30.8.17

Kim Kardashian As First Lady


Masa MTV Awards 2016 kot tak salah Kanye West buat gila masa ucapan dia menang anugerah apa ka,  dia habaq dia nak lawan untuk jadi President of United States of America pada tahun 2020.  So baru-baru ni majalah Interview telah membuat sesi penggambaran dan juga interview bersama Kim Kardashian West isteri kepada Kanye West dimana Kim K make up dan dressed up macam Jackie Kennedy salah seorang first lady yang menjadi kontroversi sebab suami dia John F Kennedy kena tembak masa perarakan bertemu rakyat.

I have to say sesi fotografi dan hasil oleh Steven Klein adalah amat baik sekali.  Gaya,  make up dan hasil gambar yang membuatkan Kim Kardashian nampak macam pompuan-pompuan regal sat.  At some point nampak dia macam Beyonce pun ada juga.  HAHAH mampuih sepupu aku nanti bara kalau aku habaq ni kat dia....

North pun nampak comel dalam gambar ni,  mak rasa kalau dia dah besaq nanti dia segak lagi dari Blu Ivy.  Blu muka very the Jay Z u olls.

Okay dah jom tengok gambar sudehhh...


 click read more

Cake Decorating Class with Nora Ghaz


Hello u olls,

Okay hari ni akak nak perkenalkan u olls semua dengan seorang ratu pakar membuat dekorasi kek bernama Puan Norasida a.k.a Nora Ghaz.  Dia kawan baik kakak I.  Memang dari dulu dia minat membuat kek dan duk pi belajar dan berusaha sendiri untuk men-terrorkan skill dekorasi kek dia.


Personal Cake Decorating Class
Sampai lani dia dah otai, dia duk jadi cikgu jemputan untuk mengajar orang ramai semua yang minat bab-bab cake ni.  Beliau menetap di Ipoh so u olls-u olls semua kenalah pi Ipoh untuk sertai kelas beliau untuk personal class.  Tetapi ada juga kelab-kelas yang dibuat diseluruh Malaysia dan luar negara like Filipina,  Indoesia,  Singapore,  Brunei malah Australia.  Kerlass!!  Bukan nak pemohong na,  ada juga permintaan pi mengajar di UK dan Mexico tapi Kak Nora duk buat pertimbangan lagi.

Sekarang ni tengah popular cake painting,  ampa boleh tengok contoh gambar akak share kat bawah.  Cake decorating ni ada musim,  kalau dulu musim duk buat bunga-bunga hidup,  bunga ising dan macam-macam lagi.

Kalau hangpa berminat nak belajar dengan beliau boleh follow dia on Facebook akak letak link kat bawah ataupun boleh Whatsapp dia di talian macam akak bubuh kat bawah.



click read more

29.8.17

Game of Thrones Season 7 Finale Review

Hello u olls!

Harap-harap di kala akak buat review untuk Game of Thrones Season 7 Finale yang diberi nama The Dragon and the Wolf. Kalau sapa-sapa yang tak tengok lagi,  sila jangan baca blog akak ni,  pi katop buang,  pi tengok dulu episod ni pastu baru kita sembang,  sebab spoiler berlambak.

Okay lah kepada yang dah tengok awai,  jom kita sama-sama bincangkan beberapa benda best dan tak best pasai episod finale ini da juga kesimpulan season 7 secara keseluruhan.


The Dragon and the Wolf
So episod akhir ini diberi nama The Dragon and the Wolf,  bukan untuk melambangkan Daenerys Targaryen dan Jon Snow yang akhirnya beromen atas boat dalam perjalanan dari Dragon Stone ke Winterfell,  tetapi ini adalah melambangkan percintaa antara Rhaegar Targaryen dan juga Lyana Stark.  Disebabkan percintaan depa dorang ni lah yang menyebabkan Robert Baratheon mengamok dan ajak semua gang-gang dia pi serang King's Landing dulu.  Sebab Rober Baratheon duk syiok kat Lyana,  tiba-tiba Lyana kena culik dengan Rhaegar dan depa duk ingat yang Lyana ni kena rogol apa semua dah.


