Jom Try Diameida Fabulous Mascara

6.6.17

Cara Mencerahkan Kulit Dengan Cara Selamat


Kulit cerah tanpa cela sangat trending di Asia. Oleh kerana itu, produk kecantikan untuk pencerahan kulit tanpa cela tumbuh bak cendawan selepas hujan. Para peniaga juga berlumba-lumba untuk mempelopori bidang perniagaan ini kerana mereka sedar bahawa keinginan wanita dan lelaki untuk tampil putih dan cerah merupakan satu peluang pemasaran yang besar di negara ini. Namun sayangnya, pengasas-pengasas produk kecantikan pemutih yang tidak bertauliah menjual produk semata-mata keuntungan sahaja dan tiada rasa tanggungjawab terdapat para pengguna yang benar-benar ingin kelihan putih dan cantik.


Dan lebih menyedihkan, kebanyakan pengguna lebih fokus kepada rawatan sahaja akan tetapi sunscreen/pelindung UV diabaikan. Sunscreen/pelindung UV adalah produk terpenting untuk menghalang dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masalah pigmentasi dan tona kulit. Saya selalu berpesan dalam penulisan sebelum ini, tanpa pemakaian sunscreen maka punahlah segala penat lelah anda untuk membuat pelbagai rawatan kulit. You olls takkan nampak kesan sinar UV pada usia muda tapi apabila umur sudah melangkau 40-an, barulah kalian akan perasan kulit akan jadi tidak sekata, kusam dan berpigmentasi. Masa itu, barulah nak menyesal sebab tak ambik tindakan awal pakai sunscreen.

Baca:  Apa itu Tabir Suria / Sunscreen?

Saya akan kupaskan tentang bagaimana nak cerahkan kulit wajah dan akan terangkan cara-cara untuk merawat pigmentasi dengan cara yang selamat. Tetapi, kalau you olls nak putihkan kulit dari tona kulit Janet Jackson kepada kulit Siti Nurhaliza, yang tu I olls tak boleh nak tolong sebab takder jalan selamat untuk pemutihan melainkan cara yang merbahaya seperti pemakaian campuran bleach rambut & hydroquinone seperti yang berlaku di Jamaica. Kita akan share dokumentari mengenai kegilaan lelaki dan wanita di Jamaica yang memakai produk bleaching untuk memutihkan kulit.


Saya juga akan bercakap mengenai penggunaan produk pencerahan kulit yang mengandungi merkuri (ni dah berlaku berabad lamanya) dan mengenai pengambilan Tranxemic Acid yang berlebihan (this a new trend). Semua kaedah merbahaya ni boleh menyebabkan kanser dan juga beberapa masalah kesihatan yang lain.

click read more

Benarkah Hydroquinone dan Tretinoin merbahaya seperti yang di warwarkan dalam media?

Sesiapa yang baca artikel saya sebelum ini, saya ada rekomen Hydroqunoine dan Tretinoin untuk treatment pigmentasi. Ya, ini adalah gold standard yang dicadangkan oleh doktor kulit untuk perawatan pigmentasi. Tetapi bagaimana boleh keluar di media mengatakan dua bahan kimia ini diharamkan?

Sebenarnya, kebanyakan produk tidak memberikan info dengan terperinci. Tretinoin (0.01% to 0.1%) dan Hydroqunoine (2% to 4%) adalah ubat kawalan di bawah akta farmaseutikal dan tidak boleh dijual over the counter macam produk Loreal, Simple dan sebagainya. Kebanyakan produk tempatan yang diformulasi dengan dua bahan ini selalunya mempunyai peratusan yang terlalu tinggi dan memberi keburukan kepada kulit dan kadang-kadang ianya dicampur dengan merkuri yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Sekiranya bahan-bahan ini digunakan pada kadar yang dibenarkan dan diformulasi dengan betul oleh syarikat farmaseutikal dan disemak oleh Kementerian Kesihatan, dua bahan ini adalah bahan utama dalam membantu mengurangkan masalah hyperpigmentation selain beberapa bahan lain.


Impak Buruk Produk Pemutih Ke Atas Kulit Gelap

Warna kulit ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan, oleh itu kulit tanned dan coklat lebih banyak jumlah melanin-nya berbanding dengan orang kulit cerah. Kebaikan orang kulit gelap ni adalah kadar proses penuaan lebih perlahan dan ketahanan terhadap sinar UV lebih baik berbanding dengan orang kulit cerah. Saya percaya Tuhan tu sangat adil, orang kulit gelap ada kelebihan tersendiri, cuma manusia je yang suka membezakan warna kulit. Namun, walaupun ketahanan terhadap UV dan kanser kulit tu tinggi, tak bermakna orang yang kulit gelap ni tak payah pakai sunscreen, kena pakai juga untuk mendapatkan kulit yang radiant!

