26.7.17

Menyanyi di Garage 56 Love Lane

Inilah Garage 56. Dan sebelah tu gambar akak yang bertukar dari mak ayam menjadi mak harimau malam itu.


Hello u olls,

Haaaa....dah lama tak menyanyi.  Tapi rasanya,  sejak tahun lepas bila akak duk active balik menyanyi melalui Smule secara tak langsung,  nyanyian akak dah okay balik.  Menyanyi ni macam apa-apa sahaja skill lain yang kita ada dalam diri kita.  Kalau kita lama tak buat,  so skill itu jadi tak best dan kita kena praktis banyak kali balik untuk jadi mahir macam dulu.

So itulah yang jadi pada nyanyian akak.  Dulu akak rajin buat persembahan untuk USM dan jemputan lain (yang akak buat sebagai side income juga).  Nyanyi untuk private function,  majlis perkahwinan,  majlis makan malam.  Pastu since 2015 ka macam mana ka,  akak stop dah tak menyanyi dah.  Dan bila dah stop menyanyi secara otomatik,  anak tekak ni jadi pemalaih macam mana ka.

So bila akak saja-saja nak nyanyi depan orang ramai,  akak jadi nak terbatuk,  kahak rasa gatai dan terus akak tak boleh nyanyi dengan sedapnya.  Semput jangan cakaplah kan?  Terima kasih banyak-banyak kepada SMULE!  HAHAHAh akak rasa lani nyanyian akak dah okay balik.  Setakat lagu Memori Berkasih tu....celah taik gigi la.  HAHAHAH musibat punya riak.

By the way,  kepada hangpa-hangpa yang baru duk baca-baca blog akak dan kenal akak melalui Facebook sahaja,  hangpa tau tak dulu akak pernah masuk Malaysian Idol (top 70),  AF audition tiap-tiap tahun pi dapat final stage sampailah tahun Zahid pastu tak pi dah,  pastu pernah jadi Final 5 masa Mentor Adibah Noor (Tapi Adibah Noor pi amik Thai yang nyanyi ala ponen-ponen tu aku tak tau la pasaipa...) and macam-macam lagi audition dan pertandingan yang akak masuk....tapi itu semua dulu.  Lani ampa nak suruh aku try memang takdak pasai aku nak pi bersusah payah beratur dan buang masa pi audition tu semua lah.

click read more


Thank you Hasrul for supporting!

Actually the reason akak nak cerita pasai nyanyi ni adalah kerana baru-baru ini,  dua kawan baik akak Abang Min dan Abang Imran telah menyewa satu shop lots di Love Lane Penang dan depa buat tempat tu jadi ala-ala cafe tempat bersantai.  Depa serve simple food dan drinks dan sekali sekala,  depa akan panggil la local talents atau sapa-sapa saja mai buat persembahan unplugged kat situ.

Nak jadi cerita,  one day,  akak pi la kat cafe depa (masa tu baru duk renovate tengok kawasan),  tapi PA System duk ada siap (dijual sekali oleh penyewa yang lama).  So akak pun offer....mai nak nyanyi sat.  HAHAHA biasalah makcik-makcik kenduri pantang tengok microphone.  So akak pun bukak Youtube dan connect dengan speaker,  turn on the mic dan start menyanyi.

Abang Min dan Abang Imran tu kita baru baru duk kenai ja,  so depa tak tau la kita boleh nyanyi macam mana ka?  Bila depa dengar suara kita ala-ala kerlas macam mana ka...haruslah depa sembah ratu.  HAHAHA.  Terus depa offer kita mai menyanyi kat tempat depa.


Ini video masa mula-mula test mic kat Garage 56.  Suara Abang Imran bising duk perbetui mic.

Ini video masa betui betui nyanyi malam tu. Sikit ja la kita share...yang lain tu kalau ampa nak tengok ampa kena mai tengok sendiri.  So kena stay tune bila akak tulis kat Facebook!


So kita pun jemputlah kawan-kawan semua mai lepak kat situ.  Sambil dengar akak nyanyi santai,  sambil mencarut secara light-light.  Alhamdulillah,  kawan-kawan semua seronok la mai lepak.  Gelak-gelak dan tempat tu walaupun tak dak hiasan banyak-banyak lagi (sebab baru lagi),  tapi ambiance dia baguih la.  Sesuai sangat untuk private event dan lepak-lepak.

Okay dah jom tengok gambar dan video untuk tatapan hangpa semua.

 
Nenjia mak ayam jadi mak harimau malam ni.





Dekorasi kat Garage 56.

Bahagian dalam Garage 56.

Meja ada kat blah dalam,  ada juga kat luaq.  Tapi kat luar ada sikit ja la.  Lepak kat luar ni best,  boleh tengok orang lalu lalang.


Hangpa boleh tengok depa punya menu,  harga okay tak mengcekik darah.  Bolehlah nak santai santai.


Depa tiga orang ni duk feeling Mamma Mia duk nyanyi.


Bila mak ayam dah tak larat nak nyanyi dah,  mak pun pass lah kat depa-depa ni.  Terkejut yaa...Arafat punya suara kerlas! (Arafat yang kanan dalam gambar)

Deni pelancong dari Filipin.  Dia duk request aku nyanyi macam-macam,  last sekali dia (maybe dah mabuk siki),  dia mai kat aku dia nak nyanyi juga.  Sekali nenjiaaaaaaaaa...suara dia punya sedap.



 
Terima kasih semua anak-anak ayam mak tersayang yang sudi mai memeriahkan malam itu di Garage 56!


Lokasi
Garage 56
56 Love Lane 10200
10200 Penang, Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/cafegarage56/

Tempahan: 04-263 5055

1 comment:

  1. Ya allah sedap nye suara akak. Please masuk kilauan emas tahun depan (gurau-gurau je...hehehe) But seriously suara uols sedap

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...