click read more

Akak, En. Khafi dan Jamban

Hello u olls,

2 September ini adalah tarikh anniversary perkahwinan akak dan En Khafi.  Ya Allah,  tup tup dah 6 tahun kami kawen-kawen.  Rasanya bulan ini,  tahun ini takdak kot fancy-fancy dinner apa semua.  Duit semua duk pakai beli barang baru untuk rumah sewa kami.  Hala....ini first time kami nak duduk sendiri so banyak barang rumah semua duk kena beli and kami banyak beli barang secara tunai tak mau hutang-hutang.  Sebulan beli 1 atau dua barang gitu...

So baru-baru ni kami duk makan sushi (tu ja laaa makan mahai bulan ni),  pastu kami duk cakap pasai annivesary kami pastu kami duk cakap pasai kenangan-kenangan kami kat jamban yang lawak dan kami duk cerita sampai gelak lagi sikit nak tercekik sushi dan kami bersetuju nak share dengan hangpa.  Cerita ni pendek-pendek dan tak senonoh sikit.  Sapa yang IQ rendah duk bayang berak pun boleh muntah,  you can quit now.

Jom baca.


click read more

28.8.17

Sakitnya Tuh Di Sini



Hello u olls,

Ini artikel sesi sembang-sembang sahaja.  Bulan 8 sepatutnya bulan yang ong,  dia nombor lapan pusing sampai bila tak habis,  infiniti katanya.  Orang Cina suka nombor lapan sebab nombor di bawa ong,  tapi untuk akak for bulan Ogos ni akak punya ong tak berapa baik sebab akak sakit u olls banyak kali sampai naik penat dan takdak mood.

Awal-awal bulan masa minggu pertama,  mak kena migraine teruk Ya Allah sakit kepala sampai rasa nak bagi pecah semua dinding kat rumah dengan menghentukkan kepala ke dinding.  Tapi rumah tu rumah sewa tak boleh nak bagi pecah la sangat rumah orang kan?

Pas seminggu dah habis sakit kepala MC sampai dua hari semua,  baru nak elok sat,  kita duk kena demam pulak.  Ni semua virus jangkit kat laki akak dia demam panas.  Habis kita duk suap dia makan semua (1 suap masuk mulut dia,  2 suap masuk mulut kita),  last-last kita pun kena demam sekali.

Dah kena lagi cuti apa semua,  yang celaka demam ni,  kita pun duk pakai sweater dua lapih,  stokin semua selimut dua labih,  duk balut badan terketaq sebab sejuk.  Makan la panadol apa ada rumah,  bila badan okay sikit,  pi la klinik,  amik ubat,  tapi doktor tak bagi MC sebab dia check tempreture kita 36.80 sahaja.  Tak demam katanya.

Musibat betui la....habih kita mai la pula kerja macam biasa balik.  Tapi badan jadi lemau macam celaka la.  Nak buat kerja takdak mood,  baca emel pun boleh salah faham semua.  Balik rumah,  kita gagahkan diri juga mengemas rumah teruk-teruk macam ammah kan?  Saja nak bagi berpeluh.  Bagi okay sikit badan.




Masa sakit ni la akak tak boleh mai support kawan akak bukak cafe Lagenda Express dalam USM.  Akak dah buat artikel pasai dia dalam post lain.  Ampa pi check it out.


click read more

23.8.17

Season Finale Game of Thrones Season 7

Hello u olls,

Finale episode untuk GoT season 7 akan disiarkan pada 28 Ogos ini.  Pastu kita kena tunggu pulak episod-episod seterusnya dalam season 8 yang dikatakan sebagai final season juga.  Tapi season 8 nak keluaq bila kita tak tau.....sama ada tahun 2018 ataupun delay sampai tahun 2019.  Mampuih lamanya nak kena tunggu,  lagi setahun ja pastu tu dah Wawasan 2020. Shit betui.