Orang yang memiliki kulit gelap juga perlu berjaga-jaga dalam perawatan pigmentasi sebabnya apabila kulit you olls tercedera, kulit you olls akan jadi lebih gelap sebabnya saraf kulit akan menghantar signal kepada sel-sel untuk produce lebih banyak melanin untuk meningkatkan perlindungan dari kecederaan tersebut. Sebab tu sesiapa yang pakai produk pemutih dan pengelupasan akan dapati kulit menjadi lebih gelap selepas beberapa tahun pakai then tak pakai akibat kerosakan kulit. Bagi orang kulit gelap yang nak pakai Hydroquinone boleh, try yang 2% atau rujuk pada doktor untuk dos yang selamat atau kalau takut kita boleh try alternatif lain.


Contoh kulit yang terus menjadi rosak akibat pemakaian produk pigmentasi yang salah.


Skin Brightening

Niacinimide (4% ke atas) dan Vitamin C (10% ke atas) adalah dua ramuan utama yang boleh menolong dalam mencerahkan kulit. Bagi yang mengalami masalah kulit yang tidak sekata bolehlah menggunakan skin booster atau serum yang mengandungi concentrated dua bahan ni bersama-sama dengan exfoliant untuk impak yang lebih bagus. Ini adalah kerana exfoliant membantu dalam penetrasi bahan-bahan dalam produk kecantikan. Selain tu, kalian jugak boleh gunakan night mask dan sheet mask yang mengandungi Tranxemic Acid dan Licorice Extract untuk menggalakkan lagi brightening effect. Peringatan mesra! Elakkan produk yang mengandungi alcohol yang boleh menyebabkan radang dan serta merta memberi impak kepada melanin kulit.


Hyperpigmentasi dan Brown Spot

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan pigmentasi, seperti:
- Sinar UV
- Hormon yang tidak seimbang (factor umur, stress, pregnant dll)
- Kecederaan kulit akibat pemakaian produk yang mengandungi ramuan yang merbahaya atau overdose of pengelupasan tanpa pemantauan professional.

Seperti yang saya katakana sebelum ini, Tretinoin dan Hydroquinone adalah gold standard bagi perawatan pencerahan kulit di rumah yang selalunya disarankan oleh doktor kulit. Tri-Luma Cream adalah produk gabungan Tretinoin (0.05%), Hydroquinone (4%) dan Flucocinolone Acetonide (sebagai agen anti radang dan pembaikan kulit) yang selalu diberi oleh doktor kulit atau anda boleh tanya dengan ahli farmasi.

You olls yang tak mahu pakai Tri-Luma Cream, you olls boleh cuba gabungan Tretinoin dan Azaleic Acid yang juga bagus untuk kulit gelap tetapi Azeleic Acid mempunyai downside tersendiri iaitu untuk sesetengah individu, Azeleic Acid akan menyebabkan rasa gatal-gatal/merenyam untuk beberapa bulan dalam tempoh pemakaian sebelum kulit kita menyesuaikan keadaannya dengan bahan tersebut. Selalunya, saya rekemen you olls pakai pelembab untuk kurangkan effect tersebut.

Bagi individu yang tak boleh tolerate dengan Tretinoin, you olls boleh guna Hydroquinone (2% to 4%) atau Azeleic Acid sahaja atau gantikan Tretinoin dengan Retinol atau Adapalene (gentler Retinoid, under the brand Differin). You olls boleh beli Retinol di mana-mana pharmacy beauty shops like Sasa dan Watson.

Selain tu, you olls boleh try Kojic Acid dengan gabungan Antioxidant seperti mulberry tapi jarang ada jual di sini dan kalu ada harganya mahal dan tak berbaloi.

Berikut adalah senarai produk kecantikan untuk kulit yang ada masalah pigmentasi bersama-sama dengan penerangan tentang cara pemakaian:

AM
1. Pencuci Muka
2. Toner - Naruko Apple Seed and Tranexamic Acid Blacks Spot and Lines Defying Lotion
3. Exfoliant (optional) – Naruko AM/PM Mandelic Acid 5%, well its good if boleh pakai.
4. Skin Booster (AM) – Niacinimide atau Vitamin C
5. Pelembab
6. Sunscreen

PM
1. Pencuci Muka
2. Toner – Naruko Apple Seed and Tranexamic Acid Blacks Spot and Lines Defying Lotion
3. Exfoliant atau Skin Booster – AHA / BHA atau Tretinoin / Retinol / Adapalene (Differin)
4. Treatment – Hydroquinone atau Azeleic Acid
5. Pelembab
6. Leave On Mask (optional)


Sesiapa yang nak pakai Hydroquinone, jangan pakai direct berbulan especially kulit gelap, maybe pakai 2 to 3 months then stop selama sebulan. Jika pigmentasi diperlukan lagi boleh sambung pemakaiannya, tetapi jika kalian dah puas hati dengan result pigmentasi, boleh terus berhenti. Selalunya, pigmentasi akan memperbaiki kulit lebih kurang pada kadar 50% ke 80% sahaja, jika hendak kesan optimum, saya sarankan buat sesi rawatan ‘in-office treatment’.


