29.8.17

Game of Thrones Season 7 Finale Review

Hello u olls!

Harap-harap di kala akak buat review untuk Game of Thrones Season 7 Finale yang diberi nama The Dragon and the Wolf. Kalau sapa-sapa yang tak tengok lagi,  sila jangan baca blog akak ni,  pi katop buang,  pi tengok dulu episod ni pastu baru kita sembang,  sebab spoiler berlambak.

Okay lah kepada yang dah tengok awai,  jom kita sama-sama bincangkan beberapa benda best dan tak best pasai episod finale ini da juga kesimpulan season 7 secara keseluruhan.


The Dragon and the Wolf
So episod akhir ini diberi nama The Dragon and the Wolf,  bukan untuk melambangkan Daenerys Targaryen dan Jon Snow yang akhirnya beromen atas boat dalam perjalanan dari Dragon Stone ke Winterfell,  tetapi ini adalah melambangkan percintaa antara Rhaegar Targaryen dan juga Lyana Stark.  Disebabkan percintaan depa dorang ni lah yang menyebabkan Robert Baratheon mengamok dan ajak semua gang-gang dia pi serang King's Landing dulu.  Sebab Rober Baratheon duk syiok kat Lyana,  tiba-tiba Lyana kena culik dengan Rhaegar dan depa duk ingat yang Lyana ni kena rogol apa semua dah.


click read more


Dalam season yang lalu kita tengok Ned Stark masa muda-muda pi fight kat Tower of Joy untuk selamatkan kakak dia Lyana Stark tapi rupanya masa dia sampai,  Lyana dah nak mampuih sebab beranak kat Jon Snow.  Dalam episod ni depa tunjuk scene lepaih Samwell habaq kat Bran kata,  dia ada baca dalam diari Maestor dulu-dulu kata dia bagi kawen Lyana dan Rhaegar.  Pastu teruih cepat-cepat depa tunjuk scene Lyana dan Rhaegar kawen tepi sungai.  Walaupun macam terlalu singkat dan pendek,  tapi mak sempat menitiskan air mata jantan mak.

So episod terakhir ini diberi nama The Dragon and the Wolf sebagai lambang penyatuan dua cinta ni.  Kalaulah depa buat spin off episode,  tunjuk balik macam mana Lyana menyamar jadi Knight of the Laughing Tree untuk fight dalam tourney at Harrenhal untuk balaih dendam atas Howland Reed yang kena buli.  Sebab lepas scene ni la Rhaegar mesti dapat tau rupanya  Knight of the Laughing Tree adalah seorang perempuan cantek bernama Lyana!!


Akhirnya Pakcik Misai Mampuih
YESSSSSS!! Akhirnya deni mampuih dah.  Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku punya syiok tengok dia menangeh macam budak kecik merayu-rayu depan Sansa.  Tapi apa pun,  kita semua kena puji dan respek kat Sansa.  Walaupun pada season 1 semua dulu dia bermula sebagai watak budak-budak perempuan feeling cantek nak kawen dengan putera raja sahaja,  tapi lepas apa semua kesusahan yang dia lalui dia membesar menjadi seorang wanita yang bertanggungjawab.  Kalau ampa perasan,  masa abang dia Jon Snow pi Dragon Stone untuk cari Danny,  Sansa bukan duduk saja goyang tetek.  Dia duk pi check semua persiapan peralatan perang,  duk kira stok makanan semua untuk rakyat.

Pastu masa dalam banyak scene-scene lain,  dia duk kena serang dengan Arya.  Bila Arya duk tuduh kata dia yang betray family depa,  tuduh kata sebab dia la family depa semua mampuih...tapi dia relaks ja.  Dia balaih elok-elok dan tak gelabah.  Kalau lah adik aku duk mai attack aku macam tu,  mampuih aku nanti mengamok tukar jadi naga dah.