So untuk Season Finale ni akak  ada beberapa benda yang akak expect,  episod ni dikira sebagai 1 jam 21 minit mesti banyak aksi dan juga scene yang boleh membuatkan akak rasa nak terkancing gigi.  Tapi yes,  sebenarnya akak ada dah baca leaked script dan garapan orang-orang dalam Youtube.  Tapi baca dan dengar orang punya reaksi tak sama macam mana tengok betul -betul benda ni dah tukar jadi cerita.

Tapi dalam banyak-banyak,  akak nak tengok satu ja!!  Pakcik Misai kena bunuh.  Tu jaa...sapa pakcik misai?  Little Finger la.

Okay dah jom tengok video preview.


click read more

My Favorite Game Of Thrones Moments for Season 7 (Episode 4-6)


Hello u olls,

Nenjiaaa!  Sebelum berakhirnya episod terakhir Game of Throne season 7,  lebih baik aku perabih buat review episod 4-6 yang dah terkeluaq setakat ni.  Gila babi betui kali ni punya season,  sampai dua kali episod terbocoq.  Sekali tu sebab hackers masuk dalam sistem HBO,  sekali tu yang ke-6 punya episod depa kata HBO sendiri yang leaked.  Aku tak paham.

Tapi untuk episod ke-enam aku dapat PM daripada Naim Isa budak Bangladesh yang kerja dengan syarikat pelancongan di Kuala Lumpur.  Dia PM aku suruh aku tengok episod enam (masa tu aku dah tengok episod 5 la...),  mula-mula macam berat hati tak mau tengok,  sebab masa episod 4 leaked,  aku tahan tak tengok.  Tapi Naim Isa telah menghasut aku dengan mengatakan "Hang toksah duk sokonga HBO Yahudi,  tengok jaa episod ni..."

So disebabkan aku tengok awal episod 6,  maka untuk tunggu episod finale aku kena tunggu 11 hari daripada sepatutnya 7 hari penantian.  Shit betui la tu la aku bara sebab pi tengok awai.  Spoilers pun berlambaq-lambaq kat Youtube dan blog lain.  Aku rasa tak tau pasaipa kali ni semua orang macam terlampau lampau eksaited macam terlebih makan dadah sampai skrip setiap episod pun depa duk dedah kat internet.

Sapa-sapa yang gila hantu tengok Game of Throne macam kami mampuih la nak tahan daulat lagu mana?  Okay dah jom tengok beberapa scene kegemaran akak untuk episod GoT 4-6 dan apakah ekspektasi akak untuk season finale.

click read more

22.8.17

SEA Games Kuala Lumpur 2017 Official Opening Ceremony Review


Hello u olls,

Last Jumaat akak kena demam panas jangkit daripada En.  Khafi yang sebelumnya demam panas juga.  Ya Allah bulan ni sahaja akak kena sakit dua kali.  Hari tu migraine teruk,  ini kena demam pulak.  Rasa macam nak mengamok-ngamok kat rumah sebab nak buat apa pun tak boleh u olls.
So from Jumaat sampai Ahad akak macam paralyzed kat rumah bersama ubat-ubat dan tissue untuk buang hingus,  so bila mai minggu ini barulah akak sempat nak tengok balik apa benda-benda semua nak update kat blog.

SOOOOOO!  SEA Games is here.  Kepada u olls-u olls yang pi tengok majlis pembukaan SEA GAMES Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil memang beruntung sangat sebab hangpa berkesempatan untuk menyaksikan satu persembahan warna-warni yang melakar sejarah negara kita.  Kak Senduk blogger meletops pi tengok acara ni secara live,  katanya dia beli tiket RM21 sahaja.  Not bad la harga tiket ni.

Kepada kita-kita semua tengoklah dalam TV,  tak kurang hebatnya kita tengok melalui TV.  Kepada yang terlepas macam akak,  masih boleh tengok juga.  Hang boleh tengok kat Youtube,  melalui channel khas Kuala Lumpur 2017.  Akak ada letak link kat bawah,  don't  worry.

