10.7.17

Surat Untuk Ton (Langkah-langkak Untuk Wanita Yang Baru Diceraikan)

Salam Ton,

First of all aku nak ucap terima kasih kat hang sebab walaupun kita tak contact hari-hari, tapi dalam keadaan penting macam ini hang mai cari aku untuk mintak tolong kat hang. Ya Allah rezeki untuk aku Ton. Aku bukanlah terror apa pun, takdak kelulusan apa pun. Tapi bila hang cerita kat aku semalam, macam-macam perasaan dan juga benda yang aku duk terpikiaq. Sebab tu aku janji, aku akan tulis nota panjang untuk hang “LANGKAH-LANGKAH YANG HANG KENA BUAT” . Sebab aku tau, kalau aku taip this out, benda ni lebih tersusun dan lengkap.

Aku harap sekarang ni kita tak payah bincang lagi apa yang laki hang dah buat kat hang, apa yang dah berlaku. Like aku cakap semalam, lani kita tengok depan sahaja. So these are the things yang hang kena buat:


click read more



LANGKAH-LANGKAH YANG HANG KENA BUAT

1. DON’T BLAME YOURSELF. Belajar untuk tidak salahkan diri hang. Hang tak salah. Kalau hang tak latih diri hang untuk tidak salahkan diri sendiri, insya Allah hang punya confident level tak akan jatuh. Keyakinan diri amat penting. Sebab keyakinan diri hang yang akan bagi hang keberanian dan kekuatan untuk jaga, lindung dan pimpin anak-anak hang pulak. The king has abdicated, you are the Queen now. Untuk jadi pemimpin yang baik, hang kena ada keyakinan. So kena stop salahkan diri sendiri atas apa yang telah terjadi dalam hidup hang sekarang ni.

2. DON’T BLAME YOUR HUSBAND. Belajar untuk tidak salahkan suami hang atas apa yang telah berlaku. Dia pun tak sangka segala tindakan dia nak main2 boleh melarat sampai macam ini. Manusia tak perfect. Tak lari dari buat salah. Aku pasti laki hang pun lani penuh dengan kekesalan dan keraplahan dalam kepala otak tetapi dia terlalu ego nak tunjuk dia salah. Sebab tu dia point out kesalahan itu pada orang lain iaitu hang. Hang anggaplah dia sekarang ni dalam keadaan hilang pertimbangan, tak tau salah silap, tak tau dosa pahala. Dia buat ikut apa yang dia rasa "betul untuk dia pada ketika itu".

3. MAAFKAN SEMUA ORANG YANG TERLIBAT DALAM HAL INI. Belajar untuk memaafkan semua orang yang terlibat dalam hal ini. Suami hang, pompuan tu, pompuan tu punya suami. Semua! Memang senang ja aku nak tulis macam ni, tapi aku suruh hang maafkan depa bukan sebab aku nak hang letakkan depa di atas satu level yang depa semua tu patut dihormati tetapi kalau hang dapat maafkan diri depa-depa tu semua yang buat naya kat hang dan anak-anak sampai macam ini, HANG YANG SEBENARNYA TELAH BERJAYA MELETAKKAN DIRI HANG KE SATU TAHAP YANG MEMANG TERROR GILA LA!
Secara tak langsung hang tidak akan marah, hang tak akan benci, dendam dan segala benda rasa negatif pun untuk suami hang dan depa-depa yang lain tu semua.

Sebab ramai pompuan bila dah bercerai, depa jadi marah dan membawa kepada simpan dendam. Dendam adalah perasaan yang sangat HITAM, kalau simpan dendam dalam hati hang, perlahan lahan hati hang pun akan jadi HITAM. Bila hati hitam.....hang tak akan bahagia dan orang yang tak bahagia akan jadi manusia yang "bitter". Manusia "bitter" adalah manusia yang tidak akan disenangi oleh sesiapa pun, family dan kawan2 sebab rimas duduk dengan orang "bitter" ni. Depa suka merungut, mengeluh dan salahkan semua benda yang jadi kat dunia ini adalah salah orang lain.

4. GIVE YOURSELF A CHANCE. Belajar untuk bagi peluang kat diri hang sendiri. Maksudnya, kalau hang rasa down tiba-tiba, rasa nak nanges tak tentu pasal, rasa duk terkenang kat bekas suami hang.....ITS OKAY! Bagi peluang pada diri hang untuk pulihkan diri dia sendiri. Benda ni baru jadi kat diri hang, baru jadi kat anak-anak. Takkan hang boleh jadi okay dan normal macam biasa secara tiba-tiba? Itu baru gila. So kalau hang nanges hari hari sekarang....yang tu hang tak gila. Kalau hang tak nanges langsung...itu baru gila. Pendapat popular mengenai kesedihan yang selalu orang cakap adalah “5 stages of grief”. 5 peringkat kesedihan. Hang pi baca sendiri pasai benda ni dan try cope menggunakan teknik ini.

5. LETAK HAD UNTUK KESEDIHAN. Ini adalah amat penting, walaupun hang diizinkan untuk bersedih tetapi tak boleh bersedih selama-lamanya. Bila masa sebelum-sebelum ini aku melalui kesedihan, apa yang aku buat adalah, aku letak satu due date untuk aku bersedih. Dengar macam lawak plak kan? Tetapi itulah yang aku buat. Contohnya masa aku putus cinta kau kau dengan x bf aku dlu, aku putus dengan dia bulan September. Tapi aku cakap kat diri aku..............okay aku akan nangis dan bersedih hanyalah sampai 31 Disember. Lepas tu aku tak mau sedih dah. HAHAHAH yes memang macam lawak sikit, tetapi hang cubalah! Semua ni adalah dalam otak kita, mental kita kena kuat untuk control hati kita. Sebab tu orang tua kata, ikut hati mati. Its all in your head!

