Jom Try Diameida Fabulous Mascara

14.6.17

Review Film Baahubali: The Beginning & The Conclusion


Hello u olls,


Okay hari ini akak nak cerita pasai filem Tamil.  Dah lama akak tak buat review filem Tamil.  Filem ini bertajuk Baahubali,  the one with strong arms.  Actually cerita yang dikisahkan dalam filem ini bukanlah epic agama Hindu ataupun tertulis dalam mana-mana catatan sastera lama,  tetapi merupakan kisah rakyat yang diceritakan oleh orang-orang tua.  Cerita ini ditulis dalam bentuk skrip hasil daripada cerita yang dipeturunkan oleh datuk pengarah filem ini sendiri iaitu sutradara S. S. Rajamouli.


S. S. Rajamouli adalah seorang pengarah yang disegani dengan keberaniaanya mengadaptasi hikayat dan kisah rakyat ke layar perak.  Antaranya Eega,  sebuah filem tentang seorang lelaki hensem yang meninggal dunia di usia muda tapi nyawa dia dimasukkan ke dalam jasad seekor lalat.  Interesting right?  Akak tak pernah tengok lagi filem tu,  nanti nak kena cari.


Filem Baahubali ni akak boleh kata lebih kurang macam Lord of The Rings versi Tamil la sebab dia ada dua siri dalam cerita ni.  Mula-mula dia keluar yang The Beginning,  lepas dua tahun baru dia keluarkan filem kedua.  Susunan cerita yang menarik (sebab dia letak suprise di belakang),  lakonan yang baik,  costume yang cantik,  sinematografi dan efek yang meletops menyebabkan filem ini diperkatakan dengan hebat dan mendapat sambutan hebat di seluruh dunia.  Cuma lagu jaa akak rasa kalau bagi kat AR Rahman,  mesti lagi hit.


Macam mana akak tau filem ni?  Ini adalah lawak,  akak perasan,  kawan akak Nizal Ashriff penah komen kat Facebook akak pakai sticker komen.  Selalu sticker komen kat Facebook kan ada macam-macam kita boleh download,  yang popular adalah seperti kucing warna grey tu,  pastu gambar-gambar pompuan bagi semangat macammana ka,  pastu tiba-tiba kawan aku bubuh sticker komen gambar kartun wanita India klasik.  Macam comel!  Pastu aku pun pi carila stiker tu apa,  dan aku pun baru tau sticker tu sebenarnya inspirasi filem Baahubali ni.



Bila akak tau pasai filem ni,  kedua-dua siri filem ini telah dikeluarkan di layar perak.  So review yang akak bagi adalah berdasarkan kedua-dua filem sekali gus.
So jom baca pasai movie ni!

click read more



Sinopsis
Bahagian satu bermula dengan menunjukkan seorang perempuan yang kena panah kat belikat,  tapi duk gagah berlari dukung seorang bayi.  Dia kena hambat dengan orang jahat,  tapi dia boleh fight dengan orang jahat tu and bunuh depa.  Pastu dia nampak kampung di kejauhan,  dia nak lari pi kat kampung tu,  dia terjatuh dalam sungai.  Dia macam nak hanyut dah,  tapi dia mintak doa kat Tuhan Parameswara,  dia kata "Hang kena selamatkan baby ni.....untuk kesejahteraan bangsa dan negara," aku pandai-pandai translate bagi senang faham la.

So last last dia mati ditenggelami ayaq sungai yang deraih tu!  Tapi Tuhan bagi badan dia straight keraih dan tangan dia pegang bayi tu tak tenggelam duk ada atas ayaq!  Bab ni memang macam tak lojik sikit tapi kita sebagai penonton kena pikiaq beyond lojik.  Ini adalah cerita fiksyen,  mungkin ada fahaman simbolik yang kita kena kaji di situ.  Pas tu,  orang kampung nampak baby duk terapung atas air sungai,  depa pun mai selamatkan dia.  Pastu depa bela dia sampai dia besar.

Inilah scene macam mana budak tu dipegang atas ayaq.

Dipendekkan cerita,  bila dia dah besaq dia diberi nama Shiva dan dia pun membesar menjadi seorang pemuda yang gagah.  Tetapi dia bercita-cita nak panjat gunung dan tengok dunia yang ada di atas puncak air terjun yang jatuh dari puncak gunung tu.  Hari-hari dia akan cuba untuk daki gunung tu,  sampai mak dia pening pasai pa dia suka sangat kat gunung tu.

Last-last dia dapat naik ke puncak,  dan dia jumpa dengan satu puak yang hidup dalam hutan dan seluruh kaum dalam puak tu sanjung dan menghormati dia!  Dia pun pelik,  pasaipa semua orang sokong dan sanjung dia!  Siapa dia sebenarnya?  Pasaipa orang hormat dia?

So bab tu akak tak mau sambung dah.  Hangpa kena pi cari sendiri dua cerita ni,  ada kat youtube bahagian satu dan bahagian dua.  Bahagian satu adalah cerita yang akak cerita secara ringkas di atas,  bahagian dua akan menceritakan kenapa dia dihormati dan disanjungi dan siapa sebenarnya budak yang diselamatkan atas permukaan air sungai ini.