Pastu lebih licik apabila Littlefinger duk mai hasut dia macam-macam,  dia betul-betul dah belajar semua style dan cara Littlefinger yang penipu dan suka hasut orang untuk kesenangan diri sendiri.  Sansa berlakon depan LF menunjukkan dia betul-betul percaya kat LF,  tapi akhirnya pada hari yang ditetapkan,  Sansa bergabung dengan adik dia Arya dan Bran dua-dua menjatuhkan hukum pada LF.

Cuma rasa macam tak puaih hati Arya bunuh kelaq lehiaq macam tu ja.  Mak rasa macam nak tengok dia dibunuh dengan lebih teruk lagi.  HAHAHAHHA



Season 7 Yang Dipendekkan
Fuck aku tak suka season 7.  Mampuihlah walaupun banyak benda dapat ditunjukkan dan diceritakan dalam season ini tetapi kalau ampa tengok,  semua scene-scene penting macam throwback kawen Rhaegar dan Lyana,  perjalanan cerita (masa travel setiap karakter) dipendekkan.  Semua benda macam cut cut short macam siye.  Season yang dulu-dulu semua 10 episod,  kali ni 7 sahaja dan semua episod pun tetap 1 jam dan ada juga yang tak sampai 1 jam pun.  So macam tak puaih u olls.  Mak rasa macam HBO macam nak cut jadi pendek sebab tak mau rugi.

Tapi still,  apa pun aku tetap suka season finale ni sebab aku rasa semua pelakon bagi 100% fucking best punya mutu lakonan.  Cersei especially macam siye la deni dari dulu aku suka cara dia sustain muka firashat tak puaih hati dia.  Tyrion pun berlakon best especially masa dia pi berdepan dengan Cersei dan apa dia kata sampai Cersei patah balik?



Epic Scene
Ada banyak epic scene dalam episod finale ini.  Tapi semua scene pendek-pendek....mak rasa macam tak puas hati.  Patutnya semua scene-scene hebat dalam episod ni boleh pecah jadi dua episod lagi....Aku buat list kat bawah macam ni:

  1. Pertemuan semua karakter penting kat Dragon's Pit di King's Landing.  Sangat epic u olls!

  2. Danny mai dengan naga,  deni musibat la suka duk buat macam dahsyat mana-mana.  Mentang-mentang dia ada naga.  Dah la mai meeting lambat.  Aku rasa scene ni walaupun epic kan?  Tapi agak poyo kalau pikiaq balik.  Macam kita semua kawan-kawan nak meeting kat mamak,  semua orang dah mai meeting.  Tiba-tiba kawan kita ni sorang baru bok keluaq kereta Honda baru pastu dia sorang mai lambat dan pilih untuk parking betul-betul depan meja yang kita duk meeting kat tepi longkang depan Mamak tu.  Kan?

  3. Muka Cersei masa Zombie Antartika tu nak makan dia.  HAHAHAHAH best.

  4. Little Finger kena bunuh! (mak dah cakap kat atas)

  5. Kemunculan Rhaegar Targaryen (mak akan cerita kat bawah)

  6. Boat Sex...(mak akan cerita kat bawah)

  7. Pergaduhan besar antara Cersei dan Jamie. Kesian kat Jamie time ni,  dia baru macam sedaq yang love of his life,  walaupun depa incest tapi depa love kuat dari dulu.  Tapi lani baru dia sedaq yang kakak dia,  Cersei ni gila.  Lebih pentingkan maruah diri,  dendam kesumat dan kebencian tak tentu hala sampai sanggup biar rakyat dan negara hancuq.  So Jamie amik keputusan untuk blah dan tinggalkan Cersei.  Scene yang Cersei macam dah bagi order untuk bunuh Jamie pun kesian juga...tapi tak bunuh sebab depa love kot.  Cersei ni memang celaka.

  8. Dan of course takkan akak nak tinggalkan iaitu penutup season finale apabila Night King mai attacked dah The Wall dengan askar-askar Zombie Antartika dia semua.  Sekali nenjiaaa...naga dia yang baru sahaja bertukar menjadi zombie mai api warna biru sampai habih semua the wall runtuh teruih.  Ini menunjukkan bahawa api naga tu jadi magic yang boleh menghapuskan kuasa magic kat the wall tu.  Sebab the wall tu ada kuasa magic yang dibubuh oleh Bran the Builder dan Children of the Forest untuk menghalang puak Zombie antartika ni semua masuk ke negara-negara di Selatan.  Mampuih dah lepas ni depa dah boleh masuk.  

