Jom Try Diameida Fabulous Mascara

13.6.17

Ulasan Fesyen Raya 2017 #fesyenraya2017


Hello u olls,


Masa awal Ramadhan time orang duk busy ada la sorang anak ayam ni nama Haneem duk sibuk whatsapp I olls, dia duk PM bagi gambar baju-baju raya pelik yang dia jumpa dalam Instagram semasa dia duk browsing cari inspirasi nak beli fesyen baju raya macam mana. Bila aku tengok masya allah, ni baju raya ka costume Halloween?


Untuk orang yang gila nak ikut trend fesyen dan make sure dia pakai baju raya yang paling meletops sekali,  tapi sayang depa punya taste fesyen tercipta melalui trend-trend fesyen yang disajikan oleh pengusaha fesyen di Malaysia,  Singapura dan Indonesia ni,  akan ikut sahaja secara memkhinzir buta dan secara tak langsung,  dia terperangkap dalam lokap fashion police.


Tapi itu adalah hak masing-masing.  Artikel ni bukan semata-mata nak fire mana-mana rumah fesyen yang menjual mahupun si pemakai itu sendiri.  Akak tulis ini adalah berdasarkan pemerhatian dan semoga perkongsian ini akan memberikan pandangan yang berbeza kepada pengikut dan penggemar fesyen sekalian.  Tak salah nak ikut trend,  tapi sejauh mana?


Setiap tahun akan ada trend-trend tertentu yang menjadi ikutan. Seperti biasa, orang Malaysia dia akan ikut artis. Dari zaman dulu lagi, apa yang artis pakai, semua ibu ibu dan kakak-kakak berebut nak pakai. Yang nenek-nenek sekarang pun, jangan duk nak mengata sangat wanita zaman kini, you olls pun dulu-dulu apa Saadiah atau Sarimah pakai, kebaya lipat depan, lipat tepi, semua ampa ikut jugak kan?


Baiklah jom tengok apakah trend-trend yang menjadi ikutan 2017!

click read more




Feather
Haaaaa tak pasai-pasai semua orang duk gila pakai feather.  Depa nak bubuh kat tudung,  bubuh kat baju,  bubuh kat area peplum.  Siriesly!!!!!!!  Kalau kat Eropah,  bulu-bulu ni akan keluar time Winter sahaja.  Ni kita yang duk panaih lit lit, duk feeling bulu macam mana pulak?  Aku rasa yang duk start bulu-bulu ni adalah apabila di pakai oleh para retis untuk gaya fesyen mereka di pentas ataupun red carpet,  macam mana boleh masuk ke gaya hari raya ni?

Pastu yang aku duk pelik,  macam mana hangpa gigih nak basuh baju-baju dengan feather tu semua?  Hangpa sanggup pi dry cleaning la?  So for those yang sangkak-sangkak ni,  boleh la pakai baju kurung feather tu dua tiga kali,  baru pi dry cleaning.  Pastu barulah hangpa pi basuh kan?  Aiiyer.

So for me,  big no no of feather.  Unless,  hangpa pakai untuk buat persembahan di atas pentas bersama Hail Amir sambil mendendangkan lagu-lagu raya kepada tetamu.





Luna Maya Exclusive
Tiba-tiba nama Luna Maya yang popular kerana video lucahnya kini menjadi ikutan para hijabis di Malaysia?  WTF.  So lani aku nak tanya,  ampa pakai tudung,  feeling sisters in Islam,  pastu pakai baju kebaya tema Luna Maya Exclusive?  Soalan akak,  so nanti ampa masuk syurga ka neraka?

Ada dua tiga macam fesyen yang diberi nama Luna Maya Exclusive ni.  Tapi semua style kain polos,  peplum macam mana ka,  kain duyung.  Ada sesetengah tu yang ada bulu-bulu sikit.  

Tapi semua pilihan dalam koleksi Luna Mata Exclusive ni aku tengok duk mai pelik-pelik.  Warna pun duk mai pastel semata,  takdak kepelbagaian.  Pastu kot situ peplum.  kot sini duyung,  kot sini rambu ramba....ampa ni sah sah time raya ampa duk nganga pi beraya rumah orang ja.  Takdak nak buat kerja tolong-tolong basuh pinggan apa semua.



Jubah Kemban a.k.a Rope Dress
Kalau dulu,  trend jubah ala ala Arab.  Semua orang duk gila beli aku pun ada dua tiga pasang dalam lemari haram ada yang pakai dua tiga kali sahaja,  sekarang ni duk mai satu trend aku panggil sebagai Jubah Kemban.  Jubah kemban ni dia kira macam jubah,  tapi kalau nak pakai hang kena ikat kot sana,  kot sini,  ala-ala wrap dress + jubah.  Kalau Diane von Furstenberg tengok dia akan menangis!  Menangis,  pastu dia akan baling asid kat ampa semua.  

DVF adalah fashion designer pertama yang memperkenalkan gaya fesyen wrap dress kepada dunia.  Jadi sekarang ni dah ada macam-macam ikutan dan juga olahan yang dibuat.

Pada akak,  konsep ni sangat urban.  Sebab si pemakai akan nampak santai dan cool,  tetapi ada beberapa rules yang perlu dipatuhi.

