Featured Post

#PrayforPenang

22.8.17

SEA Games Kuala Lumpur 2017 Official Opening Ceremony Review


Hello u olls,

Last Jumaat akak kena demam panas jangkit daripada En.  Khafi yang sebelumnya demam panas juga.  Ya Allah bulan ni sahaja akak kena sakit dua kali.  Hari tu migraine teruk,  ini kena demam pulak.  Rasa macam nak mengamok-ngamok kat rumah sebab nak buat apa pun tak boleh u olls.
So from Jumaat sampai Ahad akak macam paralyzed kat rumah bersama ubat-ubat dan tissue untuk buang hingus,  so bila mai minggu ini barulah akak sempat nak tengok balik apa benda-benda semua nak update kat blog.

SOOOOOO!  SEA Games is here.  Kepada u olls-u olls yang pi tengok majlis pembukaan SEA GAMES Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil memang beruntung sangat sebab hangpa berkesempatan untuk menyaksikan satu persembahan warna-warni yang melakar sejarah negara kita.  Kak Senduk blogger meletops pi tengok acara ni secara live,  katanya dia beli tiket RM21 sahaja.  Not bad la harga tiket ni.

Kepada kita-kita semua tengoklah dalam TV,  tak kurang hebatnya kita tengok melalui TV.  Kepada yang terlepas macam akak,  masih boleh tengok juga.  Hang boleh tengok kat Youtube,  melalui channel khas Kuala Lumpur 2017.  Akak ada letak link kat bawah,  don't  worry.

So jom cerita sikit apa yang best masa majlis pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017!!

click read more



Pengarah Meletops
Semua orang memuji majlis pembukaan SEA Games Kuala Lumpur 2017 (kecuali beberapa komentar dari gang kita di Indonesia....depa tu sampai bila pun tak akan puas hati dengan kita.  Tapi tak semua,  aku rasa orang Indonesia tak semua perangai pelik-pelik ni.  Yang duk komen benci-benci Malaysia ni mesti mai daripada kampung-kampung yang terlebih makan tempe masa kecik...tu otak depa pun jadi fermented sikit).  So sapa yang mengarahkan persembahan pembukaan yang gilang gemilang ini?  Thanks Mama Regina yang meletakkan info bahawa pengarah artistik majlis pembukaan ini adalah tak lain tak bukan Encik Saw Teong Hin!  Beliau merupakan pengarah filem tersohor Malaysia antara filem epik hasil karya beliau adalah Puteri Gunung Ledang.

Sangat suka majlis pembukaan SEA Games Kuala Lumpur 2017 kali ini kerana tersusun,  kemas dan setiap butiran yang diletakkan dalam majlis ini adalah hasil penyelidikan dan juga pemikiran yang telah dibuat secara teliti dan halus.  Tahniah Encik Saw dan seluruh tim beliau.

Tahniah Encik Saw,  bila nak dapat Datuk ni?  Come on!  AC Mizal pun dah dapat datuk...


Dayang Nur Faizah vs Mia Palencia
Selain beberapa penyanyi tersohor yang muncul bernyanyi semasa majlis pembukaan ini,  dua DIVA ini yang menarik perhatian kita.  Pertama,  of course Dayang Nur Faizah.  Kak Senduk dan teman-teman mesti seronok melihat kemunculan penyanyi kebanggaan dan kesayangan 'hakak-hakak' dan 'zornenida' seantero Malaysia iaitu Dayang Nurfaizah.  Tapi bagi akak,  make up beliau macam tak kena lah.  Sorry sangat-sangat sapa yang buat make up Dayang malam itu.  I know you want to make it so dramatic,  tapi dari jauh duk nampak highlight putih atas wanita kulit gelap ini...nampak sangat salah.  Tapi dress jumpsuit dan juga kalung-kalung diamond tu memang kerlas laaa....


Kerlas Kak Dayang.

Pastu pengakhiran majlis pembukaan ini muncul pulak seorang wanita agam di celah-celah bunga manggar.  Suara dia memang familiar sebab duk nyanyi lagu iklan Sukan SEA yang selalu keluar kot Youtube.  Mak tengok-tengok muka pompuan ni,  "OMG!  Andy Siti Nurhidayah ka?  Tapi awat ni suara sedap!!!!!!" 

So kepada u olls yang tak kenal siapa Mia Palencia,  akak pun baru kenal dia siapa,  Mia Palencia adalah seorang wanita Borneo yang kini menetap di Australia dan banyak menghasilkan single dan membuat persembahan lagu-lagu jazz.  Gila memang sedap suara dia aku nak beli lagu dia kat Spotify!!!  Aku suka make up dan dress yang dipakai oleh Mia........DIVA sangat noks.  Duduk tengah-tengah padang tu kalau kena tiup angin pun tak terbang okay.

Kerlas wanita agam!



