Jom Try Diameida Fabulous Mascara

8.6.17

Ramadhan Nostalgia at Lagenda Cafe


Kami order dua set.  So ampa boleh tengok ada dua beda pada gambar kat atas akak post dan dengan yang ini.  Satu set dulang macam ni RM69.90*. 


Hello u olls,

Baru-baru ini kawan akak mai jauh-jauh dari Amerika Syarikat.  Haa...nama dia Joey dan dulu dia pernah mai Malaysia untuk jalani program akademik di USM.  Dia punya jatuh cinta dengan Malaysia,  dia sign up satu program usahama Jabatan Pendidikan Malaysia dengan kerajaan US melalaui Embassy di Kuala Lumpur untuk jadi cikgu Bahasa Inggeris di kawasan pedalaman di Malaysia.  Awal-awal akak suruh dia sign up dekat Penang/Kedah,  dan dia dapat jadi cikgu kat KOKDIANG!  HAHAH kerlassss Joey ni.

So baru-baru ni, sempena dia duk ada kat Malaysia,  mak dia mai visit dia kat sini sebab sebagai cikgu dia pun duk cuti sekolah kan?  Masa kat Penang haruslah akak ajak depa berbuka puasa sekali.  Kami pi berbuka puasa di Lagenda Cafe Penang.

Akak pernah cerita pasai Lagenda Cafe dulu dan tempat ini menjadi cafe kegemaran akak.  SAPA SAJA KAWAN-KAWAN YANG MAI DARI LUAR PENANG,  kak mesti bawak mai makan kat sini!  


click read more





Ramadhan Nostalgia 
Pakej menikmati juadah berbuka puasa atas dulang klasik menyingkap nostalgia Ramadhan yang sebenar. 

Main Dish
Satu pakej boleh pilih 2 main dish daripada senarai berikut:
  • Ayam Percik
  • Ayam Rendang
  • Beef Rendang
  • Beef Bakar
  • Ikan Bakar
  • Ikan Bawal Goreng
  • Ayam Penyet
  • Ayam Masak Merah
  • Prawn Lemak
  • Sotong Masak Ink

Yang ni memang sedap gila.  Udang masak lemak.

Sotong masak ink!  Siries sedap wehs...........aku kata kat chef,  kalau pekena dengan nasi putih lagi surr ni!


Nasi kuning dan nasi biru.  Special resepi from Lagenda Cafe.


Ayam masak merah!



Hot Dessert
Dapat 1 pilihan hot dessert:
  • Bubur Hitam
  • Pengat Pisang
The ever delicious pengat pisang.


Special Adds Up
Juga dalam dulang ini akan disediakan bersama Acar,  Ulam-ulaman,  Kuih-Muih,  Fresh fruits,  Kurma dan Sago Gula Melaka.


Traditional Malay Kuih



Pudding custard dan sago gula Melaka.



Acar dan ulam-ulaman.


Buah-buahan & Kurma.  Sorry kat pisang tu ada kuah sambal sikit sebab Khafi dah terpegang before kami amik gambar.


Harga 
RM69.90** untuk 2 orang
1 pakej dulang ni boleh dimakan oleh dua orang.  Tapi bagi akak,  nak share tiga orang pun boleh sebab banyak juga potions dia.  Cuma kalau you olls nak tambah selera,  tambah la apa-apa order ala carte yang terdapat di sini.


Menu Ala Carte
Sekiranya hangpa nak tambah apa-apa menu sampingan di samping try depa punya Nostalgia Ramadhan pakej ni,  akak sangat rekemen!!!!  Hangpa boleh order macam-macam pilihan local favorites ataupun western fusion yang amat terkenal kat Lagenda Cafe ni.  Berikut adalah beberapa contoh hidangan ala-carte yang hangpa patut try (highly recommended by me!)  Semua makanan yang akak post kat bawah ni akak cilok gambar dari Facebook page depa...tapi siries wehs semua ni aku dah pernah makan dan memang sedap gilos! 

Deep Fried Mozarella RM21



Gado - Gado RM22



Asian Prawn Oglio RM28


Counter Hall Beef Burger RM24

Chicken Chop RM22


Suasana Yang Damai
Cafe Lagenda ni memang relaks santai sebab bangunan lama yang dulunya adalah sebuah kedai menjual aksesori emas,  tetapi lani diubah menjadi cafe di bahagian bawah dan hotel di bahagian atas.  Sebab tu akak sukaaaaaaaaaa sangat lepak kat sini.  Relaks dan santai!



Posing with Joey and his family from Minnesota,  USA.

Contact Info
Alamat : Lagenda Cafe. 43 Campbell Street, Penang MY (Look for Shanghai Hotel)
Reservation required : CALL 04-261 2293 / WHATSAPP 012-437 5449 (Tempat depa kecik,  so sangat-sangatlah perlu buat reservation dulu sebab takut penuh)
Facebook: https://www.facebook.com/cafelagenda/
Instagram: https://www.instagram.com/lagendacafepenang/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...