11.7.17

Resepi Simple Creamy Pumpkin Soup


Hello u olls,

Hari itu,  kita dapat labu daripada kawan kita.  Mak dia tanam pokok labu kat rumah punya banyak labu sampai tak tau nak buat apa.  So depa bagi kat aku sebijik.  Masa mula-mula dapat,  labu tu macam duk hijau lagi.  Pastu duk sibuk dengan pindah rumah,  nak raya semua.  Jadi tak masakkkkkkkkkkkkkkkk pun labu ni.  Kebetulan I olls dapat barangan TEFAL semua,  teruih dapat idea nak buat creamy pumpkin soup.

Kami dah beli dapur dan tong gas,  tapi takdak kabinet dapur u olls.  So takkan nak masak bubuh dapur kat lantai,  macam rumah-rumah bujang plak kan?  Tapi antara barang-barang TEFAL yang I olls dapat ada hand food processor and rice cooker!  So boleh la...........

Tapi siriesly,  labu ni memang wangi!  Labu ni macam mana organik la kan,  tanam lagu tu ja belakang rumah takdak bubuh apa-apa baja semua.  Masa mula-mula rebuih tu nak habaq mai.....memang labu ni punya wangi manis.  Memang best la.  Thanks Kak Shimah sebab bagi labu tu.

Okay dah jom tengok macam mana I olls masak Creamy Pumpkin Soup menggunakan perkakas dapur TEFAL.

Ni la labu kuning tu.  Elok dah kuning.  Aku rasa kalau aku nyanyi lagu "shala ke bu...da shili ke bu...Bibbidi-Bobbidi-Boo"  nanti labu ni dia nanti kembang la jadi kereta kuda.  Kerlas....



Okay kipaih ni bukan kipaih TEFAL na...hhahaha ni kipaih laki akak beli bubuh kat dapur habuan kalau masak.  Bolehlah bini dia feeling flip hair sambil masak. Gitu.


Resepi Simple Creamy Pumpkin Soup

Bahan-bahan
1 biji labu kuning (lebih kurang 800g)
1 kotak kecil cooking cream (200 ml)
Garam dan lada secukup rasa


Cara-cara
1.  Make sure labu kuning tu dah betui-betui masak.  Kalau tak masak,  simpan la bagi masak.   Akak bungkus dengan surat khabar dan letak di tempat yang tak berapa panas dan tak berapa sejuk.

2.  Kupas semua kulit labu,  bersihkan dan potong dadu.

Masak elok labu ni.  Macam mampelam pulak.


3.  Masukkan labu yang telah didadu dalam Tefal Rice Cooker Microcomputer dan masak menggunakan setting "expert".  Kaedahnya,  rebus jaaaah u olls.

Kerlas!  Aku suka rice cooker ni.  Siap boleh masak cake okay.  Nanti mak try masak cake pakai benda ni tunjuk kat blog jugak keh!


Nenjia labu duk naik panas dah.  Duk menggelegak.  Masa ni aku saja la bukak rice cooker,  nak tengok jadi ka masak?  Satgi aku salah tekan ka apa ka.


Elok dah masak!  Tengok pun tau.

4.  Bila lampu pada Tefal Rice Cooker Microcomputer menunjukkan yang labu sudah siap di masak,  buang sikit air yang digunakan untuk rebus labu tadi.  Sebab kita tak mau banyak sangat air,  nanti sup kita cair.

5.  Masukkan 1 kotak cooking cream,  tabur lada hitam dan juga garam secukup rasa.


Masukkan 1 kotak cooking cream,  tabur lada hitam dan juga garam secukup rasa. 


6.  Menggunakan Tefal's Slimforce,  blend bahan-bahan tadi sampai lumat.  Biarkan sup tadi dalam mode 'keep warm'.


Ni la Tefal's Slimforce,  memang best wehs benda ni.  Ampa semua simpan duit mau beli benda ni.  Boleh blend apa-apa pun tak pakai ayaq banyak pun takpa.






Okay dah siap!


7.  SIAP!!!!!

Nota
Sedap di makan begitu sahaja.  Boleh calit dengan roti bakar.

Kalau kat ruma takdak cooking cream,  ampa masak susu segar pada api perlahan.  Masukkan tepung jagung sikit demi sedikit,  bagi susu tu pekat sikit.  Once susu tu dah pekat,  jadilah cooking cream!  MURAH dan senang.


Selamat mencuba.  Ampa jangan lupa tau tengok juga cerita pasai macam mana akak dapat produk TEFAL ni kat sini.  



ps/  Masa keep warm soup ni,  dia menggelegak sampai habis semua tudung rice cooker aku yang baru ni.  Jenuh nak kena basuh pulak.  Periukkk baruuu wehsss kena jagaaaaaaa...............


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...