24.7.17

Catatan Kembara Ridhwan Shariff ke Iran & Azerbaijan (Part II)

Hari ke-enam – Astara Azerbaijan ke Tehran
Dalam train aku berkenalan dengan sorang laki dalam lingkungan umur 40an bersama anak perempuan dia. Laki ni ajak aku pi rumah dia dulu sebelum kami sama-sama masok Iran petangnya, show dia di Iran.

Dari kiri : Yashar, anak perempuan dia, jiran depa yang kebetulan satu train. Ni kami share teksi untuk balik rumah.

Gulai kambing, sedap betoi. Depa kat sini style cicah roti dengan kuah ja. Nasik ada tapi jarang. Bini dia tak bagi boh picture. Jadi aku hormati.

Nama benda ni aku lupa, tapi macam Baklava lah. Ada banyak lapisan, setiap lapisan depa tabok dengan kelapa dan madu. Makan ni dengan teh o panaih tanpa gula.


click read more



Hari ketujuh – Tehran
Hostel yang aku stay kat Tehran ni untuk orang local sahaja iaitu student dengan pekerja. Aku terlepaih masok sebab kawan Iran aku rekemen kat kawan dia. RM40 satu malam berbanding RM80 di hostel biasa untuk pelancong. Jimat!

Aku lepak pulak dengan budak budak Iran melalui Couchsurfing jugak. Depa ni sangat up to date dan open minded. Kalau hangpa nak taw, kat Iran ni pun, terutamanya negeri Tehran ni, masalah social sama sahaja contohnya minum alcohol (ada secara delivery ja, sebab kat public tak ada juai), couple dok merendek, perempuan dok isap rokok, LGBT. Hahaha. Betoi taw!

Yang aku perasan kat sini, tak kira laki atau perempuan semua ellooooooqqqq-ellooooqqq. Memang bangsa Parsi baka bagoih.

Azadi Tower – Lambang mercu Tehran.

Ni kawan aku punya kawan. Bagoih depa walaupun busy still ada masa jumpa aku. Yang penting, dia belanja makan. Ya Allah, sedap. Hangpa layan gambak makanan kat bawah ni.

Ayam bakaq. Sedap nak mampoih.


Ayam marah merah. Masa makan ni aku teringat kat Nizal, tauke kedai A Gaffor kat Sungai Pinang tu.

Ni semua makanan depa order kat aku. Hat kuning tu nasik. Aku tak minat nasik tu sebab aku tekak nasik puteh, kicap ngan telok goreng.

Teh o panas tanpa gula. So depa akan sediakan cube gula ataupun gula lidi macam ni, hangpa kena kacau pelan-pelan, nanti maneh la teh tu. Hahaha.. pasaipa kena buat banyak kerja untuk minum teh ? hahaha.


Ni nasik arab. Harga dalam RM7. Depa biasa tak boh garam bila masak, garam depa boh sachet, so hangpa taboq lah sendiri. Ayat yang sama sekali lagi, pasaipa macam banyak kerja bila nak makan.

Ni Tehran Railway Station, sangat lah systematic. Aku beli tiket dari Tehran ke Isfahan kat sini lah.



Hari kelapan – Melepak di Hostel

Hari ni aku tak rushing sangat, melepak dengan budak-budak hostel. Kami bersembang sampai terlena, bangun makan pastu lena balik. Malam aku naik train ke Isfahan (RM50 dalam 8 jam perjalanan).

Dibina pada 1524 hingga 1576 dan paling terakhir diubahsuai pada 1856 oleh Haji Abo l Hassan Mimar Navai.

Ni pulak picture kat Golestan Palace. Takdak pulak picture yang aku amik dari jauh. Besaq jugak palace ni. Tapi mahai nak masuk, almost RM100 untuk semua sekali, yang free cuma di kawasan taman sahaja. Gambak ni aku rasa macam kawan aku Arafat yang suka pi kenduri pakai baju kebangsaan.

Depa main trompet beramai-ramai. Lagu Despacito.

Aku suka amik pic close up, kalau hangpa tak suka sila tekan skip.

