Jom Try Diameida Fabulous Mascara

14.6.17

Perasmian Butik Lynn Andres Scarf Penang

Akak dan founder Lynn Andres Scarf,  Noor Azlin Razali.  Akak pun pakai tudung jenama Lynn Andres Scarf.

Hello u olls,

Baru-baru ini akak telah dijemput oleh Lynn Andres Scarf untuk majlis perasmian fizikal butik di Penang.  Memang kagum sekali dengan founder jenama tudung Lynn Andres Scarf ni,  Noor Azlin Razali adalah anak kelahiran Pulau Pinang yang memang sangatlah berbangga dengan asal usulnya siap dekat website rasmi dan beberapa diskripsi produk Lynn Andres Scarf  diterapkan elemen-elemen Pulau Mutiara ni.  Respek!


What I like?
What I like about collection Lynn Andres Scarf adalah setiap satu koleksi adalah daripada hasil pilihan kain,  corak dan gaya yang teliti.  Bukan semata-mata beli kain banyak-banyak dan letak label.  You olls yang memiliki tudung Lynn Andres Scarf memang boleh nampak dan rasai ke-ekslusifan setiap koleksi.

Antara koleksi yang sudah dihasilkan adalah Ammara Semi-Instant,  Ana Maria,  Andrea Lace,  Beatriz,  Denim,  J'adore,  Dolce Vita,  Senorita & Thalia.  Tak lama lagi depa akan keluarkan beberapa koleksi lagi.

Kat bawah ni akak ada amik gambar koleksi tudung depa atas display,  tapi ampa nak tengok lebih dekat,  pi tengok kat website depa teruih:  https://lynnandres.com/





Click read more












Koleksi Denim
Buat masa ni akak dapat try selesai tudung dalam koleksi Denim.  Siries aku suka!  Dia panjang juga dan sangat lebar,  nampak macam kain jeans tetapi lembut dan jenis cotton yang tak panas,  senang nak bentuk dan very the versatail.  Sebab sesuai pakai pi office dan santai.  Hangpa boleh tengok beberapa gambar akak duk pakai tudung Denim warna Iron Blue oleh Lynn Andres Scarf.  Harga RM89.00 sehelai.

Memang lepas ni duk taram nak beli Dolce Vita tapi kena sabar sat sebab lani kan duk bajet nak pindah.  No more shopping sesuka hati.

Kotak dia cun warna terang! Pink dan biru.

Nasi kandar!


Ini gambar akak pakai tudung Denim tu.  Memang selesa.  

57 Sri Bahari
Okay, let's talk about fizikal store Lynn Andres Scarf yang terletak di Jalan Sri Bahari betui betui di tengah bandar Georgetown. Bangunan khazanah ni memang sangat strategik dan yes!, butik depa sangat cantik dan comels u olls. Hangpa boleh tengok hasil dekorasi dalaman yang dibuat sendiri oleh founder yang santai,  relaks tetapi urban.  Sesuai dengan koleksi tudung yang ditampilkan oleh Lynn Andres Scarf.

Noor Azlin dan suami a.k.a Abang Sado.

Semasa perasmian.  Meriah depan kedai sebab masa ni kan hari launching.

 


Eh....basikal!



 
Baguih kan?  Kayu katil pun boleh buat tempat gantung baju.  IDEA BERNAS!



Idea kerusi tu memang meletops.  Pastu yang telephone booth tu,  depa tempah khas tau untuk kedai!  Menarik.


Yang ni pun akak suka juga.  Lukisan mural P Ramlee dan Saloma.



Media Indonesia
Haaaaa lagi yang membuatkan akak bangga adalah,  jenama tudung Lynn Andres Scarf dah berjaya masuk pasaran Indonesia u olls.  Dah beberapa kali tudung milik Lynn Andres Scarf telah dipaparkan dalam majalah fesyen Muslimah yang terkenal di Indonesia iaitu Noor.

Sebab tulah founder Lynn Andres Scarf  duk habaq kat akak,  dia punya customer banyak orang antarabangsa.  Macam mana nak galakkan orang lokal pulak tau dan beli produk dia?  Haa..sebab tu nak kena share benda ni kat hangpa.








Meletops
So u olls semua dah tengok kan kedai dan juga akak pun dah cerita sedikit sebanyak mengenai koleksi Lynn Andres Scarf ni kan?  So lani ampa pi check it out website dan Facebook depa semua!


Contact info
Call 04-261 0455
Whatsapp +60174138808

Alamat
57 Sri Bahari Rd, Georgetown, Penang. Malaysia

Social Media


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...