17.7.17

How Was Your Raya?


Ini adalah catatan sembang-sembang.  So how was your raya?  Akak punya raya biasa-biasa sahaja.  As you olls know,  akak dan suami duk busy pindah-pindah rumah.  Okay mai nak story sikittttttttt la pasai rumah baru ni.  Tak tau macam mana masa hujung bulan empat,  kawan akak habaq yang kat atas rumah dia, ada rumah kosong!  Kalau akak berminat,  akak boleh contact tuan rumah tu,  bincang-bincang dan kalau nak tengok rumah any time boleh pi sebab kawan akak sendiri yang pegang kunci rumah tu.


Confirm lah dapat kan!


Untuk pengetahuan ampa,  akak dah 6 tahun menikah dengan En Khafi dan sebelum ni kami duduk di rumah milik keluarga akak tapi memang kami berdua yang duduk kat rumah tu.  Rumah kampung di Ayer Itam,  kami tak payah siap apa,  semua pun dah ada.  Tapi starting last,  Kak Edeh dan Abang Manap (my parents) mai duduk dengan kami sebab rumah depa di Kebun Lama (area Dato' Kramat,  Georgetown),  dipecahkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk projek pembesaran sungai.  Yes,  depa dapat duit pampasan dan juga rumah ganti.  Tapi depa mai duduk kat rumah depa yang paling depa suka la iaitu rumah kat Ayer Itam yang akak duduk ni.


For one year,  kami duduk bersama empat beranak.  Akak okay,  cumaaaaaaaaaaaaaaa satu ja akak rasa tak best,  akak dah hilang 'dapur'.  Siries habaq hang,  weekend time aku nak bermasak-masak,  mak aku kongker dapur.  Pastu takkan aku nak masak kot,  dia masak dah la sedap. Rugi la kalau aku tak bagi mak aku masak kan?

click read more




So masa kami dapat rumah ni starting bulan Mei,  memang agak susahla nak habaq kat depa dorang tu macam mana.  Kami simpan rahsia ni lama,  takut depa kecik hati pulak.  Takut nanti depa ingat kami pindah sebab kami tak suka kat depa.  Tapi nyah,  mak dah menikah nyah.  Bukan orang putih macam mana ka,  tak kawen duduk live in kat mana-mana.


Mak memang longing to live on my own,  ada ruang tamu sendiri,  ada bilik sendiri,  ada pancoq sendiri,  paling penting ada dapur sendiri.  SOoooooooooo mak boleh hias macam mana pun mak nak!  Akhirnya rezeki mak sampai.


Rumah sewa kami kat Taman Tun Sardon sahaja.  7 minit daripada office.  Ya Allah memang heaven jangan habaq la.  Pukul 7am bangun pi kerja pun dan lagi!  Rumah kami tingkat dua,  ada dua bilik,  1 ruang tamu,  ada 1 toilet,  1 ruang tamu dan 1 dapur.  Dari first time kami dapat kunci,  kami habaq kat tuan rumah,  bagi kami sendiri yang cuci dan bagi settle rumah ni.  Daripada kemas,  buang sampah,  cat,  pindah barang...semua kami buat sendiri.

Ini pintu rumah.


This is my dapur.  Not much.  But it's my dapur. :)


Alhamdulillah semua dah selesai.  Seminggu before raya,  kami dah mai tidoq sini dah.  Walaupun penat,  raya pun rasa macam tahi sebab penat.  Tapi finally,  kami ada tempat sendiri yang kami boleh panggil 'rumah kami'.  Walaupun sewa,  mampuih pi la.  Janji,  ada la juga rasa berdikari.

Dan kami masuk rumah ni kira like baru menikahlah.  Barang apa semua takdak lagi.  Duk bawak mai sebuah katil sahaja daripada rumah lama.  Tu pun katil dah ngok ngek aku habaq laki aku,  lagi dua tiga bulan kita mau lego buang.  Washer machine,  almari,  peti ais...semua nak kena beli baru.  Dan kena beli sebulan satu.

Doakan semuanya berjalan lancar.  Ampa tok sah duk suruh aku offer TAK BUAT OPEN HOUSE KA....kalau aku buat house warming party ka...and hang nak mai sekadar bagi aku set pinggan mangkuk sahaja untuk hadiah,  baik tak payah.  Hang duduk sengap-sengap buang.

Doakan semuanya berjalan lancar.

ps/  Yes,  we are very very very very very very happy duduk rumah baru.  Nanti pelan-pelan kami nak hias rumah kami akak akan share kat blog.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...