Jom Try Diameida Fabulous Mascara

9.6.17

Trang Thailand 🔆 Seize The Day Part II


Hello u olls,

Hangpa mesti ingat kan?  Awai tahun lalu akak dah pi Trang,  Thailand sebuah daerah di Selatan Thailand yang terletak lebih kurang 1 jam sahaja dari Hatyai.  Ampa boleh baca artikel yang lepas-lepas pada link yang akak akan share kat bawah sekali.


Tapi masa tu,  hanya akak dan 3 orang kawan baik akak sahaja yang pergi ke trip itu.  Yaitu,  Yan India,  Kak Maya & Nizal Ghaffoor.  Selainnya adalah budak-budak koko'ot yang kami kenal along the way,  kalau ampa baca dalam catatan akak yang lalu,  akak ada complain pasai budak budak koko-ot ni yang jugak akak panggil gang New Boyz sebab duk feeling dressing macam nak pi Queensbay masa jalan-jalan kat tengok town.


So kali ini,  akak dan 11 ekor anak ayam akak semuanya terlepas ke Trang!  Taufiq Noor,  Danny Armizie,  Yuss Zulk,  Kak Maya,  Tengku Zaren,  Kak Pah,  Mijan,  Nizal & Shada and Abang Polis.  Memang meriah sangat-sangatlah apabila semua kepala zornen gila bergabung.


Kami plan untuk mai Trang sejurus selepas trip pertama berjaya.  Bajet untuk sewa hotel,  sewa van,  pemandu dan insurance hanya RM480 seorang.  Kami boleh bayar ansuran.  Semuanya untuk tiga hari dua malam.


Perjalanan dari Penang ke Trang bukanlah jauh sangat,  tapi kami stop banyak kali juga sebab ada sekor dalam team kami ni mempunyai masalah besiaq orang Penang kata,  setiap 2 jam dia kena kosongkan pundi kencing dia.


Actually gang kami ramai lagi,  tapi bukan semua boleh bagi komitmen.  Paham-pahamlah,  ada yang kena kerja,  ada yang plan dengan keluarga.  Tapi yang penting,  kami semua understanding,  tagline group kami "Semua dah dewasa kan....?"

click read more



Tapi akak terpaksa mengaku lah yang akak telah membuat dajal pada Taufiq Noor.  Apabila dia PM akak dan bagitau kemungkinan besar dia tak boleh pergi kerana komitmen kewangan yang mendesak,  untuk pecahan awal tahun 2017 dia sudah ada banyak perancangan untuk bercuti sendiri dan bersama keluarga.  Akak bagi jawapan simple sahaja kat dia "Takpalah Taufiq,  aku faham kalau hang tak mau pi.  Tapi biasalah,  group kita kan ramai pondan.  So hang tahan telinga sudahlah,"  begitulah ayat psikologi yang akak berikan padanya.  Dua hari lepas tu,  Yan India dah update Taufiq Noor dah bayar deposit RM200.  HAHAHAHAHAH Ya Allah deni takdak pendirian hidup sungguh.


Beberapa minggu sebelum percutian menjelang,  hati jadi berdebar-debar.  Tak sabar nak pi menggila-gila ni.  Tapi akak buat cool jer,  banyak kali akak sarankan dalam Whatsapp Group kami.  "Jangan eksaited sangat,  buat relaks jer,"  pastu akak pun ada juga habaq kat laki akak.  "Aku nak buat busy sampai datangnya minggu percutian tu,   lepas tu aku nak enjoy puas-puas,"  sekali nenjia aku betui-betui jadi busy before percutian bermula.  PS,  time tu hotel-hotel dah start jemput akak untuk mai review depa punya pakej buka puasa.  So bayangkan?


Sepanjang perjalanan memang meriah,  kami menyanyi-menyanyi dan menyanyi,  ada kalanya kami makan kudapan tapi ada juga pada kelapangan yang lain kami adakan sesi carut mencarut.  Mampuihlah panaslah telinga-telinga yang mendengar.  Tukang carut?  Tak lain tak bukan Kak Danny Armizi Manyara Sarafina dan of course Mak Ayam JS a.k.a Achi Keriau.  Terlena,  makan,  nyanyi,  carut pastu terlena balik.  Nizal tak mencarut,  dia kira Yang Dipertua Speaker Dewan,  duk buka topik dan rencana cerita.


Tapi alhamdulillah perjalanan kami semua selamat takdak sangkak!  Semuanya damai dan berjalan lancar.  Mungkin sebab kami semua pun jenis kepala otak sporting dan cool.  Perjalanan kami lebih kurang macam ini:

Sabtu,  13 Mei
4 pagi - Bertolak dari Pulau Pinang.  Ada 3 tempat berkumpul yang rasmi,  Kg Melayu, Paya Terubong dan Seberang Jaya.  Tetapi entah macam mana,  ada satu terbabas bangun lambat dan kami terpaksa amik dia di rumah dia.  Jari tengah betui.  Dia kata,  alasan dia makan banyak empat ketul daging burger semalam.  Haaaaaaaaa....sedap sangat burger depa.

