Featured Post

#PrayforPenang

17.7.17

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Nikahi Dennis Verbaas 14 Ogos 2017


Hello u olls,

Semalam seluruh Malaysia bergembira apabila satu-satunya puteri Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor iaitu Tunku Aminah Maimunah Iskandariah bakal bernikah pada 14 Ogos ini dengan lelaki biasa keturunan Belanda bernama Dennis Verbaas .


Dennis memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.  Nama barunya sebagai seorang Muslim adalah Dennis Muhammad Abdullah.


Dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua dari tiga beradik kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas.  Menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Dennis pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe. Dia kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Jom tengok beberapa gambar Dennis yang akak jumpa dalam Google.


 click read more








No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...