Featured Post

#PrayforPenang

6.7.17

Cara-Cara Nak Pakai Mascara Dengan Betul




Hello u olls,


Hari ini akak nak share tips macam mana nak pakai mascara dengan betul.  Kaedahnya adalah sangat mudah tetapi memerlukan praktis yang berterusan barulah hangpa boleh mencapai tahap expert dan bila dah sampai tahap expert secara tak langsung,  bulu mata ampa yang 'hidup segan mati tak mahu' terus boleh nampak macam bulu mata Che Ta.  Dan tahukah anda?  Hanya dengan cara pemakaian mascara yang betul,  bulu mata akan nampak tebal dan panjang tampa pakai bulu mata pelasu apatah lagi extension false eye lash.


So hari ini akak nak share dengan you olls cara-cara dan tips nak pakai mascara dengan betul supaya bulu mata nampak lebat dan panjang.  Pasaipa akak semangat sangat nak story mascara ni?  Sebabnya baru-baru ini setelah sekian lama,  akak telah berkenalan dengan satu mascara yang betul-betul bagi akak syiok!  Yaitu,  Diameida Fabulous Mascara by Diameida Malaysia.

Mascara ni best sebab applicator dia jenis sikat!  Senang bagi bulu mata melentik!  Pastu senang nak basuh jugak!  Dah-dah jom kita baca tips dan cara-cara nak pakai bulu mata dengan elok.

click read more








Tips Nak Pakai Mascara

1.  Jenis Berus
Ada macam-macam jenis mascara dengan pelbagai jenis berus ataupun applicator.  Ada yang fiber,  ada yang jenis beruih-beruih bergulung yang kita standard duk tengok tu,  ada juga aplicator siap ada vibrator untuk bantu application lebih rata.  Tapi for me,  lagi kecik beruih tu lagi bagus.  Sebab applicator yang kecik menyenangkan proses kita menyapu mascara ke setiap bulu-bulu mata kita atas dan bawah.  Akak sangat suka berus jenis macam sikat tu.  Sama macam applicator Diameida Fabulous Mascara!  Sebab jenis yang sikat ni,  dia macam sikat la!  Sikat atas bawah, boleh kena all bulus dan juga menjimatkan penggunaa krim mascara tu.



Ini adalah close up gambar applicator Diameida Fabulous Mascara.


2.  Cahaya dan Cermin
Adalah amat penting untuk pakai mascara di tempat yang mempunyai pencahayaan yang terang dan cermin yang clear supaya u olls boleh tengok setiap bulu mata yang ada kat kelopak mata hangpa tu.
Cermin tu kecik ka besaq ka tak kisah....janji kena ada cermin.  Memakai mascara tanpa cermin adalah seperti memakai kasut dengan menutup mata,  hang tau lah kat mana,  tapi takut nanti pakai kasut terbalik kiri kanan.


MUA Live Video Nur Lianna pun nenjia duk pakai cermin to make sure dia betui betui nampak masa nak apply mascara kat bulu mata dia.

3.  Mengecat Tiang
Sapulah mascara menggunakan aplicator sebagaimana kita nak cat tiang.  Pasaipa aku kata macam nak cat tiang?  Sebab kalau kita nak cat tiang,  mesti kita nak sapu sampai rata semua bahagian kena pada permukaan tiang kan?  Dari bawah,  hingga atas dan keliling permukaan tiang tu.  Samalah dengan cara pemakaian mascara.  Kita kena make sure mascara itu disapu ke seluruhan bahagian bulu mata.

Ada orang yang pakai mascara blah hujung bulu mata ja,  siap boleh nampak kot kalau cakap dekat-dekat dengan dia,  mascara dia disapu setengah tiang sahaja.

Bayangkan setiap helai bulu mata kita yang halus ini ini adalah sebuah tiang.  So kita kena cat kat keliling permukaan tiang dan juga dari hujung sampai pangkal.  Tapi macam mana nak buat?  Nanti baca kat bawah!

Sajalaaa buh gambar ni sekadar hiasan.  HAHAHA


4.  Double Triple Coating
Kan akak kata,  taukah anda dengan cara pemakaian mascara yang betul,  kita tak perlu nak pakai bulu mata pelasu?  So macam mana cara dia?  Pakailah dua tiga coating!  Lepas coating pertama dah kering elok,  haaaa sapu lagi sekali.  Kalau sapuan kedua pun dah kering...bubuh laaaa kali ketiga!



5.  Practice Makes Perfect
Takdak sapa kat dunia ni dia terror pakai mascara dalam masa sehari.  Aku pun jadi terror sebab seingat-ingat aku duk gila pakai make up sejak umur 16 tahun!  So berapa tahun punya praktis dah tu.  Tangan kena steady,  tak perlu tergopoh gapah,  its okay kalau ada comot untuk kali pertama (make sure ada cotton buds berdekatan so boleh lap smudge),  try try try nanti lama-lama pandai lah.




Cara-Cara Nak Pakai Mascara Dengan Betul

Langkah 1:  Make sure bulu mata sudah bersih.  Maknanya bekas make up dan mascara yang dipakai semalam semuanya dah dibasuh dengan elok.  Kalau bulu mata tak berapa nak bersih lagi,  confirm hangpa pakai mascara lepas tu tak akan cantik.

