6.7.17

Baju Raya Artis (Raya 2017)



Hello u olls,

Haaaa...hari raya hari yang mulia penuh beerti sesama kita.  Gitu....hari raya sebulan so posting kenalah bertemakan raya-raya lagi.  Hari ini akak nak share beberapa gambar artist TOPS kat Malaysia ni yang bergaya sakan sempena hari raya.  I know,  tak berapa banyak gambar yang dimuat naik sebab 1) tak semua artist posting gambar raya depa #ootd untuk hari raya.  2)  dan kebanyakan pulak baju raya style boring-boring.  Kebarung or kebaya biasa,  baik aku bukak Facebook and Insta kawan-kawan aku sendiri kan?

So these are some of the artist yang bagi saya meletops sebab walaupun ada setengah tu pelik dan over the top tapi depa tetap feeling kuat untuk bergaya sakan,  pastu dengan keyakinan sendiri depa pakai sesuatu yang memang merupakan ciri-ciri gaya peribadi depa sendiri.

Tapi nak habaq mai,  akak amik gambar-gambar baju depa berdasarkan posting hari raya pertama dan kedua dan seterusnya.  Ada artist yang sampai berpasang-pasang baju,  gila babas betui.  Baju cantik-cantik takpalah depa ni pakai bergaya mai salam-salam dengan orang saja.  Bukan kena buat kerja apa pun.

Okay dah tak mau nak berleter,  jom tengok!



Nora Danish
Malam Raya
Dia pakai dress ikat-ikat macam aku review dalam blogpost aku sebelum ni.  Tapi aku suka versi ni sebab dia pakai kain ada corak,  pastu tak nampak macam tersingkat-singkat yang pelik,  Nora pun nampak macam sangat selesa.  Aku suka!


First Day Raya
Baju raya Nora Danish ni memang mengundang banyak perdebatan sebab first time tengok wrap kebaya yang dipadankan dengan kain jarang macam mana ka.  Yes,  dress kain jarang macam ni memang merupakan trend dress-dress mat salleh semua.  Tapi ini aku rasa for the first time artist Malaysia pakai macam ni untuk hari raya.  Mesti ramai kakak-kakak bertudung yang dengki tak boleh nak ikut trend ni sebab ampa kan dah pakai tudung mana boleh nak pakai kain jarang.
Tak dinyatakan dress ini daripada siapa,  tetapi mesti daripada Owl By Nora Danish Official™ yang merupakan milik Nora Danish sendiri.


Classy in Velvet
Depa anak-anak Dato' Datin semua pakai baju baldu di hari rayaaa boleh lahhhhhhhhhhhhhhhhh pinggan mangkuk semua orang tolong basuh,  ruang tamu seluruh rumah ada aircond sejuk tulang rusuk semua!



Fasha Sandha
Raya Pertama
Memang lani trend pakai baju sedondon dengan anak,  kalau ibu mempunyai anak perempuan la.  Aku suka baju kurung modern dengan kain bercorak warna gelap terang ni.  Sesuai untuk warna kulit Fasha Sandha.


Raya kedua,  dress dari Jelita Gallery
Dress ni cantik tapi macam design ni berlambak kat semua online-online semua.  



Raya keenam by Innai Group.
Baju ni elok siki.  And posing Fasha Sandha pun lebih kerlas.





Siti Sarah Raisuddin
Depa peminat duk komplen kat komen kata baju ni ketat sangat. Kalau tak ketat,  tak cantiklah.  Dress ni memang style dia macam ni.  Tu semua peminat-peminat yang takdak life hidup nak nasihat dan betulkan hidup artist.  




Yuna
Tak taulah Yuna pakai dress sapa buat ni tapi ini memang signature style dia lah.  Tapi tudung tu dalam pose dan gambar ni nampak kerlas,  tapi kalau depan depan mesti sememeh pakai tudung macam ni.



Vivy Yusof
Ini bukan signature look Vivy.  Dia suka pakai baju besar-besar longgar,  corak polos,  takdak line-line sangat.  Tapi tak tau pasaipa dia pakai dress ini.  Tapi dress ni cantiklah,  simple and cantik. Nothing to carut.



Vivy Yusof in aere by Raja Nadia Sabina
Haaaaa yang macam ni baru style Vivy.


Vivy Yusof in Mimpi Kita
Nothing to carut.  Next.



Vivy Yusof in aere by Raja Nadia Sabina
Ini pun signature style dia jugak.  Tapi aku suka ni lagi daripada yang biru dia pakai kat atas tu sbab ni takdak ropol ropol semua.



Vivy Yusof in Khoon Hooi Official baju kurung and tudung by (of courselah kan...) duCk
Macam pelik tengok dia pakai baju ada corak.  Klasik baju kurung yang tak bolehhhhhhhhhhhhh untuk aku kata tak cantik.  Memang cantik,  nampak klas,  nampak kemas dan nampak mahal.



Vivy Yusof in aere by Raja Nadia Sabina
Nak carut apa nya kan?



Aamyra Rosli
Jubah yang sopan dan selesa untuk wanita mengandung.  Manik-manik di dada buat pemanis.




