29.8.17

Akak, En. Khafi dan Jamban

Hello u olls,

2 September ini adalah tarikh anniversary perkahwinan akak dan En Khafi.  Ya Allah,  tup tup dah 6 tahun kami kawen-kawen.  Rasanya bulan ini,  tahun ini takdak kot fancy-fancy dinner apa semua.  Duit semua duk pakai beli barang baru untuk rumah sewa kami.  Hala....ini first time kami nak duduk sendiri so banyak barang rumah semua duk kena beli and kami banyak beli barang secara tunai tak mau hutang-hutang.  Sebulan beli 1 atau dua barang gitu...

So baru-baru ni kami duk makan sushi (tu ja laaa makan mahai bulan ni),  pastu kami duk cakap pasai annivesary kami pastu kami duk cakap pasai kenangan-kenangan kami kat jamban yang lawak dan kami duk cerita sampai gelak lagi sikit nak tercekik sushi dan kami bersetuju nak share dengan hangpa.  Cerita ni pendek-pendek dan tak senonoh sikit.  Sapa yang IQ rendah duk bayang berak pun boleh muntah,  you can quit now.

Jom baca.


click read more


Kisah 1 - Allah Hu Akbar
Pada satu hujung minggu,  akak dan kawan-kawan pi Thai Food Festival di Padang Kota.  Dalam banyak-banyak makanan yang akak beli dan cuba adalah satu jenis keropok yang diperbuat daripada ketam kecil.  Bukan soft shell crab,  tapi anak ketam kecik yang di goreng sampai rangup dan disadur dengan rempah ratus.  Pedas-pedas dan manis gitu.

So akak pun beli dan makan perabis semua ketam tu.  Tak lama lepas tu akak mengalami kesusahan untuk berak.  Susah yang amat sangat.  Bila pikiaq-pikiaq balik,  dalam banyak-banyak makanan,
apakah benda pelik yang menyebabkan aku tiba-tiba constipation ni?  Then aku terpikiaq,  dalam banyak-banyak ni mesti sebab ketam goreng ni.

So akak pun duk try berak banyak hari tapi tak boleh nak berak u olls.  Akak try minum yogurt,  makan buah semua tapi tak jadi!  Tak boleh nak berak juga.  Tapi sampai hari ketiga rasanya sebab dah banyak pelawas akak makan,  so inilah masanya untuk berak.

Akak pun standby atas mangkuk jamban meneran perut untuk berak,  sakit perut dan lubang pungkok jangan cakaplah.  Sial punya orang Siam yang tipu aku.  Bayangkan all the calcium i ate hasil daripada kulit-kulit ketam tu!  Mother fucker betui.  Last sekali dalam duk mengeras nak berak ni punya tak tahan sakit,  akak pun jerit dalam jamban "Allah hu akhbar!!!!"

Pastu tiba-tiba En Khafi mai dan tendang pintu jamban yang tak berkunci...."Awat hang gila duk sebut nama Allah dalam jamban!!!"

"Hang keluaq la bodo...sakit laaaaaa.....Ya Allah.....sakittt....."

Story cut short.  Kami punya duk gelak bila ingat scene tu sebab lepas tu kami bergaduh mulut sampai akak terberak teruih.  Tapi sakit Ya Allah tak boleh nak bayangkan.  Ampa kalau pi Thai Festival jangan duk beli keropok anak ketam tu semua siye penipu.



Kisah 2 - Flush Dua Kali
Kami duk tengok TV,  pastu Khafi kata "Sat nak berak...." dia pun bangun dan pi berak.  Pastu dia pi berak punyalah lama.  Selalunya berak tak payah lama-lama,  15 min pun paling lama.  Ni sampai dua kali aku tengok iklan,  tapi dia tak habis-habis.

Last sekali dia mai.  "Awat berak lama?"

"Sebab aku kena tunggu,  bagi tong jamban tu penuh ayaq.  Aku kena flush dua kali,"

"Haa?  Pasaipa nak kena flush sampai dua kali?"

"Sebab taik aku besaq...macam cota..."

"AHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHA"



Kisah 3 - Abang dan Angsa
Ini cerita kat rumah baru kami di TTS.  Jamban dan bilik mandi adalah satu bilik.  So,  satu hari,  akak duk berak.  Pastu tiba-tiba hasben akak ketuk pintu dan kata "Awat?"

Akak bukak sikit pintu jamban.  "Awat?"

Khafi kata "Awat hang panggil aku?"

"Bila masa aku panggil hang?"

Tiba-tiba terdengar bunyi angsa yang dibela oleh jiran kami di belakang rumah.  Angsa itu berbunyi "Angg....ang..."

Memang sama dengan suara akak kalau panggil laki akak kat rumah dengan suara garau dan anti-romantik langsung "Abang...abang...."

Pastu kami pecah gelak balik.  HAHAHAHAHHAHAHAHAH


Sekian sahaja,  selamat pengantin baru untuk semua yang bakal berkahwin dan telah berkahwin pada musim mengawan (cuti sekolah) yang lalu dan selamat ulang tahun juga kepada semua teman-teman yang sedang meraikan ulang tahun cinta kamu di bulan September ini.


6 comments:

  1. Jumie! hahaha "ang.. ang.. " kakmona baca tak berhenti gelak! bengong jumie hahahah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak post kat facebook lagi kak mona dah baca.....

      Delete
  2. Hang buat aku gelak nk pecah perut malam2 ni weyyy.. haree

    ReplyDelete
  3. hahahahhahhaa sewwellll dah gelak ni!!!! angsa ang2 tu mmg kenot help! hahahhahaha. vengong tawww! sempoii ampa laki bini weii!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...