Okay!  Ini adalah gambar aku dengan bulu mata yang tak berapa nak ada tu.  Tengoklah!!!!

Langkah 2:  Buka mata dan mulakan sapuan ke bulu mata bahagian kelopak mata dari bawah ke atas.  Make sure start dari pangkal bulu mata.  Gerak-gerak sikit applicator dulu di pangkat bulu mata supaya setiap bulu mata kita yang halus masuk ke jejari applicator.  Repeat step ini dua-tiga kali dan pastikan kita buat dari hujung dalam kelopak mata sampai hujung sana.

Proses memakai mascara di bulu mata kat kelopak atas.

Langkah 3:  Buku mata dan tengok ke bawah (anak mata tengok ke arah bawah),  cara ini akan memberi banyak ruang kepada applicator untuk sapu mascara pada kelopak mata dari bahagian atas ke bawah.  Langkah ini adalah untuk memastikan cream mascara yang menebalkan bulu mata kita tersapu di bahagian bawah bulu mata tu.

Yang ni kira bubuh bahagian atas pulak.



Langkah 4:  Ulang langkah 2! Haaaa ini adalah penting sebab bila kita dah buat langkah 3,  bulu mata kita akan jatuh ke bawah sikit.  So kita kena la bok naik balik bulu mata tu.

Tarik balik naik atas!


Langkah 5:  Okay now nak kena bubuh mascara kat bulu-bulu di bawah mata.  Bulu mata kat area sini adalah halus selalunya kecuali hangpa yang dikurniakan genetic jackpot di mata bulu mata ampa panjang bak unta padang pasiaq.  Cara untuk bubuh mascara di bulu bawah mata adalah dengan menyengetkan applicator.  Layangkan perlahan-lahan applicator dari kiri dan ke kanan (perlahannnnnnnn lahannnnnnnnnnnnnnnnnn...jangan gopoh sebab kat area ni la selalu akan smudge) sampai semua bulu mata hangpa akan kena.

Gosok-gosok perlahan kiri ke kanan ya semua. Punya duk posting tengok ataih sampai urat mata semua keluaq.  Haram.


Langkah 6:  Ulanglah langkah 2-5 beberapa kali untuk double atau triple coating!

Sorry ada comot sikit.  Aku takdak cotton bud,  ni gambar shot masa pagi-pagi before start kerja kat office.  Aku make up kat office.  Ini adalah 1 coating ya puan puan sekalian.


Diameida Fabulous Mascara
Haaa cara-cara kat atas ni takkan menjadi jugak kalau tak pakai produk mascara yang bagus.  Aku macam-macam jenama mascara kat luar sana,  jenama mahal,  jenama murah,  berjenama,  jenama pasar malam.....tapi tak semuanya betui-betui bagus dan berbaloi untuk duit.  So akak memang nak rekemen ampa semua pakai Diameida Fabulous Mascara.  Sebab memang mascara ni bagus,  dah ramai MUA dah jatuh hati dengan produk ni.



Kelebihan
 Rekaan berus jenis sikat Diameida Fabulous Mascara amat sesuai untuk sapuan bulu mata atas dan bawah, hitam dan tebal tak perlu sapuan berulang-ulang! Boleh dipakai sahaja atau bersama-sama fake eye lashes ataupun extension eyelashes.

 Mengandungi pati rose dan jojoba oil yang terbukti dapat melebatkan dan memanjangkan bulu mata, menguatkan akar bulu mata dan sekaligus dapat mencegah bulu mata dari luruh.

 Smudge proof!! Tetapi senang dibasuh. Tahan sepanjang hari!

 Cream yang pekat membuatkan bulu mata tampak lebih jelas, panjang, tebal dan yang penting sangat lentik.

  Pemakaian satu stick Diameida Fabulous Mascara boleh tahan sampai 3 bulan!


Ingredient
Antara kandungan terbaik Diameida Fabulous Mascara adalah seperti berikut:

 Ekstrak Rose: Memelihara, melentikkan, melebatkan, memanjangkan dan mengukuhkan bulu mata bermula dari akar hingga ke hujungnya.

 Jojoba: Menjaga agar bulu mata tidak terlalu kering akibat pemakaian maskara.

 Vitamin E: Menambah nutrisi pada bulu mata.

 Beeswax: Lilin semulajadi yang dihasilkan dalam sarang lebah, mengandungi vitamin A dan antibakteria

 Carnauba: Juga lilin dari pokok kelapa sawit di Brazil yang mampu memelihara kelembapan dan kehalusan bulu mata.

Cara Nak Beli
Untuk order hangpa boleh call/Whatsapp founder Diameida Fabulous Mascara iaitu Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090 tapi nak habaq siap -siap kat hangpa!

Agen Diperlukan
Produk ni baru sahaja di-launch baru baru ni.  Oleh itu,  masih tak ramai agen yang menjual Diameida Fabulous Mascara!  Kalau hangpa berminat nak jadi agen di negeri / daerah masing-masing,  sila PM Founder Diameida,  Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090!

Harga
RM60 (postage included)

Contact Info
Whatsapp/Call: 60124180090
Facebook: www.facebook.com/DiameidaHQ

1 comment:

  1. Ni mcm hag maybelline cat eyes ka apa ka desogn brush dia..mmg elok

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...