Ni lah budak hostel aku. Bagoih lah depa ni. Serius rindu kat depa. Kami hanya makan, gelak, lena.



Hari kesembilan – Isfahan
Isfahan – Half of the world (pepatah depa lah, punya nak bagi orang pi kan..tapi sumpah memang betoi cantek). Aku direct ke Naghsh-e Jahan Square. Besaq kawasan ni, ya ampun nak berjalan dan dikelilingi oleh The Imperial Bazaar. Selain Naghsh-e Jahan Square, ada jugak Maidan-The Royal Square, Masjed- e Shah, The Lotfollah Mosque, Ali Qapu Palace.

Dulu Isfahan nilah digelar ibu kota Iran, sebelum bertukar ke Tehran. Dengan hangatnya dan tak mandinya, maka aku demam dan terpaksa lena tepi-tepi bangunan sini. Tapi sumpah, memang lawa architecture depa. Merembes tengok.



Ni jumpa kat Shah Mosque. Suruh aku amik picture pakai fon aku, pastu suruh aku send balik. Kejadah apa aku pun tak taw.


Tengoklah building depa. Tapi masa ni aku dah kurang ambik gambaq sebab dah tak larat, demam kan. Masa ni aku teringin nak makan nasik kandaq lepaih tu dok depan TV kat rumah sambil pakai boxer dengn singlet, nak tidok ja dari pagi sampai petang.


Ni gambar dari Google picture. Dapat bayangkan tak betapa besarnya kawasan ni. Ni baru satu, ada lagi beberapa masjid serta bazaar dalam kawasan ni.


Isfahan City Centre
Shopping mall terbesaq di Iran, biasalah..tempat orang kaya. Banyak barang branded. Kat sini dapat la tengok spesis Arab-Arab yang kaya duit melimpah ruah macam ayaq terjun. Selain kedai-kedai pakaian, ada jugak food court dan muzium.

Lama jugak aku buang masa kat sini sementara nak patah balik ke Tehran malamnya. Sebab aku tak mau stay 1 malam di Isfahan ialah, kat sini macam cekik darah terutamanya teksi. Ditambah pulak aku demam, lagi la tak dak mood nak berjalan. Lemau ja macam agar-agar masam. Jadi aku lena dalam mall. What a shame!

Kalau hangpa nak taw, aku ni spesis senang lena. Kelopak mata kalau tak bukak balik selepas 7 saat aku kedipkan mata bermaksud memang aku lena teroih, kadang tu siap boleh mimpi. Mengantok atau tak tu soal kedua. Senang kan?

Terpaksa jalan kaki dari Isfahan City Centre ke Railway Station. Ada dalam 4km. Serius panaih dengan kereta pon tak lalu jalan ni, nak tumpang pon tak boleh.


Jalan kaki punya jauh dari Isfahan City Centre ke Isfahan Railway Station


Hari kesepuluh – Tehran
Awai pagi sampai di train station, tapi Metro hanya dibuka jam 6 pagi ya, maka sila merempat.

Aku sengaja tak habaq kat Navid dan kawan-kawan dia yang aku sampai hostel pagi ni. Sekali tadaaa, punyalah depa terkejut. Tapi depa lagi terkejut tengok aku yang dok sakit. Hidung dengan berdarah pastu tekak memang sakit, nak telan ayaq liyok pon susah.

Depa ni la tolong aku pi cari ubat, bancoh ayaq, masak bagi makan lagi, tolong buat delivery makanan. Sampaikan aku rasa nak mintak tolong depa jiruskan aku mandi sekali, punyalah manja kan? Biaq pi lah sesekali nak bermanja dengan puak Syiah. Hahaha


Tukang masak nama Omid, abang kepada Navid. Ni cendawan, campok telok. Makan ni cicah dengan roti. Hat ni aku suka, sedap.


Ni lah Omid. Yang aku ingat pasai deni ialah dia rabun warna. Hahaha.

Ramai pulak mai dapoq time ni, maka bersembanglah kami sambil mengunyah makanan.