Rock The Boat
Takkanlah aku tak mau cakap pasai benda ni.  Aiiiyooo akhirnya Jon Snow dan Daenerys Targaryen pun beromen.  HAHAHAH mesti semua orang pun duk merecik tengok scene ni ka?  Jon Snow punya pungkok cantek ka?  Bulat elok macam mana ka.  HAHAHAH.  Tapi macam jantan la Jon Snow dia nak mai,  dia ketuk pintu minta kebenaran nak masuk.  Depa tak tunjuk macam mana bukak baju,  duduk atas katil,  bagi salam semua...hahaha tunjuk-tunjuk duk romen telanjang dah.

Pastu ada satu part tu tunjuk,  POV ada orang duk perati dari luar pintu bilik depa duk romen.  Mak duk ingat ni mesti POV Ser Jorah yang mesti rasa sedih sentap makan ati semua abih poen dia duk mau dapat kat Jon Snow,  tapi rupa-rupanya itu adalah POV Tyrion Lannister.  Awat muka Tyrion macam sedih sentap?  Ampa rasa Tyrion macam sedih ka sebab dia ada hati kat Danny?  Ataupun dia sebagai Queen's Hand rasa macam ini adalah cabaran baru untuk dia sebab lepas ni Danny mesti akan kawen ka dengan Jon Snow dan nasihat dia sebagai Queen's Hand akan tercabar.  Nak kena baca pasai ni semua kat Quora.  

Tapi apa pun,  semua orang duk macam kutuk-kutuk kat 9GAG kata,  Jon Snow ser duk fuck dengan makcik sendiri.  Tapi Jamie dengan Cersei lagi ser depa adik beradik kembaq teruih duk romen sampai mengandung beranak semua. 


Kemunculan Rhaegar Targaryen
Sedikit kecewa sebab Rhaegar tak la sehemsem yang aku bayangkan dalam otak aku dan daripada lukisan peminat-peminat GoT yang cuba gambarkan macam mana muka Rhaegar Targaryen.  Walaupun depa tunjuk kot tepi ja scene kawen tu,  tapi duk boleh rasa dah Rhaegar tu macam tak berapa hemsem sangat pun,  tapi pelakon yang berlakon jadi watak ni,  dia pelakon yang tak berapa dikenali tapi okay la hemsem la juga.


Mak duk bayang dia hemsem macam mana ka paling kurang pun Legolas dalam cerita Lord of The Ring,  tapi kot tepi tengok macam allaaaaaa...walaupun hakikat scene tu keluar sikit ja.

Macam gay-gay sikit mak tengok dia.  Nama dia Wilf Scolding dan Instagram dia baru 7k followers.



Harapan Akak Untuk Season 8
Harapan akak untuk season 8 adalah janganlah ampa duk delay sebab depa kata akan tayang pada 2019 bukan 2018.  Mampuih nak kena tunggu punya lama.  Akak harap juga season depan janganla duk buat cut cut short sangat. Tak puaih la tengok semua scene cerita dicompressed menjadi cerita yang amat pendek.

Dan season depan adalah season penghabisan,  tak boleh nak bayangkan apakah ending cerita ini.  Tapi aku pasti,  semua orang akan mampuih sebab GRR Martin sendiri telah sahkan bahawa All Men Must Die.  Tapi dia ada juga sahkan bahawa ending ini akan ada bittersweet,  silap hari bulan nanti semua orang mampuih,  yang hidup Samwell Tarly sahaja.  Pastu dia diangkat jadi Maester ataupun Queen's Hand or King's Hand who ever yang hidup lagi untuk jadi raja....pastu Samwell akan siapkan buku dia untuk ceritakan semua sejarah yang berlaku daripada Robert Barotheon punya kes sampai last sekali semua mampuih dan dia namakan buku ini The Tale of Song and Fire.  Kerlas......

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...