31.7.17

Kesian Pada Isteri Aliff Aziz

Aliff dan Bella.

Ni satu lagi kes sensasi pasai satu pelakon suam suam kuku kaki aku yang dikatakan telah diserang oleh isteri sendiri sebab pi karaoke dengan perempuan lain.  Okay kepada nood dalam dunia artis Malaysia seperti akak,  mai sini akak nak bagi petunjuk siap-siap so senang hangpa nak faham artikel ni.

Aliff Aziz = Pelakon and penyanyi dari Singapura tetapi popular (lah juga) kat Malaysia ni.  Dulu dia pernah ada hubungan dengan Anne Ngasri,  tapi depa berpisah,  lani Anne Ngasri kawen dengan jantan tua mana ka,  dikatakan orang-orang kuat UMNO mana ka.  Tapi Anne Ngasri pun sengap teruih,  rasanya bahagia elok la kot dengan laki dia tu.  Walaupun laki dia tua dan takdak rupa,  tapi boleh bagi kebahagiaan.  Amin.


Afifah Nasir = Pelakon yang juga adik kepada pelakon/model Anzalna Nasir.  Dia lani duk berlakon dengan Aliff Nasir dalam drama TV apaka,  pastu dia pi karaoke dengan Aliff Aziz.  Pastu,  bini Aliff Aziz mai serang depa kat pusat karaoke.  Aliff Aziz pukul bini dia dan baling handphone kat muka bini dia.



click read more



Bella Astillah = Isteri kepada Aliff Aziz.  Muda nak mampuih lagi.  Baru 23 tahun (Aliff pun baru 26 tahun.  Dikatakan pada hari kejadian,  Bella yang ditemani mak dia,  pi tangkap laki dia dengan Afifah Nasir,  baru sahaja 20 lahir lepas melahirkan anak pertama mereka.



Anzalna Nasir = Selepas daripada kejadian ini,  Anzalna yang merupakan kakak kepada Afifah Nasir telah membuat statement di laman sosial untuk back up adik dia.  Dia kata,  Bella ni macam meroyan la sebab pi mengamok-ngamok semua.  Komen tak sensitif ni,  membuatkan orang semua bara dan kutuk Anzalna semua lagi teruk la.



Ameera Khan = Then masuk lah adik Neelofa iaitu Ameera Khan yang menyelar tindakan adik-kakak Nasir ni on Twitter.  Pastu ada sesi balas membalas dalam Twitter yang akhirnya menyebabkan Ameera keluarkan statement meletops iaitu "I Hope I Don’t Grow Up To Be A Whore Like You & Your Sisters"  DROP MIC.  Untuk pengetahuan u olls,  Neelofa dan Anzalna dulu pernah bergaduh pasai kes apa ka mak tak ingat,  tapi biasalah pergaduhan pompuan-pompuan feeling cantek yang rasa depa Ratu Elizabeth.


So aku pun minta tolong sorang anak ayam aku untuk memberikan sedikit pandangan mengenai kes ini.  Dia mohon aku rahsiakan nama dia.  Tapi dia suruh aku bubuh nama dia sebagai “Skandal Aliff Aziz”.  HAHAHAHAHAHA BUTOH.  Dia kata,  dia memang memuja Aliff Aziz sejak dulu. So sebagai skandal Aliff Aziz,  dia bagi ringkasan termasuk ulasan mengenai kes yang sedang hangat diperkatakan sekarang di laman social.  Akak share dengan you olls okay!

Aliff Aziz ni dah bnyak kali kantoi ngan bini dia. Tapi bini dia sayang gila kat dia. Sebab tu still boleh maafkan dia.  Walaupun dah kantoi teruk ngan adik Anzalna, tapi dia still boleh maafkan Aliff Aziz dan dia kata masalah rumah tangga dia disebabkan orang ketiga.  Sedangkan dia tau Aliff Aziz ni playboy desperate gila since dulu lagi.  Haha adik Neelofa tweet pasai cerita adik Anzalna tapi ada sorang batu api nie balas komen dia... bla bla bla... lalu adik Anzalna balas balik suh dia dok diam² sebab still bersekolah dan dok menghina sistem pendidikan di Malaysia dan  bla bla bla... But then adik Neelofa balas ayat makan dalam... '“I hope I don’t grow up to be a whore like you and your sisters. Amen to that,”

