Featured Post

#PrayforPenang

3.7.17

Di Langgar Semangat Senja



Cerita ini bukan cerita olok-olok.  Bukan juga untuk menakut-nakutkan hangpa yang rajin stay back kerja sampai lewat malam.  Aku pun bukanlah rajin sangat nak stay back kat office ni,  tapi nak buat macam mana,  hujung bulan ni,  company tempat aku kerja ni ada banyak benda nak kena bagi settle plak.  Aku pun cakap kat boss aku,  takpalah,  aku volunteer untuk stay back buat kerja kat office ni dengan janji,  aku diizinkan mai kerja lambat sikit.  Boss pun lulus!  Yeah.  Kakak-kakak kat office ni pun seronok juga aku dah volounteer untuk stay back buat kerja sebab depa semua makcik-makcik yang busy dengan hal keluarga,  anak-anak semua.  Aku single sooooooo............


So setiap hari aku akan stay back untuk proses kerja-kerja yang akan masuk melalui emel daripada client kami kat luar negara sampai lebih kurang pukul 9 malam.  Kadang-kadang,  tara nak balaih emel,  nak print,  masuk fail,  bla bla bla,  pukul 10.00 malam baru aku balik.  Tapi sepanjang sebulan lebih aku duk stay back malam tu,  takdak apa-apa pun yang mengganggu.


Bangunan tempat aku kerja ni,  dia macam rumah kedai ja.  Dua tingkat,  so office kami atas dan bawah.  Bahagian bawah banyak macam untuk show room dan meeting semua,  kat bahagian atas baru bilik boss dan admin.  Aku kerja kat bahagian atas.  Tapi kawasan tu kira macam baru dibina la....kami antara office yang baru operating kat situ.  Bangunan lain banyak kosong lagi.  Tapi tempat ni takdak la horror sangat pun,  lampu semua memang akan dibuka bila malam sebab design kat kawasan tu memang nampak cerah-cerah dan modern.


click read more


Berdekatan dengan kawasan office kami ni juga terletak sebuah shopping complex yang terkemuka di mana ramai orang lalu lalang dan yes,  kalau hujung minggu akan jammed sikit la office kami ni. Sapa yang kena mai kerja weekend,  memang merungut habis la.

Okay,  so aku nak cerita balik pasai aku duk mai stay back kat office.  Bila semua staf dah balik,  aku akan lock semua pintu.  Pastu aku duduk lah kat cubicle aku diam-diam.  Buat kerja sampai habis,  aku dah balik rumah,  aku akan whatsapp kat group kerja aku habaq kat semua boss dan staff lain pukul berapa aku balik dan sebagainya.  Sajalah nak habaq kat depa,  atas sebab-sebab keselamatan,  halaa...aku dah la duk mai sini sorang-sorang.  At least kalau aku bagi respond kat depa tu maknanya aku selamat la ada kat office ni.  Kalau aku sengap tu,  depa kena la check-check sikit.  Tapi office kami memang ada CCTV dan sebagainya.


Sepanjang aku stay back tu,  memang takdak apa-apa pelik pun yang jadi.  Aku nanti pasang music,  pastu buat kerja,  sampai time aku balik.  Habis dah settle sesi busy-busy tu,  boss aku pun habaq kata lepas ni aku dah boleh mai kerja macam biasa,  tak perlu nak stay back lagi.  Aku macam sedih....hahahah sedih sebab tak boleh nak mai kerja lambat-lambat macam boss.


Tak lama lepas aku mai kerja macam biasa balik,  aku perasan aku selalu sakit-sakit badan.  Macam lenguh gila......................aku pun pikiaq,  maybe sebab aku dah lama tak pi exercise.  Sebab bila dah kerja lewat malam sampai 10.00 pm lebih takkan aku nak gigih pi exercise lagi.  Tapi bila badan dah letih,  aku pun jadi lagi malas nak exercise,  balik rumah,  makan,  terus tidur sampai esok pagi.


Then one day,  aku pi kerja,  ada satu kawan kerja aku ni kata macam ni kat aku,  "Eh Niza,  kenapa muka you macam hitam lah sekarang.  You tak pakai Qu Puteh ke?" Kawan aku tu nama Parames,  dia suka perli aku makan Qu Puteh.  Sebenarnya,  dia yang teringin nak makan Qu Puteh tapi dia tak berani nak try,  dia kata nanti dia jadi putih terus sama taraf dengan Aishwarya Rai.  Haram punya pompuan Tamil ni perasan nak mampus.

