Featured Post

#PrayforPenang

17.8.17

Ulasan Filem The Lobster



Hello u olls,

Filem ni akak dah tengok lama dah.  Filem-filem macam The Lobster ni adalah salah satu sebab pasaipa,  akak kadang-kadang rasa macam trauma nak tengok filem baru.  Especially cerita yang kita tau,  dia macam falsafah macam mana ka,  teori pelik-pelik yang akan cuba mencungkil otak dan perasaan kita to the core,  pastu bila dah dapat korek sampai dalam,  otak dan hati kita akan berlubang sekejab untuk beberapa ketika.  Not ketika,  tapi kadang-kadang sampai berhari-hari dan berminggu.

The Lobster cerita yang diterbitkan tahun 2015 arahan Yorgos Lanthimos,  seorang pengarah filem dari Greece dan dilakonkan oleh beberapa pelakon utama yang amat meletops iaitu  Colin Farrell, Rachel Weisz, Jessica Barden dan ramai lagi.

Cerita ni punya pelik,  mangkak,  serr tapi still membuatkan aku rasa macam berlubang kepala otak dan hati sampai aku jadi trauma nak tengok filem-filem lain.  Jom baca review akak pasai cerita ni.


Plot Summary
Cerita ni bukan macam macam straight forward kisah kehidupan manusia yang kita boleh senang-senang paham.  Semua benda yang berlaku dalam perjalanan cerita ini ada makna yang tersembunyi. Kena tengok,  pikiaq,  kaji pastu sapa yang nak makan dalam makanlah.  Dia cerita latar belakang zaman yang kita tak kenali.  Bukan masa depan,  bukan masa lampau.  Bagi akak,  akak rasa macam ini adalah satu dunia yang penulis cipta sendiri.

Dia menceritakan tentang satu dunia di mana undang-undang telah menetapkan,  semua orang kena hidup berpasangan.  Kena kawen!  Pastu dah kawen,  wajib ada ada.  Kalau hang didapati hidup bersendirian,  kena cerai,  kena tinggal dengan pasangan,  adalah mandatori untuk hang berdaftar di sebuah hotel.

click read more


#hidungberdarah


Kat hotel ni,  hang kena register diri hang sebagai peserta.  Dalam tempoh tertentu semasa menginap kat hotel tu,  hang perlu cari pasangan!  Sebab orang-orang lain yang takdak pasangan pun akan menginap kat hotel tu.  Macam mana hang nak kawen dengan pasangan hang?  Tak semestinya hang jatuh cinta,  tetapi hangpa berdua kena ada 'something in common'.  Memang macam bangang.  Contohnya,  ada satu laki ni punya desperate nak ada pasangan,  dia tipu kat satu perempuan yang mempunyai masalah hidung berdarah (penyakit yang menyebabkan orang tak pilih untuk berpasangan dengan dia),  so laki ni pun akan ketuk kepala dia atau tumbuk muka sendiri supaya dia boleh dapat hidung berdarah yang sama dengan perempuan tu.


Sepanjang duduk kat hotel tu,  ada program-program khas dibuat yang hang kena buat.  Benda pelik-pelik antaranya,  setiap hari ada pembantu hotel yang akan masuk bilik hang akan 'dry hump' kat hang.  Tau tak dry hump tu apa?  Baca sini : Urbandictionary.  Kalau hang didapati terangsang semasa proses dry hump mandatory tu,  hang akan didenda.  Tak ingat denda apa tetapi something bad la.

#dryhump


Tapi ada juga benda-benda yang hang dilarang untuk buat.  Contohnya,  hang dilarang untuk melancap/beronani.  Kalau hang didapati melancap,  tangan hang akan dimasukkan dalam bread toaster!  HAHAHAH aku tak tipu wehs,  memang depa berlakon tunjuk macam tu.


Deni la pi onani.

Dan setiap hari,  hangpa akan dimandatori untuk pi buru dan bunuh "The Loner" dalam hutan.  The Loner ini adalah manusia yang jadi pelarian dalam hutan sebab depa tak mau ikut undang-undang di mana setiap orang kena kawen.  Kalau dapat bunuh sorang Loner,  hang punya tempoh penginapan di hotel akan ditambah.


Sebab tempoh hang duduk di hotel untuk mencari pasangan ada had.  Kalau hang tak dapat cari pasangan dalam tempoh yang telah ditetapkan,  hang akan ditukarkan menjadi binatang.  Sebab tu,  masa lelaki pelakon utama dalam filem ni,  nama dia David.  Dia sorang yang ada nama dalam cerita ni. Masa dia nak check in hotel,  dia kena pilih siap-siap dia nak jadi binatang apa kalau dia tak dapat cari pasangan nanti,  dan dia pilih nak jadi lobster.

Colin Farrell yang sangat hemsem dan hot tiba-tiba membawa imej lelaki middle age ada misai yang nampak bosan.  Tapi lakonan beliau meletops! Aku suka.

Maksud di sebalik filem ini?
Macam serr kan baca rumusan cerita yang aku tulis kat atas ni kan?  Ini aku tulis sikit sahaja,  hangpa kena tengok sendiri banyak lagi benda yang berlaku dalam filem ni yang betul-betul membuat hangpa terganggu.  Cerita ini luar lojik tapi hangpa kena pikiaqlah apa yang cuba disampaikan.

Pada pendapat aku,  rumusannya cerita ini memberikan peluang kepada kita untuk berfikir tentang konsep cinta,  hubungan suami isteri,  kehidupan kita yang secara keseluruhannya dibentuk dan ditetapkan oleh norma-norma budaya,  agama dan juga pendapat peribadi orang-orang sekeliling.

Tapi at the end of the day,  walaupun kita dah bersusah payah untuk langgar semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh 'manusia lain',  kita still tak bahagia dalam relationship kita?  Kenapa?

Aku tak mau berletiaq panjang,  sebab lagi aku cuba nak pikiaq pasai teori dalam cerita ini aku lagi depressed.  HAHAH siries weh filem ni bagi aku tekanan besaq. Entahlah rasa tak selesa sebab semua benda yang cuba disampaikan.......yes! Adalah betul.

ps/  Untuk u olls yang sedang mencari sumber nak tengok movie secara online,  akak cadangkan u olls tengok kat sini.  https://gomovies.sc/ Thanks to Ezanee for sharing this with me! No registration required.  No download required.

Sumber gambar:  IMDB

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...