Jom Try Diameida Fabulous Mascara

20.6.17

Lunch at Paper Lobster

Ready sedia mula!

Hello u olls,

Sorry time-time posa nak share jugak pengalaman I olls dan teman-teman office pergi makan tengahari di sebuah restoran yang diberi nama Paper Lobster.  Dia berkonsepkan shell-out iaitu makan atas meja.  Tetapi yang bestnya kat sini depa serve lobster.

Cara Order
Bila kita pi duduk dah semua,  depa akan bagi menu.  Menu dia bentuk macam papan macam mana ka.  Dia nanti ada macam-macam set,  ikutlah bajet macammana.  Kalau bajet besar,  amiklah set yang ada lobster terus.  Kalau bajet biasa-biasa boleh amik set yang basic udang,  scallops dan sebagainya.  Pastu kita boleh pilih nak cara masak macam mana.  Ada cara masak Louisiana Boil,  Garlic Butter,  Paper Cheese,  Malaysian Style Curry dan Korean Spice.  Pastu kita kena pilih pulak nak pedas macam mana?  Mild,  medium ataupun OMG!



click read more





Rasa
Kami amik Garlic Butter dan Paper Cheese dan tahap pedas medium ja.  Memang sedap puas hati! Kita boleh minta nak makan dengan nasi ka,  mantao ka,  ada tambahan harga sikit la.  Tapi dia punya roti goreng a.k.a mantao tu memang ampa patut try,  sangat menarik.


Harga
Malaih nak salin,  ampa tengok ja gambar kat bawah ni.  Set 1 RM68 manakala set paling gempak iaitu Set 5 berharga RM388!  Each set sesuai untuk 2 orang,  tapi sebenarnya,  3 orang boleh makan!




Lokasi:
66G, Olive Tree Commercial Lots, Persiaran Mahsuri 2,
Penang, Malaysia
Facebook:  https://www.facebook.com/paperlobster/
Contact:  012-427 0113 (Vincent Tang)


Okay dah,  jom tengok gambar pulak!

Gambar Kedai
Pintu depan dia nampak macam kosong sikit.


Counter yang meriah.


Ruang dalam yang sedikit malap dan ala-ala makan kat bar gitu.  Dia punya concept macam hiasan santai dan ala-ala tepi pantai macam mana ka. Tapi ada banyak meja.  Orang ramai,  orang sikit,  semua ada.



Makan Time
Depa ni duk get ready dah nak pakai glove dah.
Yang paling depan blah kiri tu la boss I olls,  En Akhiar Salleh.  Yang lain-lain tu semua kami team pentadbiran.  Sorang lagi tak mai nama dia Shahrizal,  detu gondu tak mau ikut.

Muka aku jadi kelabu dalam kedai ni bila amik gambar dengan flash.  Haram nampak macam aku salah pakai foundation.



The food
Inilah mantoi yang akak maksudkan.  Memang best roti goreng macam mana ka.



Tuang elok-elok ya adik...

Ili muka serius ja!






Hasilnya!


Lokasi:
66G, Olive Tree Commercial Lots, Persiaran Mahsuri 2,
Penang, Malaysia
Facebook:  https://www.facebook.com/paperlobster/
Contact:  012-427 0113 (Vincent Tang)


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...