27.7.17

Makan Malam di The Table


Dah lama dah nampak pasai The Tablepenang ni dalam iklan Facebook semua.  Owner kedai ni akak kenal,  Ridhwan photographer yang popular.  Tak sangka lani dia dah kembangkan empayar perniagaan dengan membuka cafe pula.  So masa akak sampai kat The Tablepenang ni,  akak masuk pelan-pelan tak mau bagi dia nampak.  HAHAH segan la tegur-tegur.  Satgi depa ingat kita mai nak makan free pulak.

Lepas dah order makan semua,  last sekali tauke nampak kita juga.  So dia pun belanja la makan Manggo Cheese Attack.  Chilled cheese cake style.  Sedap dan potion yang besaq.  Jenuh nak perabih.  Tapi orang yang gigi manis macam akak,  takda masalah.  Cuma macam biasalah,  sambil duk cedok sikit-sikit duk berlakon la kata "Wehs...besaqnya cheese cake ni...tak habis ni...gila aku nak habis sorang..." HAHAHAHA

Akak dan kawan akak order mixed grilled dengan chicken pop corn.  Memang sedap!  Mixed grilled dia sempoi ada meat balls, kambing dan spaghetti oglio.  Depa bagi sekali dengan sedikit salad dan dia punya sos blackpepper dia memang sedap sangat-sangat.

Sembang-sembang dengan owner...makanan especially the marinate,  sos black pepper dan juga cake semua depa buat sendiri.  Bukan amik dari mana-mana pembekal.  AKU SUKA!

Okay,  jom tengok gambar.

click read more


Lemon and mint untuk Shad.  Pastu untuk akak,  yang blah kiri tu,  ZOMBIE KAMPUNG PISHANG --- banana milk shake!

Mixed grilled yang memang besaq potionnya.  Boleh share dua-tiga orang!


Chicken pop corn.  Depa buat sendiri chicken pop corn ni.

Mango Cheese Attack.  Sangat menarik!


Kiri: Shad haram buat kerja sampai sebek mulut...
Kanan:  JUMIZAH BILA DAPAT MAKANAN.  Sorry muka macam terung sebab tak make up.


Pintu masuk The Table.  Takdak signboard yang atas bangunan tu.  Depa bubuh yang papan tanda berdiri macam tu ja.  Ampa mesti akan nampak.

Kid section!  Mak bapak makan...anak-anak pi main!

Ini ruang makan blah bawah yang akak makan.  Kat ataih pun ada tempat makan juga!


Bar yang meriah!

Owner The Table,  Mr. Ridhwan in da house.

Cake dan Susu!  Sayang tak try "Saya Suka Susu". 


Tempat ni Sesuai untuk?
Family and kawan-kawan.  Akak bubuh family first sebab The Table ada ruang untuk anak-anak main.

Harga?
Kalau dorang makan air,  main dish dan juga dessert lebih kurang RM50-RM70.  Depends on apa ampa order.

Makanan Yang Patut Try?
Apa-apa sahaja yang depa serve dengan sos black pepper tu.  Cake dia pun ampa kena try!!


The Tablepenang
Lokasi: No 27, Carnarvon Street
10100 George Town, Malaysia
Contact: 012-694 5153
Facebook: https://www.facebook.com/thetablepenang/

1 comment:

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...