Hari kesebelas – Tehran ke Kuala Lumpur
Hari last. Sedih nak tinggaikan depa. Ada ka depa suh aku delay balik Malaysia, kalaulah aku kerja company bapak aku, memang aku balik hujung bulan teroih.

Aku saja lah pibazaar hari last ni nak ushar apa yang patot. Banyak barang macam karpet, bauh, kacang, perfume ja. Lagi pun aku hanya bawak hand luggage 7kg ja boleh, apa nak beli kan. Beg aku bawak ni besaq sikit ja dari beg sekolah budak sekolah rendah. Hahaha


Benda ni rasa masam, masin dengan manis sikit. Susah nak explain aihh. Tapi depa akan taboq benda ni ataih nasik Arab tu. Aku tak minat. Lol


Buah paling aku suka, peach… sedap baq hang. Merembes segala air kalau makan ni. Buah ceri pulak rasa tak sama macam kat Malaysia, sini punya maneh macam mana ka.


Info tambahan

Safety
Iran dan Azerbaijan sangatlah selamat untuk travel. Apa yang kita baca kat media tu semua hanyalah propaganda sahaja. Dan masyarakat depa sangat suka kat traveller, tambah-tambah dari Malaysia. Kalau malam nak berjalan pun okay ja. No big deal ! Tapi still kena hati hati la kan.


Makanan
Jangan khuatir ya, kat dua dua Negara ni semua makanan halal, tak payah takot kot kot termakan pork atau daging anjing. Baca Bismillah ja teroih boleh makan.


Public transport
Ya Allah, sangatlah mudah nak bergerak. Tak kira Metro, teksi, bas atau train. Cakap ja nak pi mana


Toilet
Sini banyak toilet cangkong. Hat sapa yang gemuk tu, kena pi lah tahan sat kaki hangpa tu. Hahaha. Dan semua ada paip ya, tak payah bawak tisu semua.


Adab pakaian
Bagi perempuan kena pakai scarf ya, walaupun rambut terjurai-jurai..Tak pa, janji ada (Bukan Islam pun wajib). Pilot pon akan remind kat semua orang sebelum flight landing. Dan untuk laki, NO seluaq pendek di tempat awam.


Solat
Depa sebenaqnya tak kesah apa agama hangpa. Sunni ka, Syiah ka, Kristian ka.. who cares. Solat ja kat masjid tu. Kalau agak musykil sikit, hangpa solat lah sendiri. Kalau nak buat Thaipusam kat sana pun depa tak heran aihh, cuma nanti depa tengok pelik ja la kot. Hahaha


Perbelanjaan
Secara keseluruhan aku telah habis dalam RM850 untuk ground sahaja, dan untuk tiket flight RM540 (return), so big total ialah RM1390. Pasai tiket flight pulak, aku beli dari kawan aku iaitu penjual tiket AirAsia. Depa akan juai dengan menggunakan point depa. Hangpa boleh check facebook Imran Idris.


Akhir kata, aku menyeru sapa yang single terutamanya tu, melaburlah sikit untuk travel. Travel ni akan penuhkan jiwa hangpa. Success is a journey, not a destination. Dari hangpa dok perebeh duit pi kedai hipster minum kopi RM15, why not kumpul duit tu. Aku dah lama stop pi kedai hipster dan berlagak macam orang kaya di Facebook dan Insta.


Sometimes it’s the journey that teaches you a lot about your destination.


Ini lah route yang aku buat, perancangan awai nak masok Iraq dari Iran, tapi last minit tukaq plan sebab kawan aku kat Iraq cakap situation kat border selalu tegang. Maybe one day, aku nak try jugak.




Disclaimer : Penulisan ini termasuk caption gambar sepenuhnya oleh Ridhwan Shariff yang mengembara ke Iran dan Azerbaijan pada Julai 2017 (semasa cuti panjang sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri). Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

Jangan ketinggalan untuk membaca Part I di sini: Catatan Kembara Ridhwan Shariff ke Iran & Azerbaijan (Part I)


Antara catatan lain oleh Ridhwan Shariff :

2 comments:

  1. thank you sharing. walaupun tak dpat jejak kaki kat sana, at least ada knowledge pasal tempat tu.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...