7 pagi - Tiba di Petronas Changlun.

8 pagi - Selamat cop keluar border Malaysia dan Thailand.

10 pagi - Tiba di Hatyai.  Makan di gerai makan bernama Malek (pastu tulisan-tulisan Siam).  Makanan dan minuman dia lambat nak siap,  semuanya dia buat satu-satu.  Macam makan kat fine dining restaurants plaks.  Tapi rasa dia memang puas hatilah!  Standard makan kat Thailand kan,  pernah ka tak sedap?  Kat gerai makan Malek ni,  semua orang sibuk nak check in time ni,  sebab kat cafe ni ada Wifi.  Biasalah semua tempat pelancongan di Thailand ada wifi kan?

11 pagi - Aktiviti berurut.  Kan akak kata,  for the past two weeks badan memang dah lembik dah sebab banyak aktiviti dan kerja akak kena buat.  Punya simpan badan sebab nak urut di Thailand.  Kami pi kat sebuah kedai urutan yang terdapat di Hatyai.  Ada yang amik private room sebab segan nak urut depan kawan-kawan lain (duk buat macam badan elok macam mana ka),  ada yang amik bilik secara berjemaah.  Tapi yang lawaknya,  semua orang yang nak urut aku,  bila masuk bilik,  depa keluar balik sebab takut kot tengok saiz aku punya besaq pastu depa confused,  deni lelaki ka perempuan.  Last sekali mak dapat tukang urut anak ikan elok dia pun urut amatlah sedap sekali.  Lepas kena urut,  terus rasa macam nak boleh buat tarian ballet.

Lepas berurut terus boleh pose macam Ariana Grande kan?


2 petang - Bertolak ke Trang.  

4 petang - Singgah di kedai kek apa ka.  Van mula jadi panas sebab gas aircond macam dah kurang macam mana ka.  Aku duk mai rasa berlengaih dah sebab berpeluh sebab berkuap.  Ditambah pulak sepatutnya dulu lebih kurang pukul 11 am waktu tempatan kami dah sampai kat Trang,  tapi this time sebab berhenti lama di Hatyai untuk berurut bagai.  Haaaaa dah petang tak sampai Trang lagi.

Akak mula mengamok-ngamok dan memaki hamun.  Semua anak-anak ayam mula menjauhkan diri secara senyap.  Paling ketara,  bila aku pi duduk dekat Yan India,  nak komplen sebab panas dan pasai pa tak sampai kat Trang lagi?  Secara perlahan-lahan Yan India pun berlalu pergi meninggalkan akak mengomel kesorangan.  Celaka betul penakot ni,  tak guna hang berkawan lama dengan pondan tapi penakot dan takdak confident,  tak boleh nak handle kena carut dengan marhayam JS.  

5 petang - Selamat tiba di My Friend Hotel,  Trang.  Kami semua check in di bilik masing-masing.  Akak duduk sebilik dengan Shada adik Nizal.  Kami mandi pastu terus bersiap untuk pergi beli makan di Chan Chala Night Market yang terletak di depan hotel kami.   Macam pi buka beli juadah berbuka puasa,  semua orang pun membeli belah.

Akak belajar dari pengalaman dulu,  akak bawak 300 baht sahaja duit dalam tangan.  Tetapi boleh beli macam-macam!  Itu pun,  Marhayam Danny Armizi dah sibuk tarik lengan akak "Sudah sudah nyah.  Hang bukan nak beli kenduri mohreh kat mesejid."

Malam itu,  kami semua duduk santai makan di perkarangan lobby hotel di mana mereka memang sediakan meja-meja kayu jati yang selesa.  Kami makan dan makan.  Lepas makan,  apa lagi..........SEMUA LENA!!  Hahahahaa....

Ahad,  14 Mei 2017
2 pagi - Akak terjaga dari tidur,  berjalan masuk ke connecting room di mana Nizal dan Yuss Zulk tidur.  Akak terkejut sebab tengok Nizal dah bangun,  bila dia nampak akak dia kata "Pi tidur balik mak ayam...awai lagi...." HAHAHAHAHAH disebabkan kami semua tidur sangat awal semalam.  Tiba-tiba 2 pagi akak dah boleh bangun dan mata jadi segar.

7 pagi - Semua siap dan pergi pekena kopi di sebuah kedai kopi yang terletak dekat dengan hotel kami.  Kami pekena kopi dan cream caramel cake dia yang sangatlah sedap.

9 pagi - 5 petang - ISLAND TOUR!  Time ni kami buat balik aktiviti macam hari tu lah.  Naik boat ke pulau-pulau untuk snorkeling dan paling menarik kami ke Morakot Cave di mana kami berenang masuk ke dalam sebuah pulau dan di dalamnya kami terjumpa sebuah pantai tersembunyi.  Kali ini LEBIH BEST sebab hanya group kami sahaja yang ada kat secret beach tu.  Ya Allah memang best sangat enjoy berenang dengan damai tanpa orang terlanggar kepala hang pastu kami semua sakan duk posing.  Paling sakan posing adalah Marhayam Danny Armizi la....gila hang dengan bikini H&M semua.