"Hah?  Hitam?  Hitam macam mana?"

"Yala....you tengok you punya muka.  Macam takdak nur......." kata Parames lagi.  Aku pun belek-belek muka aku.  Tapi aku tak nampak apa beza pun.  Aku pakai make up semua macam biasa ja.  Pastu aku lupakan bab tu dah macam tak ingat apa dah.

Tapi aku punya badan sakit-sakit memang tak boleh nak kata apa dah,  aku tak pi pun clinic sebab malaih la nak pi check badan sebab sakit.  Aku bukan tua......muda lagi.  Bila aku merungut kat kakak-kakak office aku ni,  semua duk main perli pulak "Ko ni muda lagi tapi badan dah out....tu la exercise lebih sangat...."

TAK PASAI-PASAI duk keluar komen-komen dengki sebab badan aku lagi meletops dari depa semua.  Pastu satu hari,  entah macam mana ka,  kakak aku cakap dia nak jemput kawan dia punya mak dari Perak.  Makcik tu bidan kampung,  dia saja la mai Kolumpo ni untuk teman anak dia.  So alang-alang mai Kolumpo ni,  dia pun macam duk buat side income dengan memberi khidmat urut-urut batin kepada wanita yang memerlukan.  So aku pun volounteer kat akak aku untuk minta makcik tu urut badan aku sekali.

Masa makcik tu urut,  ya Allah punyalah sakit.  Selama ni aku duk pi urut ala-ala Thai geli-geli saja.  Tekan sana tekan sini,  bila sakit,  tukang urut tu pun slow down sebab nak bagi kita relaks ja ka?  Tapi makcik ni,  nenjia dah la pakai minyak panas pastu dia urut dan picit segala celah-celah bedah yang ada kat badan aku ni.  Aku tak jerit dan tak keluar apa suara pun sebab segan,  tapi dalam hati hanya Allah Subhana Wa Taala sahaja yang tahu.

Lepas makcik tu urut,  dia pun sembang-sembang dengan aku.  Dia kata "Sakit ka makcik urut?"

Aku senyum dan angguk-angguk.  "Tapi makcik tekan sikit ja...." kata makcik tu lagi.  Pastu makcik tu takdak la cerita apa-apa pun,  lepas kami jamu air dan kuih sikit kat makcik dan bayar upah sikit kat dia,  dia pun balik dengan anak dia.

Tak lama lepas tu,  tiba-tiba kakak aku called.  Dia habaq satu benda yang membuatkan aku rasa macam eh...betul ka kakak aku ni?  Dia kata lebih kurang macam ni "Adik....makcik yang urut kita hari tu.  Dia ada bagitau anak dia sesuatu dan minta anak dia habaq kat hang.  Dia ada mimpi...mimpi yang tak berapa nak elok sikit la.  Dalam mimpi tu...makcik tu nampak muka hang dan badan hang semua hitam macam kena bakar.  Habis rentung.  Tiga malam makcik tu mimpi hang macam tu....semua ni lepas dia urut hang."

Aku macam blur,  diam tak tau nak balaih apa kat kakak aku ni.

"Makcik tu cadangkan hang pi berubat...pi jumpa mana-mana orang yang boleh tolong tengok-tengokkan badan hang.  Sebab makcik tu kata,  dia tak pandai berubat orang,  tapi bila duk dapat mimpi macam tu, dia tak sedap hati.  Sebab tu dia nak minta tolong habaq jugak kat hang."

Okaylah dipendekkan cerita,  aku dan kakak aku pun pi la jumpa satu orang ni yang dicadangkan oleh family friend kami ni.  Orang ni tak tau la ustaz ka apa ka,  tapi kami yakin lah sebab family friend ni cakap,  pakcik ni memang boleh berubat orang.  Takpalah,  kita cuba-cubalah.  Niat baik,  usaha untuk sihatkan badan.  Bukan nak buat benda-benda tak elok macam letak pelaris ka,  susuk ka,  bagi laku dan dapat kawen dengan tauke produk kecantikan.  Eh.....

So pertemuan dengan pakcik tu,  agak simple.   Aku,  kakak aku dan juga isteri pakcik tu.  Dia takdahla ritual pelik-pelik suruh aku makan sirih ke apa,  lepas sembang-sembang dia minta isteri dia bawakkan satu botol air mineral.  Diletakkan air mineral tu depan dia dengan penutup botol yang dibuka,  dia pun mula membacakan doa.  Dari apa yang aku dengar,  dia baca ayat-ayat Quran basic ja la macam 3 Qul,  ayat Kursi dan beberapa potong ayat yang aku rasa aku ingat daripada surah Al Baqarah.  Dia bagi botol air mineral tu kat aku,  dia suruh minum tiap-tiap malam before tidur dan tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja.