In Office Treatment untuk Skin Brightening dan Rawatan Hyperpigmentation

In office treatment atau prosedur yang dilakukan di klinik doktor kulit atau doctor estetika dapat membantu dalam skin brightening dan pada masa yang sama akan merawat pigmentasi yang agak teruk.

Untuk skin brightening, Glycolic Acid Peel / Lunch Time Peel / Light Peel adalah rawatan yang mudah dan singkat bagi you olls yang inginkan meratakan tona kulit, usually mengambil masa kurang dari 30 minit. Mempunyai kesan sampingan yang sedikit malah pada masa yang sama dapat merawat jerawat, parut jerawat dan boost collagen. Selalunya, untuk skin brightening Asid Glykolik pada konsentrasi 20% to 35% digunakan pada pH 2.


Jangan sesekali beli dekat internet dan buat sendiri di rumah kerana kalau salah proses, kesannya amat buruk untuk kulit. Biarlah orang professional, bertauliah dan berpengalaman yang membuat rawatan tersebut untuk anda. Untuk kos peel, kadar caj yang dikenakan adalah dari RM 150 hingga RM 250 bergantung kepada klinik itu sendiri. Saya juga menasihatkan agar anda semua tidak membuat rawatan di spa-spa yang kadang kala tidak menggunakan konsentrasi original Glycolic Acid yang betul. Ada juga beberapa pusat rawatan spa yang hanya ingin mengaut keuntungan.


Untuk masalah pigmentasi yang teruk, adalah lebih selamat sekiranya kalian mendapatkan rawatan dengan pakar kulit, antaranya ialah:-

Chemical peel

Depends pada klinik, sesetengah klinik offer light peel dan medium peel.

Light peel - Light peel ialah penggunaan Glycolic Acid pada koncentrasi 20% hingga 75%. Apa yang saya suka pasal light peel adalah ianya mudah untuk dijaga dan kadar healing time yang cepat dan boleh dilakukan beberapa kali mengikut jadual yang ditetapkan untuk kesan yang optimum.

Medium peel – Proses ini kebiasaannya dilakukan oleh doktor kulit sahaja, bukan spa dan salon kecantikan kerana takut pada risiko yang ditanggung oleh pengguna. Medium peel selalunya menggunaka TCA (Trichloracetic Acid). Tempoh healing time lebih panjang dan penjagaan lepas perawatan juga mengambil masa yang lebih lama dan sedikit sakit berbanding dengan light peel. Namun, hasilnya lebih optimum berbanding dengan light peel. Saya rasa di Malaysia masih jarang ada doktor kulit yang menawarkan rawatan medium peel mungkin kerana susah untuk memberikan rawatan sepenuhnya kepada pesakit (before and after treatment).

Untuk orang kulit gelap, saya suggest start la dengan light peel pada concentrasi 20% dahulu sebabnya kulit gelap bila tercedera maka jadilah lebih gelap, ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya tengok sendiri.

Microdermabrasion/Dermapeel

Microdermabrasion sangat popular di US dan UK, rasanya kat sini pun ada tapi hanya a few clinics yang offer. Aluminum Oxide digunakan kemudiannya disedut seperti vakum dan proses exfoliation terjadi. Proses ini meninggalkan kesan yang lebih kurang sama atau lebih bagus dari light peel. Ia jugak dipanggil Lunch Time Treatment sebabnya tidak mengambil masa yang lama. Ianya seperti Glycolic peel, perlu dilakukan beberapa kali depends pada masalah kulit untuk kesan optimum dan harganya lebih mahal sedikit berbanding Glycolic Acid Peel.


Laser
Laser adalah salah satu kaedah yang sangat efektif dalam merawat hyperpigmentation. Laser ada banyak jenis dan harga bergantung kepada klinik tertentu selalunya bermula dari RM 500 dan ke atas untuk satu sesi rawatan. Ya, kesan rawatan laser lebih baik berbanding peel dan microdermabrasion akan tetapi kosnya lebih tinggi sebab memerlukan doktor yang sangat berpengalaman untuk mengendalikan mesin laser tersebut dan mesin tu sendiri adalah amat mahal u olls.