Perakanan Kontijen Didahulukan!!
Aku pasan status Facebook Jijieninie Bakh,  dia kata bohsan tengok Majlis Pembukaan SEA Games Kuala Lumpur 2017 ni. Too soon to judge! Mungkin rasa bohsan sebab mula-mula dah ada ucapan,  pastu perarakan kontijen semua.  Aku pun tengok mula-mula macam laaaaaa ini sahaja ka?  

Rupa-rupanya apa yang dibuat oleh Saw Teong Hin adalah dia bagi acara boring iaitu ucapan,  perasmian,  perarakan apa semua dulu,  pastu dia bagi semua kontinjen duduk di tempat duduk khas sama macam penonton lain...pastu barulah persembahan majlis pembukaan bermula.  Sangat menarik!

Aku rasa antara banyak-banyak kontinjen yang keluar berarak (kecuali Malaysia...of course) adalah kontinjen daripada Brunei.  Of courselah sebab Putera Raja Brunei duk ada kat dalam kontinjen tu.  Kerlassssssssss.....

Dari kiri kelihatan HRH Prince 'Abdul Mateen,  HRH Prince Haji Sufri Bolkiah, President of the Brunei Darussalam National Olympic Council dan HRH Princess 'Azemah Ni'matul Bolkiah.


Kakak yang pegang banner Indo ni pakai dress kepok-kepok tapi tak reti nak catwalk...




Too Many Epic Moments
Yes!  Terlalu banyak epic moment dalam upacara ini.  Aku tengok balik duk gelak sorang-sorang depan Ipad.  HAHAHA.  Antara epik moment yang aku suka adalah,  of course apabila Abiaaaanngg KJ dijemput untuk memberikan ucapan.  Aiyoooo dia duk mai jalan pastu dengan mata kecik sebelah duk bagi ucapan semagat apa semua.  Merembes u olls.

Pastu antara episod epic lain apabila dalam satu soroton video montaj,  duk tunjuk all the atlit kebangsaan Malaysia duk buat latihan pastu depa kata "Saya sudah bersedia...." pastu duk ada satu pakcik botak duk jalan-jalan dalam stadium,  duk berdiri tengah padang....aku duk pikiaq,  sapa orang tua ni?  Sekali kaleh-kaleh kot tepi rupanya PM Najib................satu stadium bersorak memberi sokongan bila muka PM keluar kat skrin.

Mula-mula tengok ni...sapa la??


Sekali PM Najib u olls!  Cayalah.

Tahniah wahai rakyat Malaysia sekalian,  tak kisahlah apa juga masalah politik yang berlaku di negara kita,  tapi dalam keadaan ini semua positif dan letak masalah politik itu ditepi.  Kita semua bagi sokongan kepada PM Najib dan ini menunjukkan orang Malaysia lani dah matang dan boleh pikiaq tak bangang.  Yalah...takkan nak boo PM Najib kita depan orang-orang luar negara semua.  

Pastu,  camera pun tak segan-segan duk focus kat PM Najib lagi duk sembang dengan Agong,  pastu orang pun bersorak,  pastu PM Najib pun syiok duk senyum-senyum kuntum.  Seronoklah tuuu!

Antara epic scene lain yang akak suka adalah kemunculan M Nasir!! OMG my crush okay!  HAHAHA ampa jangan duk pelik-pelik awat aku crush kat orang tua.  Bekpilah kat aku.  And of course,  how can we left out the moment when Nur Dhabitah Sabri diangkat naik ke udara untuk membakar api simbolik SEA Games Kuala Lumpur 2017!!



MALAYSIA Truly Asia
Yes,  Malaysia is Truly Asia.  Tapi sekali lagi akak nak puji puji puji melambong kat tuan pengarah kita.  Untuk menunjukkan yang Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang kaum,  dia tak focus kat India,  Malay and Chinese only,  tapi mula-mula show sahaja dia dah masukkan persembahan orang Asli, pastu...............orang Bajau masuk naik kuda!  (Yang ni pun epic).  Pastu kapal-kapal orang Bugis,  portugis di Melaka & Baba Nyonya.  Bila tengok semua seni-seni kebangsaan negara kita ini dipersembahkan sebegini,  alangkah sayangnya kalau semua ini pupus begitu sahaja.  




Satu lagi elemen gabungan kaum yang dipersembahkan dalam segmen ini adalah semasa segmen gabungan empat jenis gendang tradisional yang dipermainkan oleh empat buah kaum.  Melayu,  Cina,  India dan juga Punjadi.  Tapi gandang Punjadi 'Dol' yang tu paling epic la.  Masa dol dipalu,  satu stadium jerit macam nak menari bhangra sekali.   Masa segmen gendang ni juga,  akak suka yang depa buat persembahan silat,  wushu dan silambam menggunakan lampu light saber.  Kerlas!!!






Okay dah ini sahaja ulasan ikhlas dari akak.  Tahniah Abiang KJ dan seluruh team SEA Games Kuala Lumpur 2017!  Kepada semua pasukan atlit kebangsaan Malaysia,  selamat berjuang!


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...