2.8.17

Senarai Wedding Dress Selebriti Yang Termahal


Hello u olls,

Hari ini akak sahaja nak share maklumat pasai gaun-gaun perkahwinan yang dipakai oleh para selebriti barat yang mahal-mahal nak mampus punya.  Akak cari info ni dengan menggodek beberapa laman web yang membuat ulasan tentang baju-baju kawen yang mahal,  so akak buat perbandingan dan akak bubuh dalam list ini.

Akak masukkan baju-baju yang dipakai oleh para selebriti semasa depa kawen dan baju-baju ni semua harga dia USD100k ke atas.  Gila babi bermakna kalau kali dengan harga Ringgit Malaysia yang makin merudum ni,  lebih kurang RM400k dan ke atas.  Boleh beli rumah apartment siap ada jimnasium dan swimming pool u olls.  

Okay lah!  Jom kita tengok!


click read more


Jessica Biel in Giambattista Valli
Pompuan ini adalah isteri kepada Justin Timberlake.  Aku tak pernah tengok pun baju kawen depa sebelum ni.  Depa kawen tahun 2012!  Tak sangka pulak,  Jessica Biel pilih untuk memakai baju kawen yang tidak traditional iaitu warna pink ciptaan Giambattista Valli.  Harga baju ni lebih kurang USD100k.  




Victoria Adams in Vera Wang
Sapa Victoria Adams?  Budak-budak yang baru umur 20 tahun mesti tak tau.  Victoria Adams tu nama asal Victoria Beckham la sebelum dia berkahwin dengan David Beckham pada tahun 1999.  Masa tu,  depa ni punya perkahwinan kira yang paling hangat diperkatakanlah.  Victoria Adams juga boleh dikatakan the first Spice Girls yang kawen kan?  Depa dahlah fashion icon time tu.  Untuk majlis perkahwinan dengan bintang sukan yang sangat hemsem itu,  Victoria memlih gaun rekaan Vera Wang yang dikatakan berharga lebih kurang USD100k.





Diana Frances Spencer in Emmanuel
Siapa Diana Frances Spencer ni? Ha....dialah Lady Diana arwah mak mentua Kate Middleton. Semasa perkahwinan mereka pada tahun 1981 semua orang di dunia ini ternganga apabila melihat gaun kawen dia yang kepok-kepok dan sangat fairy tale macam mana ka. Gaun perkahwinan ini dibuat oleh David and Elizabeth Emmanuel. Sayangnya selepas melahirkan Prince William dan Prince Harry, Lady Diana bercerai dengan suami dia Prince Charles. Sekarang ini, gaun perkahwinan yang menjadi sebahagian daripada sejarah fashion negara Britain ditempat untuk pameran kepada orang awam di kediaman rasmi keluarga Spencer iaitu Althorp House di Northamptonshire, England. Harga gaun ini pada ketika ianya dibuat pada tahun 1981 adalah berjumlah USD115k.






Melania Knauss in Christian Dior
Semasa perkahwinan Melania Knaus dengan zillionaire Donald Trump,  Melania memilih untuk memakai gaun mewah rekaan Christian Dior yang diperbuat daripada kain tulle sepanjang 300 kaki. Dress ini juga memerlukan 1500 biji permata dan mutiara untuk hiasan.  Gaun ni punya besar dan berat sampaikan dia dinasihatkan untuk 'eat well' before the wedding supaya dia mempunyai tenaga yang cukup untuk memakai dress ini.  Harga?  USD125k





Catherine Zeta Jones in Christian Lacroix
OMG!  Masa depa kawen pada tahun 2000 aku punyalah syiok duk tengok baju kawen deni dalam majalah fesyen.  Time tu aku form 3 dan internet pun aku duk rajin main MIRC sahaja.  Website-website tentang berita fashion tak banyak lagi.  Aku sangat suka Catherine sebab dia cantek nak mampus,  muka macam pompuan seksualiti yang mahal.  Perkahwinan dia dengan pelakon Michael Doughlas bukan sahaja diperkatakan sebab kemewahan perkahwinan depa,  tetapi the fact that depa dua orang mempunyai jurang usia yang agak besar iaitu 25 tahun.  Masa Catherine Zeta Jone kawen dengan Michael Douglas.....dia umur 31 tahun.  Oh shit...umur aku tahun masa tahun lepas!  Gaun perkahwinan bentuk klasik ini dibuat oleh Christian Lacroix yang berharga USD140k.