Rumusannya...
1. Kes ni sepatutnya boleh diselsaikan cara elok tapi si Bella pi serang Aliff Aziz kat pusat karaoke. Tak cukup ngan tu dia pi buat report polis.  So jadi la cerita sensasi...
2. Anzalna tak sepatutnya kluaq statment macam tu.  Walaupun dia tau adik dia tak bsalah,  sepatutnya dia amek jalan berdiam diri ja. Biaq adik dia settle sendiri... sambil support adik dia...

3. As kita semua tau adik Neelofa ni feeling macam baguih² tara mana ka... baru 15 tahun dah dok kata sistem pendidikan kat Malaysia macam apa ja... Dia just nak berjaya macam kakak dia gak. Dan pendapat aku dia nak lari dari bayang² kakak dia. Yalah,  muka depa kan sama... so dia nak lari la dari bayangan kakak dia. So dengan bagi komen pasai kes si Alif Aziz dan adik Anzalna nie... orang akan kenai la dia balik... kan??

4. Aku rasa si Bella patut tinggai ja si Aliff tu... ya la... si Bella tu lawa lagi dari adik Anzalna kot...Lepas tu,  pasni mesti dia akan meletops dengan drama²... ramai akan approach dia untuk blakon la apa la... daripada nak dok ngan Aliff tu... not worth it kot... dia sendri kata  'Dag banyak kali Aliff kantoi' So?? Apa yang dia tunggu lagi? Sila angkat kaki girl... u still young... haha
Sekian...


Kerlas kan pendapat anak ayam akak ni?  Hangpa bersetuju tak dengan apa yang dia kata?  Akak pun setuju juga dengan setiap yang dihujahkan.  

Tapi akak nak tambah satu ja lagi bab isteri Aliff Aziz ni yang nampaknya macam dia seorang perempuan yang cantek dan rupawan,  tetapi sayangnya dia takdak keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.  Tapi tak boleh nak salahkan juga pasaipa dia takdak keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri (yang menyebabkan dia tak mau blah tinggalkan suami dia) SEBAB DIA MUDA SANGAT!


Wehs....pada usia 23 tahun?  Apa hang tau?  Hang ingat hang dah cukup besaq dah tapi kalau pikiaq balik,  time umur 23 tahun aku duk gigih pi clubbing lagi.  Feeling bercinta dengan lelaki merapu-rapu semua dan duk rasa semua lelaki tu adalah love of my life.  

Mak dia pun,  awat pi bagi anak tu kawen awai sangat?  Awat pasaipa?  Sebab seronok sangat tengok nak dapat menantu artis ka?  Aliff Aziz tu pun baru umur 26 tahun.  Duk panaih seronok nak enjoy-enjoy apa semua lagi. 

Kesian kat Bella.  Sebab tu walaupun laki dia dah banyak kali kantol dengan perempuan lain,  dia tetap memaafkan dan teruskan kehidupan bersama like nothing happen in their life.

Skandal ataupun kisah pasangan kita ‘ter’ ada skandal ni akak rasa macam satu lumrah dalam kehidupan berumah tangga.  Mana-mana kisah rumah tangga pun mesti ada kisah seumpama ini,  tambahan pulak dalam hubungan rumah tangga yang sudah lama.  Cuma kadang-kadang,  hubungan skandal tu jadi series ataupun hanya sekadar satu fasa yang tak lama lepas tu,  lepas tersedar dari kesalahan,  pasangan akan kembali ke pangkuan hubungan macam biasa.


Satu lagi orang suka duk kata, “Wehs…Bella tu cantek semua cukup,  pasai pa Aliff Aziz duk cari pompuan lain juga?’  Wehss mendiang puteri Diana yang cantek macam pari-pari cerita Disneyland pun boleh kena main kayu tiga dengan Putera Charles.  Dan yang terbaru,  sepupu aku Beyonce ratu lebah paling berkuasa dalam dunia muzik tu pun boleh kena main kayu tiga dengan suami dia abang Jay.  Apa lah sangat si Bella ni. 