Pertama,  tak semua bentuk badan sesuai pakai jubah kemban ni.  Sapa yang kuruih kedekiah yang jenis pungkuk pun takdak,  tetek pun harap baju dalam sponge,  yes,  engkau adalah manusia lidi yang paling sesuai memakai jubah kemban.  Ini adalah kerana,  wrapping pada dress ini akan mewujudkan layer pada tubuh badan you olls.  Kalau memang jubah yang u olls beli tu propotion kain dan ikatan dia betul,  secara tak langsung badan you olls yang kurus keding akan tiba-tiba nampak macam body voluptuous secara serta merta.

Kedua,  kepada you olls yang memakai tudung.  Make sure jubah kemban ini mempunyai panjang dan labuh yang mengikut kehendak syariah.  AHAHAHA.  Ada aku pernah jumpa dia feeling pakai jubah kemban,  pastu duk terselak sana sini,  so dia kena pakai inner,  pastu kain dia ikat punya singkat sampai setengah betis.  Apakah?






Peplum
Gaya peplum ni orang tak jemu-jemu lagi nak pakai.  Tapi macam yang i olls duk habaq dari dulu,  kalau nak pakai peplum kena lah sesuai dengan gaya.  Sapa yang badan agam macam akak,  lagilah kalau boleh elakkan memakai peplum yang terlebih alunannya sebab badan kita sudah cukup banyak volume tak perlu kita nak tambah lagi.

Tapi peplum kali ini duk mai lagi agresif!  Akak perasan dalam beberapa koleksi,  ada penjual fesyen yang meletakkan some sort of tetulang pada hujung peplum membuatkan peplum tu macam naik elok macam mana ka.  





Ruffles
Ruffles ni adalah gaya fesyen Beyonce sekitar tahun 2008.  Tapi lani baru kita nak pakai balik.  Kalau kena pada gaya,  ruffles boleh membuatkan sesuatu pakaian itu nampak seksi dan menarik.  Tetapi macam mana bila ruffles cuba dimasukkan dalam gaya baju muslimah memang pelik sebab ampa pi buat design ruffles yang longgar-longgar macammana ka.  Tak ka nampak macam kain langsir duk beralun kat tepi tingkap?  


This is what happen when you trying to immitate Beyonce but you want to remain Muslimah.  Intripitasi ruffles yang akhirnya menjadi macam kain lapik-lapik macam mana ka.


Macam kostume boria pun ada kan?


Peplum + Ruffles
Peplum pun dia nak bubuh ruffles pun dia nak bubuh.  Sapa yang pilih baju ni,  hang baik tak payah beli baju raya,  hang pi beli skirting makcik katering duk pakai bubuh kat meja makan kenduri kawen tu.  


Kebaya Klasik
Trend ni akak suka!  Potongan klasik yang banyak juga dijual.  Basically style ini adalah kebaya labuh yang ada pleated kat depan tu.  Cantik kalau dibuat dari kain warna polos dan dipakai dengan kerongsang besar / dokoh.  Sapa yang nak invest kebaya potongan klasik ni,  akak sokong.


Antara contoh yang baik.

Kesimpulan
At the end of the day,  tolong lah jangan jadi mangsa fesyen.  Punya nak ikut trend,  nak ikut sangat pakai baju jenama mewah yang dijual oleh pereka fesyen terkenal sampai nak layan tetamu di hari raya pun jadi sukar.  Sudahlah hang sendiri terseksa,  kami-kami tetamu yang memerhati pun rasa macam nak pi bakar baju hang kat situ juga.

Selalunya orang-orang macam ni sama ada memang depa dah biasa pakai pakaian mewah,  ataupun depa duk berlumba-lumba nak prove kat adik beradik dan sedara-mara di hari raya yang depa tu kira habih bergaya la dan paling KEYEELLL sekali dalam semua.  Akak kesian tengok orang-orang macam ni,  tapi nak buat macam mana,  at the end of the,  tepuk dada tanya selera.

Ada banyak rumah fesyen yang menampilkan gaya hari raya yang kekal klasik dan mewah!  Go for that,  berapa pun duit hang perabih untuk gaya baju macam tu,  baju tu akan kekal relevan dan cantik sampai bila-bila.

Dikongsikan gambar baju raya tahun lepas.  Feeling buat baju salwa khamees (a.k.a Punjabi suit) menggunakan kain saree yang kawan akak beli from India.  Walaupun akak sangat suka baju ini,  selesa dan senang buat kerja,  tetapi akak dikecam oleh sedara mara dan kawan baik akak sendiri "Ni hari raya ka Deepavali?" Susah betul nak jadi rakyat Malaysia yang sejati macam akak ni.
Tahun ini,  baju kurung biasa sahaja.  Nanti kita posing ya.

5 comments:

  1. i like baju raya kak jumie mcm nie.....

    ReplyDelete
  2. I love this posting. Very true apa you ulas. Baju kurung pesak and kebaya tetap timeless beauty

    ReplyDelete
  3. Hahahhaha..kami berkebaya thun ni...adakah kami anggun sepanjang zaman?

    ReplyDelete
  4. Kurung moden aje sudah.. malas nk in trend sgt.. lg2 kebarong tu..hahaha.. sana sini kebarung.awkwarx kalau berboria pi marhaban.. 😂😂

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...