Pasaipa Aku Suka Filem ni

  • Sebab aku memang peminat filem-filem epic fictions macam Lord of the Rings & Harry Potter tu semua.
  • Sebab NEELAMBARI AUNTY berlakon dalam filem ni.  HAAAAA......sapa yang peminat filem Tamil akan kenal sapa Neelambari Aunty watak yang dilakonkan oleh pelakon veteren Ramya Krishnan.  Watak Neelambari ni adalah seorang pompuan jahat yang cuba goda Padaiyaapa tapi dia kalah dengan orang gaji dia sendiri.  18 tahun dia simpan dendam kat Padaiyappa sebab tolak cinta dia.  Aku sukaaaaaaaaaaaa lakonan Ramya Krishnan ni.  Dia cantik tapi muka dia macam pompuam pirasyat.



    Ramya as Neelambari aunty.  Masa ni nyanyi lagi Minsara Poove.  Gila aku suka kot lagu ni siap hafal lirik.



    Ramya as Queen Sivagami.  Still cantik meletops.  Aku amik gambar ni sebab aku suka macam mana dia as woman take charge duduk atas takhta untuk jaga dua dua budak atas riba dia.

  • Selain Ramya Krishnan,  sorang lagi hero lama yang berlakon sebagai Kattapa seorang hamba dalam filem ini adalah Sathyaraj.  Mula-mula aku takperasan,  tapi bila tengok lama-lama baru perasan.  Dah tua dah dia ni pun!  Dulu dia hero laaa...


    Sathyaraj time muda.  Ampa mesti perasan muka di dia hero dulu-dulu.


    Sathyaraj as Kattapa.  Lakonan yang sangat baik sekali!
  • Effect yang cantik dan kualiti filem yang sangat clear dan real.  Puas hati la!



Fakta Menarik Mengenai Filem Ini


  • Industri filem di negara India sangatlah besar dan membangun dengan pesat kerana mereka mempunyai banyak bangsa dan orang India sendiri support industri mereka.  Tetapi dalam banyak-banyak bahasa,  bahasa Tamil dan Hindi yang selalunya mendapat tempat di hati peminat filem India.  Tetapi ini adalah pertama kali filem dari bahasa Telegu mendapat tempat yang istimewa di hati peminat India sampai meresap kepada seluruh dunia.
  • Pelakon utama yang memegang watak Baahubali ni bernama Prabhas memberikan komitment penuh selama 5 tahun untuk focus kepada filem Baahubali ini sahaja.  Dia tak amik mana-mana offer berlakon dalam filem lain!  Bukan ja tolak untuk buat projek lain,  depa habaq,  dia nak kawen pun dia tangguh sebab nak bagi settle project filem ini.
  • Visual effect yang digunakan dalam filem ini memang kau kau punya meletops setanding dengan kualiti yang dibuat oleh filem Hollywood. Sebab tu depa duk dapat banyak anugerah.  Semua kerja-kerja CGI dibuat oleh syarikat komputer tempatan India.  Tetapi untuk perfectkan bahagian effect sungai tu sahaja mengambil masa lebih kurang dua tahun.  Dahsyat betui.
  • Ada satu plot di mana kerajaan baik akan fight dengan satu kaum barbaric iaitu
    kaum Kalakeyas.  Kaum ni macam ada bahasa sendiri.  Style ada bunyi-bunyi 'klik' macam bahasa Khoisan yang digunakan di Namibia.  Bahasa kaum Kalakeyas dalam filem ini dicipta oleh Madhan Karky khas untuk penulisan skrip filem ini.  Ini adalah pertama kali dalam sejarah filem India,  bahasa baru dicipta! Macam bahasa kaum Navi dalam filem Avatar.




    Kaum Kalakeyas yang cakap bahasa baru tu.
  • Antara filem yang menelan belanja yang amat besar sekali dalam sejarah pembikinan filem di India.  Aku duk try convert dari Indian Rupees ke USD ke MYR,  rasa macam salah ja,  tapi ampa pi check it out sendiri lah.  Berjuta-juta USD.
  • Filem ni tak cerita banyak pasai isteri kepada datuk Shiva.  So mungkin,  ini akan diceritakan secara lanjut dalam filem ketiga.  Yes,  telah diconfirmkan akan ada filem ketiga.
  • Untuk memastikan filem kedua tidak terbocor dalam internet,  pengarah filem ini dengan gigihnya pi shoot dan edit scene lain untuk mengaburi mata peminat.  HAHAHA gigih.

Okay kat bawah ni akak bagi kat ampa filem Baahubali part II.  Yang ni yang cun dan ada subtitle sekali.  Untuk yang begining tu ampa kena pandai pandai cari sendiri.

Baahubali (The Conclusion)

1 comment:

  1. Jumie,

    Saya dah tgk both The Beginning and The Conclusion. Memang best sangat movie Tamil ni. X penah tgk filem Tamil yang gempak ni.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...