24.7.17

Catatan Kembara Ridhwan Shariff ke Iran & Azerbaijan (Part I)


Kalau tak salah ini adalah tahun kedua anak ayam aku sorang ni nama Ridhwan Shariff berhari raya di perantauan.  Dia memang seorang pengembara bagpack,  bukan jenis Melayu-Melayu yang feeling pakai bagpack tapi travel still macam pelancong biasa (tak mau tidur kat dorm yang campur dengan orang bukan Islam pun,  nak sembahyang pun kena make sure betul-betul ada surau proper,),  deni adalah hardcore bag packers.  

Aku bara budak-budak baru nak up,  duk feeling travel pi Turki la,  Jepun la,  Korea la (negara-ngera cliche),  just because hang travel pakai Deuters (jenama bag pack terkemuka),  teruih hang nak claim diri hang sebagai bagpackers.  Padahal,  nak tidur motel jenis dorm campur dengan pengembara lain yang bukan Islam pun hang tak mau.  Memilih bukan main macam mana tak tau.  

Okay dah tak mau mencarut lagi.  So nak habaq mai,  kali ini Ridhwan Shariff pi beraya kat mana pulak?  Bila dia habaq kat aku yang dia akan beraya di Iran dan Azerbaijan aku terus maki dia dalam Whatsapp,  "Awat hang dah habih pikiaq ka?  Satgi pi sana hang kena bomb semua macam mana?" Tapi adakah dia kena bomb di negara yang selama ni kita semua duk takut sebab perang sesama saudara Islam iaitu Syiah-Sunni?

Dahla jom kita baca catatan beliau,  ada part I dan part II.  

click read more




Hai semua. Kali ni nak story pasai trip aku ke negara Iran dan Azerbaijan pada hari raya yang lepas. Jadi kalau hangpa ada berniat nak pi sana, boleh gunakan perkongsian ini sebagai panduan. Untuk memudahkan pemahaman, aku ceritakan mengikut turutan hari perjalanan aku di dua negara itu lebih kurang 11 sehari. Aku buat secara ringkas sajalah, sebab ni bukan blog aku ya, kita tumpang ja Jumie yang sedia popular ni (MUSIBAT……haa yang dalam kurungan ni tuan punya blog yang tambah). Ok jom menggembara.


Visa
Berikut adalah butiran ringkas tentang persiapan visa ke dua negara ini.
  • Iran = Free visa untuk 15 hari untuk warganegara Malaysia
  • Iran travel Insurance (beli masa kat airport) = 16USD 
  • Azerbaijan = 24USD – single entry (buat online, then print), valid untuk 30 hari 

Matawang
RM1 = 4.29 USD
RM1 = 2.5 Manat (matawang Azerbaijan)
RM1 = 7590 Rial (matawang Iran)
  • Contoh: Kalau beli barang harga 300,000 rial, juga akan disebut 30,000 toman, kena tambah extra “0” sendiri ya. Konpius kan?

Metro
(Tak kisah berapa kali nak tukar line atau jauh mana pun stesen)
Iran 8000 Rial sekali naik
Azerbaijan 0.20 Manat sekali naik


Bahasa
Iran = Persian, English sebagai bahasa kedua
Azerbaijan = Azerbaijani, Russian dan English sebagai bahasa kedua


Hari pertama - Kuala Lumpur ke Tehran
Aku amik tiket flight AirAsia KL–Tehran– KL. Depa dah ada direct flight ya, tak payah nak transit dah. Flight ke Tehran malam, selama 8 jam, dan Iran time depa lebih lewat 3 jam dari Malaysia. Jadi aku berlepas dari KLIA jam 7.00 malam (waktu tempatan) akhirnya tiba di Tehran lebih kurang jam 1:00 pagi waktu Iran.

Bawak USD ya, tukaq kat airport. Rate boleh la tahan (no choice), sebab dekat town aku tak jumpa pengurup wang. Simcard pon beli kat airport, paling murah 5USD untuk 1.5GB

Set burger di Imam Kohmeni Airport. Mahai! Dekat-dekat RM30. Tapi disebabkan untuk bersahur, aku makan ja.



Hari kedua – Tehran ke Astara Iran
Aku naik Metro/LRT (lagi senang beli kad Metro tapi orang kaunter tu tak bagi, so kena la guna cash tiap kali nk naik). Turun di stesen Azadi untuk beli tiket bas di Tehran Southern Bus Station (Terminal-e-jonoob), bas dari Tehran ke Astara Iran. Astara ialah bandar yang bersempadan dengan Azerbaijan. Dan jangan konfius ya, Astara pulak ada dua, iaitu di sebelah Iran dan satu lagi di sebelah Azerbaijan. Ibu negara Azerbaijan ialah Baku, manakala Iran pulak Tehran.

