15.8.17

Gambar Pernikahan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah dan Dennis Muhammad Abdullah

Hello u olls,

Jom tengok gambar sekitar majlis perkahwinan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsung semalam 14 Ogos 2017 di Istana Bukit Serene.

Meletops puteri raja nikah pakai baju kurung moden kain polos sahaja. Takdak peplum 60 tingkat apatah lagi renda panjang 44 kaki. Love the simplicity of the outfit, cuma kalau nak komen pun, rambut tu...........Dia punya curl macam tak berapa nak kepuk dan maybe mungkin kena tarik half ikat kat belakang. Itu sahaja.  Tapi sapa yang buat baju kurung Tunku,  tidak dapat dipastikan.

Selain kaum kerabat keluarga Sultan Johor,  keluarga Dennis juga kelihatan.  Segak-segak kakak dia semua.  



click read more

TUNKU TUN AMINAH KINI BERGELAR ISTERI DENNIS MUHAMMAD
Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam Bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene di sini, hari ini (14 Ogos).
Pasangan DiRaja itu kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato' Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan.
Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.
Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda. Sumber - The Royal Johor













PUTERI JOHOR SEDIA MULA KEHIDUPAN SEBAGAI SUAMI ISTERI
Tanggal 14 Ogos (esok) menjadi hari cukup bersejarah buat YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah.
Istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah akan diadakan di Istana Bukit Serene disebelah pagi, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah. Manakala, disebelah malam pula, pengantin DiRaja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.
“Selepas berkahwin, kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri,” kata YAM Tunku Tun Aminah.
Kesemua istiadat itu akan dijalankan dengan penuh adat istiadat dan budaya Diraja Johor, di mana pengantin perempuan akan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga, manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.
Kira-kira 1,200 tetamu akan menghadiri majlis ringkas tapi penuh bermakna itu yang akan turut dipancarkan secara langsung kepada orang ramai menerusi skrin digital gergasi, ditempatkan di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru. - Sumber The Royal Johor


































No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...