Pintu masuk ke Morakot Cave,  ampa boleh baca artikel penuh dalam artikel yang akak share link kat bawah.

6 petang - Selepas selesai island tour,  kami dicadangkan oleh pak supir dan pemandu pelancong kami dari Thailand untuk melawati satu lagi pasar malam yang terletak di bandar Trang.  Kami pun okay jer!  Nama Pasar Malam ni adalah Centrepoint Nightmarket.  Tapi siriesly,  Chan Chala Night Market lebih bestttttttttttttttttttttttttt.......in term of rasa-rasa makanan yang ditawarkan dan juga pilihan makanan halal.  Masa jalan ni,  Nizal ada tanya kat aku "Pasaipa semua orang duk tengok aku?" Aku pun kata "Gila takkan orang tak tengok hang sikit punya besaq ka........tengok la orang kat sini ketot ketot macam mana!"

8 malam - Kami berpecah kepada beberapa tim.  Ada yang duduk dalam bilik lepak bersembang pillow talk,  ada yang duduk lepak tengok TV Siam yang menawarkan semua rancangan filem Siam dengan translasi Bahasa Siam (pening noks tengok Guardian Galaxy bahasa Siam).  Mula-mula akak join group yang buat pillow talk,  tapi macam mana ka Mijan panggil akak untuk join group yang duk seronok main game gelak-gelak kat lobby.  Game yang depa main adalah song roulette.

Cara dia macam ni,  seorang akan pilih satu topik.  Pastu semua orang kena nyanyi apa sahaja lagu yang mengikut topik yang diberikan.  Jika gagal untuk nyanyi lagu ikut topik yang ditetapkan,  hang kena makan satu suap seafood salad yang super duper pedaih gila!  Mula-mula hang makan boleh la tahan,  tapi makan lama,  mulut hang pedih kot!  Aku makan seafood salad tu banyak la malam tu aku pi masuk jamban sampai berapa kali......Memang lawak main game ni,  ampa kena try.

Tapi last-last seafood salad ni kami tak boleh bagi habis juga,  bagi kat Kak Ren dia makan siap hirup soup pedaih tu macam biasa.  Celaka punya Kak Ren lidah tahap takdak sensory pedas.


7 pagi - Kami semua bertolak balik ke Penang.  Tapi sekali lagi kali ini,  kami singgah di Hatyai.  Kami kembali ke beauty spa yang kami pi hari itu. Tapi kali ini,  ramai yang buat facial treatment pulak.  Akak pun buat juga u olls,  sambil urut kaki.

3 petang - Tiba di Danuk,  sempadan Malaysia Thailand. Ada yang amik kesempatan pi ronda-ronda beli buah tangan tetapi kami yang berat-berat juburi ni semua,  terus cari spot meletops di sebuah gerai daging bakar yang sumpah sedap gila babi wehs!  Sapa yang masuk Thailand dengan drive sendiri,  akak sangatlah rekemen u olls semua untuk berhenti pekena set nasi putih,  daging bakar,  sambal belacan,  ulam-ulaman pastu order tambah soup daging.  Ya Allah sedap gila.  Kenapalah aku kena tulis artikel ni time bulan puasa?  Tahi!

WHY! WHY!  Hangpa kalau masuk Danuk,  cari gerai-gerai bawah payung yang terletak seberang jalan dari The Vista Hotel.


8 malam - Alhamdulillah,  akak sampai rumah dengan selamatnya.  Yang lain-lain di Penang semuanya kembali ke rumah masing-masing.  Fadzli dan Mijan,  terus naik bas ke Kuala Lumpur sebab mereka tinggal di sana.  Yuss dan Azren drive balik ke Kuala Kangsar dan Kampar pula.  Ya Allah terima kasih kawan-kawan yang terpaksa go extra miles semata-mata untuk bersama-sama dengan kami semua.

Itu sahajalah yang akak nak share dengan kalian semua.  Kalau nak tengok gambar secara terperinci semasa trip kali ini,  kalian boleh tengok kat sini  :  Facebook Photo Album


Untuk rujukan untuk tempat-tempat yang kami pergi kali ini,  boleh rujuk pada artikel yang akak dah buat sebelum ini (trip pertama) sebab kami pi semua tempat yang sama ja u olls!

Catatan Kembara ke Trang, Thailand
Chan Chala Night Market, Trang Thailand
My Friend Hotel, Trang Thailand
Jelajah Gua Morakot Semasa Island Hoping di Trang, Thailand


ps/  Ini adalah trip percutian bersama kawan-kawan yang paling besttttttttttttttttttt sekali dalam hidup akak!  Terima kasih kawan-kawan semua sebab bagi satu pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...