  So ampa boleh tengok ada dua beda pada gambar kat atas akak post dan dengan yang ini.  Satu set dulang macam ni RM69.90*. 


Hello u olls,

Baru-baru ini kawan akak mai jauh-jauh dari Amerika Syarikat.  Haa...nama dia Joey dan dulu dia pernah mai Malaysia untuk jalani program akademik di USM.  Dia punya jatuh cinta dengan Malaysia,  dia sign up satu program usahama Jabatan Pendidikan Malaysia dengan kerajaan US melalaui Embassy di Kuala Lumpur untuk jadi cikgu Bahasa Inggeris di kawasan pedalaman di Malaysia.  Awal-awal akak suruh dia sign up dekat Penang/Kedah,  dan dia dapat jadi cikgu kat KOKDIANG!  HAHAH kerlassss Joey ni.

So baru-baru ni, sempena dia duk ada kat Malaysia,  mak dia mai visit dia kat sini sebab sebagai cikgu dia pun duk cuti sekolah kan?  Masa kat Penang haruslah akak ajak depa berbuka puasa sekali.  Kami pi berbuka puasa di Lagenda Cafe Penang.

Akak pernah cerita pasai Lagenda Cafe dulu dan tempat ini menjadi cafe kegemaran akak.  SAPA SAJA KAWAN-KAWAN YANG MAI DARI LUAR PENANG,  kak mesti bawak mai makan kat sini!  


click read more

KichaTube HD - Youtube Channel Chef Kicha


Hello u olls,

Akak suka tegok rancangan masak-masak.  HAHAH.  Aku rasa ramai pompuan pun sama perangai macam aku walaupun natijahnya kita ni at the end of the day bia laki kita tanya,  "Masak apa hari ni?" Kita pun jawab "Masak nasik goreng bodo-bodo ja...",  "Goreng sayur bodo-bodo ja....",  "Goreng mee bodo-bodo ja.."  Tu yang kadang-kadang laki kita boleh bara sebab dia pun rasa diperbodohkan sebab tengok bini tengok rancangan masak bukan main punya dahsyat resepi gila-gila semua.  Tapi bila masak......duk masak hat lagu tu ja.

HAHAHAHA

Okay,  now.  Akak nak story kat ampa pasai satu Youtube masak.  Nama dia KichaTube HD.  Dikendalikan oleh chef cilik bernama Chef Kicha.  Chef Kicha first appeared dalam Ellen Degeneres dan Elle suka sangat kat dia sebab dia cute dan pandai masak.  Ellen tu bukan tau masak pun,  dia selalu jemput orang mai masak kat rancangan dia tapi dia haram tak reti masak.  Selalunya dia panggil real chef yang memang selebriti chef terkenal.  Tapi bila dia introduced budak ni,  akak pun follow da subsribe dia kat Youtube sebab dia sangatlah cute.


click read more

Cara Mencerahkan Kulit Dengan Cara Selamat


Kulit cerah tanpa cela sangat trending di Asia. Oleh kerana itu, produk kecantikan untuk pencerahan kulit tanpa cela tumbuh bak cendawan selepas hujan. Para peniaga juga berlumba-lumba untuk mempelopori bidang perniagaan ini kerana mereka sedar bahawa keinginan wanita dan lelaki untuk tampil putih dan cerah merupakan satu peluang pemasaran yang besar di negara ini. Namun sayangnya, pengasas-pengasas produk kecantikan pemutih yang tidak bertauliah menjual produk semata-mata keuntungan sahaja dan tiada rasa tanggungjawab terdapat para pengguna yang benar-benar ingin kelihan putih dan cantik.


Dan lebih menyedihkan, kebanyakan pengguna lebih fokus kepada rawatan sahaja akan tetapi sunscreen/pelindung UV diabaikan. Sunscreen/pelindung UV adalah produk terpenting untuk menghalang dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masalah pigmentasi dan tona kulit. Saya selalu berpesan dalam penulisan sebelum ini, tanpa pemakaian sunscreen maka punahlah segala penat lelah anda untuk membuat pelbagai rawatan kulit. You olls takkan nampak kesan sinar UV pada usia muda tapi apabila umur sudah melangkau 40-an, barulah kalian akan perasan kulit akan jadi tidak sekata, kusam dan berpigmentasi. Masa itu, barulah nak menyesal sebab tak ambik tindakan awal pakai sunscreen.

Baca:  Apa itu Tabir Suria / Sunscreen?

Saya akan kupaskan tentang bagaimana nak cerahkan kulit wajah dan akan terangkan cara-cara untuk merawat pigmentasi dengan cara yang selamat. Tetapi, kalau you olls nak putihkan kulit dari tona kulit Janet Jackson kepada kulit Siti Nurhaliza, yang tu I olls tak boleh nak tolong sebab takder jalan selamat untuk pemutihan melainkan cara yang merbahaya seperti pemakaian campuran bleach rambut & hydroquinone seperti yang berlaku di Jamaica. Kita akan share dokumentari mengenai kegilaan lelaki dan wanita di Jamaica yang memakai produk bleaching untuk memutihkan kulit.


Saya juga akan bercakap mengenai penggunaan produk pencerahan kulit yang mengandungi merkuri (ni dah berlaku berabad lamanya) dan mengenai pengambilan Tranxemic Acid yang berlebihan (this a new trend). Semua kaedah merbahaya ni boleh menyebabkan kanser dan juga beberapa masalah kesihatan yang lain.

click read more

Ramadhan Buffet Dinner at G Hotel Penang

Terima kasih G Hotel Penang yang telah menjemput saya untuk review ini.

