30.7.17

The Fit District Fitness Studio Penang (Aimy & Syazwan 017-2089756)



Hello u olls!

Berita baik untuk orang USM dan mereka yang berada dalam kawasan yang sama waktu dengannya.  Hari ini akak nak share pasai satu jimnasium (tempat eksesais) yang terletak dekat dengan USM akak sangat rekemen hangpa semua join jim ini.

Nama jim ini adalah The Fit District Fitness Studio Penang.  Baru sahaja beroperasi sejak 7 April 2017 yang lalu oleh pasangan Aimy Azmi dan suaminya Syazwan.

Depa buka jim ini bertujuan untuk bagi kelas senaman yang fun untuk lelaki dan perempuan dan semua orang.  Malah The Fit District Fitness Studio Penang juga provide tempat yang sesuai untuk wanita yang mengandung dan wanita yang baru melahirkan untuk join kelas senaman kat sini.
Sebab selalunya jim yang dok ada untuk orang biasa jer kan?  So orang yang mengandung dan orang yang baru lepas pantang ni macam kadang-kadang tak mampu nak follow dengan jadual kelas yang disediakan.  So di The Fit District Fitness Studio Penang,  depa buat program khas untuk ibu-ibu ini.

click read more


Trainer Berkelayakan
Ini adalah kerana,  pemilik The Fit District Fitness Studio Penang,  Aimy Azmi dulu ada masalah yang sama.  Masa dia mengandung,  dia cari jim yang boleh terima wanita mengandung,  semua takdak.  So dia terpaksa join kelas senaman yang hardcore punya.  Tapi dia tak boleh nak buat semualah sebab tahap kecergasan dia berbeza masa mengandung kan?  So sangatlah rugi.

Yang bestnya kat The Fit District Fitness Studio Penang,  depa juga cater untuk new-new mummy yang baru mengandung.  Trainer pun adalah mereka yang mempunyai kelayakan untuk ajar golongan ibu-ibu.  Untuk kelas-kelas lain juga,  instructor ada sijil u olls.



So u olls semua!  Jom baca lagi pasai The Fit District Fitness Studio Penang.







Lokasi:
79C-2-15University Height Shoplot, Jalan Sungai Dua, Kampung Dua Bukit,
11700 Gelugor, Pulau Pinang
Satu deret dengan Kopitiam Classic,  tingkat 3.  


Waktu kelas: 
Bergantung kepada jadual bulanan pada jam 6:30 malam - 8:00 malam

Kemudahan dan kelengkapan: 
Selain ruang senama yang luas,  tempat solat & toilet juga disediakan.  Untuk makluman,  The Fit District Fitness Studio Penang tak banyak equipment sangat sebab The Fit District Fitness Studio Penang fokus kepada kelas dan personal training sahaja.  gym...focus kelas and personal training ja.  Jadi The Fit District Fitness Studio Penang menydiakan kemudahan seperti yoga mat, dumbbell, TRX,  punching bag dan kettlebell.

Pakej keahlian:
Walk in rm10 per class 
2 classes/week RM55/month 
3 /week - RM70/month 
4 /week - RM85/month

Prenatal and postnatal exercise (pregnant and baru habis pantang): 
Personal RM400 untuk 8 sesi
Group (2-4 orang) RM800 untuk 5 sesi 

Studio rental: RM30 sejam 
Kalau 2 jam ke atas boleh dapat murah lagi 





Ruang studio yang kondusif.


Grafiti!


Contact Info
Untuk sebarang pertanyaan lanjut,  sila Whatsapp atau call terus (Aimy & Syazwan 017-2089756) atau follow depa on Instagram:  https://www.instagram.com/fit.district/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...