31.7.17

Raya Pot Luck Party Kelab Setiausaha USM @ Anjung Jannatun



Hello u olls,

Pada Jumaat yang lalu akak dan gang AJK Kelab Setiausaha USM telah menganjurkan majlis hari raya style kami yang kami panggil "Raya Pot Luck Party".  So kaedahnya,  kami pun buatlah sesi pot luck,  bawaklah makan u olls.  Secara individu ataupun secara berkumpulan ataupun secara berduet.  Share the food share the love,  itulah kaedahnya.

Selain makanan yang sedap-sedap yang dibawa oleh para setiausaha USM,  apa yang best pasai pot luck party kami adalah ..... kami berpeluang untuk buat event kami ni di rumah rasmi Naib Canselor USM.  Woot Woot.....Ni yang akak semangat nak cerita dengan you olls.

Anjung Jannatun merupakan rumah rasmi yang akan didiami oleh Naib Canselor USM yang berkhidmat pada ketika itu.  Sebuah rumah agam peninggalan zaman kolonial British sejak zaman dahulu kala lagi.  Terletak di lokasi yang amat cantek sekali kat dalam Kampus Induk USM,  mengadap padang Minden, laut Selat Melaka dan pemandangan Penang Bridge.  Siapa yang dapat menginap di rumah ini memang beruntung sekali.

Kalau dulu memang takdak chance la nak masuk rumah Naib Canselor melainkan kalau Naib Canselor USM buat kenduri ka apa ka jemput staff mai,  tetapi Datuk Naib Canselor USM yang terkini iaitu Datuk Prof.  Dr. Asma Ismail dia tak duduk kat rumah rasmi ini,  tetapi akan gunakan ruang ini untuk acara rasmi Universiti sekiranya perlu ada keraian untuk orang-orang tertentu.

Alhamdulillah,  kami selaku Kelab Setiausaha USM diberi peluang untuk gunakan ruang meletops ini.  Terima kasih sangat-sangat Datuk NC dan juga seluruh team Pejabat Naib Canselor.  Jom tengok gambar-gambar rumah agam Anjung Jannatun dan juga gambar kami masa majlis Raya Pot Luck!!


click read more


Anjung Jannatun
Ini adalah beberapa gambar yang akak rakam di dalam dan sekeliling halaman Anjung Jannatun.  Rumah agam dua tingkat ini mempunyai 5 buah bilik,  dua ruang tamu,  bilik solat,  dapur,  servant house and halaman yang indah.  Akak tak pusing semua tempat la,  tapi some of the pictures yang akak rakam ni memang dah cukup untuk gambarkan kawasan Anjung Jannatun yang dijaga elok dan masih dalam keadaan yang amat baik.


Bahagian depan dan tepi Anjung Janntun.

Selfie feeling depan Anjung Jannatun.

Ini adalah gambar ruang tamu blah kanan (north wing) dalam Anjung Jannatun.  Ruang ini kami gunakan sebagai ruang makan.



Ini adalah ruan tamu south side yang kami gunakan untuk sajikan semua makanan dan for those yang nak makan sambil menikmati pemandangan taman,  boleh juga makan di sini.



Gambar-gambar potret mantan Naib Canselor menghiasi dinding-dinding Anjung Jannatun.


Ruang dapur yang meletops!! I likeeeeeeeeee....teruih feeling Nigela Lawson bila masuk dapur ni.





Gambar pemandangan halaman taman di tepi Anjung Jannatun.  Memang cantek.  Feeling macam duduk kat rumah orang putih mana ka.  Depa ramai duk posing kat sini.  Mak sempat selfie ja...



The Food & Deco
Kelab order makanan penting like air panas dan air sejuk,  ketupat dan satay.  The rest makanan ni semua gang setiausaha USM yang bawak.  Siries sedap gila.  Tapi akak tak makan sangat sebab feeling jadi president kelab.

AJK Kelab yang bertanggungjawab buat deco iaitu Shila Shibi dan Sarah IPS juga telah menjalankan tugas dengan amat baik.  Kerlas ada tempat photobooth semua!








Group Photo
Ini adalah gambar kami photo group dengan semua hadirin yang mai termasuk kami punya guest of honor iaitu Datuk Prof Dr.  Asma Ismail,  Naib Canselor USM.  Dia memang best dan supporting gila.  Banyak gambar yang ada,  tapi akak share yang ni sudah la :)




Mencapap with Datuk NC
Kalau ikut hati,  aku nak nyanyi dan makan sahaja masa event.  Tapi depa suruh duduk sebelah Datuk.  Aku pun duduk lah,  tak tau nak sembang apa sebenarnya.  Segan pun ada.  Tapi I duduk lah sopan macam dayang-dayang macam manaka.  Last sekali,  depa suruh akak nyanyi....mak pun bangun menyanyi terus.  Datuk NC suka,  dia request nyanyi lagu Lelaki Teragung by Dayang Nurfaizah,  akak kata,  "Tak hafal lagi lagu tu Datuk....bagi saya sebulan,  saya nanti dah boleh nyanyi,  saya cari Datuk balik,".  Kerlas....so akak pun nyanyilah lagu "Di Pintu Syurga" seround.  kerlas......


Posing Mak Dara
Sempena event Raya Pot Luck Party Kelab Setiausaha USM akak telah membeli baju baru khas untuk event ini.  Tengoklah gambar akak posing kat bawah,  kerlas kan?  Kepada wanita agam sekalian,  berikut adalah details pakaian akak.

Audrey Mini Kurung warna hitam by Dee Empire.  Harga RM130.  Ada macam-macam colour lagi,  tapi akak beli warna hitam dulu sebab pikiaq baju ni boleh pakai pi kerja juga.  Nampak macam suit macam mana ka.  Next-next month akak cadang nak beli baju ni yang sama tapi colour lain.  Hangpa nak beli juga?  Sila follow Instagram depa:  https://www.instagram.com/dee.empire/ atau Whatsapp to 016-7033184 - Dee.

Tudung pulak kita pakai Allure by Ameera Zaini.  Ini warna kuning light-light macam mana ka.  Akak suka tudung ni sebab dia jenis empat segi tu,  boleh digayakan ala-ala Permaisuri Brunei ataupun boleh lilit-lilit macam shawl macam mana ka.  Kain dia jenis tebal dan berat.  Sapa-sapa nak beli? Mai called / Whatsapp 0164149956 atau FB/Azrina Adam atau  IG @azrinaadam .

Kasut,  ermm...kasut ni kasut lama.  Wedges hitam biasa kita beli kat Zalora.


Sekian sahaja cerita kita untuk hari ini.  Apa pun dikesempatan ini nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada barisan AJK Kelab Setiausaha USM sidang 2017/2019,  hangpa semua memang terbaik.  Walaupun meeting light-light sahaja tetapi semua dapat buat kerja dengan baik.  Inilah bukti Setiausaha USM masih menyengat.

Terima kasih juga kepada semua ahli kelab yang sudi bagi support,  mai ramai-ramai bawak makanan,  nyanyi-nyanyi dan juga jumpa sembang-sembang.  Harap kalian terus bagi support kepada aktiviti yang dibuat oleh kelab kita.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...