Hello u olls,

Baru-baru ini akak pergi try buka posa di Taste Cafe, G Hotel Gurney. Ada macam-macam juadah istimewa, citarasa antarabangsa dan tradisional Melayu. Tetapi yang menarik adalah BBQ yang menggunakan batu lava dari gunung berapi (WAJIB CUBA DEPA PUNYA SMOKED DUCK) dan paling akak suka adalah depa punya dessert semua yang to die for. No wonder, chef depa selalu menang anugerah untuk pertandingan pastry di peringkat antarabangsa.


Tahukah anda G Hotel ada dua cawangan di Penang.  Yang pertama dipanggil G Hotel Gurney dan satu lagi adalah G Hotel Kelawai.  Di kedua-dua hotel ini menyediakan cafe yang terkenal dengan keenakan juadahnya dan untuk bulan puasa barakhah ini,  kedua-dua cafe ini menyediakan pakej berbuka puasa.  Kalian boleh check it out harga seperti berikut:




The Taste Cafe,  G Hotel Gurney
RAMADHAN BUFFET DINNER
24 Mei hingga 24 Jun 2017
6.30 pm - 10.30 pm

Harga
Ahad - Khamis
Dewasa RM120
Kanak-kanak (6-12yrs old) RM60
Warga Emas (60 ke atas) RM60

Jumaat - Sabtu
Dewasa RM155
Kanak-kanak (6-12yrs old) RM78
Warga Emas (60 ke atas) RM78



click read more

Servis Photobooth Murah by Twenty8 Photobooth (Roy & Mira 0173873630 / 0195794477)


Harga tak masuk akal untuk semua rakyat Malaysia. Kami "Twenty8 Photobooth" menyediakan servis photobooth yang satu-satunya menawarkan harga tidak masuk akal untuk semua.


click read more

La La Land Movie Review



Hello u olls,

Lately akak tengok banyak filem best best tapi akak busy takdan nak share semua benda.  Nak share kat Facebook pun nanti macam banyak sangat posting,  nanti orang duk kata pulak akak ni takdak kerja ka dalam hidup ini semua benda nak kena share kat Facebook.  Entahlah hidup rasa macam dilema sekarang.  Tapi takpalah,  pelan pelan bila mai kerajinan bertembung dengan perasaan berlapang dada maka dengan ini,  akak akan share dengan you olls juga filem filem best tersebut.

So hari ini akak nak share dengan you olls cerita pasai filem yang baru baru ini mengundang kontroversi iaitu filem La La Land.  Kontroversi bukan kerana ada adegan LGBT,  apatah lagi kerana ada carut-carutan mengutuk agama atau kaum,  tetapi kontroversi semasa Oscar awards dimana dua orang presenter telah tersalah membuat announcement.  Dua orang presenter itu telah mengumumkan La La Land sebagai pemenang filem terbaik walhal hakikat,  pemenang untuk filem terbaik jatuh kepada filem Moonlight.

Akak tak tengok lagi filem Moonlight sebab pernah baca sinopsis cerita ni macam berat,  drama bagi hati sayu punya.  Kisah keperitan hidup sebagai orang kulit hitam di salah sebuah bandar urban di Amerika Syarikat.

Akak pilih untuk tonton La La Land dahulu.  Filem ini pun tidak kurang hebatnya dalam majlis anugerah Oscar dan majlis anugerah lain kerana telah berjaya merangkul,  eh salah,  menyapu banyak anugerah utama.  Syabas pengarah filem ini,  Damien Chazelle yang juga pengarah yang bertanggungjawab untuk membikin sebuah filem yang turut banyak anugerah pada Oscar yang lalu iaitu Whiplash.  Filem tak sampai 2 jam yang amat akak gemari.

La La Land juga sebuah filem muzikal.  Tetapi like siriesly the Bollywood musical film tetapi versi Hollywood.  Siap dengan berlakon,  menyanyi,  menari tengah-tengah jalan dan pakai baju macam-macam colour.  Akak tak letak ekspektasi yang tinggi sebelum tonton filem ini sebab biasalah,  orang selalu akan bagi rating gila gila kata best apa semua,  tapi bila kita tengok sendiri,  sebenarnya taste kita tak sama langsung.  Sebab tu kadang-kadang bila tertengok filem yang betul-betul tahi,  aku boleh jadi bodoh dah untuk beberapa minggu sampai takut nak tengok filem baru yang lain sebab takut effek tertengok filem tahi lagi.


Alhamdulillah,  La La Land bukan sebuah filem tahi.

click read more

See You In Court


Hello u olls semua,

Haaa macam mana semua duk posa okay ka?  Alhamdulillah,  akak posa okay cuma the first two days to kantoi sebab demam. Wehs....aku rasa memang lani musim demam yang teruk okay.  Tapi last weekend tu lepaih makan ubat dan kelumbong satu badan dengan selimut,  alhamdulillah baru lega.

So lani akak nak habaq kat you olls semua,  tak lama lagi Persatuan kami iaitu Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang akan buat show lagi.  Haaa.....tak lama lagi....bulan 10 nanti.  Haaa....awat nak marah sebab bulan sepuluh tu jauh lagi?  


click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...