Scha Alyahya
Baju sponsor Jakel ni memang cantik.  Warna warna pastel dan lembut memang kegemaran makcik ini.



Tak tau dress ini dari sapa.  Dia tak habaq.  Tapi santai dan cozy.



Padanan yang sangat comel.  Suka corak kain ini,  putih,  ada nampak macam daun daun pokok.  Potongan dress ni memang trending kat Hollywood red carpet tau.  Pandai Scha Alyahya sebab tak ikut trend kat sini yang duk masih lagi sibuk pakai ketat-ketat,  peplum apa semua.



Rozita Che Wan
Raya pertama in Minaz
Taksahlah ulasan ini tanpa meletakkan gambar baju raya yang digayakan oleh Che Ta.  Semua busana yang dikenakan adalah mengekalkan gaya peribadi Che Wan,  meriah,  meletops,  very the mewah with all the details from jenis kain,  corak dan bentuk.



2nd day Raya in Rizman Ruzaimi
Finally featherrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!



3rd Day Raya in Teh Songket
Comel Che Ta pakai baju kurung lagu ni.




Zizie Ezette
Kerlasss kot tengah ada X macam mana ka.




Nur Fazura

Deni feeling.

Fazura tak habaq dia pakai baju sapa tapi confirm dia pakai baju daripada company fesyen dia sendiri iaitu House of Doll.




Neelofa
Ini gambar baju raya dia post pastu dia penuh dengan gambar dia pi holiday.



Azrinaz Mazhar 
Azrinaz Mazhar in Rizalman couture
Nenjiaa tengah tengah padi dia pakai couture....nahariam la deni membuat.



Baju kurung modern ketat tetek yang nampak lebih santai.


Azrinaz Mazhar in Rizalman
Sangat suka baju kurung ni!!!!!!!!!!!! Pasaipa baju kurung cekak musang macam ni tak popular balik?




Alyah
Datin Alyah in Eighty One
Inilah antara baju raya hari pertama yang paling lojik di pakai oleh artist sebab memang macam duduk-duduk rumah duk kena buat kerja semua.




Datin Alyah in SHAWLPUBLIK
Tudung tu tak sesuai dengan dress ni.  Tak nampak corak dress ni.




Datin Alyah in Eighty One
Kerlassssss.......




Datin Alyah in SHAWLPUBLIK
Yang ni pun cantek juga.



Datin Alyah in @lisaadamofficial
Dia nampak kurus dengan baju kurung ni.  Tapi corak kain ni macam orang selalu pakai untuk buat sofa/langsir. Kan?


Zila Bakarin
Paling gempak!  Zila Bakarin the whole family pakai baju melayu.  Siriesly aku suka trend ini.  Pada sesiapa yang tak pernah pakai baju melayu,  its actually very selesa ya.  Aku dulu masa sekolah suka pakai baju melayu abang aku punya.  Aku suka sebab ada poket.



Dato' Siti Nurhaliza


Tak dinyakan baju kurung Dato Siti daripada siapa tetapi tudung by Ariani.  Sebab dia kan duta Ariani lani.  Tapi baju Dato Siti biasalah la.  Dia punya favorite style yang dia selalu pakai semua.  Takdak menarik sangat.  Macam mak-mak datin kaya.




Nabila Huda

Actually ini bukan baju raya dia.  Tapi dia post untuk hari raya pertama.  Baju ni maybe untuk photo shoot filem apa-apa ka.



Kerlasssss pompuan ni memang stylo.  Deni pakai apa pun,  kat dia aku rasa nampak elok dan mahal.  Adakah kerana badan dia?  Ataupun sebab deni confident.



Keisha Laila kimono by Tym Fatimah
Comei anak dia pun pandai bergaya.

Kimono by Tym Fatimah
Satu gang rupanya!



Tak tau sapa yang buat kebaya wrap ni. Tapi cantik,  biasalah.





Princess Ezurin
Kerlasss mak ayam ni pakai sareeee dress for raya!!!!


Meletops dia posing raya dengan anak-anak dia semua. Anak dia 8 orang ka 6 orang aku tak tau.  Memang meletops la deni!



Haaaaaa nasib baik depa ni raya kat Notting Hill,  kalau depa balik mai beraya kat Kokdiang macam ni mampuih Tok Wan semua nanti teruih bangun jalan laju pi amik ayaq semayang mintak ampun kat tuhan sebab awat cucu cucu aku pakai baju Mc Donald time nak raya.


Okay dah share semua gambar baju raya sekadar hiburan sahaja.  Semua gambar adalah hak milik artist tu akak copy paste daripada Instagram depa semua.  Bye bye.  Selamat hari raya.

2 comments:

  1. Hahahah..princess ezurin tu sapa..kami xreti...mai dr kodiang ni biasa la tak kenai sgt..tp kami mmg kenan ngn nabila tu...dia tu pkai apa pun lawa

    ReplyDelete
  2. sama seperti komen alia farhan said!

    nak tengok baju raya jumie jugak! =D

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...