18.7.17

Sarah Baartman - Hottentot Venus

Gambar sumber:  www.bbc.com

Tak tau macam mana ka,  aku terbuka satu Youtube gossip pasai Beyonce menolak tawaran berlakon satu filem biografi tentang seorang wanita kulit hitam bernama Sarah Baartman.  Pasaipa Beyonce tolak tak tau la tapi ramai yang suka bila Beyonce tolak tawaran tu sebab depa kata,  Beyonce tak sesuai berlakon watak wanita bernama Sara Bartmaan ni.

Sapa Sara Bartmaan ni?

Mak pun google-google,  rupanya pompuan ni adalah seorang wanita kulit hitam daripada Afrika Selatan yang berhijrah ke Eropah pada awal kurun ke 19 untuk mencari kekayaan.  Dia mempunyai tubuh badan yang ekzotik pada ketika itu (pungkok maha besar),  so ada mat salleh ni tipu dia kata,  kalau hang ikut kami pi Eropah kami akan bagi hang buat show semua,  hang akan jadi kaya dan popular.

click read more


Zaman tu,  orang Eropah semua mana pernah tengok pompuan style badan pungkok besar macam tu kan?  So bagi depa,  bila tengok pungkoq besar macam tu kita ekzotik la.


Tapi bila Sara Bartmaan ikut depa pi Eropah,  dari London ke Paris.  Dia dijadikan bahan untuk pertunjukan manusia pelik atau freak show.  Tuan dia panggil dia "Hottentot Venus",  so setiap hari dia akan buat show macam kunonnya dia ni manusia ganas ala-ala binatang.  Duduk dalam sangkar,  dipakai rantai leher dan ditakut-takutkan menggunakan cemeti.  Penonton akan ditakut-takutkan,  kunonnya Hottentot Venus boleh mengamok,  pastu di akhir persembahan,  penonton akan dibenarkan untuk memegang pungkok dia.  Ada yang raba,  ada yang cubit,  ada yang pukul.  Kesian kat Sara Baartmaan,  sebenarnya dia tak suka langsung buat persembahan tu sebab dia bukan binatang noks!


Daripada persembahan freak show,  dia masuk ke arena persembahan erotik.  Yang ni agak ngeri la tengok golongan bangsawan Perancis,  style sebelum buat seks secara beramai-ramai,  depa akan tengok persembahan tubuh badan Hottentot Venus pulak.  Dan akhirnya,  oleh kerana persembahan erotik itu tidak memberikan pembaharuan,  Sara Baartman dipujuk masuk ke kancah pelacuran dan akhirnya dia meninggal dunia sebab penyakit bawaan seksual bebas. Masa tu umur dia baru 25 tahun.


Setelah kematian,  alat sulit Sara Bartman dipotong dan badannya diawetkan dan dijadikan pertunjukan umum di sebuah muzium di Paris.  Sehingga tahun 1970an barulah tubuh badannya di bawa balik ke negara asalnya iaitu Afrika Selatan untuk disemadikan setelah mendapat bantahan daripada orang awam kerana pertunjukan tersebut menjatuhkan martabat seorang wanita. Ya,  wanita yang bernama manusia.

Badan Sarah Baartman yang diawetkan. Sumber:http://www.ralf-heiser.info

Godek-godek dalam Youtube jumpa sebuah filem bahasa Perancis  dan sedikit dalam bahasa Inggeris dan Afrikaan yang menceritakan tentang biografi wanita ini.  Filem ini diberi judul Black Venus arahan Abdellatif Kechiche dan dilakonkan oleh Yahima Torres.  Filem ini agak savage bagi akak yang sopan santun dan berbudi bahasa ni,  hangpa kalau tengok melalui Youtube,  make sure ampa sign in menggunakan Google account untuk pastikan ampa more than 18 years old sebab filem ini adalah 18sx dan mempunyai adegan seksual yang agak melampau.

Filem ini menceritakan kisah bagaimana vagina dan tubuh badan Sarah Baartman disemadikan oleh seorang ahli saintis Perancis.  Filem ini tidak hebat,  lembat dan perlahan,  skrip pun santai sahaja.  Tidak memberikan kedalaman pada penceritaan kisah hidup Sarah Baartman,  pasaipa dia bawa diri ke Eropah,  dia ni siapa?  Macam mana dia hidup di Afrika dulu.

Kisah hidup Sarah Baartman patut diceritakan semula dan aku sendiri pun tak setuju kalau watak ini diberikan kepada Beyonce.  Aiyooo tak kena langsung.  Carilah pendatang baru yang betul-betul ada bakat berlakon dan mempunyai tubuh badan yang sesuai dengan watak ini.  Yes,  Beyonce adalah sepupu aku,  tapi dia tak boleh berlakon wehs.  Dua tiga kali cubaan dia masuk layar perak menemui kegagalan.

Yahima Torres pelakon berasal dari Cuba yang melakonkan watak Sarah Baartman dalam filmem Black Noir.

Okay akak layurkan dua video Youtube filem itu.  Ampa tengoklah bila free nanti.




No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...