Tula aku macam kesian kat Bella dalam hal ini.  Dia mesti berusaha setiap hari post dalam laman social macam mana dia bahagia dan kehidupan depa suami isteri macam sungguh indah sangat-sangat,  sebab itulah mungkin satu-satunya cara dia nak ubati hati dia yang setiap hari dilukai suami sendiri.  Orang yang paling dia saying.  At least,  bila orang ramai duk komen komen kat posting laman social tu,  dia pun rasa happy la sikit.  Walaupun hakikat apa yang dia buat tu adalah menipu diri sendiri.


Pasaipa dia tak move on dan biarkan lelaki macam tu hancurkan hidup dia sampai teruk sekali macam tu?  Memang senang kita nak cakap suruh depa blah,  tapi tak semua pompuan ada kekuatan untuk buat macam tu. 


Sebab tula aku nak pesan kat hangpa-hangpa semua yang lani ibu-ibu kepada anak-anak,  ajarlah anak-anak hangpa,  baik lelaki ataupun perempuan,  didik depa dari kecik lagi untuk mempunyai bina keyakinan diri bukan melalui kecantikan luaran tetapi ilmu yang penuh dalam hati dan juga otak.  Kalau pompuan tu cukup ilmu dalam hati dan otak,  dia tak kalut lah kalau setakat laki tinggal pi pompuan karaoke macam ni.  Dia angkat kaki sekali blah,  buat relaks sahaja.


Aku pernah ulas dua artikel dalam blog aku yang boleh nak dikaitkan dengan kes Bella ni.  Aku hantar link kat sini,  ampa free-free bacalah.


Pasai Anzalna dan gang-gang depa lain yang duk back up Afifah Nasir, satu ja mak nak quote kata-kata daripada Taylor Swift "There's a Special Place in Hell for Women Who Don't Help Other Women". Ada tempat istimewa untuk pompuan-pompuan yang tak tolong pompuan lain kat neraka nanti. Hell yeah and amen to that.

Sekian sahaja carutan akak.  Semoga hangpa happy dengan ulasan ini.  

ps/  Macam musibat aku kena buat research pasai gossip bodoh ni.  Tapi aku tau hangpa semua sendu suka duk baca kisah-kisah artis Melayu,  so mak pun terpaksalah berusaha buat juga research.  Barulah kenai depa-depa ni semua sapa.  Kalau mak salah,  maafkan mak ya anak-anak semua.

5 comments:

  1. adik si neelofa tu over kak. dia lupa kak dia pun pernah kena tampaq dengan marhayam diva Marion kes kantoi bercium-ciuman dengan suami Marion back in 2013 kalau tak silap.

    ReplyDelete
  2. dalam kes depa, kakmona paling benci Anzalna Nasir! Minta2 jadi kat dia plak ..laki dia orang heret tangan p karoke, baru akai hng nak rasa apa time tu..nk tgk hng meroyan ke dak! meluat

    ReplyDelete
  3. yg little miss khan duk berentap tu dgn fake account afifah, bimbo jugak LMK ni

    ReplyDelete
  4. Betui... tunggu Anzalna ada anak nanti nk meroyan ka tak kalau laki usung pompuan len...
    huhu... hurrmm kesian la jugak baru 20 hari dok p cari laki... msti dok call tak jawab msg tk reply la ni...

    ReplyDelete
  5. yg reply tweet LeMaK (LMK) tu bukan akaun twitter adik anzalna la kak jumie. tu akaun fake. Tapi taktau la kot dia sendiri (pipah nasir) buat akaun fake. Saya cuma nak komen pasal LeMaK je...Dia nak kata kat orang tapi dia ingat orang tak tau cerita kakak dia pun sama gold digger. Pernah try laki marion kaunter pertanyaan sampai kena tampar dgn kaunter pertanyaan. Lepas tu dia break dengan patah sebab nak try anak raja. Tapi dia tipu peminat kata patah yg break dgn dia

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...