So jom cerita sikit apa yang best masa majlis pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017!!

click read more

18.8.17

Dessert Murah dan Sedap by MamaHezra Pastry


Hello u olls,

Ni akak nak share dengan u olls pasai kawan akak dia buat dessert diberi nama MamaHezra Pastry.  Facebook depa dah ribu-ribu orang like sebab memang sedap sangat dan memang membuktikan peniaga suami isteri sekeluarga ni bekerja keras untuk perniagaan yang depa jalankan.  Sesuai dengan tagline depa #BersihNikmatBerkat.

MamaHezra Pastry adalah sempena nama anak bongsu pasangan Hadi dan Hasni yang selain daripada mengusahakan perniagaan pastry dan desserts ni,  depa juga adalah cikgu home tuition sepenuh masa.

Akak kawan rapat dengan Hadi sebab dia dari dulu adalah student Soc Sc USM.  Memang budak ni,  hari hari duk mai mengadap akak kat office.  Tanya itulah,  tanya inilah.  Last-last sampai dia dah beranak pinak,  bekerja,  berniaga semua pun....dia duk mai cari akak juga.  Baguih budak ni,  ingat orang-orang tua.


Ini gambar keluarga Hadi and Hasni yang hangpa patut pi check it out kat page Mama Hezra Pastry.  Akak pernah share kat Facebook status akak,  hangpa pi check it out.

So baru-baru ni dia mai lagi,  dia share dengan akak beberapa dessert yang dibuat oleh syarikat beliau iaitu cake,  pudding caramel dan dia bok mai juga red shell.  Masya Allah,  memang sedap wehs aku tak tipu kat hangpa.  Kalau bukan sebab aku dapat produk tu kat office pastu kakak-kakak staff lain pun ramai tengok produk ni,  mesti aku buat video dah tunjuk macam mana muka aku masa makan pudding caramel dia.  Ataupun ini bermakna aku kena order lagi dan pasni aku akan buat video tunjuk kat ampa semua.

Okay dah!  Hangpa mai tengok gambar pastu details semua akak dah tulis kat bawah.

click read more

17.8.17

Ulasan Filem The Lobster



Hello u olls,

Filem ni akak dah tengok lama dah.  Filem-filem macam The Lobster ni adalah salah satu sebab pasaipa,  akak kadang-kadang rasa macam trauma nak tengok filem baru.  Especially cerita yang kita tau,  dia macam falsafah macam mana ka,  teori pelik-pelik yang akan cuba mencungkil otak dan perasaan kita to the core,  pastu bila dah dapat korek sampai dalam,  otak dan hati kita akan berlubang sekejab untuk beberapa ketika.  Not ketika,  tapi kadang-kadang sampai berhari-hari dan berminggu.

The Lobster cerita yang diterbitkan tahun 2015 arahan Yorgos Lanthimos,  seorang pengarah filem dari Greece dan dilakonkan oleh beberapa pelakon utama yang amat meletops iaitu  Colin Farrell, Rachel Weisz, Jessica Barden dan ramai lagi.

Cerita ni punya pelik,  mangkak,  serr tapi still membuatkan aku rasa macam berlubang kepala otak dan hati sampai aku jadi trauma nak tengok filem-filem lain.  Jom baca review akak pasai cerita ni.


Plot Summary
Cerita ni bukan macam macam straight forward kisah kehidupan manusia yang kita boleh senang-senang paham.  Semua benda yang berlaku dalam perjalanan cerita ini ada makna yang tersembunyi. Kena tengok,  pikiaq,  kaji pastu sapa yang nak makan dalam makanlah.  Dia cerita latar belakang zaman yang kita tak kenali.  Bukan masa depan,  bukan masa lampau.  Bagi akak,  akak rasa macam ini adalah satu dunia yang penulis cipta sendiri.

Dia menceritakan tentang satu dunia di mana undang-undang telah menetapkan,  semua orang kena hidup berpasangan.  Kena kawen!  Pastu dah kawen,  wajib ada ada.  Kalau hang didapati hidup bersendirian,  kena cerai,  kena tinggal dengan pasangan,  adalah mandatori untuk hang berdaftar di sebuah hotel.

click read more

16.8.17

Berhentilah Menjadi Stalker


Hello u olls!