Coleen Mary McLoughlin in Marchesa
Seorang lagi isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara Britain iaitu Wayne Rooney telah memilih gaun rekaan rumah fesyen ternama iaitu Marchesa semasa perkahwinan mereka pada tahun 2008.  Harga dress ini dikatakan mencecah USD300k.




Amal Alamuddin in Oscar De La Renta
Semua orang makan hati bila tiba-tiba seorang wanita bangsa British-Lebanese dengan kerjaya sebagai seorang peguam human-rights telah berjaya meragut hati pelakon kacak George Clooney yang telah membuat pengakuan berani tak lama dulu yang dia tidak akan sekali-kali berkahwin.  So bila depa kawen,  mesti something magical happened.  Perkahwinan yang mewah turut dilengkapkan dengan sebuah gaun rekaan Oscar De La Renta.  Masa buat fitting Mr.  Oscar de la Renta sendiri berada di studio rumah fesyen milik dia.  Siap ada photoshoot rasmi daripada majalah Vouge.  Kerlass kau nyah.  Harga gaun ini mencecah USD380k.



Kim Kardashian in Givenchy
Untuk perkahwinan ketiga dalam hidup Kim Kardashian,  kali ini dengan seorang rapper kontroversi Kanye West,  Kim Kardashian pakai gaun perkahwinan jenama Givenchy yang direka khas oleh Riccardo Tisci,  seorang pereka fesyen dari Italy.  Aku sangat suka baju kawen ini berbanding baju kawen dia dengan Kris Humphries.  Baju tu cantek,  tapi sejak dia couple dengan Kanye West,  dia punya pilihan fesyen banyak berubah.  Daripada feeling-feeling Paris Hilton,  dia punya pilihan fesyen lebih berpersonaliti dan bold.  Aku suka! (tapi still ramai tak suka fesyen Kim K).  Baju ini dikatakan berharga USD400k.
Read here: Wedding Dress Kim Kardashian (with Kanye West)





Kate Middleton's Alexander McQueen by Sarah Burton
Kalau mak mentua dah masuk list,  menantu pun kenalah masuk juga.  Kalau masa Lady Diana kawen dulu,  aku tak dilahirkan lagi kat dunia ini untuk menyaksikan baju kawen puteri raja itu tetapi untuk majlis perkahwinan Kate Middleton dan juga Prince William,  kita semua dapat tengok secara live melalui Youtube streaming.  Aku ingat lagi aku gigih tengok live telecast perkahwinan depa ni dari komputer kat rumah aku!  Bila Kate Middleton keluar daripada kereta di hadapan Westminster Abbey,  aku macam "Ahhhhh" nyawa kena tarik u olls.  Terkesima melihat keanggunan dan kecantikan dress ini.  Kate Middleton bekerja secara dekat dengan Sarah Burton di bawah rumah fashion jenama UK iaitu Alexander McQueen untuk menyiapkan gaun ikonik ini.  Sapaaaaaaaaa pun tak tau pasai pereka gaun ini sampailah pada hari perkahwinan depa.  Dahsyat betui depa punya simpan rahsia.  Baju ni ala-ala baju perkahwinan pelakon Hollywood Grace Kelly dengan putera raja dari Monaco.  Klasik u olls!  Harga?  USD400k
Read here:  Royal Wedding 2011 Prince William dan Catherine Middleton : Kesederhanaan Terindah




Victoria Swarovski in Michael Cinco
Akak pernah buat review pasai perkahwinan pompuan kaya ni.  Anak keturunan Swarovski u olls. Dress mewah rekaan Michael Cinco daripada Filipina ini mencecah USD1.3 juta.  Ampa boleh baca lebih banyak kat sini. Read more:   Gaun Perkahwinan Pewaris Kristal Swarovski




Angelbaby in Couture Dior
Sapa Angelbaby ni?  Dia adalah seorang selebriti terkenal daripada negara China.  Semasa dia berkahwin dengan pasangan hatinya Huang Xiaoming,  juga seorang pelakon terkenal,  seluruh perkahwinan mereka menelan belanja lebih kurang USD31 juta.  Gila babi!!! Dan untuk baju dia sahaja,  Angelbaby memakai custom Couture Dior gown yang mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan.



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...