14.8.17

Social Media Player Yang Aku suka



Hello u olls,

Okay hari ini akak nak share dengan u olls pasai beberapa social media player yang akak suka.  Ini bukan kerja stalking okay!  Ini akak memang follow sebab depa depa yang akak nak sebut kat bawah ni boleh juga dikatakan sebagai penulis yang memang nakkan kita sebagai pembaca untuk baca.  Lani zaman dah modern u olls,  tak semestinya nak kena ada buku baru jadi penulis ataupun kena publish artikel dalam surat khabar baru orang boleh respect hang sebagai penulis,  blogger pun penulis!  And zaman sekarang dengan adanya laman-laman sosial like reddit,  Facebook dan jadah-jadah yang lain,  hang pun dah boleh panggil diri hang penulis.

So nama-nama kat bawah ini adalah penulis!  Dan aku follow depa apabila aku boring-boring dan nak relax-relax,  aku akan bukak social media depa dan tengok apa posting terkini depa.  Hangpa nampak tak aku pakai terma social media player?  Pemain media sosial...terma ni aku yang reka.  HAHAH.  Yala,  depa pemain sebab depa yang duk reka apa sahaja gambar,  penulisan (posting) atau video yang lawak dan best untuk kita tengok iaitu penonton.

Okay dah jom tengok sapa social media player yang aku follow and mana nak tau pasni hangpa boleh follow juga!

click read more




Regina Ibrahim
Sapa yang tak kenal Mama Regina mesti duk ingat mama ni pompuan-pompuan Melayu feeling kawen dengan mat salleh sebab tu gaya pakaian dia very modern,  tak berhijab,  pakai pengilat kuku apa semua.  Tapi kalau hang betul-betul follow posting dan baca buku-buku yang dia tulis (dia terbit banyak buku already,  pi Google sendiri),  dia punya pendirian dan cara actually PALING MELAYU daripada hangpa semua.  Daripada cara dia makan,  masak,  cara dan gaya hidup apa semua.  Kot mana pun dia akan balik kepada asas-asas orang Melayu yang penuh dengan kesederhanaan dan prasangka baik.  Sapa-sapa yang suka baca posting yang membuka mata menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang simple, tapi mempunyai essence yang makan dalam,  silalah follow posting beliau.

Kalau hangpa kawan dengan dia kot Facebook (kalau bernasib baik dapat approve friends la...) hati-hati ya,  dia akan perati dan kalau hangpa okay,  dia akan komen-komen kat like hangpa punya posting juga.  Tapi kadang-kadang dia akan mai komen yang makan dalam kat ampa punya,  orang macam paranoid macam akak...akak jadi takut sat.  HAHAHAH.  Tapi bila tanya kat dia (melalui PM),  ada apa-apa benda ka kita buat salah kat mak ayam kan sebab duk kena carut dalam komen?  Mama nanti kata takdak apa aih,  semua melawak-melawak.  Hang pun akan terboje sat.....sebab betui la melawak orang pandai-pandai ni kita kena hati-hati juga noks.  Satgi salah faham,  kita duk ingat apa pulak salah kita.  Tapi sebenarnya,  mama duk perati okay!

Dia banyak share pasai masakan,  kisah-kisah yang berlaku di media setiap hari,  pasai negeri tanah tumpah darahnya Pulau Pinang,  lukisan-lukisannya dan juga kerja-kerja seni lain yang dia buat.   Paling best,  seminggu sekali ka macam tu,  dia akan buat listing pasai rentetan apa kes yang berlaku di sosial media.  So kalau kita terlepas apa-apa,  kita boleh check kat situ.  Penting untuk tahu apa yang berlaku di sekeliling kita okay.

Facebook:  https://www.facebook.com/regina.ibrahim.9


Antara kerja yang dihasilkan oleh Mama Regina iaitu penulisan dan juga lukisan.




Aminudin Kadir
Aku terjumpa profile mamat ni sebab aku selalu nampak dia duk komen-komen di Facebook Kiru Muniandi (one of the social media player yang aku akan mentioned kat bawah juga).  So aku tengok komen dia macam lawak-lawak tapi best,  so aku pun add dia.  Tak sangka tak lama lepas tu,  dia approved!  Aku macam bangga terus PM dia kata terima kasih.  Mungkin sebab dia tengok aku cun,  so dia pun approve lah aku.  HAHAHAHA.  Kalau dia tak approve hangpa janganla kecik hati pulak okay.  Next,  dia punya profile picture ada gambar lelaki macam ellloooq.  Jangan duk terjatuh hati pulak dengan kekacakan lelaki dalam tu,  tu bukan dia.  HAHAHA.  Tu gambar pelakon mana ka yang dia minat.  Dia tak pernah show gambar dia dalam social media dia (mungkin dia pernah show tapi aku tak perasan).

Dia post macam-macam,  antaranya tentang ulasan filem yang dia tonton.  Tapi most of the time,  dia suka buat posting mengenai sosial.  Not only politik (tu cabang kecil sahaja dalam isu kemasyarakatan),  dia akan tulis juga bab kutuk-kutuk gang agama Islam yang over-over dan suka memeningkan kepala orang lain.  HAHAHA yang aku suka,  sebab dia berani nak kata macam-macam dan cara dia kata tu agak lawak babi sikit.  Tapi orang lain kalau baca mesti akan rasa offended.