Okay ini adalah post berletiaq.  Sebenarnya,  penulisan ni apart of my previous article yang bertajuk "Social Media Player Yang Aku suka" mengenai beberapa orang yang akak selalu duk follow depa punya Facebook dan Insta apa semua.  Pastu terbeletiaq ni sekali,  mak tengok,  ehhh macam nice ja carutan ilmiah ni.  So mak copy paste dan buat artikel asing.  So,  artikel ni,  aku akan berletiaq ja kat hangpa.  Hangpa baca,  telan.


Akak nak cakap pasai stalker.  Stalker ni aku tak payah la nak habaq panjiang-panjiang apa benda.  Zaman lani,  stalker tak semestinya kena mai duduk dalam kereta,  bawak motor,  sembunyi-sembunyi mengendap orang yang depa nak stalk tu,  stalker tak payah mai dekat pun dia dah boleh jadi stalker dah.  Semuanya melalui handphone sahaja!  Sebab melalui handphone,  hang boleh tengok macam-macam pasai semua orang yang hangpa suka,  tak suka,  tak puas hati ka apa semua.

Sapa yang boleh jadi stalker?
Semua orang ada tendency nak jadi stalker.  Tapi rasanya,  orang yang paling mempunyai risiko tinggi nak jadi stalker ni adalah orang-orang yang terlalu sedih dengan hidup sendiri.  Terlalu sedih ataupun terlalu bohsan,  atau dua-dua sekali.  Pandai-pandailah hangpa kenali diri sendiri kan?  Jangan kata hang suri rumah tak tau nak buat apa kat rumah selain jaga anak-anak dan suami,  so bila time sendu-sendu,  hang pun stalk orang.  Wanita bekerjaya pun ada tendency nak jadi stalker juga.  Time boss duk sibuk membebel dalam mesyuarat,  dia duk sibuk tengok handphone dia,  check out sosmed milik orang yang dia minat tu.  Raplah nyah!!


click read more

15.8.17

Istiadat Persandingan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah dan Dennis Muhammad Abdullah


Hello u olls,

Jom tengok pula gambar sekitar Istiadat Persandingan antara YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dengan suaminya Dennis Muhammad Abdullah yang telah berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada malam 14 Ogos 2017.

Confirm lepas ni!!!!  Baju kurung moden macam ni akan popular balik!!!!

ps/  Satu ja mak nak komen pasai pemilihan salinan perkahwinan Tun Aminah Maimunah,  dia menunjukkan yang dia betul-betul seorang puteri raja.  Dia bezakan diri dia daripada kita-kita,  selebriti apa semua.  Sebagai seorang puteri,  dia tak perlu nak fancy-fancy masa majlis perkahwinanya kerana hari besar ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang puteri raja kerajaan Johor.

SELAMAT PENGANTIN BARU TUNKU TUN AMINAH DAN DENNIS MUHAMMAD
Pasangan Pengantin Diraja Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah selepas selesai Istiadat Persandingan DiRaja di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru malam ini (14 Ogos).
Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad turut meluangkan masa bersalaman dengan tetamu jemputan yang hadir.
#theroyaljohor#royalpressoffice
click read more

Gambar Pernikahan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah dan Dennis Muhammad Abdullah

Hello u olls,

Jom tengok gambar sekitar majlis perkahwinan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsung semalam 14 Ogos 2017 di Istana Bukit Serene.

Meletops puteri raja nikah pakai baju kurung moden kain polos sahaja. Takdak peplum 60 tingkat apatah lagi renda panjang 44 kaki. Love the simplicity of the outfit, cuma kalau nak komen pun, rambut tu...........Dia punya curl macam tak berapa nak kepuk dan maybe mungkin kena tarik half ikat kat belakang. Itu sahaja.  Tapi sapa yang buat baju kurung Tunku,  tidak dapat dipastikan.