Shahed Station. Station Metro paling hampir dengan Imam Kohmeni Airport. Station Metro dalam airport tengah dalam pembinaan.


Landasan Metro depa. Maju ya sana.

Dalam bas aku dapat kawan, Simo dari Finland. Kami sampai di border jam 6:30pm (8 jam perjalanan, harga 300,000 Rial), malangnya dah tak boleh masuk sebab depa kata dah katop. Terpaksa kami amik hotel. 10USD sorang. 

Masa ni kami kena kencing dengan pekerja hotel, dia amik duit kami dalam RM4 macam tu sebab kata nak bagi makanan. Last last dia tipu, babi betoi.

Pemandangan sepanjang perjalanan.

Bukit depa tak macam kita, sana berpasiaq dan berbatu ja.

Bas elok, ada movie semua. Tapi bahasa Parsi.


Bersama Simo dari Finland dan maskot apa ka.


Macam sandwich. Takdak daging ya, tapi depa mesin kacang parpu kaler kuning tu, campok dengan tepung dan rempah sikit, pastu goring bulat-bulat. Sedap gak.

Hotel Farin Poor

Pekan Astara ni best bagi aku sebab tak ramai tourist, dan tak maju sangat. Relax jer, hotel kami pun dekat laut. Sejuk jaaa… And ramai orang tepi pantai time malam yang melepak. Macam pesta kat sini malam-malam.

Sepanjang persisiran pantai Astara.

Ni bukan peti pos surat tapi tabung untuk menderma. Memang banyak ada kat tepi-tepi jalan kat Iran ni.


Hari ketiga – Astara Iran ke Astara Azerbaijan
Kami jalan kaki pi border dari hotel. Dari Astara Azerbaijan ke Baku kami naik bas ja. Simo ni boleh cakap 5 bahasa termasuk Russian, maka senanglah aku bergerak dengan dia. 

Pemandangan waktu pagi di Pantai Astara.

Masa keluaq dari imigresen ni, gila ramai mai serang kami tanya nak tukaq duit, teksi dan hotel. Aku diam ja sebab Simo setel semua. Bahagia sat hidop aku time ni, rasa macam travel orang-orang kaya yang ada body guard dok buat kerja. Kalaulah aku sorang masa tu, konfem depa akan rogol aku dari pagi sampai pagi besoknya. Loboih habeh.


Besaq pishang depaaa, takot tengok.


Laluan di immigresen, rasa macam keluaq penjara.


Bas ke Baku (6 manat, 8 jam perjalanan). Aku bergambar dengan geng pekerja bas, depa seronok sebab first time jumpa orang Malaysia.

Teh depa tak boh gula. So hang amik gula batu tu, boh kat gusi, pastu minum pelan-pelan.



Makan dalam.  Masa dalam bas dari sempadan Iran nak ke town Azerbaijan hari tu, aku dok baca novel sebab bosan. Mamat ni pun mai dok sebelah aku.  Yaver nama dia. Dia bagi Al Quran suruh baca (naseb baik lancar yaa). Dia pun terkejut aku boleh baca, aku lagi lah terkejut aku boleh baca 😂. Dia teroih bagi hadiah Al Quran ni (kira macam Iqra' kita la), dia kata.. Baca Al Quran lagi bagoih dari novel. 😂 Naseb aku tak terbakaq dalam bas tu 😂 Bagoih deni, sampai lani dok mesej aku lagi.


Sampai Baku aku naik Metro (LRT) pi rumah kawan aku, Elnur. Nama stesen Qara Qarayev (diambil sempena nama composer terkenal di Azerbaijan dulu). Elnur ni orang Azerbaijan, masa Januari hari tu dia mai rumah aku, so kali ni kau pi rumah dia pulak. 

Metro line Baku.

Malangnya dia pi Georgia sebab ada kerja, jadi aku dok sorang malam tu. Simo pulak stay di hostel (harga biasa dalam 15USD semalam).

Girlfriend Elnur ni nama Rafiga, dia bawak aku berjalan kat town Baku (station Metro Sahil). Memang best kat sini. Kebetulan pulak ada Formula1 racing, ramailah orang dari pelbagai negara. Formula1 kat sini depa race dalam town ya, lalu kot rumah orang semua. Sempoi! Kiranya tak macam kat Sepang lah. Memang syok cuci mata. Bangunan kat sini aku rasa macam kat Italy, walaupun tak pernah sampai Italy, aku agak ja lah.