Hangpa wajib baca satu penulisan dia tentang macam mana dia bandingkan kita orang Islam yang duk benci teruk-teruk kepada Yahudi atas apa yang berlaku kepada bangsa Palestin, dengan orang Jepun yang ramai mampuih dulu sebab kena bom dengan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II dan seterusnya dia bandingkan juga dengan Yahudi yang dulu semua mampuih kena gas beracun dengan Jerman di Polland. Ramai yang sakit dubur (butthurt) dengan penulisan beliau tu, tapi bacaan tu bacaan berat. Jangan faham bahagian atas sahaja, baca secara mendalam. Orang Islam ni suka sangat butthurt sampai jadi sesat jauh. Sapa yang takdak IQ untuk baca dan fahami penulisan beliau, takpa, sila jauhkan. Takut nanti hangpa baca-baca ni semua hangpa dapat deppression pulak. Link asal penulisan tu kat sini: Hiroshima & Nagasaki vs Mati Keluar Air Mani By Dean Kadeer
Facebook: https://www.facebook.com/DeanKadeer


Hemsem,  tapi ini bukan beliau.

Antara posting beliau yang mencuit hati.


Muhsin Latheef
Mamu ni aku kenai melalui kawan aku nama Shad.  Shad kata,  sebagai seorang usahawan di Penang dia berkenalan dengan seorang pelanggan yang bukan sahaja mai makan kat kedai dia,  tapi siap bagi nasihat ikhlas apa nak kena buat,  apa tak kena buat,  siap tolong beli iklan FB untuk promote page kedai kawan aku tu.  Aku macam tertarik,  sapa mamat ni?

So aku pun add dia kat Facebook!  Sekali lagi sebab aku cun,  dia pun approve FB request aku.  HAHAHA.  Bila dah follow dia baru aku tau,  dia seorang penyokong sebuah parti politik.  Tak kisahlah dia sokong mana-mana parti pun,  tapi apa yang aku nampak Mamu ni rajin duk tolong share all the happenings around Penang especially berita-berita terkini apabila berlaku salah laku dalam pemerintahan dan juga kerja-kerja penyelenggaraan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyebabkan kesusahan orang ramai.  

Rakyat kena naya,  peniaga kena naya dan macam-macam lagi.  Dia nanti buat live video,  ada Facebook page,  bubuh gambar apa semua sekali.  So dia ni boleh kata macam lebih meletops daripada pemberita lah.  Semua nanti dia duk post.  Sapa-sapa yang berminat nak tau tentang perjuangan Encik Muhsin Latheef a.k.a Mamu Parpu,  hang boleh support dia dengan mengfollow beliau di Facebook dia.

Ni aku suruh hangpa follow dia jangan duk

Facebook account: https://www.facebook.com/muhsin.abdul.latheef
Facebook Page: https://www.facebook.com/mamuparpuu/

Tak tau la pasaipa dia peluk pokok ni.

Bukti dia sokong sapa.  Tak kisahlah.   



Kiru Muniandi
Kiru ni akak follow dan add dah lamaaaaaa dah.  Kenal melalui FB Mama Regina Ibrahim.  Tapi dulu dia tak berapa nak post-post sangat pasai politik ni semua,  dulu dia selalu post pasai kerja lukisan (painting) yang dia buat.  Tapi rasanya beberapa tahun yang lampau,  dia banyak tulis pasai politik.  AKU SUKA BACA APA DIA TULIS sebab sebagai seorang lelaki India,  banyak teguran yang dia buat untuk betulkan pemikiran kita orang Melayu yang seringkali (YANG SELALUNYA KOT...) duk rasa macam Malaysia ni bangsa Melayu sorang sahaja yang punya.  Sedangkan,  India,  Cina dan kaum-kaum lain pun sama-sama sayangkan negara ini dan sama-sama nak negara kita maju dan sukses.  Penulisan dia dalam perspektif India ditulis dalam bahasa Melayu dan seringkali dalam loghat Penang.   Ps/  Wife dia cantek gila.......
Facebook:  https://www.facebook.com/kiru.muniandiportraitartist



Antara posting terbaru En Kiru pasai lukisan yang beliau hasilkan.


Kak Senduk
Kak Senduk ni adalah seorang blogger lawak yang aku kenal sejak tahun 2008.  Tapi dulu dia kekwat,  dia ada blog sahaja.  Dia takdak Facebook dan apa-apa social media yang lain.  Bila blogger lain semua dah ada Facebook page,  Twitter dan sebagainya,  dia sorang takdak apa lagi.  Aku ingat lagi,  dulu-dulu pengikut tegar Kak Senduk siap ada Facebook Group yang akan post link-link terkini penulisan beliau. Tapi tak lama lepas tu,  Kak Senduk buat Facebook bertajuk Reez Sham Yasin.  Aku pun add dia kat Facebook,  tapi mungkin dia kenal kami sama jantina dia pun approve aku.  Then kami pun jadi kawan melalui FB pula.  Pastu tak tau pasaipa,  Kak Senduk lama tak menulis di blog.  Tapi kat Facebook sekali-sekali dia post benda-benda sosial tetapi kerapkali dia duk post pasai dia meniaga barang-barang rumah secara online.  Tapi tahun ni,  2017,  Kak Senduk dah active menulis balik.  HANGPA WAJIB BACA BLOG DIA HARI HARI dan follow dia juga on Facebook and support perniagaan online dia.
Blog: http://meriahuoll.blogspot.my/
Facebook: https://www.facebook.com/reezsham.yasin




No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...