Selain kaum kerabat keluarga Sultan Johor,  keluarga Dennis juga kelihatan.  Segak-segak kakak dia semua.  



click read more

Mabelo Si Pengilat Kuku Ajaib (Mabelo Yana 019-4527526)



Hello u olls, hari itu akak ada buat live video cara-cara nak pakai MABELO GLASS NAIL SHINER tapi haram tak jadi bukan sebab produk ni tak bagus, tapi akak terlalu bangang. So esok-esoknya, bawak mai opis, kami semua menerai nenjia hasilnya!

About This Produk
MABELO GLASS NAIL SHINER ni adalah satu PRODUK yang BERKESAN dalam MENENTUKAN BENTUK kuku dan MENGILATKAN permukaan KUKU menggunakan KAEDAH GOSOKAN sahaja.  Diperbuat daripada 100% TEMPERED GLOSS GLASS (KACA) yang berkualiti tinggi dan tahan lasak.
  • 100% Dari Kaca
  • Tiada Bahan Kimia
  • Mesra Wudhu’/Solat
  • Hanya Gegosok Jerrr
  • Tahan Kilat 3-4 Minggu
  • Alat Kecil & Mudah Dibawa
  • Lelaki Perempuan Boleh Guna
  • Disertakan Bersama Bekas Khas
  • Lalukan Air Jer Bagi Pembersihan Alat
  • Alat Mampu Bertahan Sehingga 2 Tahun

click read more

14.8.17

Social Media Player Yang Aku suka



Hello u olls,

Okay hari ini akak nak share dengan u olls pasai beberapa social media player yang akak suka.  Ini bukan kerja stalking okay!  Ini akak memang follow sebab depa depa yang akak nak sebut kat bawah ni boleh juga dikatakan sebagai penulis yang memang nakkan kita sebagai pembaca untuk baca.  Lani zaman dah modern u olls,  tak semestinya nak kena ada buku baru jadi penulis ataupun kena publish artikel dalam surat khabar baru orang boleh respect hang sebagai penulis,  blogger pun penulis!  And zaman sekarang dengan adanya laman-laman sosial like reddit,  Facebook dan jadah-jadah yang lain,  hang pun dah boleh panggil diri hang penulis.

So nama-nama kat bawah ini adalah penulis!  Dan aku follow depa apabila aku boring-boring dan nak relax-relax,  aku akan bukak social media depa dan tengok apa posting terkini depa.  Hangpa nampak tak aku pakai terma social media player?  Pemain media sosial...terma ni aku yang reka.  HAHAH.  Yala,  depa pemain sebab depa yang duk reka apa sahaja gambar,  penulisan (posting) atau video yang lawak dan best untuk kita tengok iaitu penonton.

Okay dah jom tengok sapa social media player yang aku follow and mana nak tau pasni hangpa boleh follow juga!

click read more

11.8.17

My Favorite Game Of Thrones Moments for Season 7 (Episode 1-3)


Hello u olls,

Wehssssssssssssssssssssssss...ingatkan takdak sapa pun yang sokong kalau aku buat ulasan pasai Game of Thrones,  drama TV fantasi yang menjadi kegemaran aku melalui saluran HBO.  Like tahun lepas,  setiap minggu aku buat ulasan macam gila tapi tak banyak pun yang baca dan bagi support.  So aku malaih la nak buat tahun ni,  rupa-rupanya ada jugalah dua tiga orang (tak sampai sepuluh) yang nak aku buat review juga.  Wehsss...terima kasih aku tak la rasa macam duk cakap sorang-sorang.  HAHAHAH

And sorang tu komen kat Facebook aku rupanya,  disebabkan review tahun lepas pasai GoT kat blog aku,  dia pun eksaited dah tengok semua episod dalam 6 buah musim yang telah habis.  SHABAS BETEI!!!

Actually tahun ni aku tak berapa nak eksaited nak buat review pasai GoT bukan sahaja sebab aku tau pembaca blog aku lagi suka nak baca cerita pasai Aliff Aziz (baru-baru ni punya artikel sahaja satu hari hangpa semua mai serbu blog aku baca sampai 17k klik untuk satu hari....toyess..............),  so tak ramai yang berminat nak amik tau pasai drama TV mat salleh yang dahla cakap orang puteh,  pastu style cerita merapu ada zombi salji la,  ada naga la,  ada orang kerdil la dan macam-macam lagi.