6. TARGET UNTUK BAHAGIA. Bila hang dah letak had sampai tarikh bila, due date hang boleh bersedih contohnya sampai bulan Disember 2017. Seolah-olah hang dah ada plan dalam hidup hang. Inilah yang aku cakap semalam kat hang, hang kena ada plan seterusnya. Tapi yang tu aku akan sentuh kat point di bawah. Untuk point, TARGET UNTUK BAHAGIA ni sebenarnya aku nak tekankan betapa pentingnya hang untuk letakkan had untuk bersedih. Sebab bersedih secara berlarutan dan berpanjangan akan bagi effect banyak untuk diri hang dan orang-orang disekeliling hang. Hang kena ingat apa yang jadi kat hang ni bukan effect diri hang dan anak-anak sahaja tau. TETAPI EFFECT KELUARGA HANG, KAWAN-KAWAN HANG. Hang ingat mak hang tak sedih ka benda ni jadi kat hang? Hang ingat kawan baik hang yang saksikan saat saat hang tu tak trauma ka? Hang ingat adik beradik hang boleh tidur lena ka hari hari duk pikiaq apa pulak nak jadi kat hang selepas ni? Semua orang yang sayang hang akan ter-effect dengan apa yang berlaku dalam diri hang. So hang kena letak TARGET UNTUK BAHAGIA sebab kalau hang tak bahagia, kami-kami semua kat keliling hang ni nanti jadi rimaih.

7. PLAN HIDUP. Hang kena start plan hidup hang untuk "rebranding yourself". Sebab lepas ni, status hang dah berubah. Tapi ingat, status hang sahaja yang berubah tetapi hang tetap diri hang! Itu hang kena pegang. Ada seseorang yang aku hormat ajar aku tentang benda ni, bila kita down, bila kita sedih, kita kena merancang hidup kita untuk bagi otak kita bergerak dan berfungsi. So apa kata hang buat perancangan hidup. Tengok hidup hang pada satu perspektif yang berbeza dan luar dari kotak. Jangan tengok diri hang sebagai seorang pompuan janda, takdak laki, keseorangan, anak ramai yang membebankan! Apa kata hang tengok diri hang selepas ni, visualized yourself, tengok diri hang sebagai seorang yang bebas, wanita berdikari, wanita dewasa yang tidak ada sesiapa boleh halang dia. Jangan pikiaq negatif wehs, pikiaq benda yang positif. Amik buku kosong, tulis apa hang mau dalam hidup, apa impian hidup hang, apa pengalaman hidup yang hang teringin nak buat....tulis semua list tu. Tak semestinya kena benda yang besar-besar macam...mendaki gunung Everest. Nakhariam tu idea style besar gila lah sebab kalau nak pi climb Everest kena pi training kecergasan diri semua pastu nanti kena tinggal anak hang semua jauh-jauh. HAHAHA serrr takyah extreme sangat. Benda simple macam sebelum ni hang teringin nak potong rambut pendek macam Puteri Diana, tapi laki hang tak bagi sebab laki hang kata dia suka tengok hang rambut panjang....tulis dalam list tu dan pi POTONG RAMBUT HANG! Hang rasa benda tu kecik ja, potong rambut ja kot, tapi siriesly hang mesti akan terkejut sebab tak sangka hang boleh happy dan seronok gila dengan diri hang hanya sebab hang potong rambut.

Selain buat list, hang buat mind map. Lukis, apakah benda-benda yang hang kena improve kat diri hang. Contohnya, sekarang ni hang kena lebih berjimat sebab hang tak boleh nak harap dah sangat duit dari laki hang. Lani hang sorang yang bertanggungjawab untuk jaga anak-anak hang semua. Memanglah dia nak kena bayar nafkah apa semua jadah yang pejabat agama akan tetapkan, tapi hang tak payah nak harap sangat. Hang jadi STRONG WOMAN. Dia nak bagi, alhamdulillah. Rezeki hang dan anak-anak, laki hang pun tak berdosa. Kalau dia tak bagi, tak payah nak pi meruntun-runtun macam mintak sedekah. Duk jadi macam Rita Rudaini sampai bila bila pun duk ungkit mintak duit nafkah kat laki dia. Memang lah itu HAK, tapi toksahlah duk play-play "victim" card sangat. Laki hang nak bagi, amik, tak bagi, mampuih pi kat dia. Itulah attitude yang hang kena ada.

So hang try buat mind map tu, untuk visualized apa benda yang hang kena ubah pada diri hang. Semua senarai dan tulisan dalam buku tu akan jadi satu kitab dalam hidup hang yang baru, penjenamaan baru diri hang.

Okaylah ini 7 benda penting yang aku nak pesan kat hang dulu. Benda benda lain insya allah hang boleh buat sendiri. Benda yang aku tulis kat atas ni semua adalah macam untuk kuatkan otak hang dulu. Bila otak hang kuat, insya Allah lain-lain semua akan jadi elok. Otak yang tak kuat, akan bagi peluang kepada anasir jahat semua akan masuk dan benda yang sedia kala dah teruk ni akan jadi lebih teruk.

Jangan segan nak contact aku, call atau whatsapp…..kalau aku free aku boleh layan punya. Sorry sebab kita duduk jauh, ‘mental hug’ dari aku untuk hang di sana.

Akhir kata, aku tujukan sebuah lagu kat hang!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...