Pastu dia pun pesan kat aku,  suruh aku jangan tinggal solat dan minta aku buat sollat hajat tiga hari tiga malam.  Minta Allah lindungi aku daripada sebarang gangguan syaitan.  Aku senyum-senyum kambing kat pakcik tu,  rasa macam malu pulak sebab aku ni sembahyang memang selalu ada rompong.  HEHEHE

Yes,  balik daripada tu,  aku pun rajinkan diri aku untuk sollat.  Usaha juga walaupun syaitan ni dalam badan punyalah banyak dan duk bagi macam-macam kesukaran kat aku bila nak sollat.  Tapi at the same time,  aku pun duk minum la air mineral yang pakcik tu dah baca doa kat aku.  Sampailah satu malam,  aku mimpi sesuatu.

Mimpi ni macam lawak sikit,  aku mimpi aku nak pi piknik dengan makcik yang urut aku tu.  Kalut punya kalut,  hangpa tau la kan?  Mimpi yang kita rasa macam kalut dan tertinggal nak buat sesuatu dalam mimpi yang buat kita jadi macam kelang kabut.  So macam mana tak tau la dalam mimpi tu,  aku dengan makcik urut tu nak pi piknik,  pastu macam-macam jadi,  tertinggal makanan la,  tertinggal beg la,  patah balik la,  last sekali kami sampai kat satu pantai.  Sampai jer kat pantai tu...makcik urut tu tolak aku dalam laut.  Aku pun masuk dalam laut tu,  dalam!  Tapi aku tak tenggelam.  Pastu makcik tu duk gelak kat aku.  Tapi aku duk bara kat makcik tu sebab aku tak dan nak salin baju mandi,  dia dah tolak aku dalam air laut.

Siries....mimpi ni lawak kan?

Dikisahkan,  selepas daripada mimpi tu,  antara perasan dan tak perasan,  yala sebab kita kan sibuk,  dengan kerja dan dengan aktiviti dengan kawan-kawan.  Rupa-rupanya aku dah beransur pulih,  badan aku pun dah tak lenguh lesu dan tak sakit-sakit dan paling penting,  entah macam mana one day,  Parames puji kata muka aku sekarang dah putih berseri-seri tak macam dulu lagi.


Rupa-rupanya,  apa yang berlaku pada aku hari tu adalah aku telah dilanggar semangat senja.  Itulah yang diceritakan oleh pakcik yang bagi air penawar kat aku tu.  Aku tak cerita la masa awal-awal tadi sebab nak bagi suprise kat hangpa semua.  Kan aku duk pergi kerja balik lewat malam,  and yes,  waktu Maghrib lah aku akan keluar office sebentar untuk bekalkan dinner untuk stay back.  Rupa-rupanya time tulah ada macam benda tak elok,  langgar aku dan singgah kat badan aku.  Sebab tu badan aku rasa lesu dan sakit dan sebab itulah Parames nampak muka aku 'hitam' macam takdak nur.

Terpulanglah hangpa nak percaya atau tidak.  Tapi cerita ni memang betul-betul jadi kat aku dan aku cerita ni kat Kak Jumie hoping that dia sudi edit dan bubuh dalam blog dia.   Patutlah dulu masa kecik-kecik mak kita akan marah kalau kita main sampai lewat senja,  sebab takut nanti kena sembunyi dengan hantu tetek.  Tapi hantu tetek takut nak sembunyikan aku sebab tetek aku lagi besar kot dari dia,  so hantu lain yang langgar aku sampai aku yang sakit-sakit badan.

Sekian sahaja.  Terima kasih semua orang.  Nak stay back kat office tu boleh,  tapi janganla keluar time-time senja.  Orderlah food delivery ataupun tapau awal-awal.

Yang benar,

Niza

ps.  Akhir kata,  terimalah gambar saya dan makcik urut duk sunbathing kat tepi pantai.  HAHAHAH.



Disclaimer : Penulisan ini sepenuhnya dikongsikan oleh pembaca blog JUMIESAMSUDIN.COM. Beberapa maklumat dalam cerita ini ditukar untuk memudahkan pemahaman pembaca. Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...