Selain daripada tu,  aku sebenarnya macam tak berapa semangat nak review sebab this year,  aku kan dah pindah rumah baru.  Untuk pengetahuan ampa,  rumah baru aku takdak TV lagi.  HAHAHAH.  Ada washer machine ja. Dari mula dia beli washer machine tu,  hari hari aku basuh baju,  "Teeeneee tenee te neee " bunyi washer machine bila dipicit.   Laki aku pun kata, "Awat hang boring ka sebab tak boleh tekan TV hang duk tekan washer machine?" Aku tengok muka laki aku sambil tunjuk #jaritengah.

Sooo bila takdak TV kat rumah,  mana aku ada access to HBO melainkan tengok orang duk review/spoiler kat Youtube.  Pastu tunggu seminggu baru aku download secara haram melalui aplikasi Showbox kat handphone aku.

Tapi takpalah,  kita review juga,  tapi review sekali harung 3 episod sekali gus.  Baiklah,  jom baca my favorite GoT moments untuk Season 7 (Episode 1-3).


click read more

2.8.17

Senarai Wedding Dress Selebriti Yang Termahal


Hello u olls,

Hari ini akak sahaja nak share maklumat pasai gaun-gaun perkahwinan yang dipakai oleh para selebriti barat yang mahal-mahal nak mampus punya.  Akak cari info ni dengan menggodek beberapa laman web yang membuat ulasan tentang baju-baju kawen yang mahal,  so akak buat perbandingan dan akak bubuh dalam list ini.

Akak masukkan baju-baju yang dipakai oleh para selebriti semasa depa kawen dan baju-baju ni semua harga dia USD100k ke atas.  Gila babi bermakna kalau kali dengan harga Ringgit Malaysia yang makin merudum ni,  lebih kurang RM400k dan ke atas.  Boleh beli rumah apartment siap ada jimnasium dan swimming pool u olls.  

Okay lah!  Jom kita tengok!


click read more

1.8.17

Dato Aliff Syukri Makan Di Tepi Jalan

Hello u olls, ini rasanya kali pertama aku nak story pasai Dato Aliff Syukri.  Sapa tak kenal jutawan produk terlajak laris yang meletops tu. Actually pandangan ikhlas aku pasai dia ni, satu ja. “Biasalah…pondan noks. Kot mana pun perangai pondan macam tu la.”

“Tapi dia dah kawen, ada anak semua…takkan dia pondan!!” Makcik-makcik heteroseksual sekalian yang hanya tau dunia hangpa saja, sila diam. Ni gang-gang mak ayam sahaja yang nak bersembang.  Dah kalau masih ada organ pembiakan yang sempurna, kak tom yang ada janggut pun boleh mengandung dan melahirkan.


Dato Aliff Syukri sebagai seorang peniaga yang berjaya berusaha bersungguh-sungguh untuk create suatu fenomena dari semasa ke semasa untuk memastikan nama dia ada di atas, juga bertujuan untuk memudahkan promosi produk yang dijual oleh syarikatnya. Daripada dulu ada macam-macam kisah yang dipaparkan oleh Dato Aliff Syukri dalam laman medsosnya yang turut menjadi perhatian dan ikutan umum.

Kalau tak nampak, Dato' Aliff tulis "sedih sy bila bawa gi restoren bawa bekal sbb kat sini makanan halal amat susah nak dpt..baru je cadang nak oder lah air biar cover skit nak tumpang makan..tapi kami kena halau .. jadi kami makan lah di tpi jalan".

Terkini dalam satu paparan kembaranya bersama keluarga ke luar negara, dia duk buat teruk dengan menunjukkan gambar dia dan keluarga makan kat tepi jalan. Niat? Nak tunjuk dia humble dan jenis tak kisah makan kat tepi jalan, lauk pauk masak sendiri sebab dia nak makan makanan halal. Tindakan dia mendapat teguran Datuk Chef Wan.


click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE