CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

11.8.17

My Favorite Game Of Thrones Moments for Season 7 (Episode 1-3)


Hello u olls,

Wehssssssssssssssssssssssss...ingatkan takdak sapa pun yang sokong kalau aku buat ulasan pasai Game of Thrones,  drama TV fantasi yang menjadi kegemaran aku melalui saluran HBO.  Like tahun lepas,  setiap minggu aku buat ulasan macam gila tapi tak banyak pun yang baca dan bagi support.  So aku malaih la nak buat tahun ni,  rupa-rupanya ada jugalah dua tiga orang (tak sampai sepuluh) yang nak aku buat review juga.  Wehsss...terima kasih aku tak la rasa macam duk cakap sorang-sorang.  HAHAHAH

And sorang tu komen kat Facebook aku rupanya,  disebabkan review tahun lepas pasai GoT kat blog aku,  dia pun eksaited dah tengok semua episod dalam 6 buah musim yang telah habis.  SHABAS BETEI!!!

Actually tahun ni aku tak berapa nak eksaited nak buat review pasai GoT bukan sahaja sebab aku tau pembaca blog aku lagi suka nak baca cerita pasai Aliff Aziz (baru-baru ni punya artikel sahaja satu hari hangpa semua mai serbu blog aku baca sampai 17k klik untuk satu hari....toyess..............),  so tak ramai yang berminat nak amik tau pasai drama TV mat salleh yang dahla cakap orang puteh,  pastu style cerita merapu ada zombi salji la,  ada naga la,  ada orang kerdil la dan macam-macam lagi.

Selain daripada tu,  aku sebenarnya macam tak berapa semangat nak review sebab this year,  aku kan dah pindah rumah baru.  Untuk pengetahuan ampa,  rumah baru aku takdak TV lagi.  HAHAHAH.  Ada washer machine ja. Dari mula dia beli washer machine tu,  hari hari aku basuh baju,  "Teeeneee tenee te neee " bunyi washer machine bila dipicit.   Laki aku pun kata, "Awat hang boring ka sebab tak boleh tekan TV hang duk tekan washer machine?" Aku tengok muka laki aku sambil tunjuk #jaritengah.

Sooo bila takdak TV kat rumah,  mana aku ada access to HBO melainkan tengok orang duk review/spoiler kat Youtube.  Pastu tunggu seminggu baru aku download secara haram melalui aplikasi Showbox kat handphone aku.

Tapi takpalah,  kita review juga,  tapi review sekali harung 3 episod sekali gus.  Baiklah,  jom baca my favorite GoT moments untuk Season 7 (Episode 1-3).


click read more



Episode 1 - Dragonstone

Arya Bunuh semua Freys
Pembukaan episod yang memang rancak!!  HAHAHAH Hala kalau kita tengok episod terakhir masa musim keenam kita boleh tengok macam mana Arya bunuh Walder Frey lepas suruh dia makan pie yang dia masak menggunakan badan anak-anak Walder Frey sendiri.  YUCKS.  Steadylah Arya.....deni memang makin lama makin ganas.    Aku tak sabaq nak tunggu dia bunuh orang-orang lain dalam list dia.  Tu pun dah ramai orang dalam list dia yang dah mati (sebab orang lain bunuh dan yang dia bunuh sendiri),  tapi aku sangat mendoakan dia bunuh Littlefingers.  Littlefingers takdak dalam list dia, tapi barua siye tu la bangsat yang Arya patut bunuh.  Ramai habaq kata dalam episod 5,  Arya akan bunuh Littlefingers sebab LF cuba nak api-apikan Arya dan Sansa.  Wrong bitch la wehs.  Cercei ada dalam senarai Arya nak bunuh,  tapi boleh tak kalau aku nak doakan,  bukan Arya yang bunuh Cercei tetapi Jamie sendiri!  OMG...best kan?


Perbincangan dalam Winterfell
Dalam perbincangan di Winterfell,  Jon Sow macam tak mau nak hapuskan keluarga Umber and Karstark yang dah betray Stark dengan menyokong keluarga Bolton.  Semua orang nak hapuskan dua keluarga ni,  minta ahli keluarga yang masih muda dari dua buah keluarga ni keluar dari Istana depa pastu bagi istana tu kepada keluarga North yang telah loyal kepada keluarga Starks.  Semua orang sokong untuk hapuskan dua keluarga ni termasuk Sansa, kecuali Jon Snow.  Kat sini memang tunjuklah Jon Snow hero.

Tapi aku faham pasaipa dia tak mau bagi dua keluarga ni dihapuskan hanya sebab bapak-bapak depa yang buat keputusan yang salah,  aku rasa Jon Snow tak mau budak-budak ni rasa apa yang dia sendiri rasa apabila Winterfell sendiri diambil alih oleh keluarga-keluarga lain.  Baguih Jon Snow ni.  Pastu dia sebagai King of The North telah mensatriakan dua budak kecik daripada dua buah keluarga ni.  

Pastu dalam meeting ni juga depa meeting pasai semua keluarga kena start berlatih jadi askar,  tak kisahlah lelaki ataupun perempuan.  Masa ni Lyana Mormont style duk buat macam ranggi dia kata "
I dont need permission to defend the north,' STEADYYlah Lyana.  Aku suka pompuan ni.



Samwell Tarly dan Tahi
Sam kan lani duk ada kat Citadel.  Ingatkan dia boleh start la jadi pelajar baca buku banyak-banyak semua,  instead antara rutin harian dia adalah mencuci taik-taik para maester yang sakit.  YUCKS!!!


Brienne Loves Tormund
Aksi flirting Tormund the Wilding dengan Brienne masa dia tengok Brienne duk berlatih fight dengan Pod.  Pod duk kena belasah teruk dengan Brienne.  Pastu Tormund kata kat Pod,  "You are one lucky man" HAHAHAH butohhhh...hangpa rasa pepek Brienne berayaq tak dengar ni?  Tapi Brienne macam freak takut tengok Tormund.  HAHAHA



Professor Slughorn!  
Aku syiok apabila pelakon lama dari UK iaitu Jim Broadbent muncul dengan membawakan watak Archmaester Ebrose di Citadel.  Dia yang duk ajar Samwell Tarly.  Dalam cerita Harry Potter,  dia berlakon jadi Professor Slughorn,  cikgu Potion yang menggantikan Profesor Snape dalam buku The Half Blood Prince.

Edd Sheeren
Haaaaa....tiba-tiba dalam perjalanan Arya menuju King's Landing, dia jumpa satu group askar.  Tak taula depa ni askar mana,  askar Lannister kot.  Tapi salah seorang daripada askar tu adalah Edd Sheeren duk nyanyi-nyanyi dengan mata juling itik dia sikit.  Hahahaha.....Why Edd Shereen buat cameo aku tak tau.  Dia request ka apa ka?  Sebab banyak kot artist mintak ak buat cameo sebab GoT memang menjadi kegemaran ramai.



Tanah Tumpah Darahku
Sebab tulah episod ni dinamakan Dragonstone sebab dalam episod ni Daenerys balik ke Dragonstone buat pertama kali setelah beramai-ramai dengan Martell dan gang Tyrell semua mai ke Dragonstone.  Untuk pengetahuan ampa,  dulu masa The Mad King kena bunuh dengan Jamie Lannister kat King's Landing,  mak Daenerys lari mai Dragonstone dan beranakkan Daenerys kat pulau ni la.  Semua orang macam syiok tengok tempat ni,  tapi aku tak berapa impressed sangat sebab dulu kan Dragonstone jadi kubu untuk Stannis Baratheon.  Kalau tak salah,  kat sini lah Melisandre beranak hantu asap disaksikan oleh Ser Davos.  HAHAHAHAHA.  Sorry nak tergelak sebab lawak.  Pastu hantu asap tu pi bunuh adik dia sendiri Renly Baratheon the gay king.  Weeehuuu.




Episod 2 - Stormborn


Varys Dicarut oleh Mother of Dragon
Sangat suka adegan ni apabila Daenerys dengan beraninya confront Varys yang memang dari dulu mempunyai reputasi lidah bercabang.  Well,  lepas kena confront aku rasa Varys telah memberikan jawapan yang agak fair dan berani,  dia kata,  dia buat semua ni selama ni untuk selamatkan diri dia.  Dia cakap benda betul. Tapi hangpa rasa?  Lepas ni Varys boleh menderhaka kepada Daenerys lagi tak?  Sebab lani pun duk nampak dah Daenerys ni style gila kuasa duk claimed semua benda dia punya.

Hang carut mak...mak carut balik.  Kata Varys.  Deni pun kote kena potong juga.  Haii...pasaipa banyak karakter depa kena potong kote.

Perbincangan 4 Bitches
Perbincangan di atas meja peta antara Daenerys, Olenna Tyrell, Yara Greyjoy dan Ellaria Sand.  Depa semuaa terketaq-ketaq nak pi serang King's Landing,  tapi Daenerys tak mau sebab dia tak mau nanti semua orang mati (rakyat jelata) sebab perang dan dia tak mau jadi Queen of the Ashes.  Betui la...kalau semua dah mati hang nak bina balik kerajaan hang susah kan.  Depa semua ni jadi buta sebab dendam!  Last sekali aku suka Daenerys pi slow talk dengan Lady Ollena Tyrell.  Dia style bagi janji yang dia akan tuntut bela atas kematian cucunda Lady Ollena.  Tapi pada masa yang sama Lady Ollena bagi kata-kata nasihat kepada Daenerys yang agak tegas tapi mendalam,  dia kata lebih kurang macam nila aku translate siap-siap dalam Bahasa Penang.  "Hang jangan duk dengar sangat nasihat lelaki-lelaki disekeliling hang.  Hang kena ingat,  depa tu semua kambing.  Hang kambing ka?  Hang naga!  So jadilah naga." Kerlassssssssssss


Aksi Gunting
Wehsssssssssssssssssssssssss akhirnyaa depa dorang ni romen.  Bestnya.  Aku syiok.  Aku rewind dua kali.  HAHAHHAHA.  Semua orang mesti duk pikiaq macam mana Grey Worm nak puaskan Missandei sebab dia takdak kote (askar Unsullied dari kecik-kecik kena potong kote.  Bukan sunnat...tapi potong kote teruih!).  Tapi hangpa semua salah,  nak puaskan seks organ yang paling penting bukan kote ataupun pepek,  tetapi otak!  Haaaa....gituuuuuuuuuuu!  Dah dah aku tak mau tulis lebih-lebih satgi kena banned pulak.  Maklumlah,  blog aku ni professor dan pegawai USM semua pun duk baca kan?

Ini adalah persembangan antara Daenerys dan Missandei masa episod 4.

Samwell ubati Ser Jorah
Scene ini bukan favorite aku sebab mengerikan!!!  Tapi terima kasih Samwell sebab hang telah memberanikan diri untuk mengubati Ser Jorah yang tak lama lagi akan bertukar menjadi batu lesong.


Arya jumpa Meat Pie
Scene ini sangat cool especially bila Arya kata kat Meat Pie (yang tak habis-habis duk ulang dialog dia bagi resepi macam mana nak bagi pie dia sedap).  Pastu Arya kata "Ha...aku tau...aku pun duk masak pie juga".  HAHAH merujuk kepada pie yang dia masak kepada Walder Frey dalam musim yang lalu.  YUCKS.  Tahukah anda? Ben Hawkey yang berlakon jadi hot pie bukak satu bakery diberi nama 'You Know Nothing John Dough'.


Jon Snow Nak Pi Jumpa Mother of Dragon
Perbincangan Jon Snow dengan seluruh keluarga The North. Depa semua tak sokong dia termasuk Lyana Mormont.  Tapi last sekali,  Jon Snow kata,  dia letakkan kuasa North kepada Sansa Starks.  Semua terdiam sebab dia tegas dan dia ada pendirian.  Tapi ...Little Fingers senyum macam suka.  Celaka betui deni.  Aku suka scene ni sebab menunjukkan Jon Snow ni ada pendirian.  Dia buat ni semua sebab tanggungjawab dia sebagai King of the North,  walaupun benda ni memang risiko tinggi.  Tapi dia sanggup ambil sebab dia rasa,  dia lebih rela hilang takhta sebagai raja sebab kalau dia dapat juga benda yang depa perlukan untuk perang (dragonglass) itu lebih peting.


Jon Snow cekik Little Fingers
Right before Jon Snow dan Ser Davos berangkat pi Dragonstone,  dia pi la melawat kubur bapak dia kat bawah tu.  Masa tu Little Fingers mai.  Celaka punya Little Fingers ni aku tak boleh pandang.  Tapi kurang ajaq la dia kata "I love Sansa as much as i love her mother." SHIT memang celaka betui dia berani kata macam tu.  Macam best pulak tengok Jon Snow cekik Little Fingers time ni,  best juga kalau tengok Jon Snow yang last sekali dapat bunuh si jahanam ni.  Tapi kalau diberi pilihan,  aku nak Arya yang bunuh dia.  HAHAHAHA

Depa masih tak dapat buat effect bagi nampak Nymeria nampak betui betui besaq depan Arya. Adakah ini sebabnya pasaipa depa tak berapa nak buat sangat scene direwolf.


Nymeria jumpa Arya
Satu lagi scene yang agak besar iaitu scene dimana Arya jumpa balik dengan Nymeria.  Tapi aku duk feelinglah scene ni akan jadi scene touching macam video kita duk tengok dalam Youtube bila sekoq anjing dah lama tak jumpa tuan depa,  bila jumpa balik,  anjing tu nanti guling-guling gosok badan depa kat tuan depa.  HAHAHAH.  Tapi itu tidak terjadi kepada Arya dan Nymeria. Nymeria dihalau oleh Arya masa season 1 dahulu sebab Arya tak mau Nymeria ditangkap dan dibunuh oleh askar-askar Robert Baratheon.  So Nymeria lari.....lani depa jumpa balik.  Nymeria dah besaq macam kuda punya tinggi.  Pastu dia ada gang!  Kerlas....Nymeria direwolf betina tapi dia ketua.  Dahsyat.  Tapi bila depa jumpa,  Nymeria blah dan tinggalkan Arya.  Aku tau pasaipa!  Sebab Nymeria sama perangai dengan Arya.  Arya pun lone wolf!  Dia merantau sorang-sorang dia sejak dari awal bapak dia kena bunuh.  Sebab tu Nymeria pun perangai sama macam tuan dia,  tapi aku pasti satu time nanti (bila time final nak fight dengan wight walkers),  Nymeria akan mai dengan gang-gang serigala dia dan akan gigik semua wight walkers tu.


Theon Greyjoy Lompat Kapal
Masa Theon Greyjoy lompat dari atas kapal,  semua orang mesti bara kat dia sebab dia sanggup selamatkan diri dia sendiri daripada nak selamatkan kakak dan askar-askar dia yang lain.  Tapi kalau pikiaq balik,  kesian wehs kat deni.  Dia sebenarnya ada PSTD (post-traumatic stress disorder),  trauma lagi daripada seksaan Ramsay Bolton duk buat kat dia dulu.  Ampa tau kan?  Dia pun kena potong kote dengan Ramsay juga.  So tak salah kalau dia lompat blah tinggal gang dia,  memang dia tak dapat selamatkan gag-gang dia,  tetapi dia dapat selamatkan diri dia dulu.




