Featured Post

#PrayforPenang

16.8.17

Lagenda Express @ USM


Hello u olls,

Hari ini akak nak share dengan u olls tentang sebuah cafe yang baru dibuka dalam USM.  Cawangan daripada Lagenda Cafe di Campbell Street yang akak pernah share kat blog akak banyak kali dulu.  So cawangan baru ni dinamakan,  Lagenda Express.  

Depa serve breakfast, lunch and afternoon tea.  Tak banyak pilihan macam kat Lagenda Cafe.  Tapi yang bestnya,  depa ada set. Set dia RM13.90 ja!   Setiap set ada main dish, air sirap selasih and sagu gula melaka as dessert.  Ada macam-macam pilihan main dish like blue rice with rendang, chicken chop, fish and chips and lain-lain untuk set-set tu.  Tapi potion dia dan plating dia lain sikitla daripada Lagenda Cafe sebab kat sini lebih murah noks.

Rasa memang tetap meletops, lokasi pun nice dan cozy. (Cuma yang tak best, sana punya internet reception very poor...so kalau mai makan dengan kawan2 we can really pay attention to the conversation.

Menu
Akak dapat soft copy menu daripada tauker depa.  Kerlas.....so akak bubuh kat sini.  Hangpa kalau nak booking awal ka,  reserve meja,  boleh contact tauke dia teruih Shad,  +60 12-437 5449 (whatsapp atau call).  

click read more




Lokasi
Ground floor Eureka Building (depan Masjid USM), cari cafeteria.


Tempat ni best untuk?
Selain mai makan-makan lunch ka apa semua,  tempat ni sebab dia nampak macam klass dan  meletops.  So macam nice la kalau kita ada pelawat dari mana-mana,  so boleh la kita bawak mai makan kat sini,  sambil sembang-sembang relaks.  And depa terima juga tempahan untuk catering dan juga nak buat private function.  Apa-apa contact la tauke depa na.


Waktu Operasi
8:00 pagi hingga 5:00 petang
Isnin - Jumaat sahaja.


Contact
Shad Kamarulzaman +60 12-437 5449 
Facebook:  Lagenda Express

Okay dah tak mau cakap banyak,  akak share gambar kat ampa!









Ini set nasi dengan rendang daging. Siries sedap!  Nampak macam sikit tapi untuk wanita agam macam akak.....sangat cukup!


Ini set western yang kawan akak order.  Chicken chop dengan fries.  Takdak sayoq.  Tapi potion ni besaq wehs!!! Memang okay sangatlah dengan harga RM13.90 ja pon!!


Okay hangpa dah tengok gambaq semua kan.  Jangan lupa untuk pi check it out tempat ni.  And follow depa on Facebook:  Lagenda Express


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...