25.7.17

Lepak di Wheeler's Coffee

Wheeler's Coffee - Pencahayaan dan dekorasi membuatkan tempat ni stands out daripada cafe lain di Love Lane!

Wheeler's Coffee bukan semata-mata air kopi.  Itulah aku boleh habaq kat hangpa.  Selalunya,  kalau lepak di Love Lane,  aku akan tersadai di cafe-cafe yang sarat dengan mat salleh, bunyi bising muzik dan orang ramai bersembang dalam keadaan yang santai dan ya,  sedikit selekeh (sebab area Love Lane kan kawasan bag packers,  so what do you expect?).

Tapi Wheeler's Coffee macam stand out sikit berbanding cafe lain di Love Lane sebab dia punya dekorasi memang meletops.  Sesuai dengan tajuk kedai ni Wheeler's Coffee,  so hiasan dekorasi penuhlah dengan roda-roda.

Kreatif depa buat hiasan ni semua aku rasa menggunakan barangan terpakai,  tapi kalau hang takdak taste (citarasa) yang tinggi,  tak semestinya hiasan ni semua akan nampak mahal dan meletops kan?

Tissue dengan cop mohor.


click read more



Lampu-lampu siling yang meletops.

Kerusi pun daripada roda.  Tapi tak boleh kayuh na...bubuh kaki ja.


Comel cawan kertas kecik kecik depa duk lukis.


Lukisan-lukisan di dinding.

Tapi siriesly,  tempat ni bukan sahaja cantek.  Tapi makanan dia adalah exceptionally sedap.  We olls try chocolate drink (sejuk) rasa macam ayaq koko mak kita duk bancuh dengan serbuk Chocolate Van Houtten dulu yang sedap tu,  pastu Americano for Kak Azie and kami order sandwhich,  nachos dan for me.......spaghetti carbonara.

Bar utama untuk order.

Americano for Kak Azie and ayaq ais koko for Kak Nina.

Sandwich yang dihias dengan cantek dan sedap.

 
Nacho dengan 4 jenis dip.  Cream cheese,  salsa,  buah aprikot and chicken bolognese.  Seronok macam cicah-cicah macam ni dengan kengkawan.


Yang ni memang sungguh sedap! Spaghetti carbonara.

Spaghetti carbonara dia memang sedap noks.  Mak tak tipu,  depa bubuh soft boil egg yolks atas carbonara tu macam mana ka punya sedap jadi berlemak lagu mana ka.  Aku definitely memang akan mai lagi for the carbonara.

Tempat ni best untuk?
Dating ataupun lepak-lepak dengan kawan (small groups) sebab tempat ni tak besaq.  Dating memang sesuai sangat.  Sebab tempat ni cantek dan macam romantik gitu.

Lokasi?
Masuk ja Love Lane Penang from Seven E tu,  jalan sikit tengok blah kanan.  Nanti jumpa lah.

Harga?
Lebih kurang dalam RM30-50 untuk satu orang.  Ini adalah everage kalau sorang order 1 air dan 1 makanan.

Facebook:  https://www.facebook.com/wheelers67/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...