Bersama Rafiga.

Di pekan Baku.

Roti ni sedap, selalu depa cicah dengan apa-apa atau makan saja.


Full set of meal.

Town Baku. Stesen nama Sahil. Ingat taw!

Hari keempat – Jalan-jalan di Baku
Si Simo ajak aku berjalan hari ni, dia bosan jalan sorang. Kami pi Old City iaitu kawasan yang menempatkan Maiden Tower dan jugak Istana Shirvanshahs. Sebuah pekan kecik yang terletak di tengah-tengah bandar Baku ni. Cantikla depa punya building semua. Old City ini telah dianugerahkan World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 2000. Dalam kawasan ni ada restoren, kedai, hotel dan jugak rumah orang. 


Jalan raya sini kecik-kecik. Rimaih aih.

Susu mana susu ? Nizal tau laaa ni....


Benda ni sedap. Demm.. aku rindu.. Roti dia tebai tapi rangup di luar. Lepaih tu daging ada kat dalam.


Bangunan dalam old city. Lawa pulak aku snap candid pic deni.


Jalan dalam ni sempit-sempit, lepaih tu rumah semua dekat-dekat. Mampoih kalau berijimak laki bini mesti boleh dengaq.

Ellok wey bangunan sini. Tapi hangat sikit lah tengah hari. Mau tahan ya.


Aku gunakan platform Couchsurfing, iaitu website yang digunakan oleh ramai kaki travel. Cara paling cepat untuk kita adapt cultural, environment, society tempat yang kita travel. Tapi awas ya, jangan gunakan ni sebagai jalan untuk hangpa churrrrr… big NO NO !


Hat ni sedap. Macam capati tapi lembut lagi, dalamnya inti vege, cicah sos pedaih. Orang belanja. Hehe


Lawak wey depa ni dan yang pasti depa dok ajak aku cakap kotq-kotoq dalam bahasa depa. Haraammm betoi.. hahaha. Aku pun ajak balik depa maki. Which is tak bagoih lah kan, hahaha. Depa terkejut taw aku boleh nyanyi lagu Russia sikit. Muka Bangla tapi nyanyi lagu Russian, sapa tak terkejut, luruh habeh balls depa dengak.


Inilah depa dua orang, bawak kami pi makan pastu lepak bar adik dia. Beer RM2.50, jus RM5.00, nakharam mahai….aku minum ayaq kosong ja, senang.



Hari kelima – Hari Raya
Hari ni hari raya, lewat sehari dari Malaysia. Aku terlewat sikit sampai, dah rakaat kedua. Aku dok konpius nak semayang ka tak, makanya aku decide tak mau semayang raya…hahaha. Tapi aku tengok lah sampai habis cara depa. Hat sunni, lepaih tahiyat Akhir, depa bagi salam then bangun teroih keluaq dari saf, hat syiah depa sambung lagi sujud beberapa kali sambil angkat takbir masa tengah duduk tu. Sampai ada lah menageh-nageh lah masa sujud.

Ni signboard masjid aku pi. Kat Azerbaijan banyak ja masjid sebab depa pon negara Islam.

Aku ushar jalah, tapi takdaklah macam peraq boih duk tengok, sebab ni bukan first time aku satu masjid dengan golongan ni, masa kat Aussie dulu banyak jugak. 

Elnur pun pun baru sampai rumah, maka berpeloklah kami, lama tak jumpa kan? Tapi sat jalah sebab aku terpaksa pack barang dan akan naik train malam ke Astara balik.


Ni lah Elnur kawan aku. Ensem kan.. haha. Tapi dia dah ada gepren. Sila menangeh.

Simo dengan Teymur hantaq aku pi station kereta api and aku habaq kat depa “There is always a place for you guys if you come to my city “, hujung tahun ini Insyaalah akan jumpa depa balik.

Heydar Aliyev Centre-Complex designed by Iraq-British Zaha Hadid. Kat dalam ni ada auditorium, gallery dengan muzium. Sempoi kan.


Disclaimer : Penulisan ini termasuk caption gambar sepenuhnya oleh Ridhwan Shariff yang mengembara ke Iran dan Azerbaijan pada Julai 2017 (semasa cuti panjang sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri). Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

Jangan ketinggalan untuk membaca Part II di sini: Catatan Kembara Ridhwan Shariff ke Iran & Azerbaijan (Part II)

Antara catatan lain oleh Ridhwan Shariff :
Tak Mau Jadi Melayu
Catatan Kembara : Darjeeling, India by Ridhwan Shariff
Beraya Di China dan Vietnam

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...