Episod 3- The Queen's Justice

King of The North Meets Mother of Dragon
Jon Snow sampai kat Dragonstone(punyalah cepat....hahahah).  Inilah penantian paling ditunggu-tunggu oleh semua,  setelah hampir 6 tahun kita nantikan pada musim ketujuh ni barulah kita dapat tengok depa dorang ni bertemu.  Ini barulah betul-betul the tale of song and fire.  Apa yang Khaleesi nak?  Bend the Knee...tak habih-habih. Tapi paling lawak adalah semasa Missandei buat announcement punya panjang lebar pasai Daenerys.  Masa ni pun Missandei punya over cakap style suara pun macam teran-teran taik semua.  Nak bagi tunjuk macam suara dia power gitu.  Bila mai turn Jon Snow,  dia ushar belakang kat Ser Davos....Ser Davos macam blur.. "This is Jon Snow...King of the North" HAHAHAH haram.  Takdak effort langsung.  Haa satu lagi part aku suka bila Jon Snow sampai kat Dragonstone adalah apabila naga terbang ataih depa,  Jon Snow meniarap teruih.

Sansa peluk.  Bran....takdak perasaan!

Pertemuan Bran and Sansa Starks
Bila Bran habaq kata dia tengok kakak dia kawen....wooooo...malam tu kan Sansa kena rogol?  Terus Sansa bangun and blah teruih jalan muka keraih.  Kesian kat dia.  Tiba-tiba dia teringat balik semua benda siye yang jadi malam tu. Bran lani kan macam dah jadi tahap-tahap tok bomoh macam mana ka,  (Three Eyed Raven),  so bila dia jumpa balik dengan Sansa,  dia macam takdak perasaa.  Aku lagi suka tengok reunion Jon Snow and Sansa dulu.  Lebih touching aku rasa....menangeh kot.  Pastu aku suka bila Bran kata "I need to speak to him (Jon Snow)" Maknanya, dia nak cakap dengan Jon Snow pasai apa yang berlaku kat Tower of Joy dan finally memberitahu,  siapa mak dan bapak sebenar Jon Snow.  OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG tak sabaaqqqnyaaaaaa.


I know when that hotline bling!

The End of Ollena Tyrell
Depa tak tunjuk panjang-panjang sangat peperangan antara Lannister ke atas Highgarden.  Tau-tau ja,  Tyrell punya askar semua dah kalah.  Lannister punya askar duk angkut emas.  Pastu Jamie naik pi jumpa Ollena Tyrell,  pastu Jamie tuang racun dalam minuman Ollena.  Bila dia tau,  dalam tu ada racun,  Ollena Tyrell teruih minum ayaq racun tu macam minum ayaq Ribbena.  Pastu dengan muka selamba,  dia habaq..."Tell Cersei I wanted her to know its was me," haaa memang betui la orang duk tulis dalam teori semua,  Ollena Tyrel yang bunuh King Joffrey.  Masa Purple Wedding dulu antara King Joffrey dan Margaery Tyrell,  Ollena Tyrel pi dekat Sansa,  dia cabut salah satu batu yang terdapat kat rantai yang Sansa pakai.  Rantai tu sapa yang bagi kat Sansa aku tak ingat,  tapi batu tu adalah batu racun. Kalau sapa minum ayaq batu tu akan mati,  so Lady Ollena yang pi cabut batu tu,  pastu pi letak dalam wine King Joffrey.



Okay dah habis dah cerita aku.  Tunggu la nanti end of the season baru aku akan buat rumusan semua sekali.  Apa pun,  episod 4 aku tak tengok full lagi.  Duk tengok scene-scene pendek dalam Youtube sahaja.  Aku suka scene perang tu.  Puaih hati!  Okay dah..Winter is Coming.

2 comments:

  1. tu diaaaaaaaaaaa.. puas hati baca. Selalunya dapat tgk time awal2 ja, sebab hujung2 tu dah kena berebut remote depa nak tegk MAJALAH 3 T__________________T

    Tunggu ulangan dah tak syok sebab esoknya dah banyak spoiler dkt tenet.

    Kak Jumie jgn lupa nanti review lagi naaaaa

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...