Featured Post

#PrayforPenang

15.8.17

Istiadat Persandingan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah dan Dennis Muhammad Abdullah


Hello u olls,

Jom tengok pula gambar sekitar Istiadat Persandingan antara YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dengan suaminya Dennis Muhammad Abdullah yang telah berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada malam 14 Ogos 2017.

Confirm lepas ni!!!!  Baju kurung moden macam ni akan popular balik!!!!

ps/  Satu ja mak nak komen pasai pemilihan salinan perkahwinan Tun Aminah Maimunah,  dia menunjukkan yang dia betul-betul seorang puteri raja.  Dia bezakan diri dia daripada kita-kita,  selebriti apa semua.  Sebagai seorang puteri,  dia tak perlu nak fancy-fancy masa majlis perkahwinanya kerana hari besar ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang puteri raja kerajaan Johor.

SELAMAT PENGANTIN BARU TUNKU TUN AMINAH DAN DENNIS MUHAMMAD
Pasangan Pengantin Diraja Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah selepas selesai Istiadat Persandingan DiRaja di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru malam ini (14 Ogos).
Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad turut meluangkan masa bersalaman dengan tetamu jemputan yang hadir.
#theroyaljohor#royalpressoffice
click read more








SULTAN BRUNEI DAHULUI ISTIADAT MERENJIS DAN TEPUNG TAWAR PASANGAN DIRAJA JOHOR
KDYMM Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memulakan Istiadat Merenjis dan Tepung Tawar Pengantin DiRaja Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini (14 Ogos).
Ia diikuti dengan isterinya, KYDMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; KDYMM Pemangku Raja Pahang TengkuMahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah dan KDYMM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar; DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; dan ibu bapa Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas.










Istiadat Persandingan DiRaja di Istana Besar malam ini berlangsung dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Diraja Johor.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teoh Chee Hean dan isteri.
#theroyaljohor#royalpressoffice





YAM TUNKU TUN AMINAH, DENNIS MUHAMMAD TIBA DI ISTANA BESAR
Pasangan Pengantin DiRaja, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah tiba di perkarangan Istana Besar Johor Bahru menaiki kereta vintaj Mercedes Limousine Covertible, sambil diiringi pengiring bermotosikal dari Polis Diraja Malaysia dan juga anggota Askar Timbalan Setia Negeri.
Mereka berangkat tiba di Istana Besar dan disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar.

Kira-kira 1,200 tetamu menghadiri Istiadat Persandingan yang akan disaksikan oleh sekalian anggota kerabat diraja, orang kenamaan, dan ditonton oleh rakyat jelata menerusi dua skrin gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bharu.

Sumber gambar dan maklumat dari FB The Royal Johor

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...