Featured Post

#PrayforPenang

28.8.17

Sakitnya Tuh Di Sini



Hello u olls,

Ini artikel sesi sembang-sembang sahaja.  Bulan 8 sepatutnya bulan yang ong,  dia nombor lapan pusing sampai bila tak habis,  infiniti katanya.  Orang Cina suka nombor lapan sebab nombor di bawa ong,  tapi untuk akak for bulan Ogos ni akak punya ong tak berapa baik sebab akak sakit u olls banyak kali sampai naik penat dan takdak mood.

Awal-awal bulan masa minggu pertama,  mak kena migraine teruk Ya Allah sakit kepala sampai rasa nak bagi pecah semua dinding kat rumah dengan menghentukkan kepala ke dinding.  Tapi rumah tu rumah sewa tak boleh nak bagi pecah la sangat rumah orang kan?

Pas seminggu dah habis sakit kepala MC sampai dua hari semua,  baru nak elok sat,  kita duk kena demam pulak.  Ni semua virus jangkit kat laki akak dia demam panas.  Habis kita duk suap dia makan semua (1 suap masuk mulut dia,  2 suap masuk mulut kita),  last-last kita pun kena demam sekali.

Dah kena lagi cuti apa semua,  yang celaka demam ni,  kita pun duk pakai sweater dua lapih,  stokin semua selimut dua labih,  duk balut badan terketaq sebab sejuk.  Makan la panadol apa ada rumah,  bila badan okay sikit,  pi la klinik,  amik ubat,  tapi doktor tak bagi MC sebab dia check tempreture kita 36.80 sahaja.  Tak demam katanya.

Musibat betui la....habih kita mai la pula kerja macam biasa balik.  Tapi badan jadi lemau macam celaka la.  Nak buat kerja takdak mood,  baca emel pun boleh salah faham semua.  Balik rumah,  kita gagahkan diri juga mengemas rumah teruk-teruk macam ammah kan?  Saja nak bagi berpeluh.  Bagi okay sikit badan.




Masa sakit ni la akak tak boleh mai support kawan akak bukak cafe Lagenda Express dalam USM.  Akak dah buat artikel pasai dia dalam post lain.  Ampa pi check it out.


click read more


Nasib baik bunga dah siap-siap from Ummie Karim,  staf USM yang amik tempahan flower delivery ni.  No phone dia Whatsapp +60 17-593 1343.  Dia la hantar bunga siap-siap pengganti diri masa hari opening Lagenda Express.


Pastu tak sampai berapa hari,  tengah duk tidur malam-malam,  tiba-tiba at 3am kita terbangun sebab sakit dalam telinga kiri yang terlampau sakit.  Teruih tak boleh tidur,  7 am siap pi hospital.  Kita pi jumpa pakar sakit telinga yang dulu kita dulu pi.  Bukan apa?  Dulu 3 - 4 tahun sudah kita pernah jumpa pakar ENT sebab kita korek telinga kuat sangat,  sampai luka dalam lubang telinga,  pastu kena infection,  pastu kulat tumbuh dalam lubang telinga kita sampai tutup lubang telinga.  Sakit bengkak semua jangan cakap la,  sampai angin tiup kat cuping telinga pun kita dah keriau sebab sakit.  Tapi.......................yang paling sedih,  sebulan kita jadi pekak!  Jawab phone,  amik ganggang bubuh telinga blah kanan ja.

Aiiiyooo kita tak mau la jadi lagu tu....tu yang kita pi hospital teruih.

Kisahnya,  bila jumpa doktor (doktor mat salleh ya...).  Masuk-masuk bilik dia,  dia kata "Can you speak English?"  Aiiiyoooooo dia tak tau ka kita sepupu Beyonce.  Takkan kita tak tau nak cakap bahasa ibunda kita semua?  Pastu mak pun sembang-sembang dengan doktor habaq kita sakit macam mana semua.

Dia pun bok masuk camera dalam telinga,  cek-cek semua takdak apa.  Dia pun pegang telinga mak semua takdak apa.  Rupa-rupanya dia habaq,  apa yang jadi kat akak adalah,  selama ni akak duk sakit banyak,  demam panas semua,  disebabkan itu,  saraf badan akak semua macam celaru especially kat bahagian kepala.  Dia hantar wrong message kata gusi sakit (yes a little bit),  telinga pun sakit.
Dalam bahasa lain....akak macam hay wire la.  Wire shot semua.  Tapi mujur la takdak tumbuhan kulat semua kan?  Dia bagi ubat kurangkan sakit,  itu sahaja.

Itulah cerita akak duk sakit-sakit bulan ni. Sedih u olls!  Sakit banyak kali ni semua masa mak duk sembang dengan Nizal Tomato,  "Nyah ...mak rasa ni semua kena mata.  Haritu orang duk tanya,  mak okay ka lani?  Mak duk habaq depa dengan sombong kata life mak okay...seronok...takdak masalah...penyakit pun takdak....pastu mak kena la mata...sebab tu mak sakit...."

"Kena mata" tu kepercayaan orang tua-tua la kalau ada baby cantek comel jangan tunjuk kat orang sangat sebab kalau orang duk puji baby kita comel cantek,  nanti baby kita jatuh sakit.  Mak pun kira macam baby-baby la kan?

Okay itu sahaja mak punya kisah perkongsian kali ini.  Love u olls semua.  Take care,  jaga diri.  Jaga kesihatan,  lepas ni mak nak beli vitamin la bagi sihat tubuh badan balik.

Kongset Jumie's Voice of Soul pun terpaksa tangguh sebab sakit.  Kita tangguh ke tarikh baru iaitu Rabu ini,  30th Ogos 2017.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...