Laser range from IPL to Fraxel, if nak buat yang ni kena discuss dengan doctor tapi Fraxel memang the best dan healing time dia jugak amat panjang dalam masa 2 weeks hingga sebulan bergantung kepada individu. Kebiasaannya orang akan buat Fraxel sekali dalam masa beberapa tahun. IPL lebih light dari Fraxel, untuk pigmentasi yang kronik I think Fraxel works better untuk semua jenis kulit. Cuma ikut bajet masing-masing, tak semua orang ada duit nak spend beribu untuk one time treatment. Laser jugak memberi kesan kepada kedutan, parut jerawat, jerawat dll.


Drip dan injection untuk mencerahkan kulit, sejauh mana keberkesanannya ?

Di Malaysia dan Thailand sudah menjadi trend bagi drip dan injection untuk pemutihan. Yes, injection dan drip memang boleh bagi impak pemutihan (tapi takla dari kulit Nicki Minaj jadi kulit Adele) tapi ada risiko if overdose dan kosnya amatlah tinggi (beribu-ribu tau you olls, bazir je kadang-kadang!). Sebab nak kena maintain inject dan drip dari semasa ke semasa dan kesannya bukan selamanya, selagi kita buat, selagi tulah kita dapat kesan pemutihan tu.

Saya pernah la inject Vitamin C dan Gluthathione memuda dulu (ikut jadual yer) tapi kesannya taklah seberapa, just kulit more softer and moist. Dari segi tona kulit takder impak maybe I olls dah cerah kot tapi saya stop selepas empat bulan pemakaian sebab rasanya takder benefit sangat. Seterusnya, saya concentrate kepada rawatan jerawat. Well, saya bukanlah tidak menggalakkan untuk membuat drip and injection ni tapi kalau ada budget besar, why not? Untuk kepuasan peribadi dan saya nasihatkan untuk love the color of your skin, sebab Tuhan tak pernah salah bagi warna kulit tu kat kita, gitew.

Tapi kita perlu selalu berhati-hati kerana jika kita overdose drip dan inject ni, bahan-bahan tersebut boleh effect kesihatan dari segi kerosakan buah pinggang, blood clot dan lain-lain. Never go overdoses sebab nak cantik, takder maknanya. But injection ada dua cara, satu inject melalui urat di tangan (IV) atau direct dekat tempat yang ada masalah tapi kat Malaysia susah kot nak jumpa yang inject direct as spot treatment. Kaedah ni kita panggil Mesotherapy. Drip (IV) usually depa guna antioxidant macam Vitamin C, Gluthathione, Placenta dan ada jugak Tranexamic Acid. Tranexamic Acid ni kalu pakai kat muka boleh bagi brightening effect tapi if drip a bit dangerous sebab side effect dia ialah blood clot. If nak buat, please consult doktor yang betul-betul berpengalaman.


Supplement/pil untuk perawatan pigmentasi?

Actually Gluthatione, Vitamin C dan Tranexamic Acid juga dijual dalam bentuk pil tapi untuk menampakkan keberkesannya, you olls kena ambik untuk tempoh at least sebulan untuk nampak effect dia dan tak secepat dan sehebat drip dan injection.

Ada research di Thailand menunjukkan pengambilan 250 – 500mg Gluthathione bersama Vitamin C (at least 1 to 2g) dapat membantu dalam proses perawatan pigmentasi dan membantu dalam kesihatan melanin. If ambik Vitamin C je, takder kesan untuk pigmentasi yer, just kulit soft and moist, itu pun kena ambik at least 3g per day.

Tranexamic Acid jugak di jual dalam bentuk pil untuk kesan pemutihan, sejauh mana effect dia tu I olls tak brape nak tau sebab tak pernah ambik tapi I olls nasihatkan dapatkan khidmat pakar sebelum ambik.


Pil, Drip & Injection vs Produk kecantikan & In Office Treatment

I olls dah experience injection tapi bagi saya produk kecantikan dan in office treatment adalah yang terbaik dari segi perawatan kulit yang ada pigmentasi sebab result dia kekal, cuma kena rajin pakai sunblock and maintain kat umah.

Pil, drip dan injection pulak you olls kena buat forever untuk dapatkan hasilnya dari segi pemutihan kulit badan tapi dari segi perawatan pigmentasi kesannya tak sehebat in office treatment. Bagi sesetengah orang ada budget besar, sanggup labur beribu-ribu boleh la buat tapi pada saya tak berbaloi and as I said love your skin tone. Maybe boleh la if nak maintain dengan pil sebab not too high kosnya.

Nota kaki:  Perkongsian ini adalah berdasarkan research oleh pakar-pakar kulit dan juga dari pengalaman saya yang suka akan kecantikkan kulit. So if anything, you olls consult lah dengan pakar sebabnya setiap individu itu berbeza!

Jika anda ada persoalan atau cadangan mengenai tajuk/topik kecantikan dan kesihatan kulit, jangan lupa komen pada artikel ini atau